Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 9

Bab 9

Mainan perasaan. Yup, itulah yang dia rasa sekarang ni. Liya mengangguk dengan penuh yakin sambil tersenyum. Kemudian dia melepaskan keluhan lemah. Semalam dia telah meluahkan sesuatu yang tak sepatutnya dia luahkan dekat Zafran dan dia yakin yang Zafran akan guna benda tu sebagai senjata untuk mengenakan dia nanti! Ya, sangat pasti! Dia merungut kecil sambil mendaki tangga.

“Ingat siapa tu?” Liya tersentak sebelum memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Asyraf!

Liya ketawa sambil menggeleng. “Tak ingat siapa-siapa pun. Baru sampai ke?”

“Yup. Hari ni saya datang awal daripada biasa.” Dia tersenyum.

“Ohh...”

“Dah sampai kelas awak.” Kata-kata Asyraf mengejutkan Liya. Haihlah! Sempat lagi aku berangan!

“Jumpa lagi...” Ucap Asyraf sebelum terus mendaki tangga ke kelasnya. Liya hanya mengangguk sebelum berjalan dengan lemah ke kelas. Macam mana nak berdepan dengan Zafran nanti? Tak sanggup!

“So, tulah dia?” Liya mengurut dada sebelum menjeling ke arah Zafran yang tiba-tiba muncul dari balik pintu kelas. Dia tak menjawab sebaliknya terus ke tempat duduknya dan menyembamkan mukanya di atas meja. Kan dah kata?! Zafran mesti guna benda tu sebagai senjata dia!

Zafran tersenyum kecil sebelum menghampiri Liya. Dia mengetuk meja Liya sebelum bersuara, “Betullah cakap aku tadi. Dialah orang yang kau cakap semalam.”

“Kau dibenarkan untuk menggunakan benda tu sebagai senjata untuk mengenakan aku.”

“Siapa cakap aku nak kenakan kau?”

Liya mengangkat mukanya sedikit. “Huh?”

Zafran berdehem kecil sebelum duduk di tempat Zulhilmi. Walaupun agak pelik untuk dia berbual-bual dengan Liya dalam keadaan aman seperti sekarang ni, tapi entah kenapa dia rasa itulah yang perlu dilakukan sekarang. Dengan keadaan Liya yang meletakkan dagunya di atas meja dan dia sendiri yang duduk sambil bersandar pada dinding menghadap pintu, terasa janggal keadaan mereka sekarang.

“Macam aku cakap semalam, benda ni normal.”

“Aku dapat klasifikasikan apa yang aku rasa sekarang ni sebagai mainan perasaan.” Balas Liya sebelum menongkat dagu. Zafran cuba menahan ketawa. Ayat tak boleh blah langsung!

“Yup, mungkin betul.”

“MP...”

Zafran mengeluarkan bunyi ‘hmm’ sebagai tanda dia mendengar dan akan menjawab apa saja yang ditanya oleh Liya.

“Thanks...” Ucap Liya perlahan. Ikhlas dari lubuk hati dia.

“No problem. Itulah gunanya aku sebagai orang yang telah menjadi tempat kau meluahkan perasaan secara tak sengaja.” Balas Zafran masih lagi dengan nada sarkastiknya tapi kali ni disertakan dengan senyuman ikhlas. Lama Liya terdiam. Senyuman tu. Senyuman Zaf! Zaf senyum dekat dia dan senyuman tu nampak ikhlas!

“Arghh... Zaf! Kau senyum dekat aku.” Jerit Liya teruja.

“Apa yang peliknya?” Dahi Zafran berkerut. Salah ke aku senyum?

“Sebab kau jarang senyum dekat aku. Selalunya kau senyum tapi senyum menyindir...”

“Dah tu, ambiklah gambar aku sekarang ni. Excited sangat tengok aku senyum kan? Ke nak autograf? Boleh je...” Kata Zafran dengan selamba sebelum bangun.

Liya mencebik. Perasan tak habis-habis! Zafran hanya tersenyum sinis sebelum kembali ke mejanya. Dah cukup sesi dia membiarkan Liya meluahkan perasaan. Tak sanggup dia nak jadi penasihat cinta lagi. Dikeluarkan buku nota kecilnya dari dalam beg sebelum dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Pasal lelaki tadi, dia memang baik. No wonder, kau boleh suka dia.” Tiba-tiba Zafran bersuara sebelum ingin melangkah keluar dari kelas.

“Tapi benda tu tak normal bagi aku.” Ucap Liya perlahan. Zafran berhenti melangkah sebelum menghalakan pandangannya ke arah Liya yang sedang memandang ke arahnya.

“Sebab kau perempuan berhati batu?” Serkap Zafran.

Liya mengangguk. Ya, sebab dia perempuan berhati batu.

“Apa kau ingat perempuan berhati batu ni tak ada perasaan?” Zafran bertanya dengan nada suara perlahan tapi masih mampu didengari oleh Liya.

