Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 6



Bab 6
            “Memang betullah apa yang aku buat. Memang untung aku dapat kawan macam kau. Memang kau terror. Memang...”
            “Memang kau nak kena ketuk kan?” ucap Hana geram. Serabut bila dengar Farah asyik cakap memang itu, memang ini. Dia nak gantung bunga dekat atas pelamin ni pun susah!
            Farah sengih. “Lepas ni katil pulak eh?”
            “Yelah... Upah aku tak mahal sangat. Cukuplah sembilan ribu je.” Hana gelak-gelak. Farah pulak dah jelir lidah.
            “Kepala otak kau tak mahal!”
            “Hehehe...” Hana gelak aje.  Tangan masih duk ralit membetulkan bunga-bunga dekat pelamin ni.
            “Kau tidur sini kan malam ni?”
            Hana angguk. “Malas nak balik rumah. Karang esok pagi, aku nak siapkan apa yang patut lagi.”
            “Ohh...”
            “Esok Azrul datang pukul berapa?”
            “Masa lepas Zohor. Lepas solat jemaah sama-sama, terus majlis akad nikah. Esok pagi, kenduri makan.”
            Hana angguk lagi sebelum turun dari atas tangga. Dia bercekak pinggang dekat depan pelamin Farah sambil tengok apa yang lagi yang kurang. Sentuhan kali pertama dari Cik Hana untuk kawan baiknya. Not bad!
            “Aku tengok macam dah okey je. Kau rasa?” Hana tanya Farah.
            “Aku pun tengok macam dah okey je.”
            Hana dengan Farah angguk serentak sebelum mereka berdua ketawa. Hana pandang Farah yang nampak sangat ceria hari ni. Dia bersyukur sangat-sangat sebab Farah dah bertemu dengan kebahagiaan dia. Insya-Allah, dia yakin Azrul akan mampu jaga Farah baik-baik je.
            **
            “Ni tinggal sorang lagi anak umi yang belum berpunya,” ucap Huda ketika dia, Hana, Farah dengan mak Farah yang memang dah biasa dipanggil umi sedang sibuk menyusun hantaran dalam bilik pengantin.
            “Haah... tinggal sorang je lagi,” Farah kenyit mata dekat Huda sebelum ketawa bila tengok Hana dah mencebik.
            “Yelah... bila anak umi yang sorang ni nak bawak menantu untuk umi?” Puan Atikah usap bahu Hana. Hana sengih sumbing je. Nak bawak menantu apanya, kalau calon pun takde?
            “Hana muda lagi, umi.”
            “Uweekkkk! Muda konon!” Farah dah buat gaya nak muntah. Terus Hana lempar bantal kena tepat kat muka Farah. 25 tahun tu muda lagi, okey! Kalau 52, ya... itu memang dah tua.
            “Takde calon lagi ke?” Tanya Puan Atikah lagi.
            “Takde... ala, siapalah nak kat Hana ni?”
            “Adam ada!”
 Sekali lagi bantal kena tepat dekat muka Farah. Hana ketap gigi. Memang kurang asam masin betul pergi cakap dekat umi pasal Adam. Macamlah Adam tu ada apa-apa dengan aku ni!
“Adam?” Huda pulak dah berkerut dahi. Tak pernah dengar pun nama Adam ni. Dia pandang Hana yang dah macam tercekik tulang je. Muka tu pun dah berkerut seribu.
“Sepupu Azrul tapi....” Farah dah sengih-sengih. Sengaja nak buat Hana sakit hati.
“Kau memang nak kena dengan aku, kan?” Hana dah jegil bijik mata dekat Farah. Rasa macam nak rosakkan aje hantaran si Farah ni!
“Hehehe.... tapi Farah rasa diorang tu sweet sangat!”
Huda pulak dah tersengih sambil cuit bahu Hana. “Amboi, dik! Pandai ye nak rahsia dari akak dengan abang.”
Hana tarik nafas. “Hish, mana adalah. Kawan je. Kawan. Let me spell it out for you. K.A.W.A.N. It means KAWAN!” Ambik kau! Siap eja segala lagi. Nak dia bagi definisi bagi perkataan kawan sekali ke?
Huda dah ketawa besar. Farah pun join sekali cuma Puan Atikah je senyum-senyum. Hana dah tarik muncung sebelum berpeluk tubuh. Lawak sangat la kan? Sobs..sobs..sobs!
“Adam dan Hana. How sweet....” Huda kelip-kelipkan mata dia sambil memandang Hana.
“Tak naklah cakap dengan akak dah. Hana dah cakap kitaorang kawan je. Dia tu dah berpunyalah kot.”
“Dia dah berpunya ke, Farah?”
Farah geleng kepala laju-laju. “Rasanya Azrul cakap single mingle triangle lagi. Lagipun, Adam tu bukan jenis layan perempuan. Dia sibuk dengan kanvas dan kerja je. Yang lain, dia tak layan.”
“Ohh, kiranya peluang Hana ni banyaklah jugak kan?”
“Akak!” Heee... tak habis-habis nak usik orang! Dah ada anak pun nak buat perangai budak-budak lagi! Tak habis-habis nak mengusik adik dia yang seorang ni.
“Hehehe...malulah tu.”
Hana paling muka tengok tempat lain. Hari ni hari pakatan nak mengenakan dia ke apa?! Walaupun mulut cakap tak suka dikenen-kenenkan dengan Adam tapi entah kenapa hati dia berbunga riang pulak? Hish, gangguan perasaan betul! Jumpa beberapa kali tapi hati ni dah lain macam!
“Hana nak tidur dululah. Ngantuk. Good night. Assalamualaikum...” Hana cium pipi Puan Atikah sebelum naik tingkat atas. Nak tidur dan mimpikan langit yang indah! Bila sebut pasal langit, terus teringat dekat Adam. Haish, gangguan perasaan lagi!
**
“Hana!”
Hana yang tengah sibuk memeriksa kek nikah Farah menjenguk kepala ke luar pintu. Dia nampak Huda tengah berlari dengan baju kurung tanpa berkasut.
“Awat kak?”
“Farah suruh Hana naik atas.”
“Ohh, jap. Nak kemas barang ni. Akak, mana cupcakes yang Hana bawak semalam?” Hana simpan kek nikah tu masuk dalam peti ais. Nasib baik setingkat je tapi untuk kenduri diorang esok, Hana buat yang tiga tingkat punya khas untuk Farah dengan Azrul. Bukan apa, diorang ada jemput budak-budak dari rumah anak yatim dekat dengan rumah diorang ni. Budak-budak kan suka makan kek... Untuk majlis kahwin Farah dengan Azrul ni, memang macam-macam benda yang dia buat. Disebabkan kerajinan yang terlampau sangat, kek nikah tu pun dia sibuk nak buat sekali. Nasib baik Farah ikut je sebab Farah cakap kek buatan dia sedap!
“Ada dalam peti ais yang lagi satu tu. Naik atas nanti ye.”
Hana angguk kepala. Lepas dah siap kemas semua barang, terus dia naik ke tingkat atas dan pergi dekat bilik pengantin Farah.
            “Oh my! Apa diorang dah buat dekat kawan aku?!” Hana sentuh muka Farah sebaik saja dia masuk dalam bilik pengantin. Terkejut beruk dia tadi bila nampak muka Farah. Mulutnya terherot-berot bila tengok mekap yang ada dekat muka teman baiknya ni. Masya-Allah, teruknya! This is not Farah. Farah tak pakai mekap. Sama macam dia!
“Kawan aku... dimanakah dia?!”
Terus tangan Farah menolak bahu Hana sehingga terlentang kawan baiknya dekat atas katil. “My special day. Haruslah pakai cantik-cantik,” ujar Farah sambil tersenyum lebar. Hawa mencebik.
“Muka kamu ni nampak pucat je umi tengok. Meh sini, biar umi touch-up muka anak umi lagi sorang ni,”
Hana cepat-cepat geleng kepala. Woo, takde maknanya untuk Hana binti Taufiq pakai mekap dekat muka! Tak nak pakai and fullstop!
“Ala umi, macam tak kenal dengan Hawa ni,” ucap Farah sambil menepuk bahu Hana.
Puan Atikah geleng kepala. Dia kenal sangat perangai Hawa. Kalau dia tak nak, pujuk macam mana pun tak jadi! Jawapannya tetap tak nak!
Apa yang Hana suka, semua dia tahu. Memang dia dah anggap Hana macam anak sendiri. Bukan setakat Hana tapi Hazwan dengan Huda sekali. Sejak mereka jadi yatim piatu 4 tahun yang lalu, hanya pada dia dan suami dia jelah... Hazwan, Huda dan Hana menumpang kasih.
“Hana kan natural beauty.” Hana dah gelak comel. Dia melentokkan kepala dekat bahu Puan Atikah.
“Please Hana! Jangan buat aku nak muntah kat sini.” Farah dah angkat tapak tangan dekat dengan muka Hana.
Hana hanya ketawa. “Umi, semalam tu umi ada mintak Hana buatkan pudding coklat kan? Hana dah buatkan Subuh tadi. Tak tahu sedap ke tak? Nanti umi rasa tau.”
“Mesti sedapnya. Anak umi ni kan terror masak-masak ni.” Puan Atikah peluk bahu Hana.
Tok! Tok!
“Umi, diorang dah sampai,” muncul Hazwan dari belakang pintu. Huda pun ada sekali. Hana kerling Farah yang tiba-tiba nampak macam orang takde oksigen.
“Takut?”
Farah angguk. “Nervous.
Don’t worry. Insya-Allah, everything will be just fine.” Hana senyum, nak legakan hati Farah. Dia yang bukan nak bernikah pun tumpang nervous sekali tau!
Farah angguk kepala sambil senyum.
“Jom kita turun!” Hana hulur tangan dekat Farah. Farah menyambut perlahan sambil menarik nafas.
Hana senyum sepanjang nak turun tangga ke tingkat bawah. Bila turun je, orang pertama yang dia nampak adalah Adam yang tengah bersila dekat tepi Azrul. Tiba-tiba dia rasa macam nak pengsan kat situ bila tengok baju Adam. Dia tengok pulak baju dekat badan dia sekarang ni. Macam mana boleh sama ni?!
“Aku nampak apa yang kau nampak,” bisik Farah dekat telinga Hana. Hana pandang Farah sekilas sebelum telan air liur. Chill Hana!
“Kebetulan.”
“Ataupun takdir...” Pandai-pandai Farah menyambung.
Hana terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah!

p/s : sorry kalau ada typo nama Hana tiba-tiba jadi Hawa. :) enjoy!


3 comments:

mizz acu said...

Haaa.. Baru nak tnya,ingatkan nama dia hana hawa ke hawa hana ke.. Ngeee~

k.jiba said...

hahaaa.kebetuln ke takdir???so sweet.mmg dulu2 agk keliru bila sat hana sat hawa tp la ni dah biasa.okei ^^

Aqilah Mohamad said...

haha patutlah pelik je kejap Hana kejap hawa . Takpe typoo tu comel tau :P

Sweetnya baju boleh sama pulakkan . Memang kebetulan yg sangat comel ><