Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 14




BAB 14
            “Who is Fariz?” Tiba-tiba je Farah datang ke bilik Hana tanpa sebarang mukadimah dan terus menyerang dengan soalan. Hana dengan muka orang mengantuk memandang Farah dengan dahi yang berkerut. Siapa pulak yang bercerita pasal Fariz dekat Farah ni?
            “Ni mesti Adam cerita dekat Azrul and then Azrul cerita dekat kau kan?”
            Farah angguk sebelum melangkah masuk dan duduk dekat atas katil. “Kenapa tak pernah cerita pun pasal Fariz dekat aku?”
            “Sebab dia tu kisah lama je.”
            “Aku pernah jumpa dia dengan Azrul. For your information Miss Hana, Fariz tu salah sorang kawan baik Adam tau!”
            “What?!” Membulat mata Hana. Fariz kawan baik Adam?
            “Dah berapa lama kau tak jumpa Fariz?”
            “Sejak Fariz habis sekolah. Almost 10 years,” jawab Hana sambil duduk di sebelah Farah. Kaki disilakan di atas katil.
            “Ohh...”
            “Dia macam mana sekarang?” Soal Hana perlahan. Memang dia dah lupakan Fariz tapi dia nak jugak tahu khabar berita Fariz tu.
            “He’s fine,” jawab Farah nak tak nak je.
            “Farah...”
            Farah memandang Hana sambil berpeluk tubuh. “Kenapa kau tak mengaku je yang kau suka Adam?”
            Hana terdiam dan dia terus tunduk memandang lantai. Nak cakap apa ye?
            “Entahlah, Farah...”
            “Kau risau dia permainkan kau ke?” Tanya Farah sambil mengenggam tangan Hana.
            Perlahan-lahan Hana mengangguk. “Lepas kau cerita pasal Amirah tu, aku dapat rasa yang dia memang sayangkan Amirah tu. Aku rasa takut kalau dia cakap dia suka tapi dia tak betul-betul maksudkannya.”
            Farah menggosok lembut bahu Hana. “Tapi kali ni aku yakin. Dia memang sayangkan kau, Hana.”
            “Kenapa tiba-tiba?”
            “Baik kau tanya dia sendiri pasal benda tu.”
            Hana menarik nafas panjang. Ikutkan hati, dah lama dia cakap yang dia pun suka Adam tapi bila dia teringat pasal Amirah, terus dia tak jadi nak bagitahu. Dia takut, dia risau...
            “Biarlah dulu. Aku dengan dia pun baru je lagi kenal kan?”
            “Memang la tapi...”
            “Kalau Adam betul-betul ikhlas dengan aku.. dia akan sanggup tunggu aku,” ucap Hana sambil mengenggam tangan Farah. Mengharap Farah apa yang dia rasa sekarang ni.
            Farah menarik nafas panjang sebelum mengangguk kecil. Dia tak nak paksa Hana dan dia tahu yang Hana tahu apa yang terbaik sekarang ni.
            **
            “Assalamualaikum ladies and Azrul!” Adam menegur sebaik saja dia berdiri di meja yang diduduki oleh Hana, Farah dan Azrul.
            “Waalaikumussalam. Duduklah sini...” Azrul menepuk kerusi di sebelahnya.
            Adam senyum sebelum menarik kerusi bertentangan dengan Hana. Sempat dia tersenyum manis untuk Hana sebelum memandang makanan di dalam pinggan Hana. Makan roti bakar je?
            “Diet ke?”
            Hana geleng kepala. “Kenyang je...” Balasnya perlahan.
            “Ohh...” Adam mengangguk kecil sebelum bangkit semula menuju ke tempat buffet. Sesekali dia mengerling ke arah Hana sebelum tersenyum. Laju je tangan dia menyenduk nasi goreng masuk ke dalam pinggan sebelum dia meletakkan pinggan tu di hadapan Hana.
            Hana angkat muka dengan dahi yang berkerut.
            “Untuk kau...”
            “Aku kenyang...”
            Adam terus duduk di depan Hana. Roti bakar di depan Hana ditolak ke tepi lalu pinggan berisi nasi goreng tadi diletakkan di hadapan Hana.
            “Kau makan apa je malam semalam. Makanlah... aku tahu kau lapar. Kau nak bermanja dengan aku kan?”
            Hana mencebik. Tak habis-habis nak perasan tapi tangan dia tetapi mencapai sudu lalu mula menyuap nasi goreng masuk ke dalam mulut.
            “Sedap?” Adam bertanya sambil tersenyum.
            “Sedap. Kau tak nak makan?”
            “Aku kenyang tengok kau makan...” Adam sengih.
            Hana menjeling tajam. Ada yang kena lepuk guna pinggan ni karang!
            “Pergi ambik makanan. Kalau tak, aku tak nak makan dah...” Tangan Hana dah menolak pinggan tu ke depan tapi cepat-cepat Adam bangkit dari duduknya. Hana cuma tersenyum sambil menggeleng. Tahu pun takut!
            “Mana kita nak pergi hari ni?” Soal Farah dekat Azrul. Sesekali dia menjeling dekat Hana. Semalam, teruk jugak dia kena bebel dengan Hana sebab sengaja tinggalkan Hana dengan Adam.
            “Jangan terfikir nak buat macam semalam lagi...” Sempat Hana memberi amaran sambil menyuap nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
            Azrul dah ketawa. “Seronok apa keluar jalan-jalan dengan Adam?”
Hana jelir lidah sebelum memandang Adam yang tengah sibuk mengambil makanan. “So, nak pergi mana ni?”
“Kita pergi Pasar Payang.”
            Hana dan Farah memandang satu sama lain sebelum tersenyum lebar. Yeay! Boleh shopping!
            **
            Hana dah rambang mata tengok macam-macam jenis kain yang ada dekat Pasar Payang ni. Memandangkan dia bukan suka sangat dengan sutera, mata dia lebih kepada batik walaupun tak tahu nak pakai ke mana. Patutlah ramai cakap batik dekat Terengganu cantik-cantik. Memang cantik pun! Dia dah tak tahu nak pilih yang mana. Farah pulak bukan main sibuk duk mencari batik dengan sutera nak buat baju pergi kerja.
"Untuk kau..." Tiba-tiba Adam hulur satu beg plastik dekat dia yang tengah sibuk menilik satu batik bercorak comel di hadapannya sekarang ni.
"Batik?"
"Aku tengok batik ni cantik. Buatlah baju kurung. Mesti comel bila kau pakai." Adam sengih menampakkkan giginya yang tersusun cantik.
Hana dah terdiam. Malu sebenarnya. Adam ni pun, nak puji pun agak-agaklah!
"Anak tak nak beli ke kain ni untuk isteri ni?" Tiba-tiba ada mak cik yang datang menegur. Kain batik yang dipegang oleh Hana terus terjatuh ke bawah.
Isteri?!
Adam dekat sebelah dah tergelak. "Berapa ye harga kain ni, mak cik? Isteri saya ni memang suka pakai baju yang kain lembut macam ni."
Hana gigit bibir. Pandai-pandai je!
"Batik ni memang mahal sikit sebab kualiti elok. Yang ni mak cik bagi RM200. Sesuai sangat dengan isteri kamu ni. Beruntung betul. Suaminya handsome, isterinya comel."
Adam dah angkat kening sambil memandang Hana. Hana hanya tunduk ke bawah. Malu kot! Nak cakap dekat mak cik yang diorang ni bukan suami isteri tapi tak terluah la pulak!
Adam sengal! Bisik Hana geram. Dia menjeling Adam yang masih lagi berbual dengan mak cik tu.
“Mak cik, saya nak beberapa helai kain batik. Nak bagi dekat keluarga saya dengan keluarga isteri saya ni...”
Terus Hana jegilkan bijik mata. Tak habis-habis dengan isteri dia ni!
“Nak berapa helai?”
“Lebih kurang sepuluh.” Adam tersenyum manis sambil mengenyit mata dekat Hana. Hana jeling sekali lagi. Tangannya mencapai sehelai kaftan berlengan panjang. Ni kalau pakai buat tidur, elok jugak!
“Kaftan tu pun saya bayarkan sekali ye, mak cik.”
            Hana terus pandang Adam. Semua benda, dia nak bayar. Baik beli je kedai ni haaa!
            “Tak payah. Yang ni aku nak bayar!” Hana jegil bijik mata dekat Adam. Sesekali dia tersenyum dekat mak cik tu. Dahlah mak cik tu ingat diorang ni suami isteri!
            Adam hanya ketawa sebelum tersengih. Bahagia jugak bila mak cik tu cakap yang dia dan Hana ni suami isteri. Laju je dia mengaminkan dalam hati tadi.
            Hana, if I had a flower for every time you made me smile and laugh, I’d have a garden to walk in forever...


