BAB 8
“Sejak bila kau buat baju ni untuk
aku, Farah?!” Hana dah menjerit dalam bilik. Farah dah mengekek ketawa.
“Pakai jelah!”
“Tak nak!”
“Aku tempah khas untuk kau ni.”
Hana dah geleng kepala laju-laju.
Baju ni over sangat! Dia jadi pengapit je kot. Bukannya tumpang jadi pengantin
jugak!
“Pakai la... Pengapit pun kenalah
cantik macam pengantin.” Farah hulur lagi baju kebaya labuh tu dekat Hana.
“This
is too much, Farah.”
“Mana ada too much? Okey je ni haa...”
Hana mencebik. Kalau bab memaksa,
bagi je dekat Farah. Memang dia menang tanpa perlu bertanding!
“Aku pakai baju ni tanpa aku tak nak
mekap!”
Farah juling mata ke atas.
“Okey-okey. Tak payah mekap. Cepat salin baju ni. Karang rombongan lelaki
sampai!”
Hana sambut baju di tangan Farah nak
tak nak aje. Geram betul sebab kena pakai kebaya labuh ni. Nasib baik tak ketat
tau! Kalau tak, memang dia karate Farah tu.
**
“Eh, Adam!” Hazwan melambai dekat
Adam. Hana yang berdiri di sebelahnya tersenyum kecil.
Kan betul apa yang dia fikir
semalam!
“Eh, Wan! Buat apa kat sini?” Adam
dah peluk Hazwan sambil matanya memandang Hana dengan dahi yang berkerut. Mesti
dia tertanya-tanya tu!
“Farah ni bestfriend adik aku ni haa...” Hazwan peluk bahu Hana. Hana hanya
sengih sambil tayang peace dekat
Adam.
“No
wonder! Kan aku dah cakap dengan kau dulu yang aku pernah jumpa kau sebelum
ni...” Adam berkata sambil ketawa. Hana pun ikut ketawa sekali. Memang dia
ingat sangat apa yang Adam cakap masa diaorang tengah beli tomyam dulu.
“Amboi, bukan main rapat lagi dah
korang berdua ni?”
“Sebenarnya Adam dengan Hana ni tak
ingat yang kitaorang pernah jumpa sebelum ni,” ucap Hana sambil senyum.
“Laa...”
“Sadis betul,” ucap Adam pulak.
“Lawak betullah korang ni.”
Hana gelak je. Sempat jugak dia
kerling dekat Adam yang segak berbaju Melayu berwarna krim sama macam dia.
Entah macam manalah, di saat-saat akhir baru dia tahu yang Farah dengan Azrul
tempah baju warna sedondon untuk dia dan Adam yang akan jadi pengapit. Rasa nak
siku-siku je dua-dua orang tu!
“Abang baru perasan yang korang ni
sedondon...” ucap Hazwan sambil tersengih. Hana diam dan Adam pulak hanya
memandang tempat lain.
Malulah tu!
**
“Oh mak!”
Tiba-tiba Hana dengar ada suara
orang ketawa dekat belakang dia. Adam! Hana cebik. Sampai hati gelakkan dia!
Yang si Farah pun satu! Ingat dia ni
model ke nak pakai high heels segala! Rasa nak patah kaki dia ni!
“Baik kau tanggalkan kasut tu,” ucap
Adam sambil duduk bertinggung di depannya. Selipar comel dia diletakkan
betul-betul di kakinya sekarang ni.
“Thanks...” Hana tanggalkan heels dia dan dicampak ke
tepi. Haa... lega kaki ni!
“Jangan la seksa diri lain kali...”
“Iya la, Encik Adam...”
Adam diam sebelum mengerling Hana
dekat sebelah. Cantik pulak dia tengok Hana pakai baju ni. Nampak comel je.
“Kau nampak comel hari ni.”
“Hah?” Hana dengar tapi disebabkan
dia terperanjat, terus keluar ‘Hah?’ dari mulut. Terperanjat sebab Adam puji
dia!
“Kau comel hari ni.”
Hana sengih. “Thank you. Kau pun handsome hari
ni...” Tak, bukan hari ni je tapi setiap hari kau handsome.
“Best kan tengok orang kahwin?”
Hana terus pandang Adam. Rasa macam
tak percaya yang Adam cakap macam ni. Semalam Farah cerita yang Adam kecewa
sampai langsung tak nak fikir pasal kahwin tapi sekarang ni! Apa sudah jadi?
“Kau nak kahwin ke?”
Adam angguk. Makin terkejut Hana
dibuatnya!
“Dengan siapa?”
Adam angkat bahu. “Entah...”
“Ohh...”
“Kau nak kahwin dengan aku tak?”
Mata Hana terbeliak. Soalan Adam
mampu buat jantung dia melompat keluar!
“Errr...”
Tiba-tiba Adam ketawa sambil menggawangkan tangannya ke atas. “Aku bergurau je.”
