Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 1

BAB 1

Liyana Damia

“Dia sangatlah perasan!”

LIYANA DAMIA memandang lama pintu pagar di hadapannya sambil membetulkan kedudukan beg sekolah. Sekarang ni memang perasaan dia bercampur-baur. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap gemuruh dan tak lama lepas tu dia langsung tak rasa apa-apa. Sekali lagi dia hanya merenung pintu pagar tersebut sambil menghela nafas panjang. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat sekolah lama. Sebenarnya kalau diikutkan hati dia, dia memang langsung tak nak pindah sini. Dia nak duduk sana sampailah habis sekolah tapi nak buat macam mana. Ayah kena pindah ke Ipoh pada tahun terakhir dia bersekolah.Tahun terakhir yang sepatutnya menjadi tahun yang bersejarah bagi dirinya. Haih...Dia menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan kakinya mula melangkah ke dalam kawasan sekolah.

Sepanjang perjalanan ke pejabat, sempat juga dia tersenyum ke arah pelajar-pelajar yang lalu-lalang.

“Kak Liyana! Kak Liyana!”

Liya berhenti berjalan sebelum memandang ke belakang. Seorang pelajar perempuan yang memakai uniform berwarna kuning sedang menghampirinya.

“Akak ni Liyana Damia kan?”

Liya mengangguk. “A’ah. Adik ni siapa?”

“Saya Aqila. Akak boleh panggil saya Qila. PK HEM suruh saya tolong akak hari ni sebab akak kan budak baru. Jadi hari ni, saya akan jadi pembantu akak.” Balas Qila sambil tersenyum.

Liya tercengang. Rasanya dia belum pekak lagi. Dia mendapat seorang pembantu sebab dia budak baru? Biar betul! Macam tak percaya pun ada. Ni sekolah apa? Elit ke?

“Qila sure ke?”

Qila mengangguk pantas.

“Tak menyusahkan ke?” Soal Liya khuatir. Pelik pun dah ada sekarang ni.

“Taklah. Jomlah Qila bawak akak pergi pejabat.”

“Tapi Qila tolong akak hari ni je tau.” Ucap Liya dengan suara yang tegas. Dia kalau boleh tak nak menyusahkan orang. Lebih suka berdikari.

“Beres kak! No problem.” Jawab Qila sambil tersenyum.

Selepas selesai semua urusan di pejabat, Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya sehingga ke kelas 5 Sains 1. Dah ditolak pun dia tetap bertegas dengan alasan.

“Kan akak dah bersetuju nak biarkan Qila tolong akak. Ni kiranya Qila menolong akak la...”

Dan seperti tadi, dia hanya mengiyakan sahaja. Tak nak cakap apa-apa sebab dia pun bukannya tahu sangat jalan nak ke kelas. Buatnya sesat dalam kawasan sekolah tu, tak ke naya? Lagipun dalam kepala dia ni macam-macam sedang difikirkan. Macam mana agaknya perangai budak-budak kelas dia? Baik ke? Jahat ke? Sombong ke?

Buk!

“Adoi, sakit sakit!” Liya mengurut hidungnya yang terasa sengal. Dia menepuk dinding di hadapannya untuk melepaskan geram.

“Akak! Ya Allah, kak! Macam mana boleh langgar dinding tu?” Qila berlari kecil mendapatkan Liya yang terduduk sambil mengurut hidungnya. Liya hanya tersenyum sumbing.

“Akak memang macam ni. Cuai !” Perlahan-lahan Liya bangkit sebelum menggalas beg sandangnya kembali. Qila hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menarik tangan Liya untuk mengikutnya.

“Ni kelas akak. 5 Sains 1. Good luck!”

“Terima kasih tau Qila sebab tolong akak. Menyusahkan Qila je.” Liya tersenyum.

“Eh, mana ada menyusahkan. Qila suka tolong akak. Lain kali kita sembang panjang tau. Qila pergi dulu...” Ucap Qila sambil tersenyum.Kemudian dia berlalu pergi sambil melambai tangannya. Liya membalas lambaiannya sebelum menarik nafas dalam-dalam.

Relaks Liya...Relaks...

Excuse me.” Satu suara garau yang bersuara di belakangnya mengejutkan dirinya yang sedang berusaha menenangkan diri sendiri. Dia berpaling ke belakang sambil mendongak untuk memandang muka tuan punya badan.

“Kau nak berdiri dekat sini macam tiang bendera dekat dataran sampai balik nanti ke... ataupun kau nak masuk kelas sekarang? Soal lelaki itu dingin dengan muka yang serius. Langsung tidak tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan tajam.

