Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 4




Bab 4
            “Akak... ada customer nak cari buku!” Hana yang tengah menyusun buku cerita kanak-kanak di bahagian belakang terus mengangkat kepala memandang ke arah kaunter. Terus dia melangkah ke kaunter sebelum senyum mesra dekat lelaki yang mukanya tertutup dengan cap warna hitam tu.
            “Yes, sir? May I help you?” Hana memandang lelaki tu. Lelaki tu angkat muka dan terus mulut Hana terlopong luas. That handsome guy, Adam! Hana gigit bibir. Makin handsome bila tengok dia pakai cap. Nampak lebih muda dan comel!
“Eh, kau....”
Street! Hana rasa macam nak terlentang. Tak sweetnya panggil aku ni ‘KAU’! Hari tu beria berawak-bersaya segala! Sekarang ni, apa dah jadi? Oh my, rasa macam nak nangis. Wuuu...panggillah aku Hana! Tak nak la panggil ‘KAU’.
“Kau punya kedai ke ni?” Adam menyoal sambil memandang Hana yang comel dengan apron. Tak sangka Hana ni kerja dekat kedai buku rupanya. Dia ingatkan Hawa ni mungkin someone yang kerja dekat pejabat dan dia baru perasan Hana ni tinggi takat bahu dia je. Sama macam Amirah...
Hana angguk tanpa rela. Sentap! Sentap! Nak tengok muka Adam pun rasa macam tak nak tapi dia angkat jugak muka.
“Nak beli buku apa?
“Anak saudara aku nak buku tajuk The Story of Castles...”
Hana angguk kepala sebelum pergi cari buku tu. Rasanya baru tadi dia susun buku tu. Sambil mencari buku, sempat Hana kerling dekat Adam yang tengah melihat buku-buku yang berkaitan dengan kapal terbang. Mesti Adam minat kapal terbang macam dia!
“Ni dia...” Hana hulur buku The Story of Castles dekat Adam. “Suka kapal terbang eh?” Tanya Hana.
Adam mengangguk. “Suka tengok kapal terbang daan suka langit.”
Hana senyum. Sama rupanya minat mereka berdua. “Sama. Bila tengok langit, hati jadi tenang...”
Adam memandang Hana. Tak sangka tauke kedai buku ni ada minat sama dengan dia. Selalunya orang perempuan suka shopping tapi dia ni pulak, suka tengok langit. “Nak bayar harga buku ni...”
“Pergi dekat kaunter tu. Ada pekerja saya dekat sana.”
Why don’t you just use ‘aku’ instead of ‘saya’? Tak bestlah guna ‘saya’ when we are friends.”
Hana tersentak. Friends? Adam anggap yang dia ni kawan? Betul ke dia tak salah dengar tadi?
Friends?
“A’ah. Kenapa?”
Hana geleng sambil garu kepala yang tak gatal.  “Okey.”
Adam senyum sebelum membawa buku-buku yang dia nak beli ke kaunter. Hana yang masih di belakang tersenyum sedikit. Entah kenapa hati dia berbunga-bunga bila Adam cakap dia ni kawan. Hah! Something wrong somewhere once again!
“Dah lunch?”
“Hah?”
Lunch dengan aku?” Tanya Adam. Bosanlah pulak kalau makan sorang-sorang walaupun dia dah biasa makan sorang selama ni.
“Ohh... boleh je.” Entah kenapa Hana cepat je bersetuju. Dia gigit bibir. Nak tarik balik, macam tak patut je.
“Jomlah...” Akhirnya Hana hanya mampu mengangguk lemah sebelum mencapai beg tangannya dari bawah kaunter. Makan je pun, Hana... takde apa-apa, insya-Allah...
**
            Hana mengangkat beberapa buah novel yang dia ambik dari kedai masuk ke dalam rumah. Terus diletak novel-novel tu masuk dalam bilik bacaan dan dia terus susun ke dalam rak-rak novelnya. Malas nak dibiarkan bersepah sebab nanti mulalah dia bermasalah nak cari balik novel tu.
            Ruang sepi tu dipandang sekilas. Serius bosan duduk sorang-sorang macam ni. Entah kenapa, perkara yang dia memang tak nak fikir tu muncul secara tiba-tiba. Kenapa dia tiba-tiba rasa nak kahwin? Rasa nak ada lelaki yang jaga dia. Yang teman dia.
            Haa... semua ni sebab lelaki bermata hitam cair tu! Sebab Adam, dia mula jadi macam ni. Berangan nak kahwin!
            Terus Hana tersenyum lebar bila ingat balik makan tengah hari dia dengan Adam tadi. Senyap je. Dua-dua tak bercakap sepatah pun tapi masa nak order tu, boleh pulak dua-dua nak order nasi goreng daging merah dengan teh o ais.
            Kali ni Hana terus tergelak kecil. Bahagia je sekarang ni. Nak je cakap dengan Abang Hazwan dengan Kak Huda yang dia nak kahwin tapi calon takde. Nak kahwin dengan siapa?
Tit! Tit!
            Telefon yang berbunyi dikeluarkan dari dalam poket. One new message received from Farah The Mak Cik.
Love is in the air~~