Tiba-tiba Adam ketawa sambil menggawangkan tangannya ke atas. “Aku bergurau je.”
Hana tarik nafas. Kecewanya bukan
kepalang. Boleh pulak Adam bergurau? Baru je dia nak jawab ‘Nak’ tadi.
“Hmm...”
“Kau frust ke?”
“Buat apa nak frust pulak?”
Adam hanya ketawa sebelum menggeleng
kepala. Dahi Hana jadi bertambah berkerut. Kenapalah Adam ni happy sangat hari ni?
Tiba-tiba Hana rasa bahu dia dicuit.
Kak Huda pandang muka dia dengan riak gelisah. “Kenapa akak?”
Adam pun turut pandang ke arah Huda.
“He’s here.”
“Siapa?”
“Zairi...”
Dengar je nama Zairi, Hana terus
terkedu. Mesti Abang Farah yang jemput Zairi sebab Farah memang selalu cakap
yang abang dia baik dengan Zairi.
“He’s looking for you...”
Hana gigit bibir. Kuat ke dia nak
berjumpa dengan cinta pertama dia tu? Sejak dari Zairi putus tunang sampailah
sekarang, dia langsung tak berjumpa dengan lelaki tu. Mampu ke dia nak jumpa
dengan lelaki tu sekarang?
“Siapa Zairi?” Soal Adam yang hanya
diam dari tadi.
Hana pandang Adam sebelum menarik
nafas. “Dia adalah someone yang saya suka dulu.”
“Dulu? Sekarang pun kan?”
Hana geleng kepala. Sekarang ni
entah kenapa hati dia sekarang ni sudah berpaling tadah ke orang lain dan orang
tu adalah orang yang berdiri di hadapan dia sekarang ni.
“I don’t think I want to see
him...”
“Jumpa jelah,” kata Adam sambil
senyum. “Kalau takut, aku ada. Aku boleh temankan...”
Hana ketawa kecil.Beria nak berteman
segala.
“I’m serious. Jom!”
“Kalau dia tanya kau siapa, kau nak
jawab apa?”
Adam kenyit mata dan Hana langsung
cair! Nampak comel sangat bila Adam kenyit mata macam tadi!
“Aku akan cakap yang aku ni bakal
suami kau...”
“Amboi!”
Adam ketawa. “Dah-dah! Jom kita
pergi jumpa dia...” Adam dah melangkah dulu. Huda pulak hanya tersengih-sengih
dan terus ketawa bila kena cubit dengan Hana.
“This
is so so so not cool, Kak Huda!”
“Kalau Adam cakap macam tu, memang
terbaik laaa!”
“Terbaik apa bendanya? Disaster adalah!”
Huda ketawa sambil mengusap bahu
Hana. “Buat macam jumpa kawan lama and
everything will be just fine...”
Hana tarik nafas panjang-panjang
sebelum senyum. Yes! Buat macam jumpa kawan lama...
**
Memang dia sangka dia boleh buat
macam tu tapi bila nampak Zairi, semuanya berubah. Dia jadi kaku. Tak tahu nak
buat apa tapi nasib baik dia cepat tersedar bila Adam berdehem.
“Long time no see, Hana...” Zairi
senyum dan senyuman itulah yang buat Hana sukakan Zairi.
“A’ah... abang sihat?”
“Alhamdulillah sihat...”
Hana memandang Hazwan. Bila tengok
Hazwan tersenyum, terasa lega sikit hati dia sekarang ni.
“Ni Adam...” Baru Hana tersedar yang
dia belum memperkenalkan Adam dekat Zairi lagi.
“Adam...” Adam hulur tangan untuk
bersalam dan Hana nampak Zairi macam nak tak nak aje bersalam dengan Adam.
Entah kenapa hati dia membara pulak bila tengok Zairi buat macam tu dekat Adam.
“Adam ni bakal suami Hana...” Hana
senyum lebar tanpa pedulikan Adam yang tengah pandang dia dengan muka terkejut.
Bukan setakat Adam je yang terkejut
tapi Farah, Azrul, Huda dengan Hazwan pun dah terlopong.
Dan Hana masih lagi senyum.
7 comments:
waaaaa XDDD cepat2 lah kahwin XDDDDDD
Chaiyok2 kak liya !!! makin lama, citer ni makin Sweet mcm gula2.. =DD
aik igt kn adam yg ckp cm2 last2 hana yg knalkn adam as a future hsband mmg tbaikkkk r..sje nk bg zairi jlez r 2..
Err.. Adam.. Xyah ler men tarik2 tali lak.. Suka ckp jer terus
hehehe...suke..suke..suke~!!!
ahakssssss.tersedak bacer.Hana ni...ingt Adam yg wat dialog tue alih2 dia yg mula.mmg la sngt2 comel ^^
Hamek ! terus hana yang cakap sudahnya . waahahahha
Post a Comment