Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 8


 
BAB 8
            “Sejak bila kau buat baju ni untuk aku, Farah?!” Hana dah menjerit dalam bilik. Farah dah mengekek ketawa.
            “Pakai jelah!”
            “Tak nak!”
            “Aku tempah khas untuk kau ni.”
            Hana dah geleng kepala laju-laju. Baju ni over sangat! Dia jadi pengapit je kot. Bukannya tumpang jadi pengantin jugak!
            “Pakai la... Pengapit pun kenalah cantik macam pengantin.” Farah hulur lagi baju kebaya labuh tu dekat Hana.
            “This is too much, Farah.”
            “Mana ada too much? Okey je ni haa...”
            Hana mencebik. Kalau bab memaksa, bagi je dekat Farah. Memang dia menang tanpa perlu bertanding!
            “Aku pakai baju ni tanpa aku tak nak mekap!”
            Farah juling mata ke atas. “Okey-okey. Tak payah mekap. Cepat salin baju ni. Karang rombongan lelaki sampai!”
            Hana sambut baju di tangan Farah nak tak nak aje. Geram betul sebab kena pakai kebaya labuh ni. Nasib baik tak ketat tau! Kalau tak, memang dia karate Farah tu.
            **

            “Eh, Adam!” Hazwan melambai dekat Adam. Hana yang berdiri di sebelahnya tersenyum kecil.
            Kan betul apa yang dia fikir semalam!
            “Eh, Wan! Buat apa kat sini?” Adam dah peluk Hazwan sambil matanya memandang Hana dengan dahi yang berkerut. Mesti dia tertanya-tanya tu!
            “Farah ni bestfriend adik aku ni haa...” Hazwan peluk bahu Hana. Hana hanya sengih sambil tayang peace dekat Adam.
            “No wonder! Kan aku dah cakap dengan kau dulu yang aku pernah jumpa kau sebelum ni...” Adam berkata sambil ketawa. Hana pun ikut ketawa sekali. Memang dia ingat sangat apa yang Adam cakap masa diaorang tengah beli tomyam dulu.
            “Amboi, bukan main rapat lagi dah korang berdua ni?”
            “Sebenarnya Adam dengan Hana ni tak ingat yang kitaorang pernah jumpa sebelum ni,” ucap Hana sambil senyum.
            “Laa...”
            “Sadis betul,” ucap Adam pulak.
            “Lawak betullah korang ni.”
            Hana gelak je. Sempat jugak dia kerling dekat Adam yang segak berbaju Melayu berwarna krim sama macam dia. Entah macam manalah, di saat-saat akhir baru dia tahu yang Farah dengan Azrul tempah baju warna sedondon untuk dia dan Adam yang akan jadi pengapit. Rasa nak siku-siku je dua-dua orang tu!
            “Abang baru perasan yang korang ni sedondon...” ucap Hazwan sambil tersengih. Hana diam dan Adam pulak hanya memandang tempat lain.
            Malulah tu!
            **
            “Oh mak!”
            Tiba-tiba Hana dengar ada suara orang ketawa dekat belakang dia. Adam! Hana cebik. Sampai hati gelakkan dia!
            Yang si Farah pun satu! Ingat dia ni model ke nak pakai high heels segala! Rasa nak patah kaki dia ni!
            “Baik kau tanggalkan kasut tu,” ucap Adam sambil duduk bertinggung di depannya. Selipar comel dia diletakkan betul-betul di kakinya sekarang ni.
            “Thanks...”  Hana tanggalkan heels dia dan dicampak ke tepi. Haa... lega kaki ni!
            “Jangan la seksa diri lain kali...”
            “Iya la, Encik Adam...”
            Adam diam sebelum mengerling Hana dekat sebelah. Cantik pulak dia tengok Hana pakai baju ni. Nampak comel je.
            “Kau nampak comel hari ni.”
            “Hah?” Hana dengar tapi disebabkan dia terperanjat, terus keluar ‘Hah?’ dari mulut. Terperanjat sebab Adam puji dia!
            “Kau comel hari ni.”
            Hana sengih. “Thank you. Kau pun handsome hari ni...” Tak, bukan hari ni je tapi setiap hari kau handsome.
            “Best kan tengok orang kahwin?”
            Hana terus pandang Adam. Rasa macam tak percaya yang Adam cakap macam ni. Semalam Farah cerita yang Adam kecewa sampai langsung tak nak fikir pasal kahwin tapi sekarang ni! Apa sudah jadi?
            “Kau nak kahwin ke?”
            Adam angguk. Makin terkejut Hana dibuatnya!
            “Dengan siapa?”
            Adam angkat bahu. “Entah...”
            “Ohh...”
            “Kau nak kahwin dengan aku tak?”
            Mata Hana terbeliak. Soalan Adam mampu buat jantung dia melompat keluar!
            “Errr...”
            Tiba-tiba Adam ketawa sambil menggawangkan tangannya ke atas. “Aku bergurau je.”
            Hana tarik nafas. Kecewanya bukan kepalang. Boleh pulak Adam bergurau? Baru je dia nak jawab ‘Nak’ tadi.
            “Hmm...”
            “Kau frust ke?”
            “Buat apa nak frust pulak?”
            Adam hanya ketawa sebelum menggeleng kepala. Dahi Hana jadi bertambah berkerut. Kenapalah Adam ni happy sangat hari ni?
            Tiba-tiba Hana rasa bahu dia dicuit. Kak Huda pandang muka dia dengan riak gelisah. “Kenapa akak?”
            Adam pun turut pandang ke arah Huda.
            “He’s here.”
            “Siapa?”
            “Zairi...”
            Dengar je nama Zairi, Hana terus terkedu. Mesti Abang Farah yang jemput Zairi sebab Farah memang selalu cakap yang abang dia baik dengan Zairi.
            “He’s looking for you...”
            Hana gigit bibir. Kuat ke dia nak berjumpa dengan cinta pertama dia tu? Sejak dari Zairi putus tunang sampailah sekarang, dia langsung tak berjumpa dengan lelaki tu. Mampu ke dia nak jumpa dengan lelaki tu sekarang?
            “Siapa Zairi?” Soal Adam yang hanya diam dari tadi.
            Hana pandang Adam sebelum menarik nafas. “Dia adalah someone yang saya suka dulu.”
            “Dulu? Sekarang pun kan?”
            Hana geleng kepala. Sekarang ni entah kenapa hati dia sekarang ni sudah berpaling tadah ke orang lain dan orang tu adalah orang yang berdiri di hadapan dia sekarang ni.
            “I don’t think I want to see him...”
            “Jumpa jelah,” kata Adam sambil senyum. “Kalau takut, aku ada. Aku boleh temankan...”
            Hana ketawa kecil.Beria nak berteman segala.
            “I’m serious. Jom!”
            “Kalau dia tanya kau siapa, kau nak jawab apa?”
            Adam kenyit mata dan Hana langsung cair! Nampak comel sangat bila Adam kenyit mata macam tadi!
            “Aku akan cakap yang aku ni bakal suami kau...”
            “Amboi!”
            Adam ketawa. “Dah-dah! Jom kita pergi jumpa dia...” Adam dah melangkah dulu. Huda pulak hanya tersengih-sengih dan terus ketawa bila kena cubit dengan Hana.
            “This is so so so not cool, Kak Huda!”
            “Kalau Adam cakap macam tu, memang terbaik laaa!”
            “Terbaik apa bendanya? Disaster adalah!”
            Huda ketawa sambil mengusap bahu Hana. “Buat macam jumpa kawan lama and everything will be just fine...”
            Hana tarik nafas panjang-panjang sebelum senyum. Yes! Buat macam jumpa kawan lama...
            **

