BAB 14
“Who
is Fariz?” Tiba-tiba je Farah datang ke bilik Hana tanpa sebarang mukadimah
dan terus menyerang dengan soalan. Hana dengan muka orang mengantuk memandang
Farah dengan dahi yang berkerut. Siapa pulak yang bercerita pasal Fariz dekat
Farah ni?
“Ni mesti Adam cerita dekat Azrul and then Azrul cerita dekat kau kan?”
Farah angguk sebelum melangkah masuk
dan duduk dekat atas katil. “Kenapa tak pernah cerita pun pasal Fariz dekat
aku?”
“Sebab dia tu kisah lama je.”
“Aku pernah jumpa dia dengan Azrul. For your information Miss Hana, Fariz tu
salah sorang kawan baik Adam tau!”
“What?!”
Membulat mata Hana. Fariz kawan baik Adam?
“Dah berapa lama kau tak jumpa
Fariz?”
“Sejak Fariz habis sekolah. Almost 10 years,” jawab Hana sambil
duduk di sebelah Farah. Kaki disilakan di atas katil.
“Ohh...”
“Dia macam mana sekarang?” Soal Hana
perlahan. Memang dia dah lupakan Fariz tapi dia nak jugak tahu khabar berita
Fariz tu.
“He’s
fine,” jawab Farah nak tak nak je.
“Farah...”
Farah memandang Hana sambil berpeluk
tubuh. “Kenapa kau tak mengaku je yang kau suka Adam?”
Hana terdiam dan dia terus tunduk
memandang lantai. Nak cakap apa ye?
“Entahlah, Farah...”
“Kau risau dia permainkan kau ke?”
Tanya Farah sambil mengenggam tangan Hana.
Perlahan-lahan Hana mengangguk.
“Lepas kau cerita pasal Amirah tu, aku dapat rasa yang dia memang sayangkan
Amirah tu. Aku rasa takut kalau dia cakap dia suka tapi dia tak betul-betul
maksudkannya.”
Farah menggosok lembut bahu Hana.
“Tapi kali ni aku yakin. Dia memang sayangkan kau, Hana.”
“Kenapa tiba-tiba?”
“Baik kau tanya dia sendiri pasal
benda tu.”
Hana menarik nafas panjang. Ikutkan hati, dah lama dia cakap yang dia pun
suka Adam tapi bila dia teringat pasal Amirah, terus dia tak jadi nak bagitahu.
Dia takut, dia risau...
“Biarlah dulu. Aku dengan dia pun
baru je lagi kenal kan?”
“Memang la tapi...”
“Kalau Adam betul-betul ikhlas
dengan aku.. dia akan sanggup tunggu aku,” ucap Hana sambil mengenggam tangan
Farah. Mengharap Farah apa yang dia rasa sekarang ni.
Farah menarik nafas panjang sebelum
mengangguk kecil. Dia tak nak paksa Hana dan dia tahu yang Hana tahu apa yang terbaik
sekarang ni.
**
“Assalamualaikum ladies and Azrul!” Adam menegur sebaik
saja dia berdiri di meja yang diduduki oleh Hana, Farah dan Azrul.
“Waalaikumussalam. Duduklah sini...”
Azrul menepuk kerusi di sebelahnya.
Adam senyum sebelum menarik kerusi
bertentangan dengan Hana. Sempat dia tersenyum manis untuk Hana sebelum memandang
makanan di dalam pinggan Hana. Makan roti bakar je?
“Diet ke?”
Hana geleng kepala. “Kenyang je...”
Balasnya perlahan.
“Ohh...” Adam mengangguk kecil
sebelum bangkit semula menuju ke tempat buffet. Sesekali dia mengerling ke arah
Hana sebelum tersenyum. Laju je tangan dia menyenduk nasi goreng masuk ke dalam
pinggan sebelum dia meletakkan pinggan tu di hadapan Hana.
Hana angkat muka dengan dahi yang
berkerut.
“Untuk kau...”
“Aku kenyang...”
Adam terus duduk di depan Hana. Roti
bakar di depan Hana ditolak ke tepi lalu pinggan berisi nasi goreng tadi diletakkan
di hadapan Hana.
“Kau makan apa je malam semalam.
Makanlah... aku tahu kau lapar. Kau nak bermanja dengan aku kan?”
Hana mencebik. Tak habis-habis nak
perasan tapi tangan dia tetapi mencapai sudu lalu mula menyuap nasi goreng
masuk ke dalam mulut.
“Sedap?” Adam bertanya sambil
tersenyum.
“Sedap. Kau tak nak makan?”
“Aku kenyang tengok kau makan...”
Adam sengih.
Hana menjeling tajam. Ada yang kena
lepuk guna pinggan ni karang!
“Pergi ambik makanan. Kalau tak, aku
tak nak makan dah...” Tangan Hana dah menolak pinggan tu ke depan tapi
cepat-cepat Adam bangkit dari duduknya. Hana cuma tersenyum sambil menggeleng.
Tahu pun takut!
“Mana kita nak pergi hari ni?” Soal
Farah dekat Azrul. Sesekali dia menjeling dekat Hana. Semalam, teruk jugak dia
kena bebel dengan Hana sebab sengaja tinggalkan Hana dengan Adam.
“Jangan terfikir nak buat macam
semalam lagi...” Sempat Hana memberi amaran sambil menyuap nasi goreng masuk ke
dalam mulutnya.
Azrul dah ketawa. “Seronok apa
keluar jalan-jalan dengan Adam?”
Hana
jelir lidah sebelum memandang Adam yang tengah sibuk mengambil makanan. “So, nak pergi mana ni?”
“Kita
pergi Pasar Payang.”
Hana dan Farah memandang satu sama
lain sebelum tersenyum lebar. Yeay! Boleh shopping!
**
Hana dah rambang mata tengok macam-macam
jenis kain yang ada dekat Pasar Payang ni. Memandangkan dia bukan suka sangat
dengan sutera, mata dia lebih kepada batik walaupun tak tahu nak pakai ke mana.
Patutlah ramai cakap batik dekat Terengganu cantik-cantik. Memang cantik pun!
Dia dah tak tahu nak pilih yang mana. Farah pulak bukan main sibuk duk mencari
batik dengan sutera nak buat baju pergi kerja.
"Untuk
kau..." Tiba-tiba Adam hulur satu beg plastik dekat dia yang tengah sibuk
menilik satu batik bercorak comel di hadapannya sekarang ni.
"Batik?"
"Aku
tengok batik ni cantik. Buatlah baju kurung. Mesti comel bila kau pakai."
Adam sengih menampakkkan giginya yang tersusun cantik.
Hana
dah terdiam. Malu sebenarnya. Adam ni pun, nak puji pun agak-agaklah!
"Anak
tak nak beli ke kain ni untuk isteri ni?" Tiba-tiba ada mak cik yang
datang menegur. Kain batik yang dipegang oleh Hana terus terjatuh ke bawah.
Isteri?!
Adam
dekat sebelah dah tergelak. "Berapa ye harga kain ni, mak cik? Isteri saya
ni memang suka pakai baju yang kain lembut macam ni."
Hana
gigit bibir. Pandai-pandai je!
"Batik
ni memang mahal sikit sebab kualiti elok. Yang ni mak cik bagi RM200. Sesuai
sangat dengan isteri kamu ni. Beruntung betul. Suaminya handsome, isterinya
comel."
Adam
dah angkat kening sambil memandang Hana. Hana hanya tunduk ke bawah. Malu kot!
Nak cakap dekat mak cik yang diorang ni bukan suami isteri tapi tak terluah la
pulak!
Adam
sengal! Bisik Hana geram. Dia menjeling Adam yang masih lagi berbual dengan mak
cik tu.
“Mak
cik, saya nak beberapa helai kain batik. Nak bagi dekat keluarga saya dengan
keluarga isteri saya ni...”
Terus
Hana jegilkan bijik mata. Tak habis-habis dengan isteri dia ni!
“Nak
berapa helai?”
“Lebih
kurang sepuluh.” Adam tersenyum manis sambil mengenyit mata dekat Hana. Hana
jeling sekali lagi. Tangannya mencapai sehelai kaftan berlengan panjang. Ni
kalau pakai buat tidur, elok jugak!
“Kaftan
tu pun saya bayarkan sekali ye, mak cik.”
Hana terus pandang Adam. Semua
benda, dia nak bayar. Baik beli je kedai ni haaa!
“Tak payah. Yang ni aku nak bayar!” Hana
jegil bijik mata dekat Adam. Sesekali dia tersenyum dekat mak cik tu. Dahlah
mak cik tu ingat diorang ni suami isteri!
Adam hanya ketawa sebelum tersengih.
Bahagia jugak bila mak cik tu cakap yang dia dan Hana ni suami isteri. Laju je
dia mengaminkan dalam hati tadi.
Hana, if I had a flower for every time you made me smile and laugh, I’d have
a garden to walk in forever...
11 comments:
salam...
best............tersengih sorg2 bla bce part adam n hana...good job...wlupun pendek n3 ni tp berbaloi...
moon..rindu kat adam..hahahha..best ke pi kem..??mesti la best kan...
nice post..terubat rindu..hahahhaha
suka ayat last tu!awww!haha.>.<
i;d have a garden to walk remember *tinget movie korea. hehehe...
Adam jgn pernah putus asa ye memikat hana tu . Lgipun mcm dh terus je angau adam dah. ngeh3
suke suke. tunggu n3 seterusnye :)
Bila Hana nk ngaku dia suka Adam ni..hehe..sian Adam tgu lama..jgn sampai Adam egt Hana suka lg kt Fariz dah la..huhu
Anon : hehehe! Gembira awk suka entry ni <3
sue : hehehe..adam pun join gi kem. Best sgt! :D
Mai : adam cheesy kan? Hehehehe! :p
kak rin : hahahaha! Adam kuat smngat :D
Anon : trima kasih..tunggu ye :) lagi 2 je lagi kot sblm stop :)
waaaaaaaa~~~ suwit gle... haha saya mmg cair gle la entri ni kak! terbaik!!!
tp awat pendek sngt?? nak adammmm chentaku :)))))
Good job... Such a nice story do continue.....
Adam yg penuh smngt nk mndaptkn hana. semoga takdir jodoh Adam n Hana.^^
rasa macam xpuas hati baca :')
story dia pendek sangat dan klise
nak adventure sikit ! baru ada aura
work hard lagi,
Post a Comment