Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 1


Stop menulis Cintaku di KLIA! sekejap dan bakal diganti dengan cerita ni. Dia Mr, Right! Harap korang semua enjoy baca kisah cinta Adam dan Hana ♥

BAB 1
            HANA dah geleng kepala dekat belakang sambil memandang Farah yang tak habis-habis menjelajah dari satu kedai ke satu kedai. Beg dekat tangan tu usah cakaplah, memang dah tak larat nak bawak tapi si Farah tu gigih lagi! Hana dah penat nak bawak beg dia sendiri. Nak buat apa beli barang banyak-banyak ni?
            “Farah, dah la tu! Aku dah penat.”
            “Sikit lagi.”
            “Berapa banyak blouse kau nak beli ni?”
            Farah sengih sambil angkat empat jari dia. Hana dah geleng kepala balik. Budak ni nak pakai blouse banyak-banyak ni untuk apa?
            “For what reason?”
            “I need to calm myself down. Aku tahu aku jarang buat tabiat ajak kau shopping macam orang tak betul but this is a therapy for me right now.”
            Dahi Hana dah berkerut seribu. Kenapa si Farah ni nak tension segala?
            “Kenapa ni?”
            Farah tarik nafas. “Nantilah aku cerita. Jom shopping lagi.” Terus dia gerak ke hadapan. Hana tercengang sebelum kaki dia pun melangkah ikut Farah masuk dalam kedai baju. Biarkan jelah dulu Farah tenangkan fikiran...


HANA diam sambil menenangkan kawan baiknya yang sejak dari tadi memang tak henti-henti menangis. Bila Hana tanya kenapa Farah menangis, dia angkat tangan suruh Hana diam dulu. Sengaja Hawa bawak Farah datang sini lepas habis shopping tadi. Biar angin pantai ni menyejukkan hati Farah yang tengah tak stabil. Setiap kali Hana marah, memang dia datang sini. Tenang je hati!
“Dia tu bodoh!”
Hana pandang Farah. Siapa pulak yang bodoh ni?
“Azrul memang bodoh!” Kali ni Farah sebut nama sekali. Hana ternganga. Farah kutuk Azrul? Wah, first time dia dengar Farah cakap Azrul tu bodoh. Macam tak percaya gila!
“Apa dia buat dekat kau?”
“Dia ajak aku kahwin.”
Hana tercengang pulak. Terus jarinya mencucuk pipi Farah sehingga terteleng kepala teman baiknya itu. Siapa yang bodoh sebenarnya? Si Farah ni ke? Ataupun si Azrul?
“Dia ajak kahwin pun bodoh ke?” tanya Hana geram. Ajak kahwin kot?! Bukan ajak pergi terjun bangunan KLCC pun! Kalau Azrul ajak Farah pergi terjun bangunan KLCC, bukan setakat Farah yang cakap dia dah gila, dengan dia-dia sekali cakap Azrul tu gila!
“Dia ajak aku kahwin! Sweet sangat! Sebab tu aku rasa dia bodoh sebab jadi sweet sangat!” Farah mengelap air mata dia. Hana pulak rasa macam nak debik je si kawan ni. Memang sesuai sangatlah dengan si Azrul tu. Sama-sama tak betul!
Hana betulkan hujung tudung yang dah terkelepet. Lama dia merenung laut yang terbentang luas di hadapan dia sekarang. Indahnya ciptaan Allah. Sudah lama dia tak pergi melancong. Teringin pulak rasanya nak pergi melancong dekat pulau. Menikmati pemandangan yang indah. Alone of course. Dia suka pergi melancong sorang-sorang!
Pap!
Hana tersentak. Dia terus pandang Farah sambil jongket kening. “Apa?” Tanya Hana perlahan. Orang tengah khusyuk menikmati pemandangan, tiba-tiba ada orang kacau daun!
“Kau tak nak kahwin ke?”
Hana tarik nafas. Kenapa gaya semua orang cakap macam umur dia dah masuk 45 tahun? I’m 25 years old! Tak nak kahwin lagi! Enough said.
“Tak nak lagi.”
“Kenapa?”
“Nak relaks dulu. Dah-dah, jangan nak cakap pasal aku. So, kau macam mana? Ready nak kahwin?”
Farah sengih sebelum mengangguk dengan muka yang merah. “Of course. Nanti aku nak mesej dia cakap yang aku setuju.”
“Kenapa tak mesej je dia sekarang?”
“Saja.”
“Saja nak seksa hati dia?” soal Hana, ketawa kecil. Bukan dia tak kenal dengan Farah. Kalau tak diseksanya si Azrul tu, memang tak sah tapi Farah dan Azrul memang sweet sangat! Dia ingat lagi masa tu, hari lahir Farah. Azrul bawak kek perisa vanilla kegemaran Farah and of course, dia yang buat kek tu. Apa gunanya ada kawan chef kalau tak guna kan? Tu kata Azrul.
“Seksa sikit-sikit.”
Hana jelir lidah. Sekali lagi dia pandang laut. Laut...laut...laut. I wish I know someone yang boleh lukis gambar pemandangan ni.


