Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Sedutan Cintaku di KLIA!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! :) 

Sekarang ni blog ni dah bertukar wajah tapi tajuk dia masih lagi sama. Masih lagi Bertemu Cintaku! Kalau dulu, tema biru tapi kali ni tema dia warna merah + pink pulak! :) Kan best kalau boleh pilih warna untuk cover novel? Hehehe! :) Sekarang ni saya tengah sibuk menaip Cintaku di KLIA! Belum diupload lagi atas sebab-sebab tertentu. Sorry ye pada yang menunggu! :) 

Apa-apa pun, saya masukkan sikit ye sedikit sedutan untuk Cintaku di KLIA :)




“AWAK sangat scary!” Aku pandang dia dengan muka serius tapi dia boleh pulak gelakkan aku. Sampai berair-air bijik mata pulak tu! Aku mula cebik bibir. Kelakar sangat ke apa yang aku cakap sampai dia boleh tergelak-gelak macam ni?
            “Being scary is one of my best qualities.” Dia tersenyum lebar dan aku pulak dah terkejut besar. Boleh pulak dia berbangga sebab aku cakap dia tu menakutkan?!
            “Saya mengaku saya suka awak,” sambungnya lagi bila tengok aku dah terdiam. Aku hanya memandangnya sekilas sebelum memandang tempat lain.
            “Awak tak percaya ke?” Soalnya lagi bila aku dah mendiamkan diri. Aku jongket bahu. Tak tahu nak percaya ke tak kata-kata dia tu. Boleh jadi yang dia tu cuma nak tipu aku dan boleh jadi jugak yang dia serius dengan apa yang dia cakap.
            “Saya jarang main-main dengan perkara yang penting macam ni, Tassha. I’m telling you the truth!” Bersungguh-sungguh dia nak yakinkan aku yang dia memang sukakan aku. Aku palingkan muka untuk menghadap dia.
            “Jangan main-main dengan perasaan orang...”
            Dia mendengus geram. “Kenapa orang susah sangat nak percaya cakap saya?” Bentaknya geram. Aku pandang dia dengan dahi yang berkerut. Emo la pulak!
            “Saya perlukan masa, Irfan. Let me think about it first,” putusku akhirnya. Dia hanya mengangguk dengan riak muka yang agak kecewa.
            “Saya akan tunggu...”



1 comment:

NiNa ZizaN said...

dah baca dah... *dengan riak bangga nk ms0k icu.. :P