“Nak...nak...masuk kelas sekarang.” Jawab Liya tergagap-gagap.Dia memandang lelaki di hadapannya.Masamnya muka!

Lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum menghampiri pintu kelas.

“Assalamualaikum cikgu.” Pintu kelas diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Liya yang tercongok berdiri di luar cepat-cepat mengekorinya. Serentak, semua kepala mengangkat muka dan memandang mereka. Liya mula cuak.Sesak nafas pun dah ada ni.

“Siapa yang berdiri dekat belakang kamu tu, Zafran?” Tanya Cikgu Suhaily sambil memandang ke arah Liya yang seperti sedang bersembunyi di balik tubuh tinggi lampai milik Zafran.

“Saya pun tak tahu, cikgu. Dari tadi dia berdiri dekat luar kelas. Mungkin student baru.” Balas Zafran sebelum meminta diri ke tempatnya.Sekarang ni tinggal Liya terkebil-kebil di hadapan kelas sorang diri.Mula-mula dia nak menjerit suruh lelaki tu duduk sini jugak tapi macam tak wajar pula. Bukannya kenal pun.

New student?” Soal Cikgu Suhaily. Dia tersenyum mesra.

Perlahan-lahan Liya mengangguk sambil membalas senyuman guru di hadapannya. Matanya melirik ke arah name tag guru berkenaan yang tertera nama Suhaily.

“Nama apa?”

“Liyana Damia binti Badrul Hisham, cikgu. Panggil Liya.” Jawab Liya sebaik mungkin. Tiba-tiba dia merasa kurang senang apabila semua pelajar kelas itu ralit memandangnya kecuali seorang. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang bernama Zafran tu. Hanya dia seorang saja yang sibuk menulis.

“Baiklah Liya.Kamu boleh duduk...hmm..dekat mana ye?” Mata Cikgu Suhaily meliar-liar mencari tempat duduk yang kosong. ”Hah! Dekat sebelah Zafran kosong. Kamu duduk situ ye.”

Liya memandang ke arah tempat duduk yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaily. Matanya terbeliak apabila menyedari bahawa dia bakal duduk berjiran dengan lelaki tadi! Dan nafasnya seakan tersekat apabila melihat pandangan mata Zafran yang sangat tajam. Pandangan mata itu seolah-olah membawa maksud yang dia tidak akan beroleh ketenangan yang sejati di situ.

“Pergilah duduk. Kalau ada apa-apa yang kamu tak faham, boleh tanya Zafran. Dia ketua pengawas sekolah ni.” Kata Cikgu Suhaily lagi.

Ketua pengawas?! Liya makin terkejut. Orang yang dingin macam ais tu ketua pengawas?! Siapalah yang ‘cerdik’ sangat pergi pangkah nama dia masa pilihan raya? Muka langsung tak mesra rakyat. Serius memanjang! Kalau aku jadi salah seorang pengundi, awal-awal mamat ni kena reject.

Dengan langkah yang lemah, dia melangkah ke tempat duduknya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi sambil cuba menerapkan pesanan maknya di dalam hati dan juga di dalam mindanya.

Kita datang sekolah nak cari ilmu.Perbetulkan niat dan InsyaAllah kita akan berjaya. Mak yakin dengan anak mak ni.

Liya tersenyum kecil setiap kali teringat akan pesanan ibunya itu. Kemudian dia mengeluarkan buku latihan Matematik dan bersedia untuk memulakan pelajaran. Semangatnya untuk belajar berkobar-kobar.

“Baiklah. Bangun semua. Masa cikgu dah tamat.”

Mata Liya membulat. Lah! Dah habis masa rupanya.

***

“NAH!”

Zafran meletakkan tiga helai lencana kain di atas meja Liya semasa waktu rehat. Liya memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang pelik.

“Untuk apa?”

“Untuk kau pakailah!” Jawab Zafran dingin sebelum duduk di tempat duduknya.

“Err...thanks.” Ucap Liya perlahan sambil mengambil lencana-lencana tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah.Orang dah bagi free buat apa kita nak menolak kan? Dia ketawa kecil.

“Lagi satu, jangan pakai pin tudung yang terlampau fancy. Yang bergayut-gayut tu. Kalau cikgu ataupun pengawas nampak, memang kena rampas.” Ucap Zafran tanpa memandang wajah Liya. Tangannya lincah menulis di atas sehelai kertas kajang.

“Okey.” Jawab Liya ringkas.

And one more thing, cuba keep up.Jangan slow sangat.”

Liya tercengang.Slow? Maksud dia apa? Sejak bila aku slow? Ke aku berjalan perlahan?

Slow dalam erti kata apa ye?”

