Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 4

BAB 4

Liya mengenggam kuat kertas di tangannya sambil menanti Zafran dengan penuh perasaan bengang dan sakit hati di hati. Kertas di tangan ditilik lagi sekali. Terkejut jugak bila tiba-tiba je Cikgu Shah bagi kertas ni tadi. Ingatkan surat apa tadi, rupanya surat dari mamat perasan. Cikgu belum cakap nama lagi, dia dah tahu siapa yang kasi surat tu. Sah-sah ada tulis kat depan kertas tu, untuk Minah Kecoh. Siapa lagi yang panggil aku minah kecoh selain mamat perasan tu kan?

MK,

Perjanjian kita batal.

Liya mengetap gigi. Ikut suka hati dia je nak batalkan perjanjian kami. Buat penat je je aku berlari macam tak cukup tanah tadi. Kalau tahu dia nak batalkan, confirm aku berjalan tadi. Penat tau berlari! Aku ni bukan suka sangat berlari!

Liya memandang pintu pagar sambil bercekak pinggang. Sebaik saja nampak Zafran yang baru melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, dia segera berlari anak ke arah Zafran.

“Zafran Adha!” Panggil Liya.

Zafran memandang Liya sekilas sebelum berjalan terus. Tak berhenti langsung walaupun memang dah nampak Liya tengah nak bercakap dengan dia.

“Zaf!” Jerit Liya lagi. Sekali lagi, dia buat derk je.

Liya terus berdiri di hadapan Zafran sambil menghala tangan kanannya ke hadapan. Tangan kiri pulak menayangkan kertas di tangannya tepat ke muka Zafran.

“Apa benda?” Tanya Zafran tanpa nada.

“Buat tak tahu pulak dah! Janji kau! Aku nak tuntut!”

Zafran berpeluk tubuh sambil memandang Liya dengan muka yang tak ada perasaan.

“Perjanjian tu batal. Aku dah bagitahu kau kan?” Selamba Zafran berkata-kata. Liya menarik nafasnya dalam-dalam. Ni tak suka ni! Janji mesti dipatuhi okey!

Takde! Takde! Apasal pulak ikut suka hati kau je nak batal?!”

“Kecoh... aku adalah sebabnya. Kau tak payah nak tahu.” Balas Zafran selamba sebelum melangkah dari situ. Cepat-cepat Liya berdiri di depannya sambil mendepangkan tangan.

“Perasan...apa sebab dia?” Dia panggil aku Kecoh, aku panggil dia Perasan. Adil dan saksama!

“Kau tak payah tahu.”

“Kenapa dengan kau ni? Apasal aku yang jadi mangsa kau?” Tanya Liya dengan muka yang pelik. Pelik sangat-sangat mamat ni! Entah datang dari mana planet mana. Tapi aku rasalah dia ni dari planet Pluto sebab dia dingin macam ais! Ya, Pluto!

“Mangsa?”

“A’ah. Mangsa! Mangsa kau nak cari pasal! Dah elok-elok kita janji tadi kan? Kalau aku menang, kau kena bagitahu sebab apa peraturan tu penting? Sekarang ni aku yang menang. So, bagitahu aku cepat!” Bentak Liya geram. Aku jarang nak marah orang sebenarnya tapi sekarang, aku memang tak puas hati dengan mamat sorang ni.

Zafran mengurut kepalanya sambil memandang Liya yang bercekak pinggang. Sebijik macam mak cik! Haih...

“Tadi aku tolong budak lelaki sorang ni. Dia jatuh basikal...That’s why perjanjian kita batal! Aku bukan sengaja nak lambat tadi. Kalau nak diikutkan, aku dulu yang sampai. Kau memang dah jauh ketinggalan tadi.” Zafran menjawab tanpa riak di muka. Pening aku layan mak cik sorang ni.

Liya terdiam. Kalau diikutkan logik, alasan Zafran memang boleh diterima pakai. Haihlah! Akhirnya Liya mengangguk perlahan.

Fine, perjanjian kita batal. Aku balik dulu. Assalamualaikum...” Liya terus berlari anak balik ke surau untuk ambil beg sekolah. Dalam hati ni, kecewa sangat sebab tak tahu kenapa peraturan tu penting! Entah kenapa jugak, dia percaya alasan Zafran tu. Mungkin sebab muka Zafran langsung tak menunjukkan yang dia menipu.

“Liya!” Nahi menepuk bahunya sambil tersengih.

“Hmm...”

So, macam mana? Kau menang kan?” Tanya Nahi.

Nothing happens.” Balas Liya dengan suara yang perlahan.

“Errr...maksud kau?”

“Dua-dua tak menang. Dua-dua tak kalah. Kami seri je.” Balas Liya lagi sebelum menyandang beg sekolahnya.

“Aku balik dulu... Sakit badan aku ni hah. Assalamualaikum...” Liya mencapai beg kain sembahyangnya sebelum berjalan perlahan-lahan ke pintu pagar. Tak sabar nak landing atas katil!

***

Tok! Tok!

“Masuk...”

Hannah menolak perlahan pintu bilik kakaknya. Dia tersengih sebaik saja melihat Liya yang tengah duduk atas katil sambil mengurut kaki kanan.

