Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 2

BAB 2

BAM!

Spontan Zafran mengangkat kepala. Bunyi bising yang agak kuat menganggu dirinya yang sedang sibuk membaca buku. Dia mengerling ke sebelah kanan. Haikal tengah khusyuk bukan main buat karangan Bahasa Melayu. Terus berpaling ke sebelah kanan. Sah! Memang minah kecoh ni yang buat bising. Dia menundukkan kepala sambil memandang ke arah Liya yang sedang mengusap kepalanya di bawah meja.

“Kecoh.” Sepatah perkataan keluar dari mulut Zafran.

Liya mendongak dari bawah meja sambil memandang Zafran dengan tajam. Dia mengetap gigi. Apa kau ingat aku pekak ke?!

“Sibuk!” Balas Liya geram sambil duduk di atas kerusi. Kepalanya yang masih sakit diusap lembut. Mulut terkumat-kamit mengutuk Zafran yang tak habis-habis nak sakitkan hati dia ni. Apa benda yang dia cakap semuanya macam arrghhh! Sangat-sangat menyakitkan hati okey! Langsung tak boleh nak cakap baik-baik. Dari semalam sampai sekarang ni, Zafran masih jugak nak cakap itu ini pasal dia.

Serius aku cakap! Siapa yang undi dia jadi ketua pengawas memang nak kena ceramah betul dengan aku! Arghh! Semuanya tak betul dekat mata dia. Aku buat apa pun semua dia nak kritik! Patutnya dia ni jadi pengkritik tau tak?! Classmates lain okey je. Takde pun banyak karenah macam dia ni. Itu salah, ini salah. Baru dua hari aku di sini tapi tahap kebencian aku terhadap lelaki bernama Zafran ni dah banyak sangat! Macam aku dah sekolah dekat sini 5 tahun tau!

“Kau nak ambik apa kat bawah meja tu?”

“Ni hah!” Liya tayang pemadam yang berada di tangannya.

“Kenapa tak suruh Zul yang ambik?” Soal Zafran. Pensel kayu yang berada di tangan diketuk-ketuk di atas menja.

“Kau tak nampak ke Zul tengah buat apa tu? Dia tengah tidur.” Balas Liya sambil menjuihkan bibir ke arah Zulhilmi.

Zafran memandang Zulhilmi. Mamat ni kalau dah start tidur, cuma sorang je boleh kejutkan dia. Tak lain dan tak bukan si Khadijah. Suara Dijah tu memang power! Badan je kecik tapi suara besar!

Fine. Lepas ni jangan bising dah. Duduk je diam-diam kat situ. Aku nak study pun susah!” Zafran kembali menghadap buku di hadapannya.

Liya mencebik bibir. Daripada layan Zafran yang perasan bagus sangat, baik dia melukis. Sekurang-kurangnya tenanglah jugak hatinya yang sedang membara macam gunung berapa sekarang ni.

Dia mengeluarkan buku lukisannya yang terkoyak sana-sini dari beg sekolah dan menyimpan buku latihan matematiknya. Satu-persatu helaian diselak sehinggalah dia terhenti di helaian terakhir.

Apakah?!

Liya menekup mulutnya.Bulat matanya memandang lukisan itu.Zafran disebelah dipandang dengan muka yang terkejut.

‘Kenapa gambar mamat perasan ada kat sini?!’ Hati Liya meraung. Makkkk!!!

**

BENCI! BENCI! BENCI!” Kertas di tangan digumpal-gumpal lalu dilempar mengenai dinding. Puas hati aku!

Tak lama lepas itu, dia mengutip balik kertas kajang yang dah berkedut seribu itu sebelum dirapikan kembali. Tulisan kemas Zafran kembali terlayar di mata.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

1. Jangan nak tidur dalam kelas.Kalau nak tidur, pergi balik rumah!

2. Jangan nak bising-bising.Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.

3. .Jangan kacau aku masa aku tengah belajar.Aku paling tak suka orang ganggu aku!

4. Jangan mengelamun!

5. .Jangan selekeh.Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!

6. Jangan nak buat perangai gila depan aku.Aku suka orang yang normal sahaja.

7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.

9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap.Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.

10. Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat dekat aku!

Sepuluh kali Liya baca balik peraturan kurang cerdik Zafran dan sepuluh kali jugak dia mengutuk mamat perasan tu. Arghh! Tension tau kena duduk sebelah dia.Geram! Sakit hati! Dahlah perasan nak mampus. Mulut pulak memang langsung takde insurans. Dia main cakap apa je dia rasa nak cakap.Memang dah bernanah hati ni!

Buku lukisan yang diletakkan di atas meja belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke helaian terakhir. Laju saja dia melukis raut wajah Zafran sekali dengan tahi lalat di bawah mata kanannya itu. Di bahagian bawah lukisan itu, dia menulis ‘MAMAT PERASAN PALING KEJAM!’

