Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 2


 
BAB 2
            MULUT Hana dah terkumat-kamit menahan geram dari tadi. Kenapa takde sesiapa pun cakap dekat dia yang dia sepatutnya pergi jemput Abang Hazwan dekat lapangan terbang?! Tiba-tiba pukul 10.00, Kak Huda telefon tanya sama ada nak ambik Abang Hazwan ke belum. Nasib baik weekend, kalau tak memang dia dah menjerit dalam bilik guru!
            “Kenapa takde siapa pun inform Hana pasal ni?” ucap Hana sebaik sahaja Hazwan angkat telefon sambil melangkah ke balai ketibaan.
            “Abang ingat Hana tahu.”
            “I have no idea about this! Kak Huda dengan Humaira tak cakap apa-apa pun. Nasib baik Hana cuti. You’re lucky!”
            Hazwan dah ketawa di hujung talian. “Yes, I’m so lucky sebab dijemput oleh si cantik manis yang bernama Hana. Come join me at the food court. Tengah lapar...”
            “Lapar sangat sampai tak boleh tunggu Hana?”
            “Yes! Lapar sangat!” Hazwan gelak lagi.
            “Order siap-siap roti canai untuk Hana. I’ll be there in five minutes. Nak pergi ladies kejap.”
            “Okey.” Lepas tamatkan panggilan, telefon terus diletakkan di dalam poket seluar. Langkah terus diatur ke ladies.
            **
            “Sorry lambat.” Hana sengih sebelum duduk dekat depan Hazwan. Hazwan hanya jungkit kening sebelum menghirup kopi panasnya. Pinggan yang berisi roti canai ditolak ke arah Hana.
            “Makanlah.”
            “Nak?” Hana hulur secubit roti canai ke arah Hazwan. Hazwan dekatkan mulut dia dan membiarkan Hana menyuapnya. Roti canai tadi dikunyah perlahan sambil matanya meliar-liar memandang sekeliling.
            “Macam mana meeting abang?”
            “Okay. It wasn’t that bad actually. Lega sebab dah selesai.” Hazwan sengih sambil membuka mulut mintak disuap.
            “Manja!”
            Hazwan ketawa. Malas nak pergi basuh tangan sebenarnya. “Please, nak manja dengan adik sendiri je...”
            Hana mencebik tapi dia tetap suap jugak roti canai masuk ke dalam mulut Hazwan.
            “Hazwan...” Tiba-tiba Hana dengar ada suara lelaki yang duk panggil abang dia. Terus dia berpaling ke belakang sebelum memandang lelaki tinggi lampai ni.
            “Adam...” Terus Hazwan bangkit dan memeluk lelaki yang nama Adam tu.
            “Long time no see. Kau apa khabar?”
            Hana diam. Tak tahu nak celah dekat mana. Abang tak nak kenalkan dia dengan lelaki ni ke?
            “Alhamdulillah sihat. Kau?”
            “Aku pun alhamdulillah sihat. Oh ye, ni Hana...”
            Adam hanya tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Hana pulak senyum sebagai tanda menyapa sebelum sambung makan roti canai dia. Malas nak masuk campur apa yang abang dia nak sembang dengan Adam tu.
            “Come join us.”
            “Takpe ke?”
            Hazwan angguk kepala sambil menarik kerusi untuk Adam. Hana kerling sekilas sebelum mencapai air Hazwan lalu dihirup.
            “Hana ni wife kau ke?”
            Nyaris-nyaris Hana nak tersembur air kena dekat muka Adam. Nasib baik dia sempat telan dulu air tadi. Ya Allah, soalan dia!
            Hazwan dah gelak besar. Boleh pulak Adam cakap Hana ni wife dia? Ramai orang duk cakap yang muka dia dengan Hana ada iras. Takkanlah Adam tak nampak kot?
            “She’s my sister.”
            “Ohh...” Adam angguk tanda faham. “Sorry...” Ucap dia perlahan. Ingatkan isteri Hazwan tadi walaupun dia nampak muka Hazwan dengan Hana ni lebih kurang je.
            Hana hanya sengih sebelum geleng kepala. “It’s okay,” balas Hana sambil senyum. Sempat dia melihat baju yang dipakai oleh Adam. Kemudian, Hana tengok dekat beg roda yang terletak di sebelah dia ni. Ada peak cap yang diletakkan di atas beg roda tu. So, he’s a pilot!
            **
            “Hana...” Meleret suara Huda memanggil Hana yang tengah khusyuk tengok CSI. Hana angkat kepala memandang Huda yang tengah berdiri di sebelah dia.
            “Kenapa akak?”
            “Naik atas kejap. Abang ada benda nak bincang dengan Hana...”
            “Okey.” Hana terus tekan butang ‘OFF’ sebelum ikut langkah Huda ke bilik kerja Abang Firdaus. Malam ni, dia dengan Hazwan bermalam dekat rumah Kak Huda sebab Kak Huda sibuk sangat nak masak untuk diorang. Kak Huda ni dah kahwin dekat 2 tahun dan dah ada anak lelaki umur setahun yang comel sangat!
            “Kenapa ni, abang?” Soal Hana sebaik sahaja duduk atas kerusi. Huda pulak terus masuk dalam bilik tidur. Nak temankan si kecil Daniel, katanya...
            “Humaira ada call abang hari tu.”
“Dia cakap apa?”
“Keluarga Fuad nak datang.”
Hana terus senyum lebar. “Wow, baguslah! Bila keluarga Fuad nak datang?”
You know what this means, right?
Hana angguk. Maknanya Humaira dah nak kahwin la kan? Jadi apa masalahnya? Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Kalau Humaira kahwin dulu, langkah bendul la jawabnya!
“Langkah bendul...”
Hazwan mengangguk mengiyakan. “Abang kalau boleh tak naklah tapi kesian dekat Humaira.”
“Hmm... Hana faham.”
But don’t worry. Langkah bendul pun langkah bendullah kan?” Hazwan paut bahu Hana rapat ke tubuhnya. Dia tahu Hana nak yang terbaik untuk keluarga mereka. Masing-masing nak yang terbaik termasuklah Huda dan Humaira.
Hana melentok kepala dekat bahu Hazwan. “Hana sayang abang...”
“Sayang Hana jugak...”