“Kami dekat sini belajar laju. Sebabnya nak cepat habiskan syllabus. Bila dah habis syllabus, bolehlah ulang kaji banyak sikit. Faham?” Tanya Zafran masih lagi lincah menulis di atas kertas kajang.

Liya mengangguk tanda faham.Dia memandang ke luar tingkap. Duduk di sebelah Zafran membuatkan dia rasa seolah-olah dirinya ini halimunan. Mana taknya, Zafran hanya diam dan sibuk menulis.

“Ambik kertas ni.”

“Kertas apa ni?”

“Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apa-apa dekat aku?” Ucap Zafran mendatar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Liya mencebik bibir. Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak tengok? Memang sombong betul lelaki ni. Rizwan pun ketua pengawas jugak dekat sekolah lama aku dulu tapi takdelah sombong macam dia ni! Zafran sombong! Dia kemudiannya menatap kertas di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

Terbuntang luas mata Liya.Mak aih, ni baru baca tajuk.Belum lagi tengok isi kandungannya.Kalau dah dah baca isinya mahu tersembur terus bijik mata aku.Dia menjeling Zafran di sebelah.Peraturan ketika duduk di sebelah aku? Ceh! Macam lah kau tu Menteri Besar nak bagi peraturan segala.

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!

2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.

3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!

4. Jangan mengelamun!

5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!

6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.

7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

Liya mencebik.Suara aku sedaplah! Kalau aku nyanyi, confirm kau tidur nanti.Dia mengambil botol air lalu diteguk perlahan.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.

9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.

10. Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Uhuk! Uhuk!

Liya tersedak sehingga tersembur keluar air dari dalam mulutnya.Nasib baik dia sempat mengalihkan muka ke luar tingkap.Pantas muka lelaki di sebelahnya dipandang dengan tajam. Gigi diketap tanda geram. Zafran budak perasan! Boleh blah! Hello, ni Miss Hati Batu okey! Tak mudah terpikat dengan sesiapa pun. Lagipun apa yang istimewa sangat pasal Zafran yang mampu membuatkan dia terpikat?

Nak kata baik, dia masih belum berjaya menemui ciri-ciri baik Zafran. Nak kata jahat, adalah sikit dengan mulut yang laser dan sikap yang terlampau dingin. Tapi dia sendiri pun jahat jugak. Mulut dia sendiri pun kecoh. Jadi tak boleh nak salahkan Zafran kerana bermulut laser. Tapi yang tak tahannya, apasal peraturan tu kena ada? Macamlah aku nak sangat duduk sini! Kalau cikgu tak suruh, tak adanya aku terhegeh-hegeh duduk sini. Memang confirm tak duduk sini ye. Kenapalah aku kena duduk sebelah budak yang terlampau perasan?!!! Waaa! Liya menepuk dahinya. Dahlah peraturan budak-budak dia bagi.Ceh!

“Zafran, dengan senangnya aku menerima semua peraturan yang kau bagi ni dengan hati yang terbuka. Especially yang nombor 10 tu! Sebab aku tahu yang itu mungkin mustahil untuk berlaku dengan perangai kau yang macam ni. Kuat perasan sangat! Dan lagi satu, ada satu perkara yang aku tak boleh ubah iaitu aku ni memang seorang yang cuai sikit dan agak kelam-kabut. Jadi, mungkin kau akan tension jugak tapi jangan bimbang, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menganggu kau! Please take note.” Ucap Liya geram sambil memasukkan kertas tadi ke dalam beg sekolahnya.

“Apasal kau simpan kertas tu?”

“Aku nak simpan sebagai peringatan supaya aku sentiasa ingat peraturan budak-budak kau ni. Tak matured langsung.” Balas Liya selamba sebelum mengeluarkan buku lukisannya dari dalam beg sekolah.Buku lukisan yang bersaiz sederhana itu diusap lembut. Sebenarnya alasan takut lupa peraturan budak-budak tu, dia tipu je. Tanpa kertas tu pun, dia dah boleh ingat peraturan mengarut Zafran. Yang menyebabkan dia ingin menyimpan kertas tersebut adalah disebabkan oleh rasa kagum terhadap tulisan Zafran yang kemas tersusun. Kagum terhadap tulisannya saja ye bukan pada orangnya!

Tak sangka lelaki perasan macam Zafran mempunyai tulisan macam ni. Dia mengakui tulisan Zafran sangatlah cantik. Mengalahkan aku yang perempuan ni tau. Mesti cikgu tak pening nak check buku dia ni. Tapi aku tak nak puji dia depan-depan sebab takut dia makin bertambah perasan.

