Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 5

Photobucket

BAB 5

Liya pandang ke luar tingkap sambil memerhatikan hujan yang makin lebat dekat luar. Padang sekolah pun dah banjir. Court badminton dengan gelanggang bola keranjang pun dah basah. Liya tersenyum sebelum mengeluarkan tangannya ke luar tingkap untuk menadah air hujan di tapak tangannya. Sejuk!

Dia kemudiannya segera mengelap tangan yang basah sebaik saja Ustazah Mariam bangkit dari duduknya dan mula berdiri di hadapan kelas.

“Hari ni kita belajar pasal perkahwinan...” Ustazah Mariam memandang semua orang sambil menyelak buku teks Pendidikan Islam.

“Siapa yang nak kahwin lepas SPM, dengar betul-betul ye.” Sempat lagi ustazah buat lawak. Liya tersengih sambil membaca ciri-ciri bakal suami. Tersengih lagi bila tiba-tiba terbayang dia kahwin. Gatalnya kau, Liya! Tapi aku tak nak la kahwin lepas habis SPM. Tunggu kerja dulu.

“Dah berangan nak kahwin ke?” Tanya Zafran sambil memandang Liya.

“Kenapa?” Liya tanya balik.

“Memang suka tanya balik soalan kat aku kan? Malu nak jawab je terus.” Kata Zafran dengan muka yang seperti biasa. Langsung tak ada perasaan. Kalau siapa-siapa ada resepi atau tips nak buat muka mamat perasan ni berubah, tolonglah inform dekat aku!

“Takdelah berangan. Cuma terbayang je...” Jawab Liya selamba tanpa memandang Zafran.

Zafran diam sebelum kembali membaca buku teksnya.

“Harap-harap perangai kecoh kau dah hilang masa tu.” Ucapnya kemudian sambil menahan senyum.

Liya menjeling geram. Argh! Abaikan apa yang dia cakap, Liya! Jangan layan. Kali ni jangan pandang sebelah langsung.

“Kamu semua ni mesti ada ciri-ciri suami atau isteri idaman kan? Cuba bagitahu dekat ustazah.”

“Saya, ustazah!” Haikal angkat tangan tinggi. Bukan main excited nak jawab soalan ustazah.

“Haa..apa dia Haikal?”

Haikal berdehem sedikit sebelum tersengih. “Saya nak yang beriman dan soleh!”

Ustazah Mariam tersenyum. “Bagus tu Haikal. Lagi?”

“Ustazah, tanya Zaf pulak!” Kata Haikal teruja tanpa mempedulikan pandangan tajam Zafran. Zafran menggeleng kepala. Tak pasal-pasal aku pulak kena. Haihlah!

“Zaf, boleh bagitahu kami semua ni ciri-ciri isteri idaman kamu?”

Liya memandang Zafran yang dah berdiri. Entah kenapa rasa macam tak sabar-sabar je nak tahu jawapan yang akan keluar dari mulut Zafran.

“Apa-apa pun saya kalau boleh tak nak bakal isteri saya tu kecoh...”

Liya ternganga. Ewah..ewah... sempat lagi kenakan aku! Sabor je la..

“Sama macam Haikal. Ciri-ciri isteri idaman saya adalah beriman dan soleh. Sentiasa mencintai Allah dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya. Menutup auratnya. Sentiasa memelihara kewajipan dan tanggungjawab kepada suami. Taatkan suaminya...dan lain-lain lagi.” Sambung Zafran lagi sebelum duduk selepas diarahkan oleh ustazah.

“Liya pulak, ustazah!” Haikal bersuara kuat.

Liya mengetap gigi. Aku siku jugak si Haikal ni! Suka sangat nak kenakan orang!

“Liya, kamu pulak?”

Liya bangun sambil tersenyum sumbing.

“Mula-mula sekali, saya tak nak bakal suami tu perasan sangat ustazah...” Kata Liya selamba sambil mengerling Zafran yang langsung tak ambik kisah apa yang dia cakap.

‘Huh! Hati batu!’

“Ciri-ciri suami idaman saya adalah beriman dan bertakwa kepada Allah. Memiliki akhlak-akhlak terpuji. Berilmu agama yang boleh membimbing saya ke arah kebaikan. Lepas tu, dia bertanggungjawab kepada semua perkara dan rajin berusaha untuk kebaikan rumah tangga.”

Ustazah Mariam tersenyum sebelum menyuruh Liya duduk.

