Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 11

Bab 11

Dari tadi Liya khusyuk memerhatikan gerak geri Zafran yang sedang bermain bola di tengah padang sekarang ni. Lawan mereka sekarang adalah 5 Al-Biruni. Hebat juga main bola sepak tapi mata Liya kembali memandang ke arah Zafran yang telah berjaya memasukkan bola ke dalam gol. Terus kawan-kawan sekelas yang lain menjerit gembira sambil melaung-laung nama kelas mereka. Liya menayangkan ibu jarinya kepada Zafran yang kebetulannya memandang ke arah mereka sekarang.

“Terror jugak Zaf main bola...”

Tinah mengangguk. “Dia pernah jadi kapten dulu tapi dia berhenti.”

Liya mengalih pandangannya ke arah Tinah. Dahinya berkerut sedikit. “Kenapa berhenti?” Tanya Liya.

Tinah mengangkat bahu. Dia memang tak tahu kenapa Zafran berhenti main bola sepak. Kalau yang tahu pun, mungkin Haikal dan Taufiq aje.

“Cuba kau tanya Haikal ataupun Taufiq. Mungkin diorang tahu.”

Liya mengangguk-angguk. Lepas habis perlawanan ni, dia akan pergi jumpa Zafran sendiri. Baik terus tanya Zafran, tuan empunya diri daripada tanya Haikal ataupun Taufiq yang memang suka main-main tu.

“Liya, aku pergi sana kejap ye.” Liya hanya mengangguk sebelum kembali fokus memandang ke arah padang.

“Assalamualaikum...” Liya mendongak kepalanya sambil mengecilkan matanya sedikit kerana sinaran matahari hampir membuatkan dia tidak dapat mengesan siapa yang sedang menegurnya sekarang.

“Eh, Asyraf! Waalaikumussalam...” Liya menjawab salam Asyraf dengan senyuman manis di bibir.

“Khusyuknya tengok orang main bola sepak...”

“Hehe...mestilah. Kelas saya yang lawan tu. Mesti khusyuk...” Balas Liya sambil menanggalkan kasut sukannya. Kebas pulak kaki ni.

“Kalau kelas awak menang, kelas awak kena lawan dengan kelas saya.”

Liya memandang Asyraf yang sedang memerhati Zafran yang sedang menggelecek bola masuk ke dalam gol untuk kali kedua. Sekali lagi sorakan kuat kedengaran dari tepi padang.

Haikal dan Taufiq segera mendapatkan Zafran yang keletihan tetapi tetap tersenyum gembira kerana berjaya menjaringkan satu lagi gol. Dia memandang ke arah kawan-kawannya kelasnya yang lain berada sebelum matanya dapat menangkap Liya sedang berbual-bual dengan Asyraf.

“Masa tu, awak nak sokong siapa?” Tanya Asyraf lagi.

“Sudah semestinya saya sokong kelas saya.” Liya membalas dengan sengihan. Sudah terang lagi bersuluh kan?

“Tak nak sokong saya?”

“Saya sokong dua-dua tapi saya lebih sokong kelas saya.”

Asyraf tersenyum. “Terima kasih sebab nak sokong jugak saya...”

“Sama-sama.”

***

“Nah, air untuk korang.” Liya menghulurkan cawan kertas dekat semua budak lelaki yang baru lepas main bola sepak. Kemudian dia berjalan ke arah Zafran yang sedang berdiri di tepi tiang gol sambil menyepak-nyepak kecil rumput di sekelilingnya.

“Apa salah rumput tu sampai kau sepak dia?”

Zafran berpaling ke belakang sebelum menayang muka bosan. “Saja.” Balasnya tanpa nada. “Kenapa kau datang sini?”

“Nah, air.”

Zafran menyambut cawan daripada tangan Liya sebelum meneguknya rakus. Memang dahaga sangat ni.

“MP, tadi kan Tinah ada cakap dengan aku yang kau pernah jadi kapten bola sepak. Kenapa kau berhenti?” Liya bertanya setelah Zafran selesai minum dan melabuhkan punggungnya di atas rumput. Zafran mendongak untuk memandangnya seketika sebelum memandang ke arah tiang gol yang lagi satu.

