Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 8

Bab 8

Zafran cuba menahan senyum sambil mengerling ke arah Liya yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya. Sesekali dia memandang ke arah kaki Liya dan setiap kali dia cuba menahan tawanya, dia akan mengenggam pen di tangan dengan sekuat hati.

Liya menjeling ke arah Zafran yang sejak dari tadi asyik memandang ke arahnya. Apa yang tak kena sebenarnya ni? Nak kata tudung dia berkedut, okey je. Nak kata baju dia berkedut, baru pagi tadi dia gosok. Nak kata ada benda terlekat dekat gigi dia, rehat pun belum lagi. Apa yang tak kena sebenarnya ni? Kemudian, dia dapat menangkap pandangan mata Zafran yang terarah pada kakinya.

“Kaki aku?”

Perlahan-lahan Liya mula menunduk. Dia hampir menjerit sebelum digigit bibirnya.

“Aku tak sengajalah nak pakai stoking salah warna ni...” Bisik Liya perlahan supaya hanya Zafran yang mendengarnya.

“Aku tak kata apa-apa pun.” Balas Zafran turut berbisik perlahan. Dia tersenyum sinis sebelum memandang Puan Faridah yang sedang mengajar di hadapan.

“Senyuman kau tu...”

“Apa kena dengan senyuman aku?”

“Senyuman sinis...”

Zafran mengangkat kening sebelum tersenyum sinis sekali lagi.

“Sengaja je.” Liya merengus geram. Ikutkan hati nak aje dia tendang kerusi Zafran sampai Zafran terbalik. Ohh... mesti seronok kalau dia boleh buat macam tu.

“Fikir nak buat jahat je.” Sekali lagi Zafran bersuara dan kali ni Liya terus terdiam. Macam tahu-tahu aje kan?

***

“Kau pelik.” Liya mendongak sambil memandang ke arah Taufiq dan Nahi yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Tiba-tiba Taufiq ketawa sebelum duduk di hadapan Liya.

“Tapi pelik yang bagus.”

“Maksud korang ni apa?”

Nahi pula yang tersenyum. “Kau orang yang pertama balas balik apa yang Zafran cakap.”

“Lawan cakap dialah kiranya?” Soal Liya. Nahi dan Taufiq mengangguk serentak.

“Terima kasih di atas pujian korang tu. Aku rasa terharu...” Kata Liya sambil tersengih. Lepas itu, dia berpura-pura mengelap air mata. Baginya itu satu pujian dan dia berasa amat bangga menerima pujian yang macam tu.

“Gedik! Orang puji sikit, kau punya reaksi terlebih.” Nahi menjelir lidah. Taufiq di sebelah dah ketawa.

“Suka hatilah...”

***

“Kak, nak aiskrim ni satu.” Kak Mazni hanya mengangguk sebelum menghulurkan aiskrim kepada Liya yang hanya tersenyum. Hari ini, lagi sekali dia rehat seorang diri sebab Tinah dan Nahi kena pergi jumpa cikgu pengawas. Dan lagi sekali, dia tak makan nasi masa waktu rehat. Cuma aiskrim.

“Terima kasih, kak.”

“Kak, saya nak aiskrim ni satu...”

Liya berpaling ke sebelah kanan. Eh, ni bukan ke budak lelaki nama Asyraf tu? Asyraf turut memalingkan kepalanya ke sebelah kiri sebelum mengangkat sedikit jari telunjuknya cuba mengingati siapa si gadis yang berdiri di sebelahnya sekarang.

“Awak yang beli roti jagung hari tu kan?” Soal Asyraf sambil menyambut aiskrim yang dihulurkan oleh Kak Mazni. Liya hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. Tak sangka lelaki ni pun ingat dia.

“Sedap tak roti jagung hari tu?”

Liya ketawa kecil. Dia masih ingat kata-kata Asyraf. Asyraf cakap kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah rasa dulu.

“Sedap.” Balas Liya sebelum menghulurkan duit kepada mak cik kantin yang jaga kaunter. Baru aje dia nak bagi duit dekat mak cik tu, tiba-tiba Asyraf terlebih dahulu menghulurkan dua keping RM 1 sekaligus menyuruh Liya menyimpan duitnya balik. “Saya belanja...”

“Eh, takpelah.”

“Saya ikhlas...” Ucap Asyraf lagi. Liya hanya menjungkit bahu sebelum tersenyum. Baiknya dia!

“Macam mana sekarang ni? Dah okey study kat sini?” Asyraf bertanya ketika mereka sedang duduk berhadapan di atas bangku batu di tepi kantin sambil menggigit aiskrimnya dengan mudah sekali. Liya memandang dengan kagum. Dia cuba nak gigit aiskrim tu tapi hasilnya amat menyakitkan. Ngilu gigi!