“Jawapan kamu semua memang bagus. Kita kena selalu amalkan pemilihan ciri-ciri isteri atau suami ni seperti yang dituntut oleh syarak. Macam-macam boleh berlaku tau kalau kita abaikan perkara ni. Contohnya, keadaan rumah tangga tak tenteram. Kehormatan dan harta keluarga diabaikan. Bukan tu je, boleh berperang mulut sebab tak jaga kepentingan pasangan sendiri. Jadi sebelum kahwin tu, pilihlah bakal suami atau isteri baik-baik ye.” Terang Ustazah Mariam sambil tersenyum.

“InsyaAllah ustazah…”Balas satu kelas serentak.

Liya mengerling Zafran yang sibuk menulis. Asyik-asyik menulis kat atas kertas kajang. Kahwin je lah kau dengan kertas tu nanti! Memang mamat kertas kajang betul!

**

Liya melangkah masuk ke dalam koperasi dengan Tinah dan Nahi. Teringin nak makan roti 50 sen je hari ni. Dah bosan nak makan nasi. Waaaa! Kali pertama kau bosan nak makan nasi kat sekolah tapi tengoklah balik nanti, mesti tambah nasi punya!

“Sedap ke roti ni?” Liya bercakap sendirian sambil membelek roti di tangan.

“Kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah makan dulu.” Tiba-tiba ada orang bersuara. Liya berpaling ke sebelah kanan sambil memandang pelajar lelaki di sebelahnya yang tengah senyum.

“Awak ni pelajar baru kan?” Tanya lelaki tadi sambil mengambil roti krim coklat.

Liya hanya mengangguk.

“Macam mana awak tahu?”

“Sebab tak pernah nampak awak pun sebelum ni.” Katanya sambil tersenyum. Liya turut tersenyum kecil.

“By the way, nama saya Asyraf.”

“Saya Liya.”

“Nice to meet you, Liya. Saya pergi dulu... Assalamualaikum.” Asyraf menunduk sedikit sebelum menuju ke kaunter.

“Waalaikumussalam...” Liya membalas perlahan sambil memerhatikan langkah Asyraf. Baik jugak budak ni. Dahlah baik, muka pun boleh tahan jugak hensemnya. Oh tidak! Apa yang kau merepek ni, Liya?

Liya segera berpaling ke arah lain bila nampak Zafran yang baru masuk dalam koperasi. Dia berpura-pura membelek alat tulis tanpa mempedulikan Zafran yang sedang menghampirinya. Sengaja tak nak tengok muka Zafran.

“Nek, Cikgu Nadia nak jumpa kau nanti...” Zafran berkata dengan selamba sebelum mencapai biskut oreo dan terus menuju ke kaunter. Liya mengetap gigi.

“Sedap je dia panggil aku nek!”

Liya mengikut langkah Zafran dari belakang. Zafran hanya mengerling sekilas sebelum pandang depan.

“Buat apa cikgu nak jumpa aku?”

“Entah...” Balas Zafran sepatah sambil meletakkan duit di atas kaunter.

“Berapa ni?” Tanya Zafran dekat AJK Koperasi yang jaga kaunter tu yang memakai tanda nama yang tertulis Amalina dengan suara tanpa nada. Liya berpaling ke arah lain sambil mencari Nahi dengan Tinah. Naik sesak duduk dalam koperasi ni. Budak-budak main tolak je. Macamlah makanan tu nak lari dari diorang.

“RM 1.50.”

Zafran meletakkan duit sebelum keluar. Liya baru je nak hulur duit dekat Amalina bila tiba-tiba Amalina menggeleng sambil tersenyum.

“Abang tadi dah bayar untuk akak.” Kata Amalina.

Terlopong luas mulut Liya. Dia memandang Amalina dengan muka tak percaya. Abang tadi? Zafran ke? Bila masa dia tolong bayar?

“Abang yang pakai baju kuning tadi ke?”

Amalina mengangguk.

“Yang cakap dengan akak tadi tu ke?” Liya bertanya lagi.

“A’ah.”

Liya menggigit bibir sambil buat muka. Amalina yang tengah pandang dia mengerutkan dahi. Mungkin pelik tengok reaksi Liya. Kan seronok kalau ada orang tolong bayarkan?

“Takpelah dik. Terima kasih ye...” Liya terus keluar dan matanya meliar-liar nak cari Zafran.

“Liya... kau cari siapa?” Tanya Nahi yang baru keluar dari koperasi sambil menepuk lembut bahu Liya.

“Aku cari Zafran.”

“Kenapa pulak?”

Liya memandang Nahi dan Tinah sambil menayangkan roti di tangannya.

