Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 9




BAB 9
            “Bakal suami?”
            Hana angguk dengan penuh yakinnya. “A’ah!” Jawab pun dengan penuh yakin. Tak peduli apa-apa dah sekarang ni! Yang pasti dia bengang bila Zairi buat macam tu dekat Adam! Adam bukan main sopan nak salam dengan dia tapi dia buat macam nak tak nak je!
            “A’ah... Bakal suami dia.” Hana pandang Adam bila dengar Adam cakap macam tu. Ingatkan Adam akan senyap je tapi rupanya tak!
            Sekali lagi mulut Hazwan, Huda, Farah dengan Azrul terlopong.
            “We’re getting married as soon as possible...”
            Mak aih! Hana kerling Adam. Over sangat dah ni! Ada ke patut cakap macam tu? Macam real je nak kahwin.
            “Tahniah...” Perlahan je suara Zairi. Hana hanya senyum tapi Adam siap boleh kenyit mata bila Hana pandang dia.
            Gila ke apa dah Adam ni?
            “Nanti nak kahwin, jangan lupa ajak abang...” Pandangan Zairi dihalakan ke arah Hana.
            “Insya-Allah, bang...” Dah melampau sangat dia menipu Zairi ni. Buatnya tiba-tiba Zairi tanya nanti, kenapa sampai sekarang tak kahwin lagi? Apalah agaknya dia nak jawab?
            Takkan nak cakap sebab “Kitaorang takde apa-apa hubungan pun. Saja je nak tipu abang hari tu” ataupun “Kami dah putus. Dia bukan untuk Hana.” Sedih sangat bunyinya pulak!
            Hana mengeluh dalam hati. Menyesal pulak cakap macam tu tadi tapi nak buat macam mana, tadi tengah bengang... apa-apa pun dia tak sempat nak fikir.
            This is too much,” bisik Hana dekat Adam.
            “Amin...”
            “Apa yang kau aminkan ni?”
            “Amin yang kita akan kahwin...” Sekali lagi tawa kecil meletus dari bibir merah Adam. Hana terkedu buat kali ke berapa entah. Haih, Adam ni memang nak kena agaknya! Nak merapu pun, janganlah pasal benda-benda macam ni. Hati ni dahlah berdegup kencang untuk lelaki ni!
            “Adam, what is wrong with you?” Kali ni Hana bertanya tanpa mempedulikan Zairi.
            Adam hanya senyum. “Kenapa nak berlakon sedangkan kita boleh jadikan perkara itu satu realiti?” Bisik Adam di telinga Hana.
            Oh my!
            Hana jeling Adam. Banyaklah dia punya realiti! Yang hati ni pun satu, perlu ke jadi macam ni?
            **
            “Hana!” Dari tadi Adam panggil Hana tapi Hana buat derk je. Malas nak melayan Adam sebab Adam suka cakap merapu!
            “Hana!”
            Go away!”
            Adam dah merengus geram dekat belakang. Terus dia berlari sebelum berdiri di hadapan Hana. Menghalang Hana untuk terus melangkah.
            “Kenapa ni?”
            “Aku geram!”
            “Apa benda yang kau nak geramkan sangat?”
            Kali ni giliran Hana pulak merengus geram. Buat-buat tak tahu pulak. Dah sah-sah, dia bengang sebab Adam cakap macam tu dekat Zairi tadi. Adam dah buat dia rasa bahagia walaupun dia tahu Adam hanya berpura-pura di depan Zairi dan itu yang buat dia bengang!
            “Pasal tadi. We’re not getting married as soon as possible!
            Why not?!”
            “Apa benda kau mengarut ni?!” Ya Allah, kenapalah mamat ni nak buat dia jadi macam ni?!
            “Aku serius ni. Aku nak kahwin dengan kau.”
            “Hah?”
            Hana tak tahu apa kena dengan dia sekarang tapi dia rasa badan dia tengah melayang sekarang dan tiba-tiba semuanya jadi gelap.
            **
            “Ni semua salah aku, Wan.”
            Hana dapat dengar suara sedih Adam. Mata yang tertutup rapat dibuka perlahan-lahan. Orang pertama yang dia nampak adalah Adam. Adam yang tengah meraup muka dia dengan penuh kekesalan.
            “Hana...”
            “Kak Huda...” Hana alih pandangan dekat Huda.
            “Macam mana boleh pengsan tadi?”
            Hana pandang Adam. “Entahlah. Tiba-tiba rasa pening. Sedar-sedar dah pengsan!” Hana ketawa kecil. Bila Adam ajak dia kahwin, terus pengsan! Kelakar betullah!
            “Ke sebab Adam ajak kahwin tadi?” Tanya Hazwan sambil tersengih.
            “Taklah!”
            “Abang dah terima...”
            “Apa?” Mata Hana dah terbeliak. Terima apa benda pulak ni?
            “Terima pinangan Adam...”
            Terus Hana pandang Adam dengan muka tak percaya. Mati-mati Hana ingat Adam main-main tadi.
            “Aku dah cakap dekat abang kau yang aku akan hantar rombongan meminang nanti. Sebelum majlis kahwin Humaira...”
            Sekali lagi mata Hana terbeliak. Oh my! Apa sudah jadi ni?
            “Tak nak!!!!” Entah kenapa itu yang dia jeritkan. Semua ni mimpi!
            **
            “Hana... Hana!” Terasa bahu dia digoncang.
            Mata yang terpejam tadi terus terbukak. Laa... mimpi rupanya. Hana mengurut dadanya sambil menarik nafas. Bahaya betul mimpi dia tadi! Serius, dia rasa takut sangat!
            “Hana okey tak ni?” Huda bertanya sambil mengusap pipi Hana.
            “Okey...” Hana cuba senyum sambil membetulkan rambutnya yang berjuntai dekat dahi. Dalam bilik ni, hanya ada dia dan Huda. Hazwan dan Adam memang langsung takde dekat sini. Kiranya memang dia bermimpi tadi.
            “Hana mimpi...”
            “Mimpi apa?”
            Hana terus ketawa. “Lawak gila mimpi tu, kak... Ada ke Hana mimpi yang Adam nak pinang Hana.” Hana ketawa lagi.
            “Itu bukan mimpi...”
            Terus mati ketawa Hana. Dia pandang Huda dengan mulut yang terlopong.
            “Memang dia nak pinang Hana.”
            Oh my! ADAMMMM!!!


