Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 7

Bab 7

Hannah menelan air liur sekali lagi. Pertama kali jumpa Zafran Adha yang selalu kakak dia kutuk dan perli, rasa macam nak pengsan pun ada. Bukan sebab dia takut atau apa, tapi terkejut tengok muka Zafran. Jauh berbeza sangat dengan apa yang kakak dia cakap.

Kata hidung kembang, mulut warna hitam, gigi rongak, rambut pulak macam setahun tak syampu tapi yang depan mata dia sekarang ni takdelah pulak rupa macam tu. Hidung kembang? Sama sekali salah. Hidung dia mancung. Mulut warna hitam? Sah-sah warna merah tu. Mana datangnya warna hitam? Gigi rongak? Lagilah menyimpang! Gigi elok tersusun je tu. Rambut macam setahun tak syampu? Bukan main kemas lagi rambut dia tersisir tu. Bukan stail rambut macam ni ke kakak suka? Kemas dan rapi.

“Abang Zaf ke ni?” Soal Hannah lagi.

Zafran hanya mengangguk dan masih lagi tersenyum. Banyak benda yang dia nak tanya Hannah ni. Semua soalan yang perlu ditanya dah ada dekat dalam poket dia sekarang ni. Semalam, hampir satu hari dia menyiapkan semua soalan ni.

“Tapi Kak Liya kata...”

“Hannah!” Jerit Liya kuat sambil menekup mulut Hannah.

“Minah Kecoh?”

Liya tersentak. Dia memandang Hannah yang dah ditekup mulutnya. Sejak bila aku berlari datang sini? Tindakan spontan! Liya memandang Zafran yang nampak macam terkejut.

“Kau nak cakap apa dengan adik aku?” Soal Liya dengan suara yang sengaja dikeraskan.

“None of your business.” Balas Zafran dengan suara perlahan tapi masih cukup kuat untuk didengar oleh Liya. Maya dan Hannah yang berada di tengah-tengah mendiamkan diri. Kali pertama tengok diorang bergaduh depan-depan ni!

“Siapa cakap it’s none of my business. Kau nak cakap dengan adik aku! Aku ulang adik aku!”

“Memang tapi semua tu takde kena-mengena dengan kau.” Zafran menarik nafas. Bohong lagi!

“Jom Hannah! Kita balik...” Liya menarik tangan Hannah yang dah tercengang.

“Kak, ni Maya...” Sempat lagi Hannah memperkenalkan Maya pun dah tercengang sama macam dia.

“Hi Maya. Lain kali kita sembang lama-lama ye. Akak dengan Hannah balik dulu ye.” Liya tersenyum sebelum menarik tangan Hannah. Maya hanya mengangguk sedikit sebelum memandang abangnya.

“Abang tipu Maya!”

“Tipu apanya?”

“Abang tipu pasal rupa Kak Liya...” Ucap Maya geram sebelum menarik nafasnya.

Zafran terus ketawa sambil menepuk bahu adiknya. “Jom kita balik, dik.” Zafran mengambil beg sekolahnya yang diletakkan di dinding tadi sebelum menyarungnya.

“Abang...”

“Hmm...”

“Abang dengan Kak Liya macam pinang dibelah dua la...” Cepat-cepat Maya melarikan diri. Takut kena pelengkung je nanti.

Zafran berdiri di situ tanpa bergerak. Aku dengan Liya macam pinang dibelah dua? Macam pinang digelek batang kayu adalah!

***

Hannah ketawa besar sambil memandang Liya dah cemberut mukanya. Sakit perutnya menahan senak. Kelakar betullah tadi!

“Lain kali jangan cakap apa-apa dengan dia.” Ucap Liya geram sebelum melabuhkan punggung dekat atas sofa.

“Apa salahnya kalau Hannah cakap dengan dia pun...” Balas Hannah sambil tersenyum. Dia mencuit bahu kakaknya. “Handsome jugak Abang Zaf tu kan...”

Liya memandang Hannah dengan muka terkejut. “Apa?!”

“Akak tipu Hannah. Akak kata hidung kembang la, gigi rongak la, bibir hitam la, rambut macam tak syampu setahun la tapi Hannah tengok okey je. In fact, dia memenuhi ciri-ciri lelaki idaman akak.” Hannah tersenyum. Liya pula dah menelan air liur. Okey, memang Zaf tu memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku tapi dengan mulut macam tu, aku tak larat!

“Tu dulu!”

“Apa yang dulunya. Bukan baru beberapa hari lepas ke akak cakap pasal ni?” Usik Hannah lagi sebelum menggalas balik beg sekolahnya. Dia bangkit dari duduknya.

Liya diam aje. Malas nak cakap apa-apa dah sebab memang betul baru beberapa lepas dia cakap pasal benda tu. Tapi masa tu langsung tak terbayang muka Zafran tu pun. Masa tu terbayang muka Mario Maurer yang kebetulannya ada iras macam Zafran sikit. Erk?

Oh tidak! Apa benda aku merepek ni?

“Agak-agaknya kenapa dia nak jumpa Hannah?”

“Mungkin dia nak kenakan akak.” Balas Liya turut bangkit. Badan dah kurang berpeluh, jadi sekarang ni dia nak mandi.

“Mungkin Hannah patut tolong dia...”

“Hannah!” Liya menjerit kuat sebelum mengejar Hannah dah berlari naik ke tingkat atas. Nak kena betullah budak ni!


p/s : Commentlah sikit ye :) Baru makin bersemangat nak menulis.

8 comments:

Che'E said...

bila nak kuar novel ni?

fallenmoon said...

Keluar? Err..sy tgh gigih menyiapkan manuskrip :)

just KD said...

mario maurer yea,mmg jambu!..hik hik

fallenmoon said...

Haha...muka Zaf tak macho. Hik hik :D

alia said...

best2..cpt smbg ...x sbr nak bce episode strsnya

Himawari said...

best!perfect! continues ur writing... =)

nfqhzzt said...

wahhhhhh!! prince charming lah! hehe.. *terbayang2* :p


- A.I.E -

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?dbf8ff5ad7ff97a2cb4a56e3c5c8d00b

eelya said...

best2.. keep it up! :)