Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 13




BAB 13
            “Fariz tu senior dekat sekolah aku dulu. Dia famous.”
            Adam diam sambil memandang hadapan. Tension bila dengar Hana sebut nama Fariz tadi.
            “Entah macam manalah aku pun boleh suka dia...” Hana gelak sambil memandang Adam. Kenapa tiba-tiba diam pulak ni?
            “Hmm...”
            “Kau jealous eh?” Hana sengih. Comel pulak bila dia tengok Adam cemburu. Kalau cemburu, dia senyap je. Bagus... bagus!
            “Obviously...” Adam tayang muka bengang. Boleh pulak dia tanya macam tu? Tak nampak ke muka dia macam orang tengah jealous ni?
            Hana ketawa. “Ala... dia bukan kenal aku pun...” Gaya macam memujuk je dah ni. Pertama kali dia memujuk lelaki. Dia pun tak tahu kenapa dia beria nak pujuk Adam.
            “Manalah tahu kalau dia ingat.”
            “Do you know him?”
            Adam angguk perlahan. Dia memang kenal Fariz tu. Fariz si pilot yang terkenal di kalangan pramugari-pramugari. Bukan setakat pramugari, semua staf dekat KLIA tu kenal dia! Orangnya peramah, suka tersenyum pulak tu. Nak dibandingkan dengan dia ni memang jauh la. Dia mana suka senyum. Dia cuma senyum dekat Hana ni je!
            “Dia popular eh?”
            “Ramai orang kenal dia.”
            “Dah agak...”
            “Dia memang semulajadi popular kot.” Adam sebak rambut ke belakang. Gaya macam runsing habis! Hana tahan gelak. Awak tu pun tak kurang popularnya jugak!
            Dia ingat lagi cerita Farah dulu. Kata Farah, Adam ni ramai peminat tapi dia tak layan.
            “Dah-dah. Tak payah tayang muka tension macam tu.”
            Adam menjeling. Tension la bila si gadis idaman tiba-tiba cakap pasal Fariz. Dia kenal Fariz tu! Fariz dengan dia.... memang Fariz menang! Tak payah nak bandingkan pun,dia dah tahu dia kalah tanpa bertanding.
            “Hmm... relakslah.”
            “Hmm...”
            “Fariz tu cuma sejarah lama...”
            “Hmm...”
            “Aku tak tahu pulak Encik Pilot dekat sebelah ni kuat cemburu.” Hana pandang Adam sambil tersenyum. Macam ni la rupanya bila Adam cemburu. Kenapa nampak comel sangat ni?
            “Hmm...”
            “I’m going home now.” Hana dah berjalan laju ke depan. Asyik nak ter’hmm’ dari tadi!
            “Hana...”
            “Apa?” Hana berpaling ke belakang.
            “Sure ke dia tu cuma sejarah lama?”
            Hana angguk. Hati ni memang dah takde langsung nama Fariz dan kini dah diganti dengan nama Encik Pilot dekat depan ni! Tapi tak naklah mengaku lagi.
            “Lega...”
            Hana senyum. Kelakar bila tengok muka lega Adam. “Let’s go!”
            “Jom!” Adam sengih sebelum berjalan di sebelah Hana. “Suka bila kau pujuk aku tadi. Rasa macam terharu sangat!”
            Hana menjeling. “Amboi!”
            Adam gelak kecil. “Thanks.”
            “Hmm...”
            “It makes me feel much better now,” ucap Adam perlahan dan tenang.
            “Err....”
            “You don’t have to say anything now. I’ll wait even it takes forever...”
            Hana terdiam. Haih, kalau dia duduk lama-lama dengan Adam ni, mau dia pengsan. Ayat Adam selalu menusuk hati dia. Kadang-kadang rasa sebak sangat sampai nak menangis tapi dia tahan. Dia tak nak tunjuk dekat Adam yang dia ni lemah dengan ayat-ayat manis. Pertama kali cintanya berbalas walaupun Adam tak tahu perasaan sebenar dia. Selalunya, dia bertepuk sebelah tangan aje. Contohnya macam Fariz dengan Zairi tu.
            **
            “Fariz... Fariz...” Sejak dari tadi Adam mundar-mandir dalam bilik dia sambil memikirkan pasal Fariz. Walaupun Hana cakap yang Fariz tu sejarah lama tapi hati dia tak tenang. Resah semacam je! Masa Amirah dulu, takdelah dia jadi macam ni.
            Fariz tu memang salah sorang kawan baik dia. Dia kenal Fariz tu macam mana. Fariz memang baik dan disenangi ramai orang tapi masih single sampai sekarang. Adam pernah tanya dia dulu kenapa sampai sekarang dia single dan jawapan dia adalah dia tengah menunggu seseorang. Seseorang tu Hana ke? Itu yang merunsingkan dia sekarang ni!
            Telefon bimbit dicapai lalu dia segera menelefon Akmal. Akmal memang boleh tolong dia sekarang ni.
            “Assalamualaikum Mal...” Adam memberi salam selepas panggilannya berjawab.
            “Waalaikumussalam, Adam. Kenapa telefon aku ni?”
            “Aku nak mintak tolong dengan kau. Boleh kau tolong siasat siapa yang Fariz suka sekarang ni? This is urgent. I need the answer A.S.A.P!”