“Aku tak boleh fokus, jadi aku berhenti.”

“Tapi aku nampak kau macam enjoy sangat main bola sepak tadi. Kau kiranya hebatlah jugak sebab dapat jadi kapten masa kita baru tingkatan 4.” Ucap Liya sambil duduk di sebelah Zafran.

“Hmm...” Hanya itu yang hanya Liya dengar keluar dari mulut Zafran. Mungkin dia malas nak cakap pasal benda ni lagi. Liya hanya memeluk lutut menggunakan tangan kirinya manakala tangan sebelah kanannya sibuk menguis rumput-rumput.

“Seronok sembang dengan Asyraf tadi?”

Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran. “Seronok! Esok dia cakap dia akan lawan dengan kelas kita.”

“Kau nak sokong siapa nanti?”

“Mestilah sokong Asyraf...” Jawab Liya sambil tersenyum nakal tapi bila tengok mata Zafran pandang dia macam nak telan, terus dia cepat-cepat berdehem kecil, “Sokong kelas kitalah. Aku cakap dengan dia yang aku akan sokong dua-dua tapi aku akan lebih sokong kelas kita.”

“Hmm...” Sekali lagi Zafran hanya mengeluarkan bunyi ‘hmm’ yang membuatkan Liya tak tahu nak cakap apa lagi.

“Dah petang ni, tak nak balik ke?” Soal Zafran sebelum bangkit dan menepuk tapak tangannya. Liya mengangguk kecil sebelum turut bangkit dan mengekori Zafran yang dah berjalan ke tepi padang.

“Sembang apa tadi?” Tanya Haikal sambil mengangkat keningnya berulang kali. Taufiq pula buat-buat batuk.

“Pasal bola.” Jawab Zafran lalu mencapai beg sandangnya sebelum bersalam dengan pelajar lelaki dan mengangkat tangannya sedikit ke arah pelajar perempuan. Akhirnya dia terus berjalan ke arah motosikalnya yang diletakkan di bawah garaj dan Liya hanya memerhati motosikal Zafran sehingga hilang dari pandangan matanya.

***

Biasanya dirinya yang selalu dirisaukan oleh orang lain tapi sekarang ni entah kenapa dia risau pasal Zafran. Dia risau dengan sikap Zafran yang selalu menyendiri. Dia risau dengan sikap Zafran yang seperti memendam sesuatu tapi dia tak nak luahkan. Walaupun dia masih lagi meluat dengan Zafran pasal hal-hal yang lepas tetapi sekarang ni, dia rasa Zafran taklah seteruk mana pun terutama sekali selepas Zafran hanya mendengar luahan perasaan dia tanpa menyindir ataupun menyakitkan hatinya. Sebaliknya, Zafran lebih banyak menenangkan hati dia. Kadang-kala dia pening juga memikirkan perangai Zafran yang sentiasa berubah-ubah. Macam angin...

“Fikir apa tu?” Nahi bertanya sambil menepuk bahu Liya. Sekarang ni mereka semua telah berada di padang untuk perlawanan terakhir antara 5 Al-Kindi dengan 5 Al-Razi. Liya mencari kelibat Zafran yang sudah berada di tengah-tengah padang .

“Zaf tu memang macam tu dari dulu ke?”

“Macam tu apa?”

“Dingin dan beku dan heartless dan emotionless.” Kata Liya. Nahi terus tergelak kecil walaupun Liya hanya menayangkan muka tanpa riak. Kata-kata Liya mengenai Zafran baginya adalah amat kelakar. Sepatutnya tiga bulan lepas Liya tanya soalan ini kepada dirinya? Sekarang ni, kalau diikutkan Liya lebih mengenali Zafran berbanding pelajar perempuan yang lain.

“Yup. Dia memang macam tu.”

Liya menarik nafas. “Itu bukan sesuatu yang baik.”

Nahi hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu nak cakap apa lagi. Zafran memang dah macam tu dari dulu. Senyap dan dingin cuma kadang-kadang tu dia boleh jadi peramah jugak.

“Game dah nak start!” Tinah yang tiba-tiba datang terus duduk di sebelah kiri Nahi. Liya hanya memandang ke arah Zafran yang sedang bersiap-sedia dan dia langsung tak perasan yang Asyraf sedang melambai tangan ke arahnya kerana matanya terpaku untuk terus memerhatikan Zafran.

***

“Tahniah!” Jerit semua serentak.

Zafran hanya tersenyum memerhati gelagat seorang demi seorang kawannya yang sibuk membelek trofi yang berjaya mereka menangi tadi. Sesekali dia mencari juga kelibat Liya tetapi akhirnya dia dah tak mencari. Mungkin Liya dengan Asyraf sekarang ni.

“Mamat Perasan, tahniah!” Terkejut dia apabila tiba-tiba disergah oleh Liya dari arah belakang dan yang buat dia makin bengang adalah habis mukanya dipenuhi tepung apabila dia ingin berpaling ke arah gadis itu.

“Hadiah kemenangan kau.” Liya tersenyum nakal. Di tangannya terdapat sepaket tepung yang memang dibawa khas dari rumah semata-mata untuk mengenakan Zafran dan orang lain jugak.

Zafran menarik nafas dalam-dalam sebelum tersenyum sinis. Dia mula berjalan menghampiri Liya dan perlahan-lahan dia mula berlari mengejar Liya yang mula melarikan diri.

“Jangan Zaf!” Jerit Liya kuat apabila Zafran cuba merampas tepung di tangannya.

Yang lain terpinga-pinga sebelum mata Haikal dapat menangkap sepaket lagi tepung di bawah beg sandang Liya. Sambil tersenyum jahat, dia terus mengambilnya lalu dilemparkan ke arah Tinah yang sedang ketawa melihat gelagat Zafran dan Liya di tengah padang.

“Haikal!!!”

Akhirnya semua orang habis comot dengan tepung. Liya mula tersenyum senang apabila dia dapat melihat Zafran mula bergelak ketawa bersama-sama kawan-kawan yang lain. Zafran mengambil sedikit tepung dari Haikal lalu dilemparnya tepat mengenai muka Liya yang terleka.

Zafran terus ketawa sambil mengejek Liya yang tak ubah seperti pelakon opera Cina sebelum melarikan diri. Dia terus ketawa dan ketawa sehingga dia rasa lega dan bebas. Dah lama dia tak ketawa macam ni. Akhirnya dia terus merebahkan badan atas rumput dan membiarkan Liya menaburkan tepung di atas muka dan badannya. Haikal yang sememangnya suka mengacau orang terus menghampiri Liya dan Zafran sebelum turut menconteng muka Zafran dengan menggunakan tepung. Sesekali dia mengekek ketawa apabila melihat muka Zafran yang dah putih melepak macam salji.

Asyraf yang sejak dari tadi melihat gelagat mereka semua menarik nafas dan pandangannya seolah terpaku pada Liya dan Zafran yang kelihatan sangat gembira. Dia sebenarnya terkejut apabila melihat Zafran bergelak ketawa. Satu perkara yang pelik...

p/s : Comments are loved.

9 comments:

Aida Nadia said...

npe rse mcm pndek je..
pe2 pom best..
cpt la smbng..

Anonymous said...

bestttt!!!!

just KD said...

hik hik hik,hppy n3..

nea_124 said...

wah...x sangka kak moon nk post entry lg.....huhuhuhuanyway,,liya n zaf tetap sweet mcm slalu :D
kirim salam kal luqman rafeeq emi yer :P

Anonymous said...

sweet la..

Anonymous said...

mereka sangat cute.hihi

nfqhzzt said...

OMG!! akak..! sweet sgt3.. cute tu pulak..
best nye maen baling2 tepung..
ehem.. mcm suke dlm diam je tuh nmpk gyenye..heee

- A.I.E. -

Unknown said...

sweetnye..
teringat zaman persekolahan dulu,,
maen tepong jugak..

Makanan Kesihatan said...

zafran ni ader prob ngn keluarga die k??sbb tu slalu myendiri..