“Lagipun kau suka dekat Asyraf. Lagilah normal... Asyraf tu memang baik. Aku kenal dia dah lama.” Sambung Zafran kemudiannya apabila Liya hanya mendiamkan diri. “Aku pergi dulu.”

Liya tersenyum sedikit sambil memandang Zafran yang dah berlalu keluar dari kelas. Terima kasih Zafran...

***

Zafran diam sambil matanya tajam memerhati tingkah laku Liya sekarang ni. Habis satu mejanya penuh dengan makanan yang dibawa khas oleh Liya dari rumah. Ikutkan hati dia sekarang ni, dah lama dia menjerkah Liya supaya berhenti melakukan apa yang sedang dia lakukan sekarang. Patutlah dari pagi tadi, Liya suruh dia jangan pergi mana-mana masa rehat. Rupanya nilah tujuan dia.

“MK, stop!”

Liya berhenti bergerak sebelum memandang Zafran yang memandangnya dengan muka yang serius. Menakutkan!

“Kenapa?”

“Kenapa kau bawak makanan ni?”

Liya mengukir senyuman sebelum menarik kerusi Saiyidah dan duduk di atasnya. “Ucapan terima kasih aku pada kau.”

“Untuk?”

“Sebab kata-kata kau semalam la.”

Zafran tersenyum sinis. Macamlah benda tu besar sangat sampai perlu dibalas dengan makanan banyak macam ni! Macam nak pergi berkelah pun dah ada.

“Kan aku dah kata semalam aku...” Zafran berhenti bercakap sebelum menggeleng. “Abaikan jelah.” Malas nak perbesarkan benda ni.

“Aku benci kau sebenarnya tapi aku rasa lega luahkan benda ni dekat kau.” Luah Liya dengan selamba sambil tersenyum senang. Zafran memandang sekilas ke arahnya sebelum membuka Tupperware di hadapannya sekarang ni.

“Kau masak?”

“A’ah. Tak tahulah sedap ke tak?”

“Semua ni kau masak?”

Sekali lagi Liya mengangguk mengiyakan kata-kata Zafran. Hari ni dia telah berjaya masak tiga jenis makanan dan satu jenis minuman untuk Zafran sebagai tanda terima kasih. Pertama, nasi goreng kampung. Kedua, ikan kembung masak sambal. Ketiga, puding karamel dan yang keempat adalah air suam sebab tak tahu nak bawak air apa.

“Kau bangun pukul berapa buat semua ni?” Tanya Zafran lagi dengan muka tak percaya. Biar betul minah ni!

“Hmm... pukul 3 kot.”

“Kau tak ngantuk ke?”

Liya menggeleng. Dia menyandarkan badannya ke belakang sambil memeluk tubuh.

“Aku tak boleh nak tidur semalam. Jadi aku pun masaklah lauk-lauk ni semua. Kau nak tahu tak? Hannah punyalah terkejut pagi tadi sampai dia sentuh dahi aku sebab dia risau aku demam ataupun dia risau satu-satunya kakak dia ni dah tak betul.

Mak aku pun sama. Abang aku dengan ayah aku tak kata apa-apa tapi ekspresi muka diorang tu pun dah menggambarkan yang diorang terkejut dengan apa yang aku buat.” Ucap Liya panjang lebar sambil tersenyum. Dia mengerling ke arah Zafran yang nampak macam sedang termenung. Punyalah panjang lebar aku bercakap kat sini, dia boleh pulak termenung?

“Mesti happy kan keluarga kau?” Ucap Zafran tiba-tiba. Liya mengangguk sambil tersenyum gembira. “Alhamdulillah keluarga aku okey. Kenapa kau tanya soalan macam ni?” Tanya Liya pula dengan dahi yang berkerut. Muka Zafran yang mendung secara tiba-tiba buat dia rasa tak selesa. Kenapa pulak ni?

“Kau okey ke tak ni?” Tanya Liya lagi apabila Zafran masih mendiamkan diri.

“Okey.” Balas Zafran perlahan sebelum membuka penutup Tupperware dan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Sedap...”

“Zaf... kalau kau tak okey, kau jangan buat macam kau okey tau sebab muka kau menakutkan aku...” Liya bersuara dengan perlahan dengan kepala yang disengetkan sedikit untuk memandang Zafran yang menunduk dari tadi.

Zafran terus ketawa. Dia memandang Liya, berdehem sedikit sebelum berkata, “Aku okey la.”

“Aku tahu kau bukannya suka aku sangat tapi... kalau kau nak luahkan perasaan kau dekat aku. Boleh je tau. Kau cakap je. Aku tak kisah...” Ucap Liya dengan muka yang bersungguh-sungguh. Walaupun dia tak tahu apa yang Zafran rasa ataupun fikir, tapi dia tahu Zafran sedang memendam sesuatu.

“Aku okey je. Tak payahlah nak buat muka macam tu.” Zafran menidakkan lagi sebelum menyuap nasi goreng lagi ke dalam mulutnya. Dia cuba untuk tidak memandang Liya yang sedang merenung ke arahnya. Minah ni ada power nak buat dia rasa macam nak.... meluahkan perasaan yang selama ni dia tak luahkan?

