Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 12

Bab 12

“Esok kita keluar.” Kata Haikal sambil menepuk meja Zafran yang sedang menyiapkan nota Biologi. Dia memandang Haikal yang tersengih sebelum kembali menyambung kerjanya.

“Buat apa?”

“Jalan-jalanlah sebelum exam minggu depan.” Jawab Haikal sambil bermain-main dengan bekas pensel Zafran.

“Siapa lagi pergi?” Masih belum bagi jawapan sama ada nak pergi ke tak.

“Semua.”

“Semua?”

Haikal mengangguk. “Semua budak kelas kita.” Katanya sambil menggeliat kecil. Rasa lenguh pulak badan ni.

“Pukul?”

Mata Haikal mula bercahaya. Kalau tanya pukul tu, gaya macam nak pergi aje. “Pukul 10.00 pagi dah ada dekat depan Jusco.”

“Okey.” Jawab Zafran ringkas sebagai tanda dia bersetuju. Haikal terus tersenyum sebelum berjalan ke seluruh kelas untuk memaklumkan kepada mereka semua mengenai rancangannya pada esok hari. Zafran mengangkat mukanya memandang ke arah Haikal yang berjalan menghampiri Liya yang sedang sibuk membincangkan soalan Matematik dengan Izzati dan Hafian.

Zafran hanya memerhati apabila melihat Liya mengangguk kecil sambil menepuk tangannya seolah-olah teruja dengan kata-kata Haikal. Kemudian Liya menunjukkan tanda okey menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya, membentuk O manakala tiga lagi jarinya dinaikkan kepada Haikal sebelum kembali menyambung perbincangannya tadi.

***

Awal-awal pagi Liya sudah bersiap dengan memakai baju t-shirt labuh berwarna hitam berbunga kecil berwarna putih dan tudung berwarna hitam. Dia kemudiannya memasukkan beg duit dan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Beg sandang yang mengandungi kamera disandangnya ke bahu.

“Abang sayang!” Liya tersenyum apabila melihat abang keduanya, Rafeeq sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.

“Liya nak apa dengan abang?” Soal Rafeeq dengan muka yang selamba. Kalau panggil dengan gaya yang macam tu, mesti ada apa-apa yang adiknya ni nak.

Liya tersengih. Tahu-tahu aje abang ni. “Tolong hantar Liya pergi Jusco boleh?”

“Nak buat apa?”

“Hari ni semua budak kelas Liya nak keluar sebelum exam minggu depan.” Jawab Liya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Rafeeq. Rafeeq hanya mengangguk sebelum bertanya, “Dah tanya mak dengan ayah? Adik tahu la, bila ayah dengan mak dah pergi dating, memang lambat balik.”

Cepat-cepat Liya mengangguk. Mestilah dah minta izin nak keluar sebelum mak dan ayah nak pergi dating tadi. Mana boleh keluar tanpa izin mak dan ayah kan? Dosa...

“Pukul berapa nak pergi?”

Liya mengerling jam dinding. “Sekarang ni pun boleh.”

Rafeeq bangkit dari duduknya sebelum mencapai kunci kereta. Liya mula mengekorinya dari belakang sebelum tiba-tiba Rafeeq berhenti mendadak.

“Liya nak pergi date eh?” Soal Rafeeq tiba-tiba sambil tersenyum nakal.

“Mengarutlah abang ni! Tak adalah!”

Rafeeq ketawa sebelum membuka pintu kereta lalu mula masuk ke dalam perut kereta. Liya merengus geram melihat perangai abangnya yang tak habis-habis nak mengusik dia turut masuk ke dalam perut kereta sebelum mulutnya membebel memarahi si abang yang hanya ketawa.

***

Zafran mundar-mandir di depan pintu masuk ke dalam Jusco sambil memandang ke arah tempat parking. Jam di tangan dikerling untuk kali ke sepuluh. Dah nak pukul 10.15 pagi! Lambat 15 minit dah kawan-kawan aku ni.

“MP!!!”

Liya berlari anak menghampiri Zafran yang langsung tak memandang ke arahnya sebalik lebih khusyuk memerhatikan jalan raya yang bertentangan dengan Jusco ni. “Awalnya kau datang?”

“Awal apanya? Korang dah lambat 15 minit!”

“Yeh?” Liya pandang jam di tangan. Ha’ahlah! Dah lewat 15 minit. Dia hanya tersenyum sumbing manakala Zafran hanya menggeleng kecil sebelum kembali memandang jalan raya.

“Aku suka tengok kau ketawa macam hari yang lawan bola tu..” Liya bersuara perlahan sambil memandang kakinya. Dia tahu Zafran sedang memandangnya sekarang ni. “Kau nampak happy masa hari tu. Bukan aku je suka tengok kau ketawa macam tu tapi semua budak kelas kita suka tau.” Liya menarik nafas sebelum membalas pandangan Zafran. Zafran hanya mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa. Dia kemudiannya melarikan pandangannya ke arah lain.