“Sakit ke?” Tanya Hannah sambil melabuhkan punggung dekat atas katil.

“Tak. Best sangat ni...” Balas Liya dengan nada menyindir. Mestilah sakit! Kalau tak, takdenya aku urut kaki ni.

Hannah ketawa besar. Macam-macam kakak aku ni. Dia mencapai minyak gamat di atas meja lalu mengurut kaki kiri Liya.

“Yang akak pergi lari macam nak lawan Olimpik tu kenapa?”

“Nasib baik macam je. Kalau betul nak lawan Olimpik, lagilah bersemangat akak lari tadi.” Balas Liya selamba. Dia mengaduh kecil bila Hannah sengaja mengurut kakinya dengan kuat.

“Sakitlah!”

“Loyar buruk lagi.”

Liya mencebik sambil mencubit lengan adiknya. Hannah hanya mengekek ketawa sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil Liya. Lama dia merenung siling bilik kakaknya tanpa perasaan.

“Akak, tadi Hannah nampak akak dengan sorang lelaki ni tapi muka dia tak nampak sangat. Siapa dia?” Tanya Hannah akhirnya sambil memandang Liya yang duduk bersandar di kepala katil.

“Lelaki? Oh! Zafran...”

“Zafran? Kawan baik Hannah cakap hari tu, abang dia nama Zafran. Kelas 5 Sains 1.”

Liya berpaling ke arah Hannah dengan mulut yang terlopong. Sekarang ni, dia terus menghadap adiknya dengan muka yang teruja.

“Nama adik dia apa?” Soal Liya sambil tersengih. Peluang keemasan ni! Boleh aku korek banyak rahsia nak kenakan mamat perasan tu nanti! Yeay!

“Maya Arina.”

“Form 2 jugak lah ye?”

“Yelah. Sama kelas dengan Hannah. Adik dia lawa sama macam abang dia.” Secara tak langsung Hannah memuji Zafran. Liya buat gaya macam nak muntah. Yang bahagian adik dia lawa tu boleh tahan lagi tapi bahagian sama macam abang dia pun tak boleh nak blah! Wrong statement sangat-sangat!

Hannah tergelak kecil. Nampak macam kakaknya ni anti sangat je dengan Zafran tu? Dia hanya memerhati Liya yang tengah memasang laptopnya. Kemudian dipasangkan headphone di kepala.

“Abang dia tak lawa langsung okey, Hannah Arisa!” Kutuk Liya selamba sambil log in ke account facebooknya. Dia tersenyum sebaik saja melihat permintaan rakannya. Haikal, Taufiq, Nahi dengan Tinah semua add dia.

Lepas tu ada sorang lagi yang add dia. Hah! Mamat perasan lah! Wah... terkejut teman! Zafran ni ada terhentak kepala dekat mana-mana ke masa balik dari sekolah tadi? Tiba-tiba je add aku!

Dia klik confirm sebelum melihat profile Zafran. Nasib baik Zaf letak nama sebenar. Kalau dia letak nama pelik-pelik, memang aku tak approve. Dahlah letak gambar Power Rangers. Tapi macamlah aku letak gambar sendiri kan? Hahaha! Aku suka letak gambar teddy bear!

“Zafran Adha... Eh, ni bukan abang Maya ke?”

“A’ah. Ni la mamat perasan tu.”

“Ada photo tak?” Hannah sudah bersila di sebelah Liya.

Liya klik ke bahagian photo. Langsung tak ada satu pun gambar si Zafran. Yang ada gambar Power Rangers dengan anime. Tak sangka mamat ni minat anime jugak rupanya...

Tiba-tiba notifications menunjukkan Zafran telah post sesuatu dekat wall. Terus Liya klik profile sebelum tercengang melihat apa yang dihantar oleh Zafran.

MK, aku tak add kau. Ni kerja si Haikal dengan Taufiq. Entah macam mana diorang boleh tahu password aku. Kalau kau nak buang aku dari friend list pun aku tak kisah. Kalau kau tak nak, pun aku tak kisah. Harap maklum.

Liya mengetap gigi. Arghh! Rasa macam nak lempar je laptop ni!

“Wow, ayat dia...” Hannah yang turut membaca apa yang dihantar oleh Zafran melopong. Dah faham kenapa akak benci abang Maya ni.

MK, what is that?”

MK stands for Minah Kecoh. Mamat perasan tu lah yang cipta!” Balas Liya sambil menarik nafas dalam-dalam. Ikutkan hati nak je delete Zafran dari friend list dia tapi kalau delete, tak boleh tahu apa-apa dah pasal Zafran contohnya macam status update dan lain-lain. Kesimpulannya, tak nak delete. Aku bukan stalker tapi teringin nak tahu jugak apa yang bermain-main dalam fikiran mamat perasan tu walaupun status dia terlampau susah aku nak faham. Ayat dia berbelit-belit.

Tapi status yang baru saja diupdate oleh Zafran beberapa saat yang lepas ini membuatkan Liya berfikir.

People never say exactly what they truly think and feel. It's because they either don't want to say it or they don’t know how to express it.