“Roti jagung ni Zaf yang bayar.” Kata Liya dengan muka yang serius. Dahi Nahi dan Tinah berkerut. Kalau Zaf bayar pun, jadi apa?

“So?”

“Dia bayarkan roti jagung aku!”

“Yelah... dia bayar roti jagung kau. Lepas tu kenapa?”

Liya menepuk dahi sendiri. Kali ni dia memandang Nahi dan Tinah sambil bercekak pinggang.

“Dia bayar roti jagung aku! Aku nak bayar balik dekat dia.” Ucap Liya dengan muka yang serius. Tak selesalah asyik Zaf yang belanja dia. Mula-mula lencana, lepas tu air mineral, sekarang ni roti jagung ni pulak. Rasa macam berhutang pun ada.

“Kenapa nak bayar balik?” Satu suara dingin kedengaran dekat belakang Liya. Segera Liya berpaling sebelum memandang Zafran yang tegak berdiri di belakangnya.

“Aku tak selesalah kau asyik belanja aku.”

Dahi Zafran berkerut. “Belanja?”

“Roti ni hah...”

Zafran memandang roti di tangan Liya sebelum tersenyum kecil. Tiba-tiba dia hulurkan tapak tangan dekat Liya.

“Bayarlah...” Dengan penuh tenang dia bercakap sambil menadah tapak tangannya. “Semua sekali RM 4.30.” Sambungnya lagi sambil memandang Liya.

“Erk... kejap. Nak check duit dulu.” Liya mengeluarkan beg duitnya daripada dalam poket baju. Sambil menjauhkan diri daripada Zafran, dia mula mengira duit yang ada dalam simpanannya. Ada RM5.00... Cukup nak bayar Zaf ni!Terus dia keluarkan lima helai not duit RM1.

“Ni hutang aku dekat aku. Yang 70 sen lagi tu aku bayar untuk kertas kajang yang kau bagi dekat aku. Mintak halallah ye...” Sebaik saja memberi duit dekat Zafran, terus dia berjalan ke kelas tanpa memandang langsung ke arah Zafran yang tengah tersenyum. Duit kertas di tangannya digenggam sebelum dimasukkan ke dalam poket. Langkah yang terbantut tadi terus diatur ke bilik pengawas.

**

Liya meletakkan kepalanya di atas meja sambil merenung ke luar tingkap. Angin lembut yang bertiup makin membuatkan matanya yang dah memang mengantuk jadi lagi mengantuk. Entah kenapa letih sangat hari ni.

Tuk! Tuk!

Ketukan lembut di mejanya membuatkan Liya berpaling ke arah Zafran tetapi kepalanya masih tidak diangkat dari atas meja.

“Apa?”

“Jangan tidur. Nanti Cikgu Suhaily masuk...”

“Aku tak tidur la..”

“Tapi kau dah mengantuk. Jangan duduk macam tu, nanti kau makin ngantuk. Baik kau basuh muka dulu...” Ucap Zafran masih dengan muka seriusnya. Liya hanya mengangguk dan bangkit dari duduknya. Kata-kata mamat perasan ni kadang-kadang tu memang betul. Terus dia berjalan ke meja Muslim meminta izin untuk ke tandas.

Zafran yang memerhatikan tingkah laku Liya tersenyum sebelum mengeluarkan duit dari poket seluarnya. Lima helai not RM1 yang Liya bagi tadi diletakkan di atas meja Liya. Saja je dia suruh minah kecoh tu bayar tadi. Takde niat pun nak mintak betul-betul. Macam yang dia pernah cakap sebelum ni, dia ikhlas...

Liya yang baru keluar dari bilik air menggeliat sedikit sambil menarik nafas panjang. Lega sikit lepas dah basuh muka. Rasa mengantuk pun dah kurang. Baru je nak jalan balik ke kelas, dia terdengar budak-budak junior tengah duk sebut nama Zafran.

“Kau kenal tak Zafran? Yang ketua pengawas tu...Hensem kan?”

“Hensem la jugak. Kenapa dengan dia?”

“Dia jarang baik dengan budak perempuan.”

Liya makin mendekat sambil berpura-pura mencuci tangan. Eh Liya, sejak bila kau jadi busybody ni?

“A’ah. Kecuali dengan pengawas perempuan tu... Apa nama dia?”

“Zeti?”

“A’ah! Zeti... Dia baik dengan Kak Zeti tu je. Ada sekali aku nampak diorang pergi kedai Kak Za sama-sama.”