             Dahi Hana dah berkerut. Apa benda pulak mak cik ni merepek? Apa maksud dia yang love is in the air ni?
Kau kenapa?
            Hana bangkit menuju ke dapur sambil tunggu Farah balas mesej dia. 100 Plus dikeluarkan dari peti ais lalu dituang ke dalam gelas.
Azrul cakap kau lunch dengan Adam :p
Sekali lagi dahi Hana berkerut. Siapa pulak yang bercerita dekat Azrul ni? Takkan Adam kot? Mamat tu nampak macam orang yang jenis perahsia. Takkanlah dia yang cakap?
Macam mana kau tahu?
Skrin telefon bimbit diketuk guna jari telunjuk. Macam mana diorang boleh tahu ni?
Adam bagitahu.
            Terus terlopong mulut Hana. Adam yang bagitahu? Biar betul! Mati-mati dia tak sangka Adam yang bagitahu.
Tipu!
Tak caya sudah! Memang dia yang bagitahu sebab tadi Azrul nak ajak dia lunch sekali since hari ni dia cuti. Tapi dia cakap dia dah lunch dengan kau! Cayalah kau, Hana! Bertindak dalam diam ye!
            Hampeh betul si Farah ni! Apa kebendanya bertindak dalam diam? Kalau Farah ada dekat depan dia ni sekarang, memang dah dia siku-siku si Farah tu!
Pandailah kau! Takde masanya aku nak bertindak dalam diam. Kebetulan dia datang beli buku dekat kedai aku tadi, so dia ajak aku lunch!
            Tiba-tiba kena bagi penerangan dekat Farah bagi menjernihkan keadaan. Tak naklah diorang buat spekulasi yang bukan-bukan. Malu nanti dekat Adam! Memang dia suka mata Adam tu tapi takdelah sampai dah tangkap cintan segala! Baru kenal je kot!
Pandai eh nak tipu aku? Aku tahulah yang hati kau dah berbunga-bunga sekarang ni.
            Hana dah geleng kepala. Kenapalah susah sangat nak yakinkan Farah ni?
**
            Best ke pergi makan dengan Hana?” Soal Azrul sambil sengih-sengih sejak dari tadi. Adam pandang Azrul sebelum buat muka takde perasaan. Malas nak melayan sangat soalan Azrul ni.
            “Adam...”
            “Pergi makan je pun” Akhirnya Adam bersuara. Nak baca surat khabar pun susah!
            “Alhamdulillah...” Azrul dah tadah tapak tangan. Akhirnya sepupu dia ni nak jugak pergi lunch dengan orang perempuan. Lega hati dia sekarang ni!
            “Kau kenapa?”
            “Aku bersyukur sebab akhirnya hati kau terbukak jugak...”
            Adam dah tarik nafas. Macam-macamlah Azrul ni. Dia bawak Hana pergi lunch je kot. Bukannya pergi mana-mana pun. Yang beria-ia cakap hati dia terbukak ni kenapa?
            “Pergi lunch je, Azrul. Bukan pergi jumpa tok kadi...”
            Azrul dah sengih. “Dah terfikir ke nak bawak dia pergi jumpa tok kadi ke?”
            Terus Adam pandang Azrul dan kemudiannya satu tumbukan hinggap dekat bahu Azrul. Cakap tu, main cakap je!
            “Sakit la!”
            “Tahu pun! Kenapa pulak aku nak bawak dia pergi jumpa tok kadi?”
            “Sebab kau nak kahwin dengan dia.”
            If you think this is going to work, you’re so wrong!” Ucap Adam perlahan. Dia tahu Azrul ada hajat nak satukan dia dengan Hana. Kalau tak, takdelah Azrul duk mengusik dia dengan Hana.
            “Macam mana kalau memang menjadi? Jodoh ni di tangan Allah, Adam...” Azrul hanya senyum sebelum berlalu masuk ke dalam dapur. Adam mendiamkan diri sebelum kembali mencapai surat khabar. Malas nak fikir apa-apa!

p/s : Enjoy dan jangan lupa komen. Komen anda buat saya bersemangat nak menaip :)

8 comments:

joenyz said...

huhuhu adam ni pandai buat pompuan cair lah~~~~

Anonymous said...

perghhhh best sangat2

mai said...

ok.fine! best2! oh, tak tau nak cakap apa. bestnya kalau benda ni happen in the real life.huhu

Sue Anieki said...

adam..sweet sgt,,>_< hahhaaha...
suka tgok pilot...nak suami pilot jgk la.. :P
moon best sgt..next n3 wat lg best n sweet...hehehehehe..

Sue Anieki said...

sweet la adam ni..>_<
nak jgk la suami pilot..hahhahaha...
moon best n3 ni...
next n3 wat lg best n sweet.. :)

cik Q said...

hehehhheh dua-dua comel je ><

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : hahahaha! kan? :D

anon : terima kasih ♥ :)

mai : comellah komen mai. hehehe! kalau jadi kat realiti, moon pun nak jugak! :D

sue : insya-Allah :D sweet dari gula kapas lagi! :D

cik Q : hehehehe! :D suka org comel.

k.jiba said...

makin hari makin suka gaya Adam.maintain cool jer.takut2 nnti dia yg terlebih syok kat Hana.hehee ^^