Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 16




BAB 16
            Hana hanya memerhati Adam yang diam sejak dari tadi. Makanan yang di depan mata pun dikuis-kuis je. Adakah sebab Zairi tadi? Kalau Adam nak marah sebab Zairi, bukan salah dia tau! Dia tak sangka pun yang Zairi akan datang ke kedai buku tadi. Terkejut pun ada bila nampak muka Zairi tadi!
            “Kesian rezeki tu.”
            “Dia nak luahkan perasaan...”
            Dahi Hana berkerut. Dia cakap pasal rezeki yang Adam tiba-tiba cakap pasal perasaan ni kenapa?
            “Hah?”
            “Zairi... Dia nak luahkan perasaan dia tadi,” ucap Adam lagi tapi kali ni dia capai air tembikainya dan dihabiskan sampai tinggal separuh. Amboi, dahaga sangat ke?
            “Macam mana awak tahu?”
            “Aku lelaki.”
            Hana senyum. “So, maknanya awak nak cakap since kau lelaki... kau tahu apa dia rasa.”
            Adam angguk kecil. “Macam perempuan la. Korang maybe boleh tahu perasaan masing-masing walaupun masing-masing tak cakap apa-apa pun. Sama jugak macam lelaki. Lagipun, aku boleh nampak dari cara dia tengok kau tadi.”
            “Kalau ya pun dia nak luahkan perasaan, so what?” Soal Hana sambil menyembunyikan senyuman. Soalan yang sengaja menguji kesabaran Adam.
            Adam menjeling tajam sebelum memandang ke luar. Marah la tu! Tapi semakin dia tengok muka Adam yang cemburu, semakin bertambah rasa sayangnya pada Adam. Makin dia yakin jugak yang Adam ikhlas sayangkan dia.
            “Aku tak boleh halang perasaan orang, Adam,” luah Hana perlahan. Dia memang tak mampu buang perasaan Zairi pada dia jika benar perasaan itu ada. Zairi manusia yang ada perasaan. Bukannya robot yang boleh diprogram supaya berpaling hati pada orang lain. Malah, dia sendiri dulu pernah sukakan Zairi sampaikan siang dan malam dia menangis bila Zairi bertunang dengan Hani dulu.
            “Kau masih sukakan dia?”
            “Dulu...”
            “Sekarang?” Tanyanya dengan muka penuh mengharap.
            “Entah!” 
            Adam terus menarik nafas. Kecewa dengan jawapan Hana. Kalau Hana cakap yang dia sukakan dirinya, mungkin hati ni akan kembali tenang tapi dia tahu Hana masih belum pasti dengan perasaannya. Cuma satu je yang dia takutkan sekarang, bimbangkan Zairi yang mungkin akan cuba untuk menarik perhatian Hana balik.
            “I’ll wait.”
            “Kalau...”
            “I’ll wait for you, Hana. No matter what happens, aku akan tunggu kau.” Terus Adam bangun selepas selesai berkata-kata. Meninggalkan Hana terpinga-pinga dekat situ.
            **
            Abang suka Hana - Zairi
            Hana terbaring di atas katil sambil memandang siling. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Adam tak habis-habis menganggu fikiran dia sekarang ni. Dengan mesej yang diterima daripada Zairi menambahkan lagi sakit kepala dia ni! Kenapa di saat-saat Adam hadir, tiba-tiba Zairi pun sibuk nak mencelah sekali? Punyalah dia terkejut sampaikan terduduk dekat atas kerusi tadi. Hilang langsung mood nak menyusun buku! Semuanya disebabkan mesej Zairi!
            Tiba-tiba teringat kata-kata Kak Huda dulu.
            Cinta ni complicated. Kadang-kadang tu kita langsung tak faham apa itu cinta.
            Haa! Memang sangat betul apa Kak Huda cakap masa dia belum kahwin lagi! Cinta ni memang complicated! Telefon bimbit yang terletak di atas meja dicapai. Dia perlukan Kak Huda sekarang ni.
            Bila dua orang lelaki datang dan menghulurkan cinta, which one you will choose?
            Lama jugak dia menanti jawapan dari Huda.
            Which one do you love?
            Hana mencebik. Orang tanya dia, dia tanya orang lain balik!
            I don’t know. The second guy kot.
            Second guy tu merujuk pada Adam. Ye, hati dia memang untuk Adam sekarang ni. Kalau dulu, memang dia sukakan Zairi tapi sekarang ni, hati dia dah terukir nama Adam. Adam yang cool pada mulanya tapi sweet sebenarnya.
            Hana dah buat keputusan bila Hana cakap yang Hana suka Adam..
            Eh! Macam mana Huda tahu second guy to Adam?
            Macam mana Kak Huda tahu yang Adam tu second guy?
            Akak kenal Hana. :P
            Hana tergelak kecil sambil mengangguk. Kak Huda memang kenal dia sangat-sangat. Telefon diletakkan ke tepi sebelum dia kembali memandang siling.
            “Second guy...” ucapnya perlahan dengan senyuman di bibir. Telefon bimbit tadi kembali dicapai.
            Sorry bang. I’m stick with Adam. He’s my Mr Right!
            Send! Hana terus tersenyum lebar. Buat pertama kalinya, dia rasakan yang dia dah buat sesuatu keputusan yang sangat besar dan dia yakin dengan keputusan dia sekarang. Takde Zairi dalam hidupnya kecuali Adam, Encik Pilot kesayangan tu!
            **
            “Kau datang...” Adam memandang dengan muka tak percaya bila Hana datang pada pagi tu dekat KLIA. Ingatkan lepas apa yang berlaku hari tu, Hana takkan datang jumpa dia lagi.
            “Aku kan dah janji nak datang...” Hana tersenyum kecil. Lama dia memandang Adam di hadapannya sekarang ni. Terpesona sekejap bila tengok betapa kacaknya Adam bila memakai uniform dia. Tiba-tiba timbul rasa cemburu. Pramugari-pramugari tu tak tergoda ke tengok Adam?
            “Kau nak pesan apa-apa tak?”
            “Takde apa kot. Just come back safely...” Dia tertunduk malu selepas cakap macam tu. Malunya!
            Adam terus tersenyum lebar. Comelnya bila Hana malu-malu macam ni. Selalunya bukan main sombong lagi.
            “Insya-Allah. Doakan aku...”
            Hana mengangguk. “Pasti! Bawak kapal terbang tu elok-elok. Masa nak landing tu, hati-hati dan jangan lupa focus!”
            Adam terus ketawa. “Ya....”
            “Kalau ada pramugari ataupun ada perempuan cantik nak tackle, jangan layan tau...” ucap Hana perlahan sambil menggigit bibir. Haa... dia pasti muka dia dah bertambah merah sekarang ni!
            “Kenapa?” Kening Adam terangkat. Lain macam je bunyi dia tu. Hana jealous ke?
            “Sebab nanti aku jealous!”
            Adam dah tersenyum nakal. Adakah Hana tengah meluahkan perasaan sekarang ni? Adakah ini bermakna yang Hana menerima dia?
            “Hana...”
            “Hmm?”
            “Is that a yes that I’ve been waiting for all this time?” Tanya Adam dengan suara yang ceria. Please say yes! Kalau Hana cakap yes, memang dialah manusia yang paling gembira sekarang ni. Silap-silap dia tak jadi pergi London dan beria suruh mak buat kenduri nanti!
            “Adam...”
            Baru je Hana nak membalas, tiba-tiba nama Adam diseru dari arah belakang. Terus Hana berpaling sebelum matanya membulat. Dia kenal lelaki ni!
            “Hana?” Dahi Fariz berkerut.
            “Fariz...” Hana menyebut nama Fariz bagi mengiakan soalan Fariz tu. Fariz masih sama macam tu cuma makin kacak dan nampak berkarisma dengan uniformnya. Senyuman dia pun masih sama macam dulu.
            Adam yang terdiam dari tadi hanya mampu memandang. Entah kenapa hatinya sedikit terusik saat ni. Cemburu dan sakit hati! Tiba-tiba apa yang Azrul suruh dia buat dulu terus dia lupa. Yang dia tahu sekarang, dia rasa dia dah kalah tanpa bertanding. Kalau lawannya Zairi, dia boleh lawan lagi tapi kalau lawannya Fariz, memang dia tak mampu!
            “Aku kena pergi dulu...” Peak cap disarungkan ke kepala. Tak sanggup rasanya nak berlama-lama dekat sini. Kalau Fariz tak muncul tadi, pasti dia dah tahu apa jawapan Hana tapi sekarang ni, hatinya betul-betul terusik. Laju aje dia melangkah meninggalkan Hana dan Fariz dengan hati yang sakit.
            Hana yang tak sempat nak buat apa-apa terkedu. Habislah!
            **
            “I’m dead, Farah!” Hana usap mukanya sambil menarik nafas dalam-dalam. Lepas Adam pergi tadi, terus Hana meminta diri untuk balik. Walaupun dia nampak Fariz macam nak bercakap lagi tapi dia biarkan je. Yang dia risaukan sekarang adalah Adam!