            “Adam, aku ni pilot sama macam kau. Bukannya penyiasat ke apa...”
            “Aku tahu tapi aku tahu kau boleh tolong aku dalam hal ni. Please...” Dia dah guna nada merayu. Dia perlukan bantuan Akmal. Hanya Akmal yang boleh diharapkan sekarang ni.
            “Sebenarnya aku tak perlu siasat pasal ni pun sebab hari tu aku ada dengar yang Fariz cakap dia dah jumpa orang yang dia cari selama ni. Rasanya dia kerja dekat kedai buku....”
            Adam ternganga. Kedai buku? Hana? Adakah apa yang dia sangka selama ni betul? Yang Hana adalah orang yang Fariz cari?
            “Adam?
            “Habis la aku!”
            “Hah? Kenapa pulak?”
            Adam diam. Dia dah hilang Amirah dan dia takkan hilang Hana. Dia akan berusaha untuk menangi hati Hana dan jadi imam kepada Hana. Jadi pelindung Hana, jadi lelaki yang sentiasa ada di sisi dia.
            “Nothing, Mal. Thanks. Assalamualaikum...” Terus panggilan dimatikan. Takpe, Adam! Ada jodoh tak ke mana.
            Itulah dinamakan ayat penyedap hati...
**
            “Apahal kau tiba-tiba ajak aku keluar ni? Kesian bini aku sorang-sorang tu!” Azrul membebel sambil mengikut langkah panjang Adam ke kereta.
            “Jom pergi lepak kat pantai...”
            Dahi Azrul dah berkerut. Kalau Adam ajak dia ke pantai, maknanya Adam tengah ada masalah. Masalah apa pulak yang melanda sepupu dia ni?
            “Problem?”
            Adam sebak rambut ke belakang. “Tukar plan la. Aku nak melukis.” Adam dah mengeluarkan alat-alat melukis dia dari bonet kereta.
            “Adam....” Meleret suara Azrul menyebut nama Adam. Dia membesar bersama-sama dengan Adam. Dia tahu Adam ada masalah sekarang ni. Kalau tak, takdelah muka runsing semacam je ni!
            “Kau ingat tak dulu kau pernah cerita dekat aku yang Farah pernah kena goda dengan bos tempat kerja dia tapi akhirnya Farah berhenti dan kerja dekat tempat lain?”
            Azrul mengangguk. Memang dia ingat sangat pasal tu! Punyalah dia bengang dengan bos tempat kerja Farah tu.
            “Hana...”
            “Kenapa dengan Hana?”
            “Kau ingat Fariz tak?”
            “Haa... ingat-ingat. Kenapa dengan dia?”
            Adam tarik nafas panjang. “Dia senior Hana masa kat sekolah dulu... dan....” Rasa macam tak terluah je ayat yang seterusnya.
            “Dan?”
            “Hana cakap yang dia pernah sukakan Fariz. Kau sendiri tahu kan Fariz tu macam mana orangnya kan?”
            Azrul angguk laju-laju. Memang dia tahu sangat macam mana Fariz tu. Dia pernah cakap dekat Adam dulu. Perempuan yang mana tolak Fariz tu memang rugi sangat! Dan sekarang ni, dia nak cakap Hana rugi ke tak?
            “Tadi aku telefon Akmal. Akmal cakap dia ada dengar cerita yang Fariz dah jumpa orang yang dia cari selama ni and guess what?”
            “Apa?” Tanya Azrul tak sabar. Suspens betul dah cerita Adam ni.
            “Dia kata orang yang dia cari tu kerja kat kedai buku!!” Adam dah menyebak rambut ke belakang. Memang dia tahu Hana cakap yang Fariz tu sejarah lama tapi kalau Fariz pandai nak ambik hati Hana balik, habislah dia!
            “So, kau dah give up?”
            “Mana ada!”
            Azrul berpeluk tubuh. “Gaya kau macam nak give up je?”
            “Aku tak nak give up tapi....”
            “Aku tak nak ada tapi-tapi tu... Selagi Hana tak bagi apa-apa keputusan, fight for your love. Kalau Hana bukan jodoh kau, takpe. Insya-Allah ada yang lain tapi sekarang ni, fight for your love! Mungkin orang Fariz maksudkan tu bukan Hana. Kebetulan je dia kerja jugak dekat kedai buku. Think positive, Adam.” Panjang lebar Azrul berceramah dekat Adam. Dia tahu Adam pantang menyerah sebelum bertanding cuma mungkin kali ni, dia rasa kedudukan dia sedikit goyah dengan kehadiran Fariz.
            “Aku sayangkan Hana. Dia wanita pertama yang berjaya buat apa yang aku rasa sekarang ni. Apa yang aku rasa buat Amirah tak sama macam yang aku rasa buat dia. Dia buat aku rasa nak protect dia. Dia buat aku tenang dan insya-Allah, aku akan berjuang!” Adam berkata dengan tangan digawangkan ke langit. Fariz is just a man!
            “Inilah cousin aku! Pantang menyerah sebelum berusaha!” Azrul turut sama bersemangat.
            “Ye!” Adam sengih sebelum mengangguk. “Tapi aku still nak pergi melukis...” Adam angkut segala barang lukisan dia masuk ke dalam hotel.
            Azrul dekat belakang dah mencebik. Rosak mood betul!