p/s : Maaf sebab pendek. Baru balik dari kem kat Pangkor semalam :) Enjoy reading dan jangan lupa komennn <3

11 comments:

Anonymous said...

salam...

best............tersengih sorg2 bla bce part adam n hana...good job...wlupun pendek n3 ni tp berbaloi...

Sue Anieki said...

moon..rindu kat adam..hahahha..best ke pi kem..??mesti la best kan...
nice post..terubat rindu..hahahhaha

mai said...

suka ayat last tu!awww!haha.>.<

RinsyaRyc said...

i;d have a garden to walk remember *tinget movie korea. hehehe...

Adam jgn pernah putus asa ye memikat hana tu . Lgipun mcm dh terus je angau adam dah. ngeh3

Anonymous said...

suke suke. tunggu n3 seterusnye :)

Anonymous said...

Bila Hana nk ngaku dia suka Adam ni..hehe..sian Adam tgu lama..jgn sampai Adam egt Hana suka lg kt Fariz dah la..huhu

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Anon : hehehe! Gembira awk suka entry ni <3

sue : hehehe..adam pun join gi kem. Best sgt! :D

Mai : adam cheesy kan? Hehehehe! :p

kak rin : hahahaha! Adam kuat smngat :D

Anon : trima kasih..tunggu ye :) lagi 2 je lagi kot sblm stop :)

joenyz said...

waaaaaaaa~~~ suwit gle... haha saya mmg cair gle la entri ni kak! terbaik!!!

tp awat pendek sngt?? nak adammmm chentaku :)))))

Bellaameera said...

Good job... Such a nice story do continue.....

k.jiba said...

Adam yg penuh smngt nk mndaptkn hana. semoga takdir jodoh Adam n Hana.^^

Capital S ♥ said...

rasa macam xpuas hati baca :')
story dia pendek sangat dan klise
nak adventure sikit ! baru ada aura
work hard lagi,