Hmm... what are you trying to say, Zaf?” Tanpa membuang masa, Liya terus hantar komen kepada Zafran.

Maksudnya bila kau kata benci, sebenarnya kau nak kata kau suka?

Liya menanti untuk beberapa minit sebelum mendapat balasan daripada Zafran.

You’ll never know...

“Dia misteri!” Ucap Hannah perlahan sebelum turun dari atas katil. Dia berpaling ke arah Liya yang masih memikirkan ayat yang sesuai untuk dibalas kepada Zafran.

“Nak tidur dah ke?” Tanya Liya sambil memandang adiknya yang sudah menguap.

“A’ah. Ngantuk gila dah ni. Akak pun patutnya kena tidur dah ni. Esok sekolah...” Hannah sudah memegang tombol pintu sebelum berpaling sekali lagi ke arah Liya.

“Akak... dia mungkin nampak teruk, tapi Hannah tak rasa dia macam tu.”

“Siapa?”

“Abang Zafran tu la. Dari status dia tu, dia cuba nak cakap something secara halus...”

Dahi Liya berkerut.

“Maksudnya?”

“Entah... Hannah pun tak tahu. Okeylah, nak tidur. Good night and assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam...” Balas Liya perlahan sambil menaip papan kekunci laptopnya.

Adik aku kata kau misteri tapi aku tahu kau sengaja nak buat aku tertanya-tanya kan?

Dia tekan butang enter. Lama jugak Liya menanti balasan Zafran. Takkan dah tidur kot?

Okeylah, aku nak tidur. Liya, you should sleep now too. Assalamualaikum.

Liya menghela nafas panjang sambil mengeliat sedikit. Dah agak yang Zafran akan terus buat dia tertanya-tanya. Macam tak biasa pulak kan?

Waalaikumussalam.

Kali ni, Liya sendiri yang mengemaskini status dia. What’s in your mind? Laju tangannya menaip papan kekunci di atas laptop.

When someone decides to stop listening, that's your cue to stop speaking. Communication is key. So, that’s what I’m doing right now. Peace, MP! :p Good night all!

Zafran yang membaca status Liya tersenyum. MP eh?


p/s : Enjoy! :) Comments are loved~~ ♥ Hannah dengan Maya? Ingat tak siapa diorang? ;)

17 comments:

Che'E said...

zaf ni mmg ego ek???
ntah ye je haikal yg ceroboh masuk akaun dy...
geram seyh...

nani ghazali said...

haha..bile zaf wat sttus mcm tu,
nmpk sgt bkn haikal add dia..
haha..cara dia tu walopun ego smcm,tp sweet lahh..

HirumaKecil said...

Ye la sangat fb die kene hack kan... Kalo bukan die add tu remove je la... hahaha...

mumu said...

hahahahaha
asal besttttttttttt sgt nih Moon ! hehehe :D

Ema Emaharuka said...

Eleh Zaf ne memang eg0..

M0oN kenapa bl0g baru
tak disiarkan dlm blog mereka punya N DR. L0VE...
Biar cepat tau ada entry baru..
KLu tak disiarkan dlm bl0g diorg, terkadang tak tahu, ada entry baru.,.

ifzatie said...

MK dgn MP..hahahaha.
best2..
zaf oh zaf.kalau nk ckp je la

nurafiqah airil said...

Zafran ni kan..ishk poyo je.
Geram pulak. Haha..;D Malu nak mengaku dia yang add. Tak pasal2 tuduh org lain. Huhu...

ifahariff_90 said...

hahha makin lme makin ske plak ngn wtk dorang.. MP n MK... ;)

Anonymous said...

klau kite jd liya,mmg kite bolayan je mamat ego n poyo cam zafran tuh!..hihiiii..

Wazrul Shah said...

nak tumbuk Zafran boleh? haha. =='

fallenmoon said...

Che'E : Haha..dia mmg mcam tu..

nani : hahaha..tu la kan? awak, zaf dah bangga bila awk ckp dia sweet. hehe..

hiruma : hahaha..dia pun nak stalk liya kot?

munirah : haha..terima kasih :)

ema : haha..mmg dia ego kan? hehe..dah inform dr. love dgn zatie. thanks ye sbb ingatkan moon.

zatie : hahaha..suka MK dgn MP eh?
;)

afiqah : haha..rasa2 mmg dia yang add liya eh?

kak ifah : hahaha..terima kasih kak.

anonymous : hahaha..tu la. ;)

shah : akak izinkan... haha..

nanieZACK. said...

Alolo, comel je dua orang nie. Nak lagi Nak lagi. Hihi :D

aminahzul said...

next pliss....hahha...i think...BC baru nie best lagi kot dari BC lame...hehhehe

Anonymous said...

best la....xsabar nak tunggu n3 baru...cepat plizzz......

akira_bita said...

muahahah!! maya and hannah... hehehhe.. ;)

zaf.. you are so sweet!!

fyda said...

hehe..
yeke bukan die sndiri yg add??
cam tak btol je..

~Miss Liya~ said...

only one word.. Awesome!
hehe.. ^_^