Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 3


BAB 3
Sebulan kemudian...
“Kawan! Teman aku pergi beli barang, please?!”
Hana gosok mata. Dia mencari jam locengnya. Baru pukul 8 kot! Dia mengantuk lagi ni! Dahlah semalam tidur lewat sebab dia tak boleh nak tidur. Akhirnya, dia baca novel sampai pukul 4.30 pagi. Lepas tu barulah boleh terlelap. Nasib baik hari ni dia uzur sebab kalau tak, memang terlepas Subuh dia tadi.
“Aku penatlah.” Hana dah sembam muka dekat atas bantal. Nak cakap dengan Farah pun dah tak larat ni.
“Ala, pleaselah. Majlis kahwin aku kan dah makin dekat. Please! Please!”
Hana tarik nafas. Dia memang lemah bila Farah dah start sesi pujuk-memujuk ni. Duk cakap ‘please’ dekat dia banyak kali. Farah memang tahu kelemahan dia. Memang dia tak boleh tahan orang sebut ‘please’ banyak kali!
Fine... tunggu aku mandi dulu. Naik kereta aku ke kereta kau?” Hana tolak selimut tebalnya ke tepi dan duduk bertenggek dekat tepi katil. Kalau dia terus baring, memang sah dia tidur balik!
“Hmm... kereta aku. Aku ambik kau dalam pukul 9 boleh?”
“Okey.”
“Jangan tidur balik.” Sempat lagi Farah berpesan.
“Iye...” Hana berdiri selepas Farah dah letak telefon. Terus dia capai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air sambil menguap besar.
Lepas sejam, dia dah siap lengkap berpakaian. Dengan mata yang masih lagi rasa mengantuk sangat, dia menapak ke dapur. Nak cari makanan dulu sebab perut dia dah pedih sekarang ni.
Hana memandang sekeliling rumahnya. Tak best betul duduk sorang-sorang ni. Takde teman nak bersembang, teman nak makan sekali, teman nak tengok tv. Bosannya! Hana menarik nafas sebelum membuka pintu peti ais. Yang ada cuma telur. Baru dia teringat yang dah lama dia tak beli barang dapur. Haa... pemalas betul!
            “Buat telur hancur makan dengan roti je la...” Terus kuali dicapai.
**
“Ni Adam.” Azrul perkenalkan Adam dekat Hana yang tengah sibuk cari sesuatu dekat dalam beg tangan. Hana angguk kepala sikit je tanpa angkat muka untuk memandang lelaki tinggi lampai dekat depan dia sekarang ni.
“Ni Hana...” Farah memperkenalkan Hana dekat Adam apabila tengok Hana langsung macam tak ada tanda nak perkenalkan diri sendiri. Adam ni memang dia dah kenal lama sangat. Sejak dia mula kenal Azrul lagi. Memang dia dah tahu perangai Adam macam mana tapi dengan dia, Adam still boleh bercakap macam biasa. Mungkin sebab dia selalu pergi rumah Adam dengan Azrul.
Adam pandang Hana. Kenapa dia ni nampak familiar sangat? Macam dia pernah jumpa Hana sebelum ni tapi dia tak ingat dekat mana.
“Lupa nak cakap tahniah.” Adam senyum.
Hehehe...terima kasih.” Farah pulak yang dah naik terkejut. Jarang dapat tengok Adam senyum sebenarnya. Kalau dia senyum, wa cakap sama lu...memang boleh cair! Nasib baik hati dia, Azrul dah ambik. Kalau tak, mau dia berpaling tadah dekat Adam pulak. Farah jeling Hana yang masih tengah sibuk cari benda lagi dekat dalam beg tangan dia.
“Kau cari apa tu?” Tanya Farah.
“Aku punya...”
“Ni ke?” Adam menghalakan tapak tangannya dekat Hana. Gelang tangan ni, dia jumpa masa nak ke tandas tadi. Dia nampak Hana ni berdiri dekat situ dengan telefon di tangan sebelum tiba-tiba gelang ni jatuh keluar dari beg tangan dia. Kalau ikutkan, gelang tangan ni jatuh betul-betul dekat kaki Hana ni tapi Hana ni yang tak nampak. Hana terus angkat muka dan pandang tapak tangan Adam.
My bracelet! Thank you!” Hana tersenyum riang sambil cium gelang tangan tu. Ni pemberian arwah ibu dan ayah dia tau. Kalau hilang, mau gila dia dibuatnya! Hawa pandang lelaki yang Farah cakap sepupu Azrul tu. Entah kenapa, ada satu perkataan je yang terlintas di kepalanya ketika itu. Handsome! Jantungnya yang berdegup kencang kes tak jumpa gelang tangan ni, makin berdegup kencang apabila menatap sepasang mata kuyu milik lelaki di hadapannya sekarang. His eyes... cantiknya warna mata tu! By the way, apa nama lelaki ni tadi?
“Adam.” Jawab lelaki tu seolah-olah mendengar apa yang dia tengah fikirkan. Hana senyum kecil dan mengangguk. I like his name! Adam...comel kan? But I like his eyes more. Warna hitam cair sama macam mata anime yang dia suka sangat tu! Super gorgeous! Tapi kenapa dia macam pernah nampak lelaki ni sebelum ni?
