Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Selamat Datang Ke Hati 1


 
                 
BAB 1
 
“Mak, nak kahwin!” Aku memandang mak yang sedang sibuk memasak di dapur. Tiba-tiba tangan mak yang lincah memotong sayur terhenti lalu mak memandang aku dengan muka terkejut. Aku pulak hanya tersenyum sumbing sambil memasukkan keropok keping ke dalam mulut.
                “Mak tak salah dengar kan?”
                Aku menggeleng. “Nak kahwin.”
                “Dah ada calon ke?” Tanya mak lagi. Tangannya kini sudah kembali bekerja. Bila dengar je soalan mak, terus aku tarik nafas panjang.
                “Belum...”
                “Dah tu? Nak kahwin dengan siapa?” Mak dah tergelak-gelak.
                “Tengah cari la, mak. Nanti dah jumpa, Fiya bawak jumpa mak eh?” Aku dah mengukir senyuman. Mak hanya menggeleng kecil.
                “Ikut Fiya la...”
                “Mak...”
                “Hmmm?”
                “Kahwin ni senang tak?” Tanyaku perlahan sambil bermain dengan hujung jari. Malu la pulak bila nak tanya mak soalan macam ni. Walaupun umur aku ni dah masuk 27 tahun tapi aku pemalu orangnya. Nak cakap dekat mak yang aku nak kahwin ni pun, bukan main berpeluh satu badan!
                “Ada senang, ada susahnya...” Jawab mak sebelum menghampiri aku sambil membawa mangkuk yang berisi kurma ayam.
                “Liya cakap best.”
                “Kahwin memang best sebab ada orang yang jaga.”
                Aku bermain-main pulak dengan hujung baju. Ada orang jaga.... memang tulah yang aku nak dari dulu lagi. Walaupun ada mak dan ayah yang jaga aku tapi aku teringin nak ada seseorang yang bernama suami di sisi aku. Dengan umur yang semakin meningkat ni, tak seronoknya rasanya bila hidup sorang-sorang. Kawan-kawan aku banyak yang dah berkahwin dan dah ada anak pun tapi aku ni masih lagi single mingle triangle!
                “Mak... kalau ada kawan-kawan mak yang nak menantu, cakaplah kat Fiya ye.” Aku memandang mak sambil tersenyum malu. Malu tapi mahu! Aku tak peduli apa pun sekarang ni. Yang aku tahu, aku nak berusaha cari cinta hati akku yang entah di mana.
                “Yelah...” Balas mak sambil mengusap kepala aku.
                **
                Hari tu, mak ada beri dekat aku gambar seorang lelaki yang memang aku tak kenal. Mak cakap yang lelaki tu anak kawan baiknya. Mula-mula aku memang tertarik dengan wajahnya yang nampak baik tapi entah kenapa hati ni, macam susah je nak terima. Macam ada konflik dalaman gitu. Separuh cakap nak, separuh cakap tak nak. Dah buat istikharah pun, aku masih tak nampak muka dia tapi entah kenapa muncul pulak bayang lelaki lain. Lelaki yang aku langsung tak kenal jugak sebab aku tak pernah dengar suara dia. Dan setiap kali aku bermimpikan dia, dia akan selalu cakap, “Tunggu saya datang, Dian.”
                Bila aku dah reject anak kawan baik mak tu, mak dah bercekak pinggang depan aku sebab dulu aku yang nak kahwin sangat tapi sekarang ni bila dah ada calon, aku reject!
                “Dah solat istikharah. Tak nampak dia pun...”
                Mak geleng kepala. “Haih, pelik betullah mak dengan Fiya ni. Fiya nak tunggu prince charming ke apa?”
                Aku dah tergelak. “A’ah. Prince Charming macam dalam cerita Once Upon A Time tu! Tapi nak yang Cinderella punya tu.” Aku mengekek ketawa. Saja je nak buat mak bengang dengan aku. Laju je tangan mak nak cubit lengan aku.
                “Main-main je tau! Nak kahwin macam mana ni kalau perangai tak ubah.”
                Aku hanya tayang peace sebelum ketawa kecil. “Suami Fiya nanti mesti suka Fiya comel macam ni...”
                “Comellah sangat.” Mak cubit pipi aku pulak.
                “Mak... pernah jatuh cinta tak sebelum ni?”
                Mak pandang aku sebelum mengangguk kecil. “Dengan ayah Fiya”         
                “Wah, sweetnya!” Aku dah menepuk pipi aku dengan muka teruja.
                Mak hanya tersenyum. “Mak bercinta lepas mak kahwin. Ayah Fiya tu cinta pertama mak.”
                “Lagilah sweet!” Aku dah tersengih-sengih. Tiba-tiba teringin macam tu jugak! Cinta selepas kahwin, alahai..
                “Nak kahwin boleh tapi carilah calonnya dulu...”
                Aku mengangguk dengan senyuman yang lebar. “Nanti bila dah jumpa, Fiya bawak jumpa mak ayah okey!”
                **
                “Kau suka tak bad boy?”
                “Bad boy?”
                Irine mengangguk sambil tersenyum. “Yang nakal-nakal. Playboy sikit. Suka kacau orang perempuan...”
                Aku geleng kepala laju-laju. “Tak suka playboy!”
                “Tapi selalunya bad boy ni cute tau.”
                Aku mencebik lalu berpeluk tubuh. “Kalau cute tapi perangai hampeh buat apa!” Balasku sambil memandang pintu masuk KFC. Bad boy ni memang tak masuk dalam carta aku! Siapa yang nak kahwin dengan lelaki yang playboy dan suka mengusik orang perempuan kan?
                 Irine hanya ketawa sinis sambil memandang ke arah pintu jugak. “Kau nampak lelaki tu?”
                Aku mengangguk. Lelaki yang baru melangkah masuk dengan tangan yang diseluk ke dalam poket seluar. Handsome dan nampak bergaya tapi aku tak berkenan sebab gaya dia sebijik macam ‘bad boy’!
                “Nama dia Rauf.”
                “So?”
                “He’s a bad boy.”
                “Eww...” Aku hirup air Pepsi sambil tayang muka meluat. “Macam mana kau boleh kenal dia?” Tanyaku ingin tahu. Sebelum ni, Irine mana pernah bercakap pasal lelaki tapi hari ni tiba-tiba nama Rauf ni muncul dari bibir Irine.
                “Dia sepupu aku.”
                “WHAT?!” Nyaris-nyaris nak tersembur keluar air Pepsi ni. Aku pandang Irine dengan mata yang dah terbuntang luas.
                Irine hanya ketawa sebelum mengangguk bagi menyakinkan aku yang Rauf tu memang sepupu dia.
                “Sepupu kau bad boy?”
                “He was a bad boy sebenarnya. Sekarang ni, dia adalah good boy yang nak jadi good man in a few months.”
                “Maksud kau?”
                “Dia nak kahwin.”
                Aku angguk kepala. “Dengan?”
                “Dia cakap rahsia,” balas Irine sambil tersenyum dan entah kenapa, aku tengok senyuman dia tu macam ada sesuatu. Sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.
                “Bad boy ni bila dia romantik, memang cair!” Ucap Irine lagi dengan penuh nada muslihat. Aku dah berkerut dahi nak cuba faham apa yang dia nak sampaikan.
                “He was a bad boy kan? So, maknanya taktik memikat dia dulu tu dah lain la!”
                “Sekali bad boy, selamanya bad boy tau. Cuma attitude dia je yang boleh berubah. Itu apa yang Rauf cakap dekat aku.”
                “Hmm...” Aku pandang Rauf yang tengah beratur untuk membeli makanan. Dan entah kenapa, bila aku tengok bahagian belakang badan dia tu... dia mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang aku tak ingat siapa sebenarnya!
                “Jom la balik!”
                “Kau tak nak tunggu sepupu kau dulu ke?”
                “Takpe. Balik nanti jumpa jugak...” Irine hanya tersenyum kecil sebelum menarik tangan aku keluar dari KFC. Sekali lagi aku berpaling ke arah Rauf dan kali ni aku terkedu sebab dia pun tengah tengok aku dan serius aku cakap, dia memang handsome. Bad boy yang handsome...

p/s : Hohoho! Satu lagi cerita yang saya taip ikut suka hati :) Enjoyyy! And yes, memang pendek2 je bab cerita ni. Hahahaha!

11 comments:

Anonymous said...

mcm best jer...
nak lagi...sambung cepat...

Anonymous said...

Bes2..comel fiya ni..hehe..

nurul najwa said...

best.. smbung lagi ya. :)

Nur Alia said...

menarik :D
dah boleh rasa la citer nihh macam mana..hoho
cepat sambung yaa :)

Anonymous said...

best2 . . akk ni slalu wt cite yg gempak2 . . luv so much . .
cpt2 smbg . .
-fz-

k.jiba said...

intro yg cukup perisa.... ^^

hannie pj said...

jarang orang pakai nama Rauf. unique. :) hai rauf!

Ainaa Azlan said...

best ni. next :)

NurAtiZa said...

Menarik...next entry please....#^_^

hawa said...

nak lagi best je....

Anonymous said...

intro yg menarik :)
nk lagi. hehe

z_z