Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 15



BAB 15
            Hana memandang laut yang terbentang luas di hadapannya sambil menarik nafas panjang. Dekat Putrajaya, nak jumpa pantai pun susah. Tenang jugak perasaan bila ditiup angin yang sejuk lagi menenangkan ni.
            “Nak?” Adam hulur keropok lekor sebelum berdiri di sebelah Hana. Hana geleng perlahan. Berapa kilo dah dia beli keropok lekor tadi. Makan pun dah banyak. Sedap kot makan keropok lekor. Nak-nak masa keropok tu tengah panas. Perggh, memang terbaik la!
            “Aku selalu teringin nak someone lukiskan gambar pemandangan laut dengan langit,” ucap Hana sambil memandang langit pulak.
            “Kau tahu melukis ke?”
            Hana geleng kepala. “Dulu selalu melukis tapi tak pernah jadi. Lukis bunga ros jadi bunga tahi ayam!” Hana gelak di hujung bicaranya.
            “Konon!” Adam pun gelak sekali. Dia tak percaya yang Hana tak pandai melukis. Farah pernah cakap yang kalau Hana tengah bosan, dia akan baca buku ataupun melukis.
            “Hana....” Adam memanggil Hana bila dia tengok Hana senyap je.
            “Hmm...”
            “Nanti buat baju kurung guna kain yang aku beri tu tau.”
            Hana pandang Adam sebelum tertunduk malu. “Yelah...” Balasnya perlahan. Semalam, bukan main tebal muka dia sebab semua pekerja kat kedai tu ingat yang dia dengan Adam ni suami isteri. Siap mak cik tu boleh pesan lagi suruh jaga suami baik-baik sebab Adam dahlah handsome, baik pulak tu. Dia hanya mampu tersenyum sumbing. Nak jaga apanya, Adam bukan suami dia pun!
            “Minggu depan, aku dah start kerja...”
            “Pergi mana kali ni?” Soal Hana sambil bermain-main dengan jarinya.
            “London.”
            “Bestnya!” Hana dah teruja. Memang dia teringin pergi London tapi sekarang belum mampu lagi. Insya-Allah, one fine day dia akan ke sana. Tapi sebelum tu dia akan jejakkan kaki ke Mekah dulu. Memang itulah cita-cita dari kecik.
            “Err... aku nak mintak tolong kau sebenarnya.”
            “Mintak tolong apa?”
            “Hantar aku? I mean... datang airport hari tu, boleh?” Adam dah menggigit bibir. Malunya nak suruh Hana datang tapi dia teringin sangat nak Hana datang hantar dia pergi kerja. Dia nak tengok Hana sebelum dia pergi ke London dekat seminggu. Lamanya seminggu tu! Adam menarik nafas. Sebelum ni, dia langsung tak kisah kalau kena kerja lama-lama tapi sekarang ni, sehari pun dah rasa cukup terseksa.
            Hana terdiam. “Err... boleh kot.”
            “Betul ke ni?”
            Hana angguk kepala. “Betullah.” Dia tunduk kepala. Oh malu! Malu! Gaya macam isteri nak hantar suami pergi kerja pulak! Kalau dia terima Adam sebagai suami, mesti setiap kali Adam kena pergi kerja, dia akan hantar kan?
            Adam dah tersenyum lebar. “Thanks....”
            “You’re welcome...”
            **
            “Thanks Adam sebab tolong angkat barang-barang ni...”
Adam yang berdiri di belakang hanya mengangguk kecil sambil matanya meliar-liar memandang sekeliling. Farah awal-awal lagi dah masuk dalam rumah. Tak tahan nak masuk tandas katanya.
            “Kau tinggal sini sorang-sorang ke?”
            “A’ah. Mula-mula dengan Farah...”
            “It’s not safe to live here all by yourself. Tak cari housemate baru?” Ada nada risau di sebalik kata-kata Adam. Memang dia risau nak biarkan Hana tinggal sini seorang diri. Malam-malam, kalau Hana sakit... siapa yang nak tolong tengokkan?
            “On the way mencari. Don’t worry! I’ll be just fine...” Hana tersenyum bagi mengurangkan kerisauan Adam.
            “Cari cepat-cepat tau.”
            “Yelah, Encik Adam...” ujar Hana sambil ketawa kecil.
            “Gelak-gelak pulak!”
            “Kau macam ayah aku...”
            “Ke macam suami?” Kali ni Hana terus berhenti ketawa. Pandai betul Adam nak buat dia terdiam dan terkedu.
            Kini giliran Adam pulak yang ketawa. “Apa kata cari housemate merangkap suami?” Dia kenyit mata dekat Hana yang masih lagi terdiam.
            “Kalau ada housemate merangkap suami, mesti lagi best kan?”
            Hana gigit bibir. Rasa macam nak luku je Adam ni! Dah-dah la tu mengusik dia. Tak tahan dah menahan panas muka ni!
            “Amboi korang...” Farah yang dah muncul dekat depan muka pintu dah tersengih-sengih.
            Adam hanya tersenyum dan Hana dah tunduk sambil menguis rumput.
            “Jomlah kita bertolak sekarang...” Azrul yang sejak dari tadi menunggu dekat kereta menjerit sedikit.
            “Bye Hana. Jaga diri tau.” Farah terus memeluk tubuh Hana sambil tersenyum. “Cepat-cepat jadikan Adam housemate merangkap suami tau,” usiknya lagi sambil ketawa. Hana baru nak mencubit bila tiba-tiba Farah dah berlari mendapatkan Azrul.
