Stop menulis Cintaku di KLIA! sekejap dan bakal diganti dengan cerita ni. Dia Mr, Right! Harap korang semua enjoy baca kisah cinta Adam dan Hana ♥
BAB 1
HANA
dah geleng kepala dekat belakang sambil memandang Farah yang tak habis-habis
menjelajah dari satu kedai ke satu kedai. Beg dekat tangan tu usah cakaplah,
memang dah tak larat nak bawak tapi si Farah tu gigih lagi! Hana dah penat nak
bawak beg dia sendiri. Nak buat apa beli barang banyak-banyak ni?
“Farah, dah la tu! Aku dah penat.”
“Sikit lagi.”
“Berapa banyak blouse kau nak beli ni?”
Farah sengih sambil angkat empat
jari dia. Hana dah geleng kepala balik. Budak ni nak pakai blouse banyak-banyak ni untuk apa?
“For
what reason?”
“I
need to calm myself down. Aku tahu aku jarang buat tabiat ajak kau shopping
macam orang tak betul but this is a
therapy for me right now.”
Dahi Hana dah berkerut seribu.
Kenapa si Farah ni nak tension segala?
“Kenapa ni?”
Farah tarik nafas. “Nantilah aku
cerita. Jom shopping lagi.” Terus dia gerak ke hadapan. Hana tercengang sebelum
kaki dia pun melangkah ikut Farah masuk dalam kedai baju. Biarkan jelah dulu
Farah tenangkan fikiran...
HANA diam
sambil menenangkan kawan baiknya yang sejak dari tadi memang tak henti-henti
menangis. Bila Hana tanya kenapa Farah menangis, dia angkat tangan suruh Hana
diam dulu. Sengaja Hawa bawak Farah datang sini lepas habis shopping tadi. Biar angin pantai ni
menyejukkan hati Farah yang tengah tak stabil. Setiap kali Hana marah, memang
dia datang sini. Tenang je hati!
“Dia
tu bodoh!”
Hana
pandang Farah. Siapa pulak yang bodoh ni?
“Azrul
memang bodoh!” Kali ni Farah sebut nama sekali. Hana ternganga. Farah kutuk
Azrul? Wah, first time dia dengar
Farah cakap Azrul tu bodoh. Macam tak percaya gila!
“Apa
dia buat dekat kau?”
“Dia
ajak aku kahwin.”
Hana
tercengang pulak. Terus jarinya mencucuk pipi Farah sehingga terteleng kepala
teman baiknya itu. Siapa yang bodoh sebenarnya? Si Farah ni ke? Ataupun si
Azrul?
“Dia
ajak kahwin pun bodoh ke?” tanya Hana geram. Ajak kahwin kot?! Bukan ajak pergi
terjun bangunan KLCC pun! Kalau Azrul ajak Farah pergi terjun bangunan KLCC,
bukan setakat Farah yang cakap dia dah gila, dengan dia-dia sekali cakap Azrul
tu gila!
“Dia
ajak aku kahwin! Sweet sangat! Sebab
tu aku rasa dia bodoh sebab jadi sweet sangat!”
Farah mengelap air mata dia. Hana pulak rasa macam nak debik je si kawan ni.
Memang sesuai sangatlah dengan si Azrul tu. Sama-sama tak betul!
Hana
betulkan hujung tudung yang dah terkelepet. Lama dia merenung laut yang
terbentang luas di hadapan dia sekarang. Indahnya ciptaan Allah. Sudah lama dia
tak pergi melancong. Teringin pulak rasanya nak pergi melancong dekat pulau.
Menikmati pemandangan yang indah. Alone
of course. Dia suka pergi melancong sorang-sorang!
Pap!
Hana
tersentak. Dia terus pandang Farah sambil jongket kening. “Apa?” Tanya Hana
perlahan. Orang tengah khusyuk menikmati pemandangan, tiba-tiba ada orang kacau
daun!
“Kau
tak nak kahwin ke?”
Hana
tarik nafas. Kenapa gaya semua orang cakap macam umur dia dah masuk 45 tahun? I’m 25 years old! Tak nak kahwin lagi! Enough said.
“Tak
nak lagi.”
“Kenapa?”
“Nak
relaks dulu. Dah-dah, jangan nak cakap pasal aku. So, kau macam mana? Ready nak
kahwin?”
Farah
sengih sebelum mengangguk dengan muka yang merah. “Of course. Nanti aku nak mesej dia cakap yang aku setuju.”
“Kenapa
tak mesej je dia sekarang?”
“Saja.”
“Saja
nak seksa hati dia?” soal Hana, ketawa kecil. Bukan dia tak kenal dengan Farah.
Kalau tak diseksanya si Azrul tu, memang tak sah tapi Farah dan Azrul memang sweet sangat! Dia ingat lagi masa tu,
hari lahir Farah. Azrul bawak kek perisa vanilla kegemaran Farah and of course, dia yang buat kek tu. Apa
gunanya ada kawan chef kalau tak guna kan? Tu kata Azrul.
“Seksa
sikit-sikit.”
Hana
jelir lidah. Sekali lagi dia pandang laut. Laut...laut...laut. I wish I know someone yang boleh lukis
gambar pemandangan ni.
“ENOUGH BANG!” Aisyah dah angkat tangan tanda surrender. Penat gila dah ni! Tak
sanggup dia nak terus belajar lagi. Ini mungkin kali terakhir dia join Abang Azrul berlatih taekwondo
dengan Along. Dia tak nak dah lepas ni. Sakit badan-badan ni!
Azrul
dah ketawa besar. Adam tayang muka bosan. Dah agak Aisyah takkan tahan lama.
Suruh buat apa sikit, cepat je surrender.
Memang dia dah faham sangat perangai adik dia yang sorang ni.
“Don’t laugh!” Aisyah mencebik. “Aisyah
bukan macam abang dengan Along. Both of
you dah ada black belt tapi
Aisyah baru white belt. Mana boleh
nak lawan? Sure la kalah!”
“Ye...ye...”
Azrul pulak yang angkat tangan tanda mengalah. Dia pandang Adam yang tengah
minum air. Dia teringat balik apa yang Kak Aina cakap masa hari tu. Nak pujuk
Adam supaya kahwin? Supaya Adam boleh bahagia dengan someone yang boleh buat hidup dia shining macam little star.
Ayat Kak Aina mungkin macam childish tapi
dia sendiri pelik. Hati Adam ni memang dah kunci guna mangga paling besar ke?
Tak lut langsung walaupun ramai je perempuan cantik yang suka dekat dia.
“Adam!”
“Hmm...”
Adam angkat muka.
“Aku
dah nak kahwin dengan Farah.”
Adam
angguk. “Baguslah. Boleh aku makan nasi minyak.” Katanya tenang sambil mengelap
peluh.
“Kau
jadi pengapit aku boleh?”
Adam
angguk lagi. “Boleh.”
“And then mana tahu kau dapat tempias
aura pengantin kan? Boleh aku rasa nasi minyak kau pulak.” Azrul sengih. Adam
pulak dah tayang muka takde perasaan. Dia tahu Azrul sengaja cakap pasal hal
ni. Ni mesti Kak Aina yang suruh Azrul cakap macam ni. Apa Kak Aina ingat dia
akan teringin nak kahwin bila Azrul cakap macam tu? Tak rasa apa-apa pun
sebenarnya.
“Hmm...”
Hanya bunyi tu yang keluar dari mulut Adam. Azrul terus rasa down. Maafkan daku, Kak Aina. Daku tidak
berjaya melembutkan hati adikmu ini! Keras bak batu betul!
Aisyah
tahan gelak bila tengok muka kecewa Abang Azrul. Kalau nak cakap soal kahwin
dengan Abang Adam, rasanya tak perlulah. Perkara-perkara yang akan menarik
perhatian Abang Adam sangatlah sikit. Contohnya macam lukisan dan kerja dia dekat atas awan tu. Taekwondo mungkin termasuk jugak. Abang Adam agak complicated. Orang akan cakap dia heartless, emotionless, ego dan lain-lain lagi sifat negatif. Kalau
dalam kapal terbang, rasanya dia serius je kot! Tapi dalam serius-serius tu,
ramai jugak yang minat! Cuma orang tak berani nak datang dekat je.
“Aisyah
tak sabar nak tengok orang yang mampu buat hati Abang Adam lembut macam
gula-gula kapas,” bisik Aisyah dekat telinga Azrul. Azrul angguk bersetuju.
Memang dia nak tabik spring dekat orang yang boleh buat macam tu dekat Adam!
“And Aisyah tak sabar nak tengok abang
jadi macam dulu. Masa Kak Mirah masih ada dengan kita semua.”
Azrul
angguk lagi. Dia pun rindukan Adam yang dulu.
“Do you know where Kak Mirah is?” Soal
Azrul.
Aisyah
angkat bahu. “Tapi Abang Adam maybe
tahu.”
“He still loves her?”
Aisyah
angkat bahu lagi. “Maybe.”
p/s : comments sangatlah dihargai ♥ enjoy!
11 comments:
nak lagi . nak lagi !
best, liya!
Hana dgn hawa tu org sama ke lain??
assalamualaikum.1st,akk xtau sbb akk bc lewat mlm n mata kabur or mmg ader silap at situ.Hana n Hawa.sape Hana n sape Hawa pada Farah ni or typo kot.yg sbnr adalah???.untuk bab1 ni akk boleh ckp interesting n mmpu senyum sbb akk rasa Adam tu mmpu buat akn jadi next hero kesukaan akk.setakat ni jln cter sngt memuaskan.akhir kalam,menulisla dgn harapan semoga tulisan kita bukn sekadar mmberi hiburan tp juga pengajaran. ^^
Err..patutnya Hana tapi typo di situ. hehehe! maafkan saya :) nanti saya baiki ye. terima kasih semua <3
akak.. emmm knapa x stick pakai nama hawa tu eh?? eheh just asking....
joenyz : kalau diikutkan hati akak, memang akak guna nama Hawa tu tapi risau pulak nanti orang cakap akak ciplak Adam dan Hawa sebab Adam ni akak nak buat dia jadi pilot <3 hehehe! :)
wah wah wah wah wah wah !!! pilot gitu.. hahaha nsib baik akk ckp, saya ingt arkitek sbb ada mention pejabat dgn lukisan kat atas tu... hahaha x sabar!
Nak sambungan cite ni agy . x sabar la .. :) best nye
kak moon . i'm obses with PILOT you know . huaaa . obses ! love pilot ! harhar
> Ed <
ske watak Adam... nway lawa cover title dy...
Post a Comment