“Alhamdulillah makin okey. Kawan-kawan pun okey. Oh ye, kenapa saya jarang nampak awak?” Kalau diikutkan ni baru kali kedua dia nampak Asyraf.

“Kelas saya tingkat atas sekali. Awak pulak tingkat dua. Mana nak jumpa?”

“Ohh... 5 Sains 2?”

Asyraf mengangguk.

“Sama kelas dengan Zeti?” Tanya Liya lagi. Sekali lagi Asyraf mengangguk.

“Macam awak kenal Zeti?”

Liya tergelak kecil. “Dia penolong ketua pengawas kan? Mestilah saya kenal.”

“Haa...yeah!” Ucap Asyraf perlahan turut ketawa. Dia memandang Liya yang masih lagi menikmati aiskrimnya.

“Saya lega akhirnya jumpa jugak orang yang bukan pengawas.”

“Kenapa?”

“Sebab saya ni jenis yang kadang-kadang tu ada jugak langgar peraturan.” Liya tersenyum kecil sebelum menghabiskan aiskrimnya.

“Sama.” Ujar Asyraf pula sebelum kedua-duanya ketawa.

***

Hari yang indah. Hari yang menenangkan. Hari yang sangat ceria. Zafran tersenyum sebelum memandang Liya yang sejak dari pagi tadi hanya mendiamkan diri. Walaupun dia gembira kerana akhirnya dia dapat belajar dengan tenang tanpa mendengar nyanyian ataupun suara sumbang Liya tapi dia tetap pelik. Kenapa hari ni dia senyap?

“MP...”

Zafran berpaling ke sebelah kanan sebelum mengangkat kening. Liya memandang Zafran dengan pipi yang disembamkan ke atas meja.

“Pernah jatuh cinta?” Soalan Liya membuatkan Zafran sedikit terkejut. Lama dia memandang Liya sebelum berdehem kecil.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam ni?”

“Aku...” Kata-katanya terhenti. Perlu ke diteruskan? Zafran gelak tak nanti?

“Aku apa?” Tanya Zafran.

“Aku rasa aku dah sukakan seseorang ni.” Ucap Liya perlahan. Zafran spontan berpaling ke arahnya. Dengan nada perlahan jugak, Zafran bertanya, “Siapa lelaki yang agak tidak bernasib baik tu?”

Liya mendengus. Kurang asam betul!

“Tak payahlah kau tahu siapa.”

“Suka seseorang tu benda biasa, MK. Semua orang rasa benda tu.” Kata Zafran sebelum mengeluarkan buku latihan dari bawah mejanya sebelum diselaknya.

“Kau pun pernah rasa?”

Zafran berhenti menyelak buku latihannya sebelum menghalakan pandangannya ke arah Liya. Dia menghela nafas panjang.

Not yet.”

“Zeti?” Soal Liya. Bukan ke dia ada apa-apa dengan Zeti ke?

“Kami cuma kawan. Nothing more, nothing less.” Jawab Zafran sekaligus membuat Liya terdiam. Kawan? Kenapa dia rasa Zeti sangat bertuah sebab Zafran menganggap dia sebagai kawan?

“Aku teringin nak jumpa Zeti.”

Dahi Zafran berkerut. “Kenapa?”

Liya mengangkat kepalanya dan kemudiannya mengeluarkan buku lukisannya dari bawah meja. Sekarang ni masanya untuk dia melukis. “Sebab kau anggap dia kawan.” Balas Liya perlahan. Zafran terdiam kerana dia seakan-akan memahami maksud di sebalik kata-kata Liya.

“Dan dia bertuah sebab... dia dapat bersembang dengan kau sebagai kawan.” Sambung Liya kemudiannya sebelum bangun dari duduknya dan menuju ke tempat duduk Tinah. Baru teringat yang dia terlupa nak bagi balik pembaris panjang yang dia pinjam tadi dekat Tinah.

Sekali lagi Zafran terdiam sambil memerhatikan langkah Liya. Liya agak melodramatik hari ni. Selalunya tak macam ni pun...

“Aku rasa aku dah sukakan seseorang...” Kata-kata Liya tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya. Siapa agaknya lelaki tu?

p/s : Comment please? :)

5 comments:

Aida Nadia said...

SUKA3..
next plezz..

just KD said...

kite pon suke n nak next gak!

nea_124 said...

huhuhuhu...baru nk bacer...tu un plek naper dh ader bab 9..hahahah

nfqhzzt said...

eh! xkn liya suke asyraf kot?? xstuju!!! hik

(sbenanye da bce kt blog yg sbelum nih.. hehe..)

- A.I.E -

fyda said...

ala,die suke asyraf ke?