Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 12




BAB 12
            Hana pandang Adam yang duduk dekat depan. Sejak dari tadi, mereka berdua tak banyak bercakap. Adam diam dan dia pun diam jugak. Lepas dengar apa yang Adam cakap tadi, dia terus jadi speechless. Nak cakap apa pun tak tahu.
            “Kena bayar ke kalau nak masuk Masjid Kristal tu, pak cik?” Akhirnya dengar jugak suara Adam. Hana tersenyum kecil dekat belakang. Risau jugak kalau Adam tak nak bercakap sampai sudah.
            “Dakyoh bayor. Free je. ( Tak payah bayar. Free je. )”
            “Err...”
            Hana dah nak tergelak bila tengok Adam terpinga-pinga. Dia betulkan anak tekak sikit. Ni la masanya dia nak tunjuk skill dia!
            “Nape gi hok best dinung, pok cik? ( Apa lagi yang best dekat sana, pak cik?)”
            Adam dah pandang Hana dengan muka terkejut. Terror pulak Hana cakap dialek Terengganu. Mana pulak dia belajar?
            “Hok ada kat dinung, TTI tu ah. Taman Tamadun Islam. Pernoh gi ke? ( Yang ada kat sana, TTI tu la. Taman Tamadun Islam. Pernah pergi ke?)”
            Hana geleng. Dia pernah dengar pasal Taman Tamadun Islam tu dari Maisara dulu. “Ohh... Mahal dop nak bayor? ( Mahal tak nak bayar? )”
            “Pok cik dok ingat berapa harga ye. Kekgi gi tanya kat kaunter neh. ( Pak cik tak ingat berapa harga dia. Nanti tanya dekat kaunter )”
            “Terima kasih, pak cik...” Hana sengih sebelum menyandar ke kerusi. Adam masih pandang dia dengan muka kagum.
            Hah, tau pun terkejut! Hana sengih je.
**
            “Macam mana kau tahu cakap macam tadi tu?”
            Hana angkat kening sambil tayang muka bangga. Akhirnya dia ketawa kecil. Kelakar pulak bila teringat balik muka Adam tadi.
            “Roommate masa dekat matriks yang ajar.”
            “Impressive.”
            “See the leg la!”
            Adam mencebik. Puji sikit dah bangga! Mari dia tunjukkan skill berbahasa Perancis dia!
            “Un jour, je serai ton mari et tu seras ma femme...” Adam senyum.
            Hana terkedu. One day, I’ll be your husband and you’ll be my wife? Haih, dia nak cakap apa ni? Buat-buat tak faham ke?
            “Aku faham French. Hazwan pernah belajar dekat sana dulu and he taught me some of French words.”
            Adam angguk. “Tahu.”
            “One day, I’ll be your husband and you’ll be my wife?” Ulang Hana balik dalam bahasa Inggeris. Takut pulak dia salah translate.
            “Yup.
            “Hmm...” Hana terus berjalan ke depan. Nak jawab tapi dia rasa belum bersedia. Biar jelah. Kalau Adam sanggup tunggu, maknanya memang Adam ikhlas.
            “Still no answer...” Adam mengumam perlahan. Takpe Adam. Beri dia masa. Lama-lama dia akan mengaku jugak.
            “Nak tengok masjid dulu ke?” Soal Adam setelah berjaya menyaingi langkah Hana. Hana hanya mengangguk kecil sambil menangkap gambar.
            “No wonder la Ally Iskandar kahwin kat sini. Cantik!” Hana dah terlopong tengok Masjid Kristal yang tersergam indah dekat depan mata dia sekarang ni. Semuanya diperbuat daripada kaca!
            “Daripada apa yang aku baca dulu, Masjid Kristal ni masjid pintar yang pertama di Malaysia. Lengkap dengan Wi-Fi supaya senang nak baca al-Quran elektronik...” ujar Adam sambil membetulkan beg kamera dia.
            “Wow...”
            “Apa kata kalau kita tunggu kat sini sampai masuk waktu Zuhur? Boleh solat dekat sini. Sekarang ni, jom kita masuk TTI dulu.”
            Hana terus mengangguk bersetuju.
            Adam senyum sambil memandang Hana. Kadang-kadang dia pelik jugak dengan Hana tu. Tak tersentuh langsung ke bila dengar luahan hati dia ni? Adam hanya memerhati Hana yang sibuk menangkap gambar pemandangan sekeliling. Dia akhirnya melepaskan helaan  nafas yang panjang.
I wish I could be your imam, Hana....
Teringin nak menjadi imam kepada Hana tapi dia tahu dia kena bersabar. Sabar Adam... sabar! Sabar itu separuh dari iman. Tiba-tiba dia teringat apa yang pernah dia bualkan dengan abang iparnya dulu. Sekarang ni dia dah faham apa maksud Abang Iqbal!
“Adakah normal untuk jatuh cinta dengan someone yang kita tak berapa nak kenal pun?” Tanya Adam dekat abang iparnya, Iqbal masa mereka berdua baru lepas main tennis.
“Adam rasa?”
Adam jungkit bahu.
“Bagi abang, benda tu normal. Sebabnya... benda ni berkait dengan perasaan. Kita tak boleh tahu bila kita akan jatuh cinta. Itu semua ketentuan Allah. Hati ni pun Allah yang pegang.”
Adam angguk kepala sambil meneguk air mineral.
“Adam masih fikir pasal Amirah ke?”
“Entahlah.”
“Dia dah move on. Long time ago...”
“Adam tahu. It’s just so hard. Dia cinta pertama.”
Iqbal mengangguk tanda faham. Dia tahu sangat yang Amirah memang membawa makna yang besar dalam hidup Adam.
“Nanti bila Adam dah jumpa si dia tu, Adam akan rasa tenang setiap kali tengok dia. Adam akan rasa yang dia sangat penting and most importantly, Adam nak sangat protect dia not as your lover but as your wife. Just wait for that moment to come, okay!” Iqbal menepuk bahu Adam sebelum bangkit dari duduknya. Adam hanya perhatikan tindak-tanduknya abang iparnya sebelum menghela nafas panjang.
I want to protect her. Not as my lover but as my wife...” Bisiknya perlahan sebelum mengejar Hana. Sabar dan tabahlah, Adam!
**
Sebaik saja melangkah masuk dalam Taman Tamadun Islam tu, Hana sekali lagi kagum. Dia dapat lihat Taj Mahal walaupun bukan yang real punya! Dia dapat lihat Masjid Mohamed Ali!
“Memandangkan kau dah selalu pergi oversea, mesti kau dah pernah melawat macam-macam tempat kan?”
“Boleh la... Aku pernah pergi Masjid Xian. Masjid terbesar dekat China.”
“Ye?”
Adam angguk. “Masjid tu merupakan masjid yang tertua dan terkenal di China. Orang Islam China still guna masjid tu sebagai tempat beribadat. Kalau kau tengok Masjid Xian ni kan, dia takde kubah tau sebab seni binaan dia berdasarkan daripada China.”
“Ohh...” Untung la ada tourist guide dekat sebelah ni. Tiba-tiba dia rasa macam tengah duduk dekat depan Masjid Xian yang real dekat China sana!
“Best tak jadi pilot?”
“Cita-cita aku dari kecik. Mestilah best!”
“Sebab tu kau suka tengok langit kan?” Hana teringat balik masa Adam datang beli buku dekat kedai dia. Masa tu dia ingat lagi yang Adam beli buku pasal kapal terbang.
“A’ah.” Adam senyum.
“Aku suka tengok langit bila tengah sedih.” Hana dongak kepala ke atas. Melihat langit yang terbentang luas di atas kepala dia sekarang ni.
Adam diam dan turut memandang langit.
“Kau pilot yang dikelilingi pramugari yang cantik-cantik. Takkan takde sorang pun yang boleh ganti tempat Amirah?” Soal Hana perlahan tapi matanya masih memandang ke arah langit.
Adam terus pandang Hana. Macam mana Hana tahu pasal Amirah?
“Macam mana kau tahu pasal Amirah?”
“Dia cinta pertama kau kan?”
Adam menarik nafas. “Dia kenangan lama...”
She must be so special...”
“Kau pun special jugak.”
Kali ni Hana memandang Adam. “Kenapa aku special?”
“Sebab kau buat aku lupa Amirah dan penuhkan hati aku dan hari aku dengan muka kau je sampaikan pramugari yang cantik-cantik tu pun aku tak nak pandang.”
Hana terdiam. He and his sweet but calm words! Macam manalah Amirah boleh tak cintakan dia tiga tahun lepas?
“Mesti diorang cantik-cantik kan?” Sengaja tukar topik.
“Cantik la jugak...”
“Kenapa tak nak kahwin dengan diorang? Kau handsome, senang je nak cari isteri.” Memang Hana sengaja buat tak faham bahasa padahal Adam dah cakap tadi yang dekat mata dia ni, cuma ada Hana.
“Sebab aku nak kahwin dengan Hana binti Taufiq,” balas Adam selamba sambil tersenyum. Dia tahu apa yang Hana buat. Sengaja nak buat dia jadi keliru.
“Kau nak tahu something tak?”
Adam angguk. “Apa dia?”
“Aku pernah suka someone dulu tau. Dia sekarang ni pilot jugak kot.”
“Zairi la tu!”
“Zairi bukan pilot la, pak cik!” Hana mencebik. Zairi tu doktor! Jauh sangat dengan pilot tu!
"Dah tu?"
"Fariz."
"HAH?" Adam melopong.

p/s : Enjoy! <3 Jangan lupa komen sekali~~~

14 comments:

joenyz said...

waaa kak mun!! part yg saya nak jd imam awak tu... very the suwit thp diabetes la!!!

cair la ngan adam <3 <3

RinsyaRyc said...

“I want to protect her. Not as my lover but as my wife...” Bisiknya perlahan sebelum mengejar Hana. Sabar dan tabahlah, Adam! <----i love this sentence ssoooooo much h!!

Riyanti Najwa said...

alaaaa.....sket jer, :(
nak lagi. nak lagi. heheee
bestt

♡(^▽^)♡

Sue Anieki said...

adam...moon mi kan suka wat org senyum sorg2 tau..hahhaaha..asyik senyum je baca Mr.Right ni..
suka dgn ayat ni.."i want o protect her. not as my lover but as my wife.."
moon sapa fariz..??

aya dayana♥ said...

Sweetnya :D
sambung lagi tau :D

mizz acu said...

Sape lak fariz ni?? Owh adam.. Sila tabahkan hati anda.. Hahahahaha
Hana ni mcm2 la eyyy

insyirah said...

alahai...sweet nye...
kak moon, cepat lah sambung....

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

joenyz : hehehehe! akak pun cair <3

kak rin : hehehehe! :DDD kita pun sukaaa!

riyanti : maaf. hehehehe! setakat ni je yang termampu.

sue : hehehe! sape fariz? kena tunggu dulu :D

aya dayana : insya-Allah :D

mizz acu : hehehe! adam, tabahlah! :D hehehe... hana saje flashback balik..

insyirah : hehehehe! insya-Allah soon :)

k.jiba said...

siyes cair giler2 ayt Adam.nmpk tenang tp bila shoot terus sentuh hati n cam lgsg xder ruang nk kuar dah.akk lg suka bc cter ni tnpa pike rupa Adam sbb bila pike trnmpk2 pic dia yg Liya imagine tu...xleh blah.huhuuuu.Adam... ^^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

kak jiba : hahahaha! imaginasi terlampau muka Adam tu :D hehehehe! kak jiba imagine je sape2 yg kak jiba suka. hehehehe! >.<

Anonymous said...

tangkap lelehh laa..sweet la adam ni..sape fariz???mcm pnah dgr nama dy laa...dlm cerpen eh???ke tak???
yih...writer cpt2 post n3 br tau,,ku menunggu nukilan mu....hehe

HanaHideaki said...

Salam cik moon writer...
baru jer abeh marathon cite nie... teringin nak baca dah lama tapi tak terklik..akhirnya, hari nie baca jugak..nice storyline..keep it up..!
Adam & Hana sweet jer...bila baca jer terbayang muka Adam yg lain.. sorry yea cik moon..hehehe..lmbt sgt cik moon letak pic Adam cik moon tu.. hahaha...

NurAtiZa said...

Sweetnya....senyum sorang2....hehehe #^_^

Anonymous said...

pak cik...hehehe..suka..suka..suka...
-nun wau raw [nur]-