“Kalau nak kutuk aku, jangan kutuk dalam hati...berdosa!” Sekali lagi suara dingin itu berkata-kata.Liya hanya mampu mengenggam pensel kayunya sekuat hati. Kalau nak diikutkan hati yang membara ni, dah lama dia cili mulut Zafran tu. Biar tambah merah! Sakit jiwa! Sakit jiwa!

“Tak ada masa la nak kutuk kau. Berlambak lagi kerja lain aku boleh buat. Perasanlah kau ni!” Balas Liya dingin. Zafran hanya mengangkat bahu sebelum kembali menulis. Liya pelik. Sejak dari tadi Zafran tak habis-habis menulis. Entah apalah yang ditulisnya pun dia tak tahu. Dan yang makin memelikkan dirinya, tak letih ke asyik menulis?

“Ni senarai buku yang kau kena ada. Prepare semua tu.” Tiba-tiba Zafran meletakkan sehelai lagi kertas kajang di atas meja Liya sebelum melangkah ke tempat duduk kawannya. Liya hanya memerhati langkah Zafran buat seketika sebelum menatap kembali kertas di tangannya. Semuanya serba lengkap. Segala keperluan yang dikehendaki sepanjang dia bersekolah di sini telah siap ditulis oleh Zafran.

“Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku je?” Ucap Liya perlahan sambil mengangkat muka untuk memandang ke arah Zafran yang sedang berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.

‘Dan yang paling penting, jangan sesekali terpikat dekat aku!’

Liya menggeleng kepalanya laju-laju. ”Takkan terpikatnya!”


p/s : Comment tau! Baru semangat nak tulis! :D Hehehe..

24 comments:

amira aihara said...

wah..wat bru erkk...lg mantap...syarat still sme erk..heee

OkiE a.k.a WitcH said...

heheh...barulah ada, berabis sy buka blog ni nak tengok ada update atau tak..nasib baik ada...hehe
clumsy gila liya tu...hehe suka zafran. cool aja!

fallenmoon said...

Amira : hehehe..berubah sikit episod ni tp syarat still sama! Hehehe.. :D

Okie : hehe..sorry lambat :) Nak try buat Zafran cool! Walaupun tak reti =.="

Che'E said...

best...
ni mmg da edit semua bab ke ape ni???

nurafiqah airil said...

Yana!!
Tetiba kita suka new version ni..
Haha ;D

fallenmoon said...

Che'E : A'ah :) Hehe..bab2 awal tu tambah2 sikit. Terima kasih ye :)

Fiqah : hahaha...ye? nape? terima kasih ye. :D

im@z said...

best.. next n3 please.. ^_^

Wazrul Shah said...

Ahh seronok.. Haha.. Sikap Zafran tu memang coolio moolio la!

Ema Emaharuka said...

BestTt...
Ada ada je sikap Zafran ne;)

dsyaleeza said...

syez mmg bez,,,
like byk2,,-)

Anonymous said...

terbaik la...

ifahariff_90 said...

wlaupon ade beza skit... ttp ske cite ni...jtuh cinta lorhh... ;)

nea_124 said...

hohohohoo...BC kak moon still terbaek mcm dulu !!

Anonymous said...

best... tergelak saya bace....

ety said...

bile nak post bab 2..
xsabo nih! suke ngan watak liya n zafran.. cool babe...y(^_^)y

ety said...

BILE NAK POST NEXT N3?? XSABO NIH!!! I LOIKE WATAK LIYA N ZAFRAN.. COOL BABE!!! y(^_^)y

fallenmoon said...

ety : bab 2 sy dah masukkan :) thanks ye. Hehe..

khairulizzah said...

quite funNy, kak..keEp it up..=)

akira_bita said...

muahahahah!!! zaf22.. perasan!

aqilah mohamad said...

sukaaa :) akak tuka "AQILA" kekekek bangge jap , heheh padahal bukn qila . hahahha

fyda said...

waaaa,,,
sukenye new version ni...
keep up the good work!
hiii

aisy said...

hahahha..langgar dinding, bengong btul la..hahahha

Ini Syurga Cinta said...

oh yeah..citer macam nih not bad..aku suka...(citer ni jer..)ahha
gucluck

~Miss Liya~ said...

new version,rite?sory kak moon.. Liya baru ada kesempatan nak baca semua BC new vrsion nie.. apa2 pun.. ohsem!
prturan yg last tu..rsa wat liya gelak..kah3.. mmg x bleh blah ngan prtrn tu.. emm.. rndu nk gduh ngan bdk llki kat sekolah..hehe... apa2 pun.. 5 star for u!!(baru petik dari langit td...cehhh)haha