            “Kenapa pulak?”
            “Fariz... tadi kan aku jumpa Adam dekat airport. Fariz... he was there. Tiba-tiba Adam terus pergi! Muka dia serius menakutkan! Tegang semacam je!”
            “Fariz pulak macam mana?”
            “Entahlah! Farah, please suruh Azrul call Adam. Aku risau...” Hana mengenggam tangan Farah. Buat pertama kalinya, dia nampak muka Adam macam tu. Adam nampak sangat terluka.
            “Kau nak tahu kenapa Adam jadi macam tu tadi?”
            Hana mengangguk laju. “Kenapa?”
            “Dia risau dan rasa tergugat. Dia pernah bagitahu Azrul yang dia takkan mampu bersaing dengan Fariz.”
            “Macam la Fariz tu sukakan aku?!”
            “Itu aku tak tahu...”
            Hana mendengus. “Aku risau...”
            “Tunggulah dia balik. Nanti aku suruh Azrul call dia,” ucap Farah sambil menggosok bahu Hana. Pertama kali dia tengok Hana runsing pasal lelaki. Sebelum ni, mana pernah Hana kisah pasal hal ni. Lantaklah kalau siapa-siapa nak merajuk dengan dia pun tapi bila Adam buat macam ni, bukan main risaunya!
            “Hmm...” Hana cuba mampu menarik nafas sekarang dan mendoakan supaya Adam baik-baik je.
            **
            Hazwan dan Huda dah tak tahu nak buat apa. Sejak dari tadi Hana asyik memandang telefon bimbit yang langsung tak berbunyi. Mula-mula tadi, terkejut jugak bila Hana telefon cakap yang dia sedih. Bergegas mereka berdua datang ke sini.
            “Hana...” Hazwan duduk di sebelah Hana sambil mengusap rambut panjang adiknya.
            “Hmm...”
            “Is it hurts so much?”
            Hana mengangguk. Berkali-kali dia cuba menelefon Adam tapi Adam langsung tak angkat. Dah dekat seminggu Adam balik Malaysia tapi sekalipun Adam tak pernah cuba nak call dia. Marah lagi ke Adam dekat dia? Azrul pun dah tak tahu nak cakap apa.
            “Hana rasa sedih sangat.”
            “Kenapa Hana tak pergi jumpa dia?”
            “Hana malu...” Hana mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir. Kenapa dia jadi lemah sangat sekarang ni? Mudah sangat dia menangis sekarang ni.
            “Hana, bersabarlah ye...” Kini giliran Huda untuk menenangkan adik kesayangannya ni. Diusap-usap belakang Hana.
            “Ingat apa yang akak cakap dulu?”
            “Yang mana satu?”
            “Sometimes we have to fight for our love when we are sure that he’s the one.”
            “Ingat...”
            “Why don’t you fight? Buktikan pada Adam yang Fariz is nothing but just a history. Do something extreme. Something yang akan buat dia tergamam!” Ucap Huda sambil tersenyum. Kemudian dia mengalihkan pandangan dekat Hazwan yang dah berkerut dahi.
            “Maksud akak?”
            “Kita pinang Adam untuk Hana...”
            “HAH?!” Hana dan Hazwan serentak melopong.
            “Are you nuts?!” Terjerit Hazwan dibuatnya. Idea Huda ni memang selalu gila-gila. Tak pernah tak buat sesuatu yang ekstrim. Kadang-kadang naik risau dengan idea Huda.
            “Huda serius la, abang...”
            “Tapi ni bukan benda main-main. Marriage is a big thing!” Hazwan meraup mukanya berulang kali.
            “Abang yang cakap nak suruh Hana kahwin kan?”
            Hazwan mengangguk. Memang dia nak Hana kahwin tapi yang bezanya sekarang ni, mereka yang nak pinang Adam bukannya Adam yang meminang Hana.
            Hana memandang Huda dan Hazwan silih berganti. Jika dengan meminang Adam membuktikan bahawa cintanya untuk Adam dan bukan untuk Zairi mahupun Fariz, dia rela!
            “Jom pergi rumah Adam!”
            “Hana!”
            Hana pandang Hazwan dengan senyuman. “I’ll fight for my love, bang...”
            Hazwan terdiam. Dia menarik nafas panjang sebelum akhirnya mengangguk. “I’ll help you. Kita sediakan apa yang patut and then kita jumpa keluarga Adam.”
            Hana tersenyum lega. Huda pun tumpang gembira sekali sebab idea dia diterima.
            Adam, tunggu aku datang!