“Jom kita pergi cari barang. Awak nak pergi bahagian mana?” Tanya Farah dekat Azrul. Hana pulak dah pandang arah lain. Bahaya tengok lama-lama anak teruna orang. Nak-nak kalau handsome macam ni. Mau hati aku melompat keluar.
“Kasut.”
“Hmm...tahu ke saiz berapa?”
Azrul sengih. “Of course. 6 kan?”
Farah angguk sambil ketawa kecil. “See you later...” Farah tarik tangan Hana selepas melambai dekat Azrul. Hana hanya mengikut tapi lepas beberapa langkah, dia berpaling ke arah Azrul dan Adam. Dia pandang belakang badan Adam lama sebelum kembali pandang depan. Haih, Hana... kenapa nak tengok dia lebih-lebih ni?
“Kenapa kau tak beli barang untuk diri kau sendiri and then Azrul beli barang dia sendiri? Kan senang...”
Farah geleng sambil goyang-goyangkan jari telunjuk dia. “Aku nak tengok apa yang dia pilih untuk aku.”
Hana buat muka tak kisah. “Suka hati kaulah... Kau yang nak kahwin.”
“Hana, handsome kan Adam tu...” Farah menolak-nolak bahu Hana guna bahu dia. Dia bukannya tak nampak yang Hana pandang Adam tadi. Tergoda tengok mata hitam cair Adam kot. Memang mata Adam tu cantik. Nampak normal tapi bila dipadankan dengan muka handsome, menyerlah betul mata tu!
So?”
“Takde rasa apa-apa?”
Hana angkat kening. Perlu ke nak rasa apa-apa? Adam handsome, yeah memang betul tapi so what?
“Tak.”
“Sikit pun tak...”
Hana geleng. Sikit pun tak!
Really?” Tanya Farah lagi. Hana mula geram. Orang cakap takde, takdelah. Ke nak suruh cakap bahasa Jerman baru nak faham!
“Tu Adam!” Farah jerit tiba-tiba.
“Mana-mana?” Meliar-liar mata Hana duk mencari si Adam tapi tak nampak pun. Takkan Adam main sembunyi-sembunyi pulak dengan dia?
Farah cucuk pipi Hana. “Amboi, sebut nama Adam... terus kau cari eh?” Farah dah gelak-gelak. Hana buat muka. Kantoi la pulak!
Okey, sejak bila dia kalut pasal lelaki ni?! Hana tepuk dahi. Something wrong somewhere ni! Kena suruh Kak Huda check kepala dia. Mungkin ada short circuit dekat kepala dia sekarang ni. Adam is just a man. A very handsome man. That’s it! Tak perlu nak ada feeling-feeling.
Stay cool, Hana binti Taufiq!
**
            Lepas habis membeli-belah, Hana dan Farah terus ke food court untuk makan. Sempat jugak Farah menelefon Azrul ajak makan sekali. Hana terus pergi dekat bahagian makanan Thai. Hari ni teringin nak makan tomyam.
            “Suka tomyam?”
            Hana berpaling ke sebelah kanan sebelum mendongak. Kenapalah Adam ni tinggi sangat?!
            “Suka...”
            “Mungkin awak akan cakap ayat ni saya ni cliché but have we met before?” Soal Adam sambil memandang Hana. Dia memang yakin yang dia pernah jumpa Hana tapi dia tak ingat dekat mana.
            “Rasanya tak kot.”
            “Ohh...”
            Hana diam. Tak tahu nak cakap apa sekarang ni dengan Adam. Malu pun ada sebenarnya. Dahlah dari tadi ada je orang yang tengok-tengok bila dia cakap dengan Adam. Mentang-mentang Adam ni handsome kan...
            Selepas siap je tomyam tu, terus Hana melangkah ke meja dengan Adam di belakangnya. Serius, Hana segan nak cakap dengan Adam. Adam tu nampak macam dingin sangat. Nak tengok dia senyum pun susah!
            “Makan tomyam je?” Tanya Farah sambil menyuruh Hana supaya duduk di sebelahnya.
            “Kenyang nak makan nasi...”
            “Kau pun makan tomyam je?”
            Adam mengangguk sambil menyuap tomyam ke dalam mulut. Nikmat terasa sampai ke tekak. Dah lama tak makan tomyam.
            Farah dan Azrul saling berpandangan sebelum tergelak kecil dan memerhati Hana dengan Adam yang tengah khusyuk menikmati tomyam diorang. Tiba-tiba ada idea nakal yang terbit di kepala!



5 comments:

admirer_Mr.Right said...

dear miss writer ,
i love this story badly !
adam and hana ? hehe, hope they could marry each other someday :')
adam pilot ? hehehe, i could imagine how handsome he was wearing his pilot uni :')
btw, what would the two fiancee' do to adam n' hana

missfie_za&Lynn_are said...

so far dr bab 1 smpai 3 mmg best... sukex3..

cik Q said...

Suka kat Adam . Hhehheeh dah bayangkan dahni ><

Cahayatt said...

moon, hana ni cikgu ya? cerita ni mmg wat akak perasan jd heroin lah...
dah la pangkal nama sama(Ha)...suka tomyam lak tu...harap2 dpt 'jumpa' pilot macam Adam jugak...ha3 ^____^

k.jiba said...

Hana..hana suka sngt tilik Adam...n Adam tu mmg cooloio habis.I like.tgh tggu ape psgn tu nak buat...huhu