“Puas hati aku!” Liya menutup buku lukisannya dengan hati yang lega.

***

PERISTIWA semalam menyedarkan Liya kembali. Dia menghela nafas kasar. Macam mana dia boleh tak ingat yang semalam dia lukis gambar si Zafran sebab terlampau marah?! Dia menepuk dahinya sendiri sambil memandang Zafran. Tersentak apabila melihat pandangan pelik Zafran terhadapnya. Cepat-cepat dia menutup buku lukisannya.

“Kau melukis ke?” Tanya Zafran sambil memandang Liya. Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat dagu sambil jari-jemarinya mengetuk meja.

“Err...a’ah.Kenapa?”

“Nak tengok boleh?”

Liya kaget. Kalau Zafran tengok buku lukisan ni, mesti dia jumpa gambar tu nanti. Bila dia dah jumpa, mulalah dia fikir yang bukan-bukan. Dan bila dia mula fikir yang bukan-bukan...arghh! Habislah aku!

“Nak buat apa?”

“Nak tengoklah.Takkan nak buat makan pulak.” Balasnya sambil tersenyum sinis. Apa punya soalan? Sah-sah dia cakap nak tengok. Haih... Lainlah kalau cakap bahasa Jerman ke apa.

“Aku bukan tak nak bagi tapi...”

Liya menggigit bibir.Kenapa susah sangat nak sebut “Tak boleh!” Liya mengeluh lemah.

“Tapi apa?”

“Aku tak nak bagi mamat perasan tengok!” Akhirnya terlontar jugak jawapan yang memang menyakitkan hati. Liya mengenggam tangannya kuat. Jawapan kau akan menaikkan darah si mamat perasan ni, Liya oii... Percayalah!

Zafran hanya diam sambil memandang Liya dengan pandangan mata yang dingin.

Fine then!” Ucap Zafran sebelum kembali membaca bukunya. Liya menggigit bibir. Serba-salah sekarang ni. Bagi jelah buku lukisan kau tu, Liya!

“Zafran...Err...Tunggu kejap.” Liya berpaling membelakangi Zafran. Lukisan Zafran tadi dikoyak dengan berhati-hati. Sekali-sekala dia berpaling ke belakang untuk memastikan Zafran tidak cuba mengintai apa yang sedang dia lakukan.

“Apa kau buat tu?” Tanya Zafran apabila melihat Liya yang seperti menyembunyikan sesuatu.

“Kejaplah.”

Liya menarik nafas lega. Dia tersenyum sambil berpaling menghadap Zafran. Eh? Hilang? Mana mamat perasan tu pergi?

“Bila masa kau lukis gambar aku ni?”

Tiba-tiba kedengaran suara Zafran di belakangnya. Dia menggigit bibir sambil mengenggam tangannya kuat-kuat. Habis! Habis! Macam mana dia boleh ambik lukisan tu?

Dengan teragak-agak dia berpaling ke arah Zafran yang sedang memegang lukisan potretnya. Pandangan Zafran yang tajam dan agak menggerunkan itu membuatkan Liya kecut perut. Dia tersenyum sumbing.

“Err...”

“Kau ni stalker eh?” Celah Zafran.

Cepat-cepat Liya menggeleng kepala. ”Mana adalah!”

“Dah tu, ni apa? Tanya Zafran sambil menayang kertas lukisan tadi betul-betul di depan muka Liya.

“Itu...err...susah nak terangkan dekat kau.” Ucap Liya teragak-agak sambil memintal hujung tudungnya.

“Jangan cakap dengan aku yang kau dah...” Sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung. Dia pasti Liya faham apa yang dia nak cakap.

“Please la! Apa yang kau ingat tu memang jatuh meleset, tergolek, terlentang dekat atas tanah. Takde maknanya aku nak suka kat kau! Kenal pun tak!” Balas Liya dengan tegas. Perasannya mamat ni!

“Jadi tolong bagitahu aku sebab yang sebenarnya.” Zafran sudah duduk di tempatnya kembali. Sengaja dia menarik kerusinya supaya lebih dekat dengan Liya. Serentak Liya menarik nafas dalam-dalam. Tak selesa okey!

“Tak ada sebab yang spesifik. Aku saja nak lukis.”

“Selagi kau tak bagi tahu aku sebab kau lukis gambar aku ni, selagi tu aku akan duduk sini.” Ugut Zafran cuba menakutkan Liya.

“Duduklah. Ada aku kisah?”

“Betul ke kau tak kisah?” Duga Zafran sambil mendekatkan kerusinya dengan Liya.

“Tak!”

“Betul?” Duga Zafran lagi. Dia tersenyum sinis apabila melihat pipi Liya memerah.

“Tak kisah langsung!” Liya terbatuk-batuk. Nada suaranya juga semakin perlahan. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Benci betul main ugut-ugut macam ni!

