BAB 13
“Fariz tu senior dekat sekolah aku
dulu. Dia famous.”
Adam diam sambil memandang hadapan.
Tension bila dengar Hana sebut nama Fariz tadi.
“Entah macam manalah aku pun boleh
suka dia...” Hana gelak sambil memandang Adam. Kenapa tiba-tiba diam pulak ni?
“Hmm...”
“Kau jealous eh?” Hana sengih. Comel
pulak bila dia tengok Adam cemburu. Kalau cemburu, dia senyap je. Bagus...
bagus!
“Obviously...” Adam tayang muka
bengang. Boleh pulak dia tanya macam tu? Tak nampak ke muka dia macam orang
tengah jealous ni?
Hana ketawa. “Ala... dia bukan kenal
aku pun...” Gaya macam memujuk je dah ni. Pertama kali dia memujuk lelaki. Dia
pun tak tahu kenapa dia beria nak pujuk Adam.
“Manalah tahu kalau dia ingat.”
“Do
you know him?”
Adam angguk perlahan. Dia memang
kenal Fariz tu. Fariz si pilot yang terkenal di kalangan pramugari-pramugari.
Bukan setakat pramugari, semua staf dekat KLIA tu kenal dia! Orangnya peramah,
suka tersenyum pulak tu. Nak dibandingkan dengan dia ni memang jauh la. Dia
mana suka senyum. Dia cuma senyum dekat Hana ni je!
“Dia popular eh?”
“Ramai orang kenal dia.”
“Dah agak...”
“Dia memang semulajadi popular kot.”
Adam sebak rambut ke belakang. Gaya macam runsing habis! Hana tahan gelak. Awak
tu pun tak kurang popularnya jugak!
Dia ingat lagi cerita Farah dulu.
Kata Farah, Adam ni ramai peminat tapi dia tak layan.
“Dah-dah. Tak payah tayang muka
tension macam tu.”
Adam menjeling. Tension la bila si
gadis idaman tiba-tiba cakap pasal Fariz. Dia kenal Fariz tu! Fariz dengan
dia.... memang Fariz menang! Tak payah nak bandingkan pun,dia dah tahu dia
kalah tanpa bertanding.
“Hmm... relakslah.”
“Hmm...”
“Fariz tu cuma sejarah lama...”
“Hmm...”
“Aku tak tahu pulak Encik Pilot
dekat sebelah ni kuat cemburu.” Hana pandang Adam sambil tersenyum. Macam ni la
rupanya bila Adam cemburu. Kenapa nampak comel sangat ni?
“Hmm...”
“I’m going home now.” Hana dah
berjalan laju ke depan. Asyik nak ter’hmm’ dari tadi!
“Hana...”
“Apa?” Hana berpaling ke belakang.
“Sure ke dia tu cuma sejarah lama?”
Hana angguk. Hati ni memang dah
takde langsung nama Fariz dan kini dah diganti dengan nama Encik Pilot dekat
depan ni! Tapi tak naklah mengaku lagi.
“Lega...”
Hana senyum. Kelakar bila tengok
muka lega Adam. “Let’s go!”
“Jom!” Adam sengih sebelum berjalan
di sebelah Hana. “Suka bila kau pujuk aku tadi. Rasa macam terharu sangat!”
Hana menjeling. “Amboi!”
Adam gelak kecil. “Thanks.”
“Hmm...”
“It makes me feel much better now,”
ucap Adam perlahan dan tenang.
“Err....”
“You don’t have to say anything now.
I’ll wait even it takes forever...”
Hana terdiam. Haih, kalau dia duduk
lama-lama dengan Adam ni, mau dia pengsan. Ayat Adam selalu menusuk hati dia.
Kadang-kadang rasa sebak sangat sampai nak menangis tapi dia tahan. Dia tak nak
tunjuk dekat Adam yang dia ni lemah dengan ayat-ayat manis. Pertama kali
cintanya berbalas walaupun Adam tak tahu perasaan sebenar dia. Selalunya, dia
bertepuk sebelah tangan aje. Contohnya macam Fariz dengan Zairi tu.