ENOUGH BANG!” Aisyah dah angkat tangan tanda surrender. Penat gila dah ni! Tak sanggup dia nak terus belajar lagi. Ini mungkin kali terakhir dia join Abang Azrul berlatih taekwondo dengan Along. Dia tak nak dah lepas ni. Sakit badan-badan ni!
Azrul dah ketawa besar. Adam tayang muka bosan. Dah agak Aisyah takkan tahan lama. Suruh buat apa sikit, cepat je surrender. Memang dia dah faham sangat perangai adik dia yang sorang ni.
Don’t laugh!” Aisyah mencebik. “Aisyah bukan macam abang dengan Along. Both of you dah ada black belt tapi Aisyah baru white belt. Mana boleh nak lawan? Sure la kalah!”
“Ye...ye...” Azrul pulak yang angkat tangan tanda mengalah. Dia pandang Adam yang tengah minum air. Dia teringat balik apa yang Kak Aina cakap masa hari tu. Nak pujuk Adam supaya kahwin? Supaya Adam boleh bahagia dengan someone yang boleh buat hidup dia shining macam little star. Ayat Kak Aina mungkin macam childish tapi dia sendiri pelik. Hati Adam ni memang dah kunci guna mangga paling besar ke? Tak lut langsung walaupun ramai je perempuan cantik yang suka dekat dia.
“Adam!”
“Hmm...” Adam angkat muka.
“Aku dah nak kahwin dengan Farah.”
Adam angguk. “Baguslah. Boleh aku makan nasi minyak.” Katanya tenang sambil mengelap peluh.
“Kau jadi pengapit aku boleh?”
Adam angguk lagi. “Boleh.”
And then mana tahu kau dapat tempias aura pengantin kan? Boleh aku rasa nasi minyak kau pulak.” Azrul sengih. Adam pulak dah tayang muka takde perasaan. Dia tahu Azrul sengaja cakap pasal hal ni. Ni mesti Kak Aina yang suruh Azrul cakap macam ni. Apa Kak Aina ingat dia akan teringin nak kahwin bila Azrul cakap macam tu? Tak rasa apa-apa pun sebenarnya.
“Hmm...” Hanya bunyi tu yang keluar dari mulut Adam. Azrul terus rasa down. Maafkan daku, Kak Aina. Daku tidak berjaya melembutkan hati adikmu ini! Keras bak batu betul!
Aisyah tahan gelak bila tengok muka kecewa Abang Azrul. Kalau nak cakap soal kahwin dengan Abang Adam, rasanya tak perlulah. Perkara-perkara yang akan menarik perhatian Abang Adam sangatlah sikit. Contohnya macam lukisan dan kerja dia dekat atas awan tu. Taekwondo mungkin termasuk  jugak. Abang Adam agak complicated. Orang akan cakap dia heartless, emotionless, ego dan lain-lain lagi sifat negatif. Kalau dalam kapal terbang, rasanya dia serius je kot! Tapi dalam serius-serius tu, ramai jugak yang minat! Cuma orang tak berani nak datang dekat je.
“Aisyah tak sabar nak tengok orang yang mampu buat hati Abang Adam lembut macam gula-gula kapas,” bisik Aisyah dekat telinga Azrul. Azrul angguk bersetuju. Memang dia nak tabik spring dekat orang yang boleh buat macam tu dekat Adam!
And Aisyah tak sabar nak tengok abang jadi macam dulu. Masa Kak Mirah masih ada dengan kita semua.”
Azrul angguk lagi. Dia pun rindukan Adam yang dulu.
Do you know where Kak Mirah is?” Soal Azrul.
Aisyah angkat bahu. “Tapi Abang Adam maybe tahu.”
He still loves her?
Aisyah angkat bahu lagi. “Maybe.”


p/s : comments sangatlah dihargai ♥ enjoy!

11 comments:

Aqilah Mohamad said...

nak lagi . nak lagi !

me said...

best, liya!

Anonymous said...

Hana dgn hawa tu org sama ke lain??

najibah said...

assalamualaikum.1st,akk xtau sbb akk bc lewat mlm n mata kabur or mmg ader silap at situ.Hana n Hawa.sape Hana n sape Hawa pada Farah ni or typo kot.yg sbnr adalah???.untuk bab1 ni akk boleh ckp interesting n mmpu senyum sbb akk rasa Adam tu mmpu buat akn jadi next hero kesukaan akk.setakat ni jln cter sngt memuaskan.akhir kalam,menulisla dgn harapan semoga tulisan kita bukn sekadar mmberi hiburan tp juga pengajaran. ^^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Err..patutnya Hana tapi typo di situ. hehehe! maafkan saya :) nanti saya baiki ye. terima kasih semua <3

joenyz said...

akak.. emmm knapa x stick pakai nama hawa tu eh?? eheh just asking....

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : kalau diikutkan hati akak, memang akak guna nama Hawa tu tapi risau pulak nanti orang cakap akak ciplak Adam dan Hawa sebab Adam ni akak nak buat dia jadi pilot <3 hehehe! :)

joenyz said...

wah wah wah wah wah wah !!! pilot gitu.. hahaha nsib baik akk ckp, saya ingt arkitek sbb ada mention pejabat dgn lukisan kat atas tu... hahaha x sabar!

Khayreena Fatin said...

Nak sambungan cite ni agy . x sabar la .. :) best nye

Anonymous said...

kak moon . i'm obses with PILOT you know . huaaa . obses ! love pilot ! harhar



> Ed <

Nur Shaira said...

ske watak Adam... nway lawa cover title dy...