Tit! Tit!

Liya mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar lalu dibacanya mesej yang baru dihantar oleh Tinah. Ni mesti nak cakap yang dia on the way dah nak sampai sini.

Liya, kau kat mana sekarang?

Dekat depan pintu masuk Jusco dengan Zaf. Korang kat mana?

Sorry! Lupa nak inform kat korang berdua yang hari ni cancel tapi nak buat esok. L

Mulut Liya ternganga. Biar betul diorang ni? Liya mengetap giginya sebelum memandang Zafran.

“Zaf, Tinah mesej aku cakap yang hari ni cancel tapi nak buat esok.” Ucap Liya perlahan sambil menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Zafran dan dia kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar apabila melihat Zafran menggeleng.

“Haikal dah mesej aku.”

“So, macam mana sekarang?”

Zafran mengangkat bahu. Dia memang tak tahu nak buat apa sekarang ni. Semuanya memeningkan kepalanya. “Balik rumahlah kot.” Jawab Zafran sebelum mengeluarkan kunci motosikalnya dari poket seluar.

“Tapi ayah dengan mak aku pergi dating tak tahu balik pukul berapa, abang aku pergi rumah kawan dia kejap, kalau aku call dia sekarang ni mesti dia bising-bising sebab dia baru je hantar aku datang sini. Hannah pulak takde kat rumah sekarang ni. Dia pergi rumah Umi...”

“Dengan Maya buat kerja kursus Sejarah.” Sampuk Zafran dan Liya mengangguk lemah. Nak buat apa sekarang ni? Naik bas ke?

Zafran memandang muka Liya sebelum dia melepaskan keluhan lemah. Kunci motosikal dimasukkan kembali ke dalam poket seluar sebelum dia mula berjalan masuk ke dalam Jusco.

“Wei, Zaf! Nak pergi mana tu?”

“Nak ikut ke tak?” Soal Zafran kepada Liya yang tercengang. Liya menghalakan jari telunjuknya ke arah Zafran sebelum ke arah dirinya sendiri. “Kita berdua je?”

Zafran mengangguk.

Dengan langkah yang lemah, Liya berjalan menghampiri Zafran lalu dia hanya mengekori langkah Zafran yang berjalan di hadapan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

“Nak makan?” Zafran berhenti melangkah sebelum berpaling ke belakang memandang Liya.

“Boleh jugak.”

“Nak makan apa?”

Up to you...” Balas Liya malas nak fikir pasal nak makan mana ni. Dia tak kisah makan dekat mana-mana pun asalkan dia makan!

“Takde restoran nama Up To You kat sini...” Ucap Zafran dengan tenang tanpa sebarang riak di muka. Liya mengetap gigi. Sengaja nak buat aku sakit hati!

“Nak pizza.”

“Aku nak KFC, jom!” Dia berjalan masuk ke dalam KFC dan membiarkan Liya menggumam sendirian di belakang. Langsung tak mempedulikan Liya sedang membuat mulut dan muka di belakangnya.

Liya tidak mengikut Zafran sebaliknya berjalan terus sehingga dia sampai di hadapan Pizza Hut. Terus dia masuk ke dalam dan tersenyum ke arah kakak yang membawa menu. Diteleknya satu persatu menu dan ketika dia ingin membuka mulut, tiba-tiba Zafran sudah tercegat berdiri di hadapannya.

“Adik! Adik buat apa kat sini? Mak cari tau...”

Liya tercengang. Adik? Aku adik? Apa benda ni?

“Maaf ye kak. Adik saya ni memang suka merayau. Badan dahlah kecik.” Zafran berkata sambil memandang ke arah kakak tu yang hanya mengangguk. Zafran kemudiannya mengambil menu yang berada di tangan Liya lalu dihulurkan kepada kakak tadi.

“Maaf sekali ye kak.” Dia terus menarik beg sandang Liya keluar dari Pizza Hut.Liya pula membisu. Masih lagi terkejut.

Dia hanya menurut apabila Zafran menarik kerusi di KFC dan menyuruhnya duduk. Kemudian apabila Zafran bertanya apa yang dia ingin makan. Laju saja mulutnya menyebut Toasted Twister.

Dan kini setelah Zafran kembali dengan pesanan, dia masih lagi mendiamkan diri dan hanya mula bersuara apabila Zafran dengan penuh tenangnya mengunyah burger.

“Kau... kenapa?!” Tanya Liya satu-persatu.

“Kenapa?”

“Kau...”

Just eat your Toasted Twister.” Celah Zafran sambil menyuap burger ke dalam mulutnya.

Liya menarik nafas panjang. Akhirnya dia mula mencapai Toasted Twister lalu dibawa masuk ke dalam mulut. Selepas selesai makan baru dia teringat sesuatu yang penting.