**
“Fariz... Fariz...” Sejak dari tadi
Adam mundar-mandir dalam bilik dia sambil memikirkan pasal Fariz. Walaupun Hana
cakap yang Fariz tu sejarah lama tapi hati dia tak tenang. Resah semacam je!
Masa Amirah dulu, takdelah dia jadi macam ni.
Fariz tu memang salah sorang kawan
baik dia. Dia kenal Fariz tu macam mana. Fariz memang baik dan disenangi ramai
orang tapi masih single sampai sekarang. Adam pernah tanya dia dulu kenapa
sampai sekarang dia single dan jawapan dia adalah dia tengah menunggu
seseorang. Seseorang tu Hana ke? Itu yang merunsingkan dia sekarang ni!
Telefon bimbit dicapai lalu dia
segera menelefon Akmal. Akmal memang boleh tolong dia sekarang ni.
“Assalamualaikum Mal...” Adam
memberi salam selepas panggilannya berjawab.
“Waalaikumussalam, Adam. Kenapa
telefon aku ni?”
“Aku nak mintak tolong dengan kau.
Boleh kau tolong siasat siapa yang Fariz suka sekarang ni? This is urgent. I
need the answer A.S.A.P!”
“Adam, aku ni pilot sama macam kau.
Bukannya penyiasat ke apa...”
“Aku tahu tapi aku tahu kau boleh
tolong aku dalam hal ni. Please...” Dia dah guna nada merayu. Dia perlukan
bantuan Akmal. Hanya Akmal yang boleh diharapkan sekarang ni.
“Sebenarnya aku tak perlu siasat
pasal ni pun sebab hari tu aku ada dengar yang Fariz cakap dia dah jumpa orang
yang dia cari selama ni. Rasanya dia kerja dekat kedai buku....”
Adam ternganga. Kedai buku? Hana?
Adakah apa yang dia sangka selama ni betul? Yang Hana adalah orang yang Fariz
cari?
“Adam?
“Habis la aku!”
“Hah? Kenapa pulak?”
Adam diam. Dia dah hilang Amirah dan
dia takkan hilang Hana. Dia akan berusaha untuk menangi hati Hana dan jadi imam
kepada Hana. Jadi pelindung Hana, jadi lelaki yang sentiasa ada di sisi dia.
“Nothing, Mal. Thanks.
Assalamualaikum...” Terus panggilan dimatikan. Takpe, Adam! Ada jodoh tak ke
mana.
Itulah dinamakan ayat penyedap
hati...
**
“Apahal kau tiba-tiba ajak aku
keluar ni? Kesian bini aku sorang-sorang tu!” Azrul membebel sambil mengikut
langkah panjang Adam ke kereta.
“Jom pergi lepak kat pantai...”
Dahi Azrul dah berkerut. Kalau Adam
ajak dia ke pantai, maknanya Adam tengah ada masalah. Masalah apa pulak yang
melanda sepupu dia ni?
“Problem?”
Adam sebak rambut ke belakang. “Tukar
plan la. Aku nak melukis.” Adam dah mengeluarkan alat-alat melukis dia dari bonet
kereta.
“Adam....” Meleret suara Azrul
menyebut nama Adam. Dia membesar bersama-sama dengan Adam. Dia tahu Adam ada
masalah sekarang ni. Kalau tak, takdelah muka runsing semacam je ni!
“Kau ingat tak dulu kau pernah
cerita dekat aku yang Farah pernah kena goda dengan bos tempat kerja dia tapi
akhirnya Farah berhenti dan kerja dekat tempat lain?”
Azrul mengangguk. Memang dia ingat
sangat pasal tu! Punyalah dia bengang dengan bos tempat kerja Farah tu.
“Hana...”
“Kenapa dengan Hana?”
“Kau ingat Fariz tak?”
“Haa... ingat-ingat. Kenapa dengan
dia?”
Adam tarik nafas panjang. “Dia
senior Hana masa kat sekolah dulu... dan....” Rasa macam tak terluah je ayat
yang seterusnya.
“Dan?”
“Hana cakap yang dia pernah sukakan
Fariz. Kau sendiri tahu kan Fariz tu macam mana orangnya kan?”
Azrul angguk laju-laju. Memang dia
tahu sangat macam mana Fariz tu. Dia pernah cakap dekat Adam dulu. Perempuan
yang mana tolak Fariz tu memang rugi sangat! Dan sekarang ni, dia nak cakap
Hana rugi ke tak?
“Tadi aku telefon Akmal. Akmal cakap
dia ada dengar cerita yang Fariz dah jumpa orang yang dia cari selama ni and
guess what?”
“Apa?” Tanya Azrul tak sabar.
Suspens betul dah cerita Adam ni.
“Dia kata orang yang dia cari tu
kerja kat kedai buku!!” Adam dah menyebak rambut ke belakang. Memang dia tahu
Hana cakap yang Fariz tu sejarah lama tapi kalau Fariz pandai nak ambik hati
Hana balik, habislah dia!
“So, kau dah give up?”
“Mana ada!”
Azrul berpeluk tubuh. “Gaya kau
macam nak give up je?”
“Aku tak nak give up tapi....”
“Aku tak nak ada tapi-tapi tu...
Selagi Hana tak bagi apa-apa keputusan, fight for your love. Kalau Hana bukan
jodoh kau, takpe. Insya-Allah ada yang lain tapi sekarang ni, fight for your
love! Mungkin orang Fariz maksudkan tu bukan Hana. Kebetulan je dia kerja jugak
dekat kedai buku. Think positive, Adam.” Panjang lebar Azrul berceramah dekat
Adam. Dia tahu Adam pantang menyerah sebelum bertanding cuma mungkin kali ni,
dia rasa kedudukan dia sedikit goyah dengan kehadiran Fariz.
“Aku sayangkan Hana. Dia wanita pertama
yang berjaya buat apa yang aku rasa sekarang ni. Apa yang aku rasa buat Amirah
tak sama macam yang aku rasa buat dia. Dia buat aku rasa nak protect dia. Dia
buat aku tenang dan insya-Allah, aku akan berjuang!” Adam berkata dengan tangan
digawangkan ke langit. Fariz is just a man!
“Inilah cousin aku! Pantang menyerah
sebelum berusaha!” Azrul turut sama bersemangat.
“Ye!” Adam sengih sebelum
mengangguk. “Tapi aku still nak pergi melukis...” Adam angkut segala barang
lukisan dia masuk ke dalam hotel.
Azrul dekat belakang dah mencebik.
Rosak mood betul!
p/s : Maaf kalau entry ni tak memuaskan hati korang semua. Nanti saya edit balik ye <3 Jangan lupa komen. Terima kasih~~~
12 comments:
ahhh suke suke >.<
adam!!!! fighting!!! hahaha ok saya over...
kak mun sambung laju2 eh!!
kak moon . sweet nya >.<
-- Ed //
Oh...i datang lagi! melayang-layang baca. Hidup Adam. :)
best la Moon XD fighting Adam! Hana pon cepat2 la confess.. hehe :D
Jeles la pulak pakcik adam . ngeh3. .., suka tengok lelaki jeles ..
sweet sangat....suka masa hana pujuk adam....adam...fight for your love!!!!!
adam jeles..hana pujuk adam..hahahaha..mcm comel je..
adamm!!fighting!! chaiyok2...
wohooo.. pandai pak cik beku ni jeles yer!
chaiyok2 adam.. i support u!
cian adam...
hana cepat lah bagi jawapan kat adam...
merane adam fikir sal hana....
suke2..sweet je
go adam! ajaja fighting!
(sy suke adam)
hehe
ajah2 fighting Adam.nk jadi Imam tuk seorg wanita perlukan kekuatan.jgn cepat mengalah okei.Hana pun kalau dah yakin tntg hati tu jgn la main2 nnti diri sendiri susah.juz mengakau n kawin pastu brcinta la hari2 pun.huhu.entri ni akk bc ngn penuh perasaan.tetiber jerkkk.huhuu.
best la.. suka2.. fight for your love adam.. *serius adam sangat sweet.. :D
Post a Comment