            “Take care. Jangan lupa next week ye. Assalamualaikum...” Adam tersenyum sebelum berlalu pergi. Hana tersenyum kecil. Housemate merangkap suami...
            **
            “Akak!” Iman dan Raudah berlari mendapatkan Hana sebelum melompat-lompat kecil.
            Hana dah tergelak kecil. Macam budak-budak perangai sorang-sorang. Mentang-mentanglah muda lagi!
            “Akak bawak buah tangan untuk kitaorang eh?” Raudah dah tersengih-sengih sambil menjuihkan  mulut dekat beg kertas di tangan Hana.
            Hana geleng sambil tersenyum nakal. “Tak beli apa-apa pun...”
            “Akak tipu la tu!”
            Hana ketawa sebelum menghulurkan beg kertas tu dekat Iman. “Akak beli baju t-shirt untuk korang.”
            “Wow, bestnya! Terima kasih akak...” Serentak mereka berdua memeluk Hana sambil tersenyum riang. Hana hanya tersenyum lebar sebelum mengangguk. Iman dengan Raudah dah dianggap  macam adik sendiri sebab dia kan anak bongsu.
            “Oh ye, kak! Semalam ada orang cari akak tau. Kitaorang cakap la yang akak takde tapi dia cakap dia akan datang lagi hari ni. Handsome kak...” Rancak Raudah bercerita. Dahi Hana berkerut. Siapa pulak nak cari dia ni?
            “Dia ada bagitahu nama dia?”
            “Ada... Kalau tak silap Iman, nama dia Zairi...”
            Terus mata Hana terbeliak. Buat apa Zairi nak cari dia? Dahlah hari tu dia dengan Adam duk seronok menipu Zairi cakap yang mereka berdua nak kahwin tak lama lagi. Segan pulak rasanya nak berdepan dengan Zairi sekarang ni.
            “Eh kak! Tu dia dah datang...” Iman menghalakan pandangan ke luar kedai.
            “Assalamualaikum....” Zairi memberi salam sebelum melangkah ke arah Hana yang dah terdiam sambil tersenyum.
            “Waalaikumussalam... Abang buat apa dekat sini?”
            “Nak jumpa Hana. Hana pergi mana semalam?”
            Hana garu kepala yang tak gatal. “Hana pergi bercuti dekat Terengganu dengan Farah. Teman dia dengan Azrul honeymoon. Adam pun ada sekali...” Sengaja dia menyebut nama Adam dan dia perasan muka Zairi berubah bila nama Adam disebut.
            “Hana betul-betul ke nak kahwin dengan Adam tu?”
            Hana mengangguk. “Betullah. Kenapa abang tanya macam tu?” Tak sedap hati pulak bila Zairi tanya macam ni. Apa motifnya?
            “Abang cuma...”
            “Kalau abang risaukan Hana, insya-Allah takde apa yang akan berlaku. Abang jangan risau. Hana dah lama kenal Adam. Abang Hazwan pun dah kenal lama dengan dia. Dia lelaki yang baik dan Hana tahu insya-Allah dia akan jaga Hana sebaik mungkin...” Hana tersenyum sambil mengenggam tangannya. Bukan main ayat kau, Hana! Kalau Adam dengar, mau dia buat kenduri kesyukuran.
            Zairi tersenyum tawar. Sebenarnya bukan tu yang dia nak cakap. Dia memang risaukan Hana tapi dia tak kisah langsung pasal Adam. Sejak akhir-akhir ni, Hana selalu ada dalam ingatan dia. Ingatkan masa majlis kahwin Farah hari tu, dia boleh meluahkan isi hati dia tapi sebaliknya pulak berlaku. Hana kejutkan dia dengan berita yang dia akan berkahwin tak lama lagi.
            “Abang nak bagitahu something dekat Hana...”
            “Apa dia?”
            Zairi menarik nafas. Here goes nothing. “Abang sebenarnya...”
            Bunyi pintu yang terbukak menghentikan kata-kata Zairi. Dia berpaling ke belakang sebelum mengeluh kecil bila nampak Adam sedang berdiri di situ sambil memegang sekuntum bunga mawar berwarna putih.
            “Adam!”
            “Sibuk ke, Hana?” Adam bertanya sambil memandang Zairi.
            Hana tersenyum sambil menggeleng. “Tak sibuk. Abang Zairi datang nak jumpa Hana je. Adam buat apa kat sini?” Secara automatiknya, hilang ‘kau aku’ yang selalu digunakan. Berlakon lagi depan Zairi!
            “Adam ingat nak ajak Hana pergi makan...” Adam menghulurka bunga ros yang dipegangnya tadi kepada Hana.
            “Boleh je... Abang lama lagi ke kat sini?” Soal Hana pada Zairi. Entah kenapa dia dapat mengagak apa yang bakal Zairi bagitahu tadi dan entah kenapa jugak dia tak nak dengar apa yang Zairi nak cakap tu!
            “Tak... abang pun nak balik...”
            “Let’s go...” Adam membuka pintu untuk Hana sebelum mereka berdua melangkah keluar. Zairi yang melihat hanya mampu menarik nafas dalam-dalam.

8 comments:

nea_124 said...

Adam sangat sweet !!!!!! >.<

nea_124 said...

Adam sangat sweet ~~ >.<

joenyz said...

cisssss pendek nya kak mun! ahahaha zairi jeles letewwww~~~~

mizz acu said...

Yeahhh! Adam terbaekk ah.. ;)

Anonymous said...

Adam selamatkan Hana dr dengar luahan Zairi..hahaha..

insyirah said...

adam...
gentleman kot...
cair di buatnye...
hana cepat lah setuju ngan adam...

RinsyaRyc said...

best2... adam gentle.. :heart:
hana mesti bahagia kalau jdi bini Adam.. hehehe

k.jiba said...

gentle Adam yer...cepat2 la jadinya.xelok main tarik tali Hana.kuar sllu berdua pun xelok kannnn. ^^