            Memang dia sangka dia boleh buat macam tu tapi bila nampak Zairi, semuanya berubah. Dia jadi kaku. Tak tahu nak buat apa tapi nasib baik dia cepat tersedar bila Adam berdehem.
            “Long time no see, Hana...” Zairi senyum dan senyuman itulah yang buat Hana sukakan Zairi.
            “A’ah... abang sihat?”
            “Alhamdulillah sihat...”
            Hana memandang Hazwan. Bila tengok Hazwan tersenyum, terasa lega sikit hati dia sekarang ni.
            “Ni Adam...” Baru Hana tersedar yang dia belum memperkenalkan Adam dekat Zairi lagi.
            “Adam...” Adam hulur tangan untuk bersalam dan Hana nampak Zairi macam nak tak nak aje bersalam dengan Adam. Entah kenapa hati dia membara pulak bila tengok Zairi buat macam tu dekat Adam.
            “Adam ni bakal suami Hana...” Hana senyum lebar tanpa pedulikan Adam yang tengah pandang dia dengan muka terkejut.
            Bukan setakat Adam je yang terkejut tapi Farah, Azrul, Huda dengan Hazwan pun dah terlopong.
            Dan Hana masih lagi senyum.

7 comments:

Haruno Hana 하나 said...

waaaaa XDDD cepat2 lah kahwin XDDDDDD

Thirah Tyra said...

Chaiyok2 kak liya !!! makin lama, citer ni makin Sweet mcm gula2.. =DD

cheknie said...

aik igt kn adam yg ckp cm2 last2 hana yg knalkn adam as a future hsband mmg tbaikkkk r..sje nk bg zairi jlez r 2..

mizz acu said...

Err.. Adam.. Xyah ler men tarik2 tali lak.. Suka ckp jer terus

Anonymous said...

hehehe...suke..suke..suke~!!!

k.jiba said...

ahakssssss.tersedak bacer.Hana ni...ingt Adam yg wat dialog tue alih2 dia yg mula.mmg la sngt2 comel ^^

Aqilah Mohamad said...

Hamek ! terus hana yang cakap sudahnya . waahahahha