Zafran tergelak kecil sebelum menarik kerusinya menjauhi Liya. Dia mengerling ke arah Liya yang hanya mendiamkan diri. Spontan bibirnya mengukir senyuman.

‘Macamlah aku tak tahu yang kau takut.’ Bisik hatinya perlahan dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

**

“ASSALAMUALAIKUM…” Zafran duduk di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan stokingnya.

“Mak…”

Senyap.

“Mak…”

“Ya…mak ada kat belakang ni.” Puan Suraya menyahut panggilan anak lelakinya.

Zafran berjalan ke belakang rumah sambil menggalas beg sekolah. Dia tersenyum apabila melihat maknya terbongkok-bongkok menanam di belakang rumah. Mak memang suka menanam. Bunga-bunga yang ada dekat halaman rumah ni pun mak yang tanam. Mak cakap rumah akan lebih ceria bila ada banyak bunga yang cantik-cantik! Dia mengaku memang nampak ceria pun.

“Macam mana sekolah hari ni?” Tanya Puan Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi santai berhadapan dengan sebuah kolam ikan buatan manusia. Jus oren diminum untuk mengurangkan lelahnya.

“Okey je.”

“Macam mana dengan budak perempuan yang Zaf cerita semalam?”

Sebaik sahaja mendengar soalan ibunya, terus Zafran tersenyum lebar. Bila ingat balik apa yang berlaku dekat sekolah tadi, terus dia rasa macam nak tergelak. Kali pertama mengusik budak perempuan. Entah datang dari mana keberanian untuk mengusik Liya dan yang paling dia suka adalah apabila wajah Liya bertukar merah.

“Dia pun okey.”

“Zaf ada kacau dia tak?”

Kening Zafran bertaut. Kacau?

“Maksud mak?”

“Zaf ada buat dia marah tak?” Terang Puan Suraya sambil tersenyum.

Zafran menjungkit kening. Hebat! Mak macam tahu-tahu je.

Zafran mengangguk.

”Tapi taklah teruk sangat. Kacau macam tu je. Dia tu kecoh sangat.”

Puan Suraya menggamit Zafran supaya duduk di hadapannya. Dia memandang lama wajah anaknya sebelum tersenyum kecil.

“Sejak bila anak mak reti nak kacau anak dara orang ni?”

Zafran tergelak kecil. ”Sejak hari ni.”

“Kenapa dia?” Soal Puan Suraya. Dia hairan bagaimana anaknya begitu tertarik dengan Liyana Damia? Dan yang paling menghairankan, kenapa peraturan pelik tu boleh wujud? Apa motif anaknya yang satu ini?

“Kenapa dia?” Soal Zafran kembali kurang mengerti soalan ibunya.

“Zaf suka dia eh?”

Air yang diminumnya nyaris-nyaris nak tersembur dekat muka Puan Suraya. Sakit dada ni sebab tersedak. Wajah maknya dipandang dengan pandangan kurang percaya. Aku, Zafran Adha sukakan Liyana Damia, minah kecoh tu? Huh…impossible.

Impossible. Tak langsung!”

“Habis tu, kenapa mak tengok Zaf macam minat je dengan dia? Dahlah bagi peraturan pelik dekat dia. Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan. Mak pun ingat anak mak ni dah perasan tau.”

“Dia dah memang ingat Zaf ni perasan, mak.” Ucap Zafran perlahan.

“Iya?”

“A’ah…She called me mamat perasan.” Jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.

Puan Suraya ketawa besar. Padanlah kamu berdua.Seorang mamat perasan, seorang lagi minah kecoh. Lepas ni, apa lagi ya?

p/s : InsyaAllah start bab 3, memang dah berubah :) Comment please.


10 comments:

nea_124 said...

mcm sama jer yg dulu...emi menunggu ketibaan BC bab 3...huhuhu

nani ghazali said...

wahh..cter nie best jgk..
keep it up yer..
suke nme zafran tu..
:)

OkiE a.k.a WitcH said...

suka!
mmg zaf dah suka dgn Liya, sbb tak mgkn dia kacau kalu dia tak suka...hehehe

ifahariff_90 said...

huhu ske zaf kacau liya... x sbo nk taw pe yg len cite ni... ;)

Anonymous said...

can't wait for bab 3.....

khairulizzah said...

yelaa..actually, sape yg suke kat sape??enth2 si zaf tu yg suka kat liya,kn2???

akira_bita said...

hahahahaha!!! daku suka zaf dlm ni!! sgt22 cool ok! hahahahha!!!

nurafiqah airil said...

Suka mak Zaf! ;D Cool je.

fyda said...

xboley blahla zaf ni..
perasan btoi!!
hahahaha
best sangat story ni..
ngee,,

~Miss Liya~ said...

zaf tersangat cooll~~~
keh3.. kata zaf mamat perasan.. nnti jtuh cnta bru tau~ ngeh2.. orite,two thumbs up again for kak Moon.. >.<