p/s : Maaf kalau entry ni tak memuaskan hati korang semua. Nanti saya edit balik ye <3 Jangan lupa komen. Terima kasih~~~
           
           

12 comments:

joenyz said...

ahhh suke suke >.<

adam!!!! fighting!!! hahaha ok saya over...
kak mun sambung laju2 eh!!

Anonymous said...

kak moon . sweet nya >.<



-- Ed //

Mardihah Adam said...

Oh...i datang lagi! melayang-layang baca. Hidup Adam. :)

nunu said...

best la Moon XD fighting Adam! Hana pon cepat2 la confess.. hehe :D

RinsyaRyc said...

Jeles la pulak pakcik adam . ngeh3. .., suka tengok lelaki jeles ..

Anonymous said...

sweet sangat....suka masa hana pujuk adam....adam...fight for your love!!!!!

Sue Anieki said...

adam jeles..hana pujuk adam..hahahaha..mcm comel je..
adamm!!fighting!! chaiyok2...

mizz acu said...

wohooo.. pandai pak cik beku ni jeles yer!
chaiyok2 adam.. i support u!

insyirah said...

cian adam...
hana cepat lah bagi jawapan kat adam...
merane adam fikir sal hana....

liyana said...

suke2..sweet je
go adam! ajaja fighting!
(sy suke adam)
hehe

k.jiba said...

ajah2 fighting Adam.nk jadi Imam tuk seorg wanita perlukan kekuatan.jgn cepat mengalah okei.Hana pun kalau dah yakin tntg hati tu jgn la main2 nnti diri sendiri susah.juz mengakau n kawin pastu brcinta la hari2 pun.huhu.entri ni akk bc ngn penuh perasaan.tetiber jerkkk.huhuu.

nurul najwa said...

best la.. suka2.. fight for your love adam.. *serius adam sangat sweet.. :D