p/s : Hahahaha! Saya aci taip je DMR ni tapi saya bahagia. ♥ Enjoy dan jangan lupa komen.

15 comments:

joenyz said...

aaaaaa~~~~~~ best best best...

adam itu sweeeeettttttttttt~~~ <3
suke suke.... akk sambung cepat2 ok! cepatla kawen, saya x sabar dah ni!

Anonymous said...

jalan cerita dia sweet....but saya lagi suka kalau liya masukan element romantik sikit..biar adam buat benda gila2 sikit bagi hati hana cair terus...

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : hehehhe! adam sweet kan? :D hahaha! takleh cepat2 sangat kawen. Hana belum setuju lagi tu.

Anon : Elemen romantik? Saya cuba ye. Hehehe! saya ni tak reti sangat nak buat masukkan elemen romantik tapi saya cuba :) terima kasih <3

Haruno Hana 하나 said...

waaaaaaaaa XDDDDDDD sweet giler XDDDDD cepat2 la kahwin :3

k.jiba said...

siyes akk dpt rasa yg Liya taip ni aci main sedap rasa jer sbb hati tgh hepi gile2.huhu.but still best n again akk sengih bacer.ni cter cinta lepas kawen ker haper???

Anonymous said...

waaaa!!!!! suka la~~he3..nk lg..

insyirah said...

hahaha..
ape lah hana...
ok ape adam nak pinang hana...
nampak comel sangat perangai hana ni...

RinsyaRyc said...

Adam sngttt sngttt gentlemen . ni baru dikatakan lelaki sejati .. hik3. bertuah hana..

n!ce_w!nd said...

salam.. cerita ni pasal cinta lepas kahwin ke?? serius.. dah bosan baca cerita cinta lepas kahwin ni.. cuba akak buat kisah diorang ni lain dari yg lain.. cuba jgn masukkan elemen perkahwinan ni.. sye dah muak la.. jalan story dah best n sweet2 je.. tapi tak best part kahwin tu la.. that's my opinion ! ^_^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Hana : Hehehe! Lama lagi kahwinnya :)

kak jiba : tak jugak. dia campur2.. hehehe! kita nantikan bab yg akan dtg ye :D

anon : hehehe! rehat dulu boleh? :D nak kena buat assignment dulu :)

insyirah : hahaha! dia tak percaya yang Adam tu nak pinang dia.

kak rin : hahahahaha! adam, cinta hati saya <3 :P

nice_wind : nak kata cinta lepas kahwin pun tak jugak :) hehehhee! adam baru nak pinang hana tapi hana tak terima lagi dia, so ada banyak lagi benda yang Adam kena buat :) insya-Allah aka cuba buat kelainan ye <3


semua : thanks sebab sudi komen. love you!

Anonymous said...

wahhh! best best.
kelakar lahh adam. tak sabar tunggu n3 10.hehe :)

liyana said...

waaaa...suke2

nk lg moon!
hehe

Aqilah Mohamad said...

Ya Allah sweetnya >< Aduiii terus nak meminang kot ! <3

Aqilah Azmi said...

Best gilerr...rase mcm nk jadi hana je.. .hahahaah

Aqilah Azmi said...

Best sngt2