Liya tersenyum sambil menutup pili air dengan mood gembira. Kalau dia baik dengan sorang perempuan je, maknanya mungkin... dia sukakan perempuan tu. Zeti...Zeti... aku tak tahu sama ada kau bertuah ke tak sebab disukai oleh lelaki macam Zafran... Mamat paling perasan tu!

**

“Kenapa bagi balik duit ni?” Tanya Liya sambil menunjuk ke arah duit yang diletakkan di atas mejanya.

“Aku saja jelah tadi.”

“Tak naklah Zaf. Aku nak bayar jugak!” Liya ambil balik duit dekat atas meja dia lalu diletakkan di atas meja Zafran. Zafran memandang Liya yang sedang berdiri di tepi mejanya sebelum merengus geram.

“Aku tak nak! Aku ikhlas la!”

“Takpelah...Aku ikhlas nak bayar hutang aku dekat kau ni.”

Zafran bangun sebelum mengambil duit Liya di atas mejanya. Dia berdiri di hadapan Liya dengan muka yang langsung tak dapat ditafsirkan. Nak kata marah, tak macam marah. Nak kata serius, tak nampak macam serius pun. Nak kata gembira, oh.. itu jauh sekali sebab Zaf langsung tak senyum. Nak kata sedih, itu lagilah tak logik. Nak sedih sebab apa pulak kan?

“Aku cakap ni sekali je tau, jadi tolong dengar betul-betul. Kalau tak, aku memang lempar kau keluar tingkap. Pertama sekali, ambik balik duit kau ni. Kedua, aku ikhlas bayar untuk lencana, air mineral dengan roti jagung tu. Takde niat pun nak suruh kau bayar balik. Ketiga, lain kali kalau aku bagi apa-apa... tolong jangan bising!” Zafran terus duduk di tempatnya selepas selesai menghamburkan segalanya. Liya yang terkedu turut melabuhkan punggung di tempatnya sambil memasukkan duit ke dalam poket bajunya. Zafran dikerling sekilas. Mak aih... masamnya muka!

“Zaf... janganlah marah.”

“Diam la minah kecoh! Bising la kau ni.”

“Kalau kau marah, tak hensem tau. Nanti Zeti tak suka...” Liya menekup mulut apabila melihat pandangan tajam Zafran. Alamak, terlepas cakaplah!

“Macam mana kau kenal Zeti?” Tanya Zafran masih memandangnya dengan tajam. Liya menelan liur. Tolong lempar aku keluar tingkap sekarang!


p/s : Sorry lama tak post BC :) Saya sibuk sikit kebelakangan ni. Isnin minggu depan dah nak sambung belajar. Comments are loved ~


13 comments:

nanieZACK. said...

Alalala, comelnya dorang nieee. Zety pulak masuk -,- hishh. haha. I want moreee :D

akira_bita said...

ngeh ngeh ngeh! zaf2... kdg2 laki cool ni memang tak dapat nak teka ati dia kan? =="

nurafiqah airil said...

wah..watak Asyraf dan Zeti sudah muncul~ Hehe..

Anonymous said...

suke part zaff n liya,sweet je...wlaupon diorang slalu gado2..

black ice said...

hohoho...wtk asyraf n zeti tetp ad....like3=)

ifahariff_90 said...

hahha mkin lme makin sweet lah dorang... ^_^

Zuera said...

Moon...
First, saya suka gambar cover cete nie.. pandai moon buat.. cantik...
bole ajar x? hehe...

Second,Moon, bestlah cete nie.. sweet.. i like... zhen de hen xi huan. Tlg cpat update. hehe.

Third, bila tgk header baru sy pasan.. kita ada nama watak yg sama. Ameer.. haha...kebetulan. hope u dun mind.

Keep it up.. nw, sy mula suka karya awak. hehe.

sakuraputih said...

saya paling suka part last tu..

"Zaf... jgnlah mrh"

"Klu kau mrh, x hensem tau. Nnt Zeti x suka.."

Liya sangat kelakar! ;)

aminahzul said...

Hahahhahaha!!! Lwak betul lah liya tue.....haha...best2...

akila said...

ahah....sy baru bc versi lame td..ntah cmne TERRRRjumpe yg versi nie plak.. awesome beb!!!chips more more more....

fallenmoon said...

Thanks semua :D hargai sangat komen2 anda semua.

fyda said...

xmaola ade zeti..
isy,kaco je..

~Miss Liya~ said...

liya terlampau excited nak baca entri seterusnya.. apa-apa pun, entri yg nie best! <3 it!