p/s : Akhirnya tamatlah sudah DMR dekat blog. Hehehehe! Jangan bimbang, cerita ni panjang lagi cuma saya dah stop publish sebab nak fokus menyiapkan manuskrip dia :) Banyak benda yang akan ditambah dan diubah memandangkan masa saya taip DMR ni, saya aci taip je. Ikut suka hati saya je nak taip apa sampaikan jadi macam ni. Hehehehe!  Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca DMR dari bab 1 sampailah bab 16 :) Jasa anda amatlah saya hargai. Jangan rindu Adam sangat ye. Hehehehe! Love you all! Terima kasih sekali lagi.

17 comments:

joenyz said...

waaaa adam pndai merajuk laaa.... hahahaha comel sungguh! kak mun letaklah special entry nnt.... nnt saya rindu kat chentaku, adam.... huhuhuhu

RinsyaRyc said...

hana dah tau siapa dia suka ? ^^

adam merajuk kut ? dah balik malaysia pun still x telefon puteri hati dia? heehhee

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : hahahaha! adam pun pandai merajuk comel2 tau :P

kak rin : merajuk la katakan :P

insyirah said...

adam...!!!
I'll miss you adam....
kak moon cepat lah siapkan manuskrip dia...
n harap dapat kelulusan...
mesti best klau jdi novel nanti...
teruskan usaha kak monn..

hawa said...

hehehe...adam n hawa ngeeee...suka sgt2....^^ ...

dyahnadea said...

Wuuuuuu, i'm gonna miss adam :)

k.jiba said...

so sweet.xsabar menati saat AKU TERIMA NIKAHNYA... ^^

Nur Aqilah said...

nak request special entry boleh?? hehehe bolehh ehh liya. ^^

Anonymous said...

alamak~!!! adam baru pegi beberapa minit lps..tp really..saya dah start rindu adam..:(
tp kan..erm..

saya lagi rindukan zafran..
miss him so much~~
really..:'( bila sy dpt jumpa zaf lagi.. kat fb je ke? huhu..

Mardihah said...

eh, sampai bab 16 je ke? huhu. ala....akan rindu dengan zafran

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

insyirah : he'll miss you too. hehehehe! aminnn :D

hawa : hikhik :D dulu nama Hana tu Hawa tau tapi dah tukar :)

dyah : me too walaupun menaip pasal dia. hahaha!

kak jiba : hehehehe! >.< sameee!

kak qilah : hehehehe! insya-Allah kalau ada bab2 yang menarik :D

anon : hahahaha! pasal zaf tu, kita doakan supaya kita blh jumpa dia ye. hehehehe!

kak dihah : yup. hehehehe! adam la kak nama dia :D

Anonymous said...

adusssssssss...tolong....buatlah special entry nak g pinang adam.
wahhhh....sedeynye....cepatlah keluarkan novel.....
nak nanges le cmnie

salina (Ina) said...

x sabar nak baca.. apa akan jadi perempuan pinang lelaki..

nur said...

So sweet,where my right???hehe..bler novel DMR akn kluar??still nme sme ke???I'will waiting yr novel liyazafrina

Aliasyahira Amran said...

bila nak kluar novel ni? i'm waiting~~~

Aliasyahira Amran said...

bila nak kluar novel ni? i'm waiting~~~

Anonymous said...

novel nie ta keluar lg ke