p/s : Bab ni dulu2 takde dalam DMR versi Dian kan? Enjoy and comments are loved~ <3

12 comments:

joenyz said...

best best!! suka!!

cik Q said...

suka . heheheh :D

Anonymous said...

tadi sakit hati sekarang da happy!!XD
tq 4 making my day with this story =D
-YI-

eija said...

Sweet jer dpt abg mcm nie... Npe lah sy xde abg... Huhu...

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : terima kasih <3

cik Q : Abang Adam yg pilot <3 :P hehehehe!

YI : Kenapa sakit hati? :) sama-sama and lega dapat buat awak happy :)

eija : Hehehehe! takde abang jugak :) that's why banyak cerita moon ada abang :P hehehe!

mai said...

best!. tapi macam ada something wrong somewhere laah. huhu. err, sebab mula2 kan Hazwan da kenalkan adik dia kat Adam, kenapa Adam tanya balik ek?huhu.

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Haaa! hehehe! betul2 :D wee.. seronok bila ramai pembaca yang alert :) thanks mai <3

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

best .... akan ngikut bab yg sterusnya .. xsabar tau !

k.jiba said...

1st,akk xtau version sblm ni cmne so mmg xdak idea bnyk mn berubhnya...
bab 2 ni smooth...yg wat akk senyum bila Hana yg dok kaji Adam...lawak.sedih pd part hujung,langkah bendul.mmg pendek bab 2 tp still mmpu wat akk senyum.pendek n padat. ^^

NiNa ZizaN said...

ada inche pil0t lagi..... :D

k.jiba said...

k.jiba xtau version asal cmner so xdpt la nak bezakan...huhu.tp bab 2 ni mmg pendek tp pendek pun still dpt wat akk senyum.mmg senyum sbb dok byg gaya Hana dok tilik Adam atas bawah...last2..so,he's a pilot!heheee.

k.jiba said...

k.jiba xtau version asal cmner so xdpt la nak bezakan...huhu.tp bab 2 ni mmg pendek tp pendek pun still dpt wat akk senyum.mmg senyum sbb dok byg gaya Hana dok tilik Adam atas bawah...last2..so,he's a pilot!heheee.