***

Liya menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga satu persatu. Dia tersenyum ke arah beberapa orang pelajar tingkatan 5 yang dia kenal sebelum dia tersenyum lebar sebaik saja melihat Asyraf yang sedang berjalan ke sini. Terus dia membetulkan tudungnya sedikit sebelum tersenyum ke arah Asyraf yang mengangkat tangan ke arahnya.

“Nak balik dah?” Tanya Asyraf.

“A’ah. Awak?”

“Belum lagi. Hari ni kena stayback. Ada group discussion.” Jawab Asyraf sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“Zaf!” Liya terkejut apabila Asyraf tiba-tiba menjerit nama Zafran. Dia berpaling ke belakang sebelum memandang Zafran yang baru keluar dari pejabat sambil membawa beberapa buah fail di tangannya.

“Banyak kerja, KP?” Tanya Asyraf sambil menepuk bahu Zafran yang hanya ketawa kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Liya.

“Kau nak balik dah ke, MK?”

“A’ah. Kerja sekolah dah beres.” Balas Liya selamba sambil membetulkan tali begnya dah melurut jatuh dari bahu.

“Boleh tolong aku?”

“Apa?”

Zafran menghalakan pandangannya ke arah fail yang berada di tangannya. Liya menarik nafas dalam. Akhirnya dia mengangguk sebelum mengambil separuh dari fail di tangan Zafran.

“Kami pergi dulu, Asyraf.” Ucap Zafran sebelum mendaki tangga ke tingkat atas untuk ke pusat sumber. Liya tersenyum manis ke arah Asyraf sebelum mengekori Zafran dari belakang. Sempat jugak dia mengintai dari celah tangga Asyraf yang sudah berlalu ke tingkat paling bawah.

“Nak buat apa sekarang ni?” Liya bertanya sambil menilik sebuah fail yang terletak di bahagian atas sekali setelah mereka sampai di pusat sumber.

“Tolong susun fail ni ikut nama.” Balas Zafran sebelum menyusun satu persatu fail di atas meja panjang. Liya hanya mengangguk sebelum mula menyusun seperti yang disuruh oleh Zafran. Masing-masing hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

“Hoi!”

“Oh mak kau!” Fail yang berada di tangan Liya terpelanting dan nyaris-nyaris nak terkena dengan muka Zafran. Haikal yang tersengih dan Taufiq yang sedang melambai kecil dipandang bagai nak telan. Zafran hanya membuat muka sebelum kembali menyambung kerjanya. Nahi dan Tinah yang baru masuk ke dalam pusat sumber tersengih sebelum menepuk bahu Liya.

“Sejak bila korang berbaik ni?”

“Tak berbaik pun.” Balas Zafran dan Liya serentak.

“Dah tu, apa yang korang buat ni?”

“Kerjalah...” Balas mereka berdua lagi. Serentak.

“Macam mana korang boleh buat kerja sama-sama padahal korang belum berbaik lagi?” Tanya Tinah dengan muka yang dah berkerut semacam. Pelik...pelik!

“Zaf mintak tolong aku, so aku tolong jelah.” Jawab Liya sambil memandang Zafran dan bertanya di mana dia harus meletakkan fail yang tidak bernama.

“Peliklah korang ni...” Kata Haikal kemudiannya sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Sepelik-pelik aku ni, pelik lagi dua orang manusia ni.

Tak berbaik tapi boleh buat kerja sama-sama. Pelik!


p/s : Commentlah ye. Sikit pun takpe :) Tengok comment banyak, baru excited terlebih nak menaip BC :)


7 comments:

nea_124 said...

alololo...rajin nyer liya nie...hahah...sanggup bgn pkol 3 pagi nk masak :)
emi tabik spring kat dye :D

cactaceous opuntia said...

ish...liya ni gknye xpasan ni die suke kt zaf...sbb besenye gadoh je kn...err...npe ngn family zaf eh...ad somethng wrong ke?sbb ekspresi zaf jd cm len je bile liya sebut psl family liya tu..huu

tisha said...

jalan citer yang sgt menarik...even mcm dah penah bc somewhere but the way ayat tu u terjemahkan menjadikannya berbeza dr yang lain...keep up your good work!!

fallenmoon said...

nea : Hahaha... jgn puji dia, emi. dia nak bangga tuuu! hehe.. thanks emi! :D

cactaceous : hehehe..liya mengalami masalah dlm nak memahami perasaan dia :) hehe..bab keluarga zaf, next chapter ye? :) thanks sbb komen.

tisha : :') thank you so much! You have no idea how happy I am right now :) Thanks for your comment.

nfqhzzt said...

liya..liya.. pelik gile lah! appriciate org smpai mcm tu skali.. haha..

-A.I.E. -

(next chpter smbung esok lah!)

fyda said...

mmg plek..huu

aisy said...

brsmgt btul bgn pkul 3 pg masak..hehhehe