Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 10

Bab 10

Zafran memandang lama papan kenyataan yang berada di depannya sekarang. Minggu depan ada pertandingan bola sepak di antara kelas. Dia melepaskan keluhan sebelum berjalan pergi dari situ. Sudah agak lama dia meninggalkan pasukan bola sepak sekolah. Rindu jugak nak main bola sepak.

“Tak nak join bola sepak tu ke?”

Zafran berhenti berjalan sebelum memandang ke arah belakang. Ke arah Asyraf yang sedang membaca butiran di papan kenyataan mengenai pertandingan bola sepak itu tadi.

“Tak kot. Kenapa?”

“Joinlah. Boleh kita lawan macam dulu-dulu. Ucap Asyraf sambil tersenyum sebelum berjalan menghampiri Zafran.

Zafran hanya ketawa. “Aku dah tak reti nak main bola sepak ni.”

“Yelah tu. Kaptain bola sepak dah tak reti main bola? Bunyi macam pelik je.” Balas Asyraf turut ketawa sebelum mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kelas.

“Mungkin ada sikit lagi.”

“Aku nak kau join, boleh? Kita lawan sama macam dulu.”

Lama Zafran terdiam dan akhirnya dia mengangguk. Apa salahnya kalau dia masuk pertandingan tu pun? Lagipun hampir semua budak lelaki dalam kelas dia suka main bola sepak. Nak pilih pemain untuk pertandingan itu rasanya taklah susah mana pun.

“Bagus!” Asyraf menepuk tangannya. “Oh ye, aku nak tanya kau pasal Liya...” Dia berpaling ke arah Zafran yang mendadak berhenti sebaik saja mendengar kata-kata Asyraf.

“Kenapa?” Soal Zafran sebelum kembali berjalan. Sebenarnya dia agak tak sangka yang Asyraf boleh tanya dia pasal Liya. Kalau MK tahu pasal ni, mahunya dia senyum macam orang gila.

“Dia tu comellah.”

Zafran tersedak. Terbatuk kecil dibuatnya.

“Comel?”

Asyraf mengangguk sambil tersenyum. “Comel dengan perangai dia tu...”

Zafran cuba menahan ketawanya. Liya comel? Kelakarnya! “So, apa yang kau nak tahu pasal dia?” Zafran bertanya.

Asyraf menggeleng. “Takpelah. Nanti aku tanya dia sendiri.”

“Bagus! Lagipun aku bukan kenal sangat MK tu.” Ucap Zafran sambil mengangkat tangan ke arah seorang pengawas junior yang menegurnya.

“MK?”

“Oh! Tu nama panggilan aku untuk Liya.” Zafran menjawab sebelum mengerling jam di tangan kirinya. Dah hampir nak pukul 10.20 dah.

“Asyraf, aku pergi dulu ye. Dah nak habis rehat ni. Kena pergi tengok laporan...” Zafran menepuk bahu Asyraf sebelum berlalu pergi dari situ. Asyra hanya memandang langkah Zafran yang semakin menjauh sebelum menggumam perlahan, “MK...”

***

“Minggu depan kita ada perlawanan bola sepak. Sekarang ni aku nak tanya siapa yang nak join.” Zafran memandang pelajar lelaki dalam kelasnya sebaik saja Cikgu Fauzi keluar dari kelas. Liya yang sedang mengemas beg berpaling ke arah Zafran yang berdiri di hadapan.

“Aku nak!” Katanya kuat sambil mengangkat tangan. Zafran memicit kepalanya sebelum mendengus geram.

“Nek, orang lelaki jelah.”

Liya mencebik sebelum kembali mengemas begnya. Nek? Bukan main muda aku ni dipanggilnya nek? Huh!

“Siapa yang nak?” Zafran bertanya untuk kali kedua setelah diganggu oleh Liya sebentar tadi.

“Aku okey je.” Ucap Haikal.

“Aku pun.” Taufiq mengangkat tangan. Kemudian ada beberapa lagi yang bersetuju. Zafran tersenyum lega. Cukup 11 orang dan yang selebihnya boleh jadi pemain simpanan.

“Yang perempuan, tolong sediakan air boleh?” Haikal tiba-tiba bersuara sambil tersengih. Mulalah keluar bunyi merungut dari pelajar perempuan.

“Kata satu kelas, takkan buat air pun dah bising...” Sindir Zulhilmi yang duduk di hadapan Liya. Cepat aje kaki Liya menendang kaki kerusi Zulhilmi sebagai tanda protes. Zulhilmi membalas dengan menjelir lidahnya ke arah Liya. Liya pun membalas dengan menjelir lidahnya sebelum dia mengekek ketawa dengan Zulhilmi.

“MK!”

“Hmm?” Liya memandang Zafran.

“He’s going to be there too.” Ucap Zafran dan dia yakin Liya faham dengan apa yang dia cuba sampaikan. Dahi Liya berkerut seketika sambil jari telunjuknya mengetuk dahi.

“Oh!” Akhirnya dia dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Zafran. Pantas dia mengangkat tangan. “Aku setuju buat air!” Dia tersenyum ceria sebelum memandang ke arah kawan-kawannya yang lain. “Siapa nak join aku?”

Tinah dan Nahi saling berpandangan sebelum mengangkat tangan. “Kami.” Kemudian Saiyidah dan semua pelajar perempuan mengangkat tangan tanda bersetuju. Ala, setakat buat air je.

“Go go go 5 Al-Kindi!” Jerit Haikal dengan penuh teruja sambil menepuk tangannya. Zafran hanya menggeleng kepala sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Liya yang nampaknya memang sangat gembira.

“Dia comel dengan perangai yang macam tu.” Zafran teringat kembali kata-kata Asyraf.

Kecoh adalah! Getus Zafran.


p/s : Boleh bagi feedback tak sama ada korang suka atau tak BC ni? :) Thanks. Comments are loved ~ ♥

10 comments:

Ms. Bearneira said...

BC ni better than BC sebelum ni kot.. sweet jer Zafran dgn Liya tu.
just heran.. napa liya suka asyraf? =.=!

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Ohh..sebab Asyraf baik dgn dia. :) Err..mcm bila someone baik dgn kita, and then suddenly, hati kita tercuit dgn kebaikan dia. :)

Thanks sbb sudi komen :)

Hana Norisa said...

cerita ni best...compared to BC yang dulu...
suka sgt..=)

Nina Zizan said...

feedback? 0kie.. 0wg bru ja jmpk bl0g ny. Bca epis0d 1 ja, mmg dh xciting ssgt..
C0nclusi0n: BC mmg bez! B0b0ib0y ckp, 'Terbaek...' :D

Anonymous said...

BC ni lagi comel than BC yang dulu.hihi.

liyana said...

moon..yana suke cite BC ni
much better than b4
love it <3
jez hope entry pas ni lg pnjng bley..
:)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Hana : Terima kasih, Hana :))

NiNa : Hahaha...welcome Nina :) Harap enjoy baca BC ni ya. Thanks for the comment.

Anonymous : Hehehe...terima kasih awak :))

Liyana : Thanks Yana :D Hehehe...

nfqhzzt said...

makin syokkk! ;D
keep it up dear!

- A.I.E. -

Unknown said...

tersangatla best!!
syok3!!

Makanan Kesihatan said...

wahh..brsmgt semua buat air