Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 10


 
BAB 10
            Adam senyum sambil memeluk bantal peluknya. Dari petang tadi sampailah sekarang, tak habis-habis dia duk tersenyum je sampaikan Aisyah dah naik pening. Bila dia teringat balik muka terkejut Hana, makin melebar senyuman dia.
            Tok! Tok!
            “Masuk...”
            Aisyah melangkah masuk sambil tersengih-sengih. Dia terus naik atas katil Adam sebelum menongkat dagu di sebelah abangnya.
            “Abang Azrul ada bagitahu something dekat Aisyah.”
            “Bagitahu apa?” Tanya Adam walaupun dia dah dapat agak apa yang Azrul bagitahu dekat Aisyah.
            “Dia cakap abang nak kahwin. Betul ke?”
            “Yup.”
            “Dengan siapa?”
            “Hana binti Taufiq.”
            “Who is she?”
            Adam senyum sambil memandang siling. “Entahlah Aisyah. Apa yang abang tahu, abang perlukan dia.”
            “Kenapa tiba-tiba ni? Sebelum ni beria tak nak kahwin lagi?”
            Adam mengalihkan pandangannya ke arah Aisyah. “Pernah tak rasa perasaan ni? Perasaan yang bila kita tengok someone tu, hati kita cakap yang she’s the one walaupun kita tak tahu siapa dia?”
            Aisyah geleng kepala. Dia tak pernah rasa perasaan macam tu.
            “Itulah yang abang rasa sekarang ni...”
            “Tiba-tiba je eh?”
            Adam angguk. Sebenarnya dia pun pelik. Sejak dari hari pertama dia jumpa Hana, sampailah sekarang... ada sesuatu mengenai diri Hana yang buat dia tertarik dan Hana sangat berbeza daripada Amirah. Hana jenis selamba dan Amirah jenis manja tapi sikap selamba Hana tu buat dia senang. Tak tension kepala.
            “Kenapa senyum-senyum ni?”
            Adam gelak. “Abang kena fikir cara nak pujuk dia kahwin dengan abang.”
            “Dia tak nak kahwin dengan abang?”
            “Dia menjerit cakap tak nak tadi!”
            Aisyah dah ketawa besar. “Tak frust ke kena reject macam tu?” Tanya Aisyah sambil mengangkat kening.
            Adam geleng sambil tersengih. “Tak frust. Ni baru permulaan...”
            Aisyah dah geleng kepala. “Mana pergi abang Aisyah yang dingin ni?”
            “Dia dah hilang dan digantikan dengan Adam yang takkan berputus asa untuk mendapatkan cintanya! This time, I won’t let her go!”
            “Kalau dia tak sukakan abang, macam mana?”
            “Abang tak nak fikir pasal tu lagi. Sekarang ni yang penting, abang akan cuba menangi hati dia dulu.”
            Aisyah senyum sebelum menepuk bahu abangnya tu. “I wish you all the best! Do your best untuk menangi hati dia sebab Aisyah dah lama sangat nak kakak ipar.          “
            Adam membalas senyuman Aisyah sebelum mengangguk kecil. Ni misi pertama dia untuk memikat seorang gadis. Harap-harap dia berjaya melembutkan hati tauke kedai buku yang comel tu!
            **
            Hana menjeling Farah yang masih lagi tak berganjak dari muka pintu biliknya. Terkejut jugak bila bangun je pagi ni, tiba-tiba nampak Farah berdiri di sini. Dia ingatkan Farah dah bertolak ke Terengganu dengan Azrul.
            “Kau buat apa kat sini?”
            “Jom bersiap!”
            Dahi Hana dah berkerut. Ni mesti ada kerja gila yang Farah nak buat!
            Farah hanya sengih sebelum menolak Hana ke tepi. Terus dia capai beg roda Hana lalu dia menyumbat baju masuk ke dalam beg roda tu. Langsung tak dipedulikan muka Hana yang dah berkerut tu.
            “You’re going to Terengganu with me, Azrul and Adam! Excited tak?!”
            Hana dah terlopong. “WHAT?!” Mata pun dah terbeliak sekali. Takde kerja ke apa si Farah ni?!
            “Aku dengan Azrul rasa sunyi pulak kalau kami berdua je pergi sana. Sementara Adam masih lagi cuti tu, aku dengan Azrul berpakat nak bawak kau dengan dia pergi Terengganu!”
            Hana mengetap gigi. Haish, memandai betul la diaorang berdua ni!
            “Aku tak nak pergi!”
            “Ala... jomlah!”
            “Kau nak pergi honeymoon la! Bukannya nak pergi lawatan ke apa?!” Suara Hana dah meninggi. Rambut panjang dia habis berserabut memikirkan perangai si Farah ni!
            “Kalau kau tak ikut kitaorang, aku dengan Azrul tak nak pergi sana!”
            “Aku nak jaga kedai la!”
            “Kan ada Iman yang jaga.”
            “Kesianlah dia nak jaga sorang-sorang!”
            “Apa sorang-sorangnya? Raudah tu hiasan je ke?”
            Hana garu kepala. Lupa pulak yang dia dah ambik sorang lagi pekerja. “Tak naklah, Farah... Korang pergi jelah. Kalau nak ajak Adam pun, ajaklah tapi aku tak nak pergi...”
            “Kau takut nak jumpa Adam eh?” Farah dah tersengih-sengih dengan kening yang terangkat.
            “Buat apa nak takut?”
            “Sebab dia nak pinang kau tapi kau tak nak!”
            Hana jelir lidah. Tuala mandi terus dicapai dan dia selamba je masuk dalam bilik air.
            “Aku tunggu kau!”
            “Aku tak nak pergilah!”
            “Kalau kau tak nak pergi, aku call Adam suruh datang sini!” Farah dah mula mengugut. Hana buat tak dengar. Takde maknanya Farah tu nak call Adam segala!
            Tiba-tiba dia rasa senyap je. Takde lagi dia dengar suara Farah membebel dekat luar sana. Lepas siap mandi, dia terus melangkah ke luar sambil mengelap rambut yang basah. Beg rodanya dah hilang ke mana. Mana la agaknya Farah bawak lari beg tu?
            Tok! Tok!
            “Farah, masuk jelah! Tak payah nak mengada-ngada sangat la!” Jerit Hana dari dalam.
            “Ni Adam...”
            Tangan yang tengah mengelap rambut terus terhenti. Mulut Hana dah terbuka luas. She did call him!
            “Kau buat apa kat sini?”
            “Buat bodoh!”
            Mak aih!
            “Cepat bersiap. Kita pergi sana,” kata Adam sambil bersandar dekat pintu bilik Hana. Dia mengerling dekat Azrul dan Farah yang berdiri dekat tangga. Haih, kenapalah dia yang kena memujuk ni?
            “Diorang nak pergi honeymoon la!”
            “Aku dah ajak kau kahwin tapi kau tak nak. Kalau tak, boleh pergi honeymoon sekali” Selamba je Adam berkata dekat luar. Hana gigit bibir.
            “Diamlah kau!”
            “Jomlah, Hana...”
            “Apa aku dapat kalau aku pergi sana?”
            Adam tersenyum. “Dapat cinta aku.”
            “Tak hingin!” Hana memeluk tubuh sebelum duduk dekat atas katil. Geram betullah dengan Adam ni. Hari tu dia ingat Adam ni mamat jenis yang cool tapi sebenarnya langsung tak! Pelik adalah!
            “I’ll give you ten minutes to get ready or I will have to go in.
            “Kau ugut ke?”
            “Yes!
            “You....
            “Please Hana. Don’t make this thing becomes more complicated. Anggap je kita teman diorang. Okey?”
            Hana diam di dalam bilik. Nak ikut ke tak? Tapi kalau dia ikut, Adam ada sekali! Sejak dari hari Adam cakap nak pinang dia tu, hati dia mula serba tak kena bila jumpa dengan Encik Pilot tu!
            “Fine...”
            Adam dah mengangkat thumbs up dekat Farah dan Azrul. Yes!

Give me more lovin' than I've ever had
Make it all better when I'm feelin' sad
Tell me that I'm special even when I know I'm not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely gettin' mad, I'm so glad I found you
I love bein' around you
You make it easy, it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you

 



12 comments:

cheknie said...

amboi2 adam skunk da pndai ea pjuk mmujuk hana nie, da kua taring da adam skill pikt pmpuan nie..chaiyok2 adam..

RinsyaRyc said...

Pendek sngt!!! nk panjang lagiboleh x encik writer ?? :')

Hana jgn la segan2 kucen kat adam tu ... hewwheww..

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

cheknie : hahahaha! dia tunjuk skill memikat dia dkt hana je :D hehehehe!

kak rin : hehehhee! encik writer? kita cik la :P hahahahaha! hana pemalu mcm kiteee :P

joenyz said...

woot woot woot.... adammmmmm~~~ argh cair cair... hahahahahah comel tul la dorng ni!! smbung cpt2 kak... saya nak masuk belajar dah ni nnt x dpt baca (T_T)

p/s: lagu feveret saya tu!!

Sue Anieki said...

moon best sgt2..tp mcm pendek ckit...ehehehehe...adam dah tujuk skill dia..hana yg sweet...

Anonymous said...

cik moon!!! tahniah la ye..haha.. awak punya writing wat saya asyik senyum je sorang2.. :) waaa~~ sampai hati awak!!!;-( hahaha...

nk lgi..nak lgi...nak lagi....^^

insyirah said...

alahai..ciannye adam kne pujuk hana ikut gi terengganu..
tapi untung ape dia dpt pujuk hana...
dpt juga dia luangkan masa dengan hana..
npe hana jual mahal?
bukan dia pun sukekan adam?

mai said...

sorry, tak sempat nak komen bab2 before this. believe me, best sangat cerita ni. keep on writing k. best! best!^^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : hahaha! akak pun melting dgn adam <3 cinta hati akak tu :P hehehe!

sue : hehehehe! a'ah. mmg pendek. tak mampoo nak buat pnjg2 utk satu bab :) hehehe!

anon : wah! terharunya >.< nak nanges baca komen ni. terima kasih ye <3 waa.. senyum sebab happy takpe kan? hehehehe!

insyirah : kan? hehehehe! hana tu takut. dia takut adam main2 :) hehehehe!

mai : takpe2 :D hehehehe! mekaseh mai <3

Haruno Hana 하나 said...

Adam mmg pro la bab paksa2 Hana ni.. haha XD suka3

k.jiba said...

tu dia Adam dah mula tunjuk skill dia.suka ugut yer.sabar je la Hana melayan eikkk. ^^

Aqilah Mohamad said...

Terbaiklah Adam !