“Aku lupa nak bayarlah! Halal kan?!”

Zafran ketawa. Soalan apa benda macam tu?

“Halal.”

Liya mengeluarkan beg duit dari dalam poket dan dia mengeluarkan duit RM10 lalu dihulurkan kepada Zafran yang memandang kosong. “Aku belanja.”

“Tapi...”

“Aku belanja.” Ulang Zafran lagi sekali dan itu tanda dia sedang bertegas. Liya hanya mengangguk. Nanti bergaduh macam hari tu lagi kalau tak ikut cakap dia.

“So, nak pergi mana lepas ni?” Tanya Liya sambil menghirup air Pepsi.

“Aku nak makan aiskrim. Kau nak?” Zafran bertanya sambil mencapai tisu untuk mengelap mulutnya. Liya cepat-cepat mengangguk.

“Jomlah sekarang.”

Liya terus mengambil beg sandangnya lalu berjalan di sebelah Zafran. Kaki mereka melangkah ke dalam pasar raya dan akhirnya aiskrim Cornetto Black Forest menjadi pilihan. Dan kali ni, Liya yang membuat pilihan.Kemudian, Zafran mengajak Liya untuk berehat di hadapan sebuah kiosk kecil. Sekali lagi Liyana hanya mengangguk.

“Aku dah lama gila tak makan aiskrim.” Kata Zafran sambil menggigit aiskrim yang sejuk itu. Liya sekali lagi kagum. Gigi orang lelaki memang kuat ataupun dia je yang tak tahan rasa ngilu?

“Sedap aiskrim ni.”

Zafran mengangguk sambil menutup matanya untuk menikmati keenakan aiskrim yang berada di tangannya sekarang. Liya hanya tergelak kecil sambil menjilat aiskrim di tangannya. Tak lalu nak gigit aiskrim macam yang Zafran buat. Gigi dia sensitif kot.

“Zaf...”

“Hmm...”

“Thanks sebab teman aku kat sini walaupun aku tahu kau nak balik sebenarnya.” Kata Liya perlahan sambil tersenyum dengan bibir yang comot. Zafran hanya memandangnya sebelum menghulur sapu tangannya kepada Liya sambil menunjuk-nunjuk ke arah bibir Liya.

“Aku bosan duduk rumah.” Zafran membalas sebelum menghabiskan aiskrimnya. Kenyang sangat-sangat sekarang ni!

“Zaf...”

Sekali lagi Zafran mengeluarkan bunyi ‘hmm’.

“Dulu aku pernah makan aiskrim dengan Asyraf.” Liya memberitahu. “... tapi taklah best macam sekarang. Walaupun hakikatnya aku makan aiskrim dengan kau.” Kata Liya lagi sambil tersenyum.

“Patutnya bestlah makan aiskrim dengan lelaki yang kau suka...” Sindir Zafran sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Mungkin sebab aku tak jadi diri aku yang sebenarnya.”

Zafran mengalihkan pandangannya ke arah Liya. “Just be yourself, Liya. Kau dah cukup bagus.” Dia memberitahu dengan raut muka yang tenang.

“Hmm...” Zafran baru ingin membuka mulut apabila Liya tiba-tiba menghala jari telunjuknya ke satu arah.

“MP, tu bukan Zeti ke?” Soal Liya sambil memandang ke arah seorang gadis yang berjalan dengan seorang lelaki. Zafran turut memandang ke arah yang sama sebelum mukanya berubah riak. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah Liya yang turut tergamam.

“Asyraf...” Sepatah nama keluar dari mulut Liya.


12 comments:

just KD said...

ehem2,dating ye...hurmm,biar lar zeti kapel ngan asyraf tu..

Anonymous said...

ok gak, klu zeti dgn asyraf..

Anonymous said...

saya setuju zeti ngan asyraf couple barulah serasi:)

nani ghazali said...

sy bce entry utk BC ni bnyk2 skli gus..
jd, sy komen kat sini je la ye..
cite ni mmg best...
liya tu mcm hebat sbb blh buat zaf ketawa...
suspen ckit sal zeti n asyraf tu...
tp bia la mereka berdua..
baru tenang ckit liya ngn zaf..
kn? hehe :))

nfqhzzt said...

alahaii.. saje je kn kwn2 dyrng tu kne kan.. haha
zaf jelez tuh.. hee

-A.I.E. -

Anonymous said...

:o

diorang date ea???hehe...biaq p la kalau asyraf dgn zeti pun...

yang penting zaf n liya still the cweet couple..^^

nak lagi..nak lagi..nak lagi..

p/s : to writer, kalau boleh tambah banyak2 g scene zaf n liya..hehe

Anonymous said...

perghh~~ terbaek!!!

fall in love with zaf n liya...:)

fallenmoon said...

Haha..ramainya yang suka Zeti dgn Asyraf together-together. ;)

Oh, