Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 5


 
Bab 5
Puas dibelek-belek dekat setengah jam satu DVD ni. Nak beli ke tak nak? Hana baca balik sinopsis dia. Memang best pun dan akhirnya dia bawa buku tu pergi kaunter. Jam di tangan dikerling. Lagi 20 minit nak pukul 12. Apa yang dia nak buat pada hujung minggu yang membosankan ni? Nak balik rumah sekarang ni, rasa macam tak nak pulak. Nak pergi rumah Abang Hazwan tapi abang mesti pergi dekat rumah bakal mak mertua dia. Kak Huda pulak mesti balik rumah mak mertua dia. Haih, bosan!
            “Pak Ngah, cerita ni best sangat!” Satu suara comel menarik perhatian Hana. Budak perempuan comel tu tengah menarik hujung baju seorang lelaki yang mungkin Pak Ngah dia. Hana tersenyum kecil. Comel gila bila pakai dress warna merah jambu dengan tudung warna putih tu. Bagus mak dia. Walaupun kecik, dah diajar anaknya supaya pakai tudung. Sejuk hati kakak yang sorang ni tengok...
            “Ni cerita pasal apa, sayang?” Ketika Pak Ngah budak comel tu berpaling, Hana rasa macam nak terduduk. Oh my, tu Adam! Memang betul-betul kebetulan! Dia langsung tak sangka boleh jumpa Adam dekat Alamanda walaupun memang taklah macam pelik sangat pun.
            Cepat-cepat Hana berpaling ke arah lain. Konon-konon belek VCD Korea. Tak berani nak paling dekat Adam dengan anak saudara dia tu.
            “Ni cerita pasal sorang abang ni, dia suka baca buku.”
            Hana pasang telinga. Sibuk jugak nak dengar cerita budak comel tu.
            “Lepas tu?”
            “Dia kahwin dengan kakak macam Pak Ngah. Kuat kerja.”
            Hana rasa macam nak pengsan. Kenapa kisah tu macam kisah dia dengan Adam je? Yang bezanya, dia yang suka baca buku. Amboi, Hana... kemain kau!
            “Lagi?”
            “Hidup bahagia macam papa dengan mama.”
            “Siapa yang cerita dekat Wahida ni?”
            “Mak Usu.”
            Adam senyum sambil mengusap kepala Wahida. “Nak beli cerita ni ke? Ke nak cerita lain?” Adam capai DVD Barbie yang memang Wahida suka kumpul sejak dari dia umur 3 tahun sampai dah umur 5 tahun ni. Nak kata dia faham apa yang kartun tu duk cakap, takdelah pulak. Dia faham pun sebab lepas dah habis tengok semua cerita tu, pak ngah dia ni yang akan jadi tukang cerita. Habis semua cerita Barbie tu dia dah tengok! Kes sebab nak terangkan balik dekat Wahida ni je.
            “Nak Barbie tu.” Wahida tunjuk dekat DVD yang Adam pegang.
            “Okey. Jom pergi bayar.”
            Hana tunduk kepala sikit lagi ketika Adam dengan anak saudara dia tu melintas dekat dengan dia. Harap-harap sangat Adam tak nampak dia. Bajet penting sangat kan sampai Adam nak nampak dia tercongok dekat sini?
            Adam berpusing ke belakang tiba-tiba. “Wahida tunggu kejap. Tadi Kak Aisyah suruh beli DVD cerita korea.” Adam terus pimpin tangan Wahida pergi dekat rak-rak DVD Korea. Hanya ada sorang perempuan yang tengah belek-belek DVD kat situ.
            Hana pulak ingat yang Adam dah pergi dari situ. Dia letak DVD yang dia duk belek dari tadi balik ke tempat asalnya sebelum tersentak bila tengok Adam tengah berdiri tak jauh sangat dari dia dan yang buat dia lagi kalut bila Adam pandang dia.
            “Hana...”
            “Err... hai.” Hana lambai tangan.
            “Hai. Buat apa kat sini?”
            “Beli DVD.” Hana tayang beg plastik kecik dekat tangan dia. Adam angguk kepala sebelum tiba-tiba Hana rasa baju dia kena tarik. Wahida tengah berdiri di depan dia sambil tersenyum kecil.
            “Kakak ni kawan Pak Ngah eh?”
            “A’ah...” Jawab Hana tergagap-gagap.
            “Nama akak apa?”
            “Nama akak Hana.” Hana senyum sambil cuit pipi gebu Wahida. Comel macam Pak Ngah dia.
            “Adam dan Hana,” ucap Wahida tiba-tiba sebelum pandang Adam. “Mak Usu pernah cerita pasal Nabi Adam dengan Hawa. Nama akak macam Hawa. Pak Ngah dengan kakak macam tu jugak ke?” Rasa nak terkeluar segala isi perut Hana bila dengar soalan Wahida. Ni siapa si Mak Usu ni? Pandai betul mengajar Wahida cara-cara nak buat orang sakit!
            Adam pulak dah terdiam. Tak sangka Wahida boleh tanya soalan macam tu. Dia kerling Hana yang nampak tenang. Nasib baik Hana tak melatah bila kena tanya soalan macam tu.
            “Tu Adam dan Hawa. Nama akak bukan Hawa tapi Hana. Pak Ngah dengan akak kawan je,” balas Hana sehabis yakin sambil cuba untuk senyum.
            “Ohh...” Wahida angguk tanda faham sebelum tersenyum lebar.
            Hana pandang jam dekat pergelangan tangan. “Akak kena balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi ye, Wahida.” Hana tunduk dan cium pipi Wahida. Wahida balas balik dengan memeluk leher Hana dan turut mencium pipi Hana. Hana tergelak sebelum mengangguk kecil dekat Adam. Sempat lagi dia lambai tangan dekat Wahida sebelum dia menghilang dari pandangan mata Adam.
            “Pak Ngah!” Wahida tarik baju Adam.
            “Ye?”
            “Akak tu cantik.”
            “Hmm...”
            “Nak dia jadi Mak Ngah boleh?”
            Mata Adam membulat. Wahida pulak dah ketawa kecil sebelum menarik tangan Adam ke kaunter. Adam pulak hanya menurut walaupun hatinya dah rasa semacam. Wahida ni sengaja nak bagi dia sakit ke apa?
            **
            “Haih, geram aku dengan perempuan tu!” Farah dah tumbuk-tumbuk bantal peluk dia masa dia dan Hana tengah tengok cerita Boys Over Flower. Hari ni Farah datang nak tidur dekat rumah Hana. Bosan katanya duduk dekat rumah kakak dia. Hana pulak dah geleng-geleng kepala. Kawan dia ni memang emo sikit dengan watak-watak penggoda, penggedik, jahat semua ni!
            “Gun Jun-Pyo tu pun!” Emo pulak dia dekat Lee Min Ho. Hana ketawa besar. Memang muka serius Farah buat dia rasa nak guling-guling dekat lantai. Lawak, lawak!
            Pap!
            Terus Hana berhenti ketawa bila ada bantal landing baik punya dekat muka dia. Kali ni Farah pulak yang ketawa. Hana ketap gigi sebelum baling balik bantal tadi dekat muka Farah.
            “Tapi seriously, hodoh rambut berombak dia tu,” ucap Farah tiba-tiba. Hana angguk bersetuju. Memang dia tak suka rambut berombak Jun-Pyo tu. Harap maaf pada semua peminat dia ye! Dia lebih suka rambut lurus Jun-Pyo lagi.
            “Rambut macam Adam tu, aku suka. Rambut dia kemas. Tak serabut,” puji Hana tiba-tiba. Bila Farah pandang dia lain macam, Hana hanya berlagak selamba.
            “Amboi, dah pandai puji Adam sekarang ni. Sejak bila kau pandai puji orang lelaki ni? Selalunya berlagak gila!” Farah dah sengih-sengih. Hawa buat derk je. Dah memang betul rambut Adam kemas. Nak buat macam mana kan?
            “Dah memang rambut dia kemas!”
            “Rambut Zairi pun kemas je tapi takde pulak kau puji-puji dia.”
            Hana diam lagi. Bila sebut nama Zairi, tiba-tiba dia terasa sesuatu. Zairi cinta pertama dia yang tak pernah diluahkan tapi bila akak dengan abang nak satukan dia dengan Zairi, dia menolak pulak. Sebab apa dia tak nak? Sebab masa tu Zairi baru putus cinta dan dia tahu Zairi sayang lagi dekat girlfriend dia tu.
            “Zairi tu lain.”
            “Cinta pertama susah untuk dilupakan eh?
            Hana diam. Tak tahu nak jawab apa. Cinta pertama memang susah nak dilupakan, nak-nak kalau lelaki tu macam Zairi. Zairi baik, Zairi tak merokok, Zairi selalu senyum dan Zairi suka makan masakan dia.
            “Hana!” Farah memanggil lagi.
            Hana pandang Farah. “Susah tu susahlah jugak tapi aku rasa makin lama, aku dah boleh lupakan dia.”
            “Eloklah kalau macam tu.” Farah senyum. Hana pun senyum balik. Dia tengok balik Boys Over Flower dan entah kenapa wajah Zairi dan Adam tiba-tiba muncul dekat televisyen tu. Dan yang paling menakutkan, muka Adam yang tersenyum lebih menarik perhatian dia daripada muka Zairi! Kenapa pulak tiba-tiba muka Adam boleh muncul ni?


p/s : Bab ni memang pendek je :) Thank you dan jangan lupa komen! Muah!

7 comments:

Anonymous said...

suka sangat.... ehhehehe nak jadi makngah boleh? best sangat2. tq awak

mizz acu said...

tu diaaaa... frozen man betoi adam nih.
ermm.. a bit confuse! jap hawa jap hana.. ke nama dia dedua? xpasan plak ;)

Anonymous said...

Naper bnyk typo?kejap Hawa kejap Hana.

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Maaf sebab banyak typo. saya tak perasan sangat sebab bab ni datang dari manuskrip dian. sepatutnya nama Hana tu Hawa tapi disebabkan takut ada persamaan dgn novel Adam dan Hawa, so terpaksa tukar. maaf ye. saya tak perasan.

Anna Norrah said...

ohh, takut tertukar..
hai, sye bru follow citer ni...
best sangat!
tertarik dgn cerita ni pun sbb ada nama farah dengan hana...
farah hana...huhu

k.jiba said...

wahhhh,kecik2 da pndai nk jadi telangkai eih.cter ni sngt2 sweet sbb Adam sngt cool plus Hana lak cm agak2 terlebih menonjol ckit.contra tu perfect ^^

Aqilah Mohamad said...

Nampaknya betullah Hana dah mula suka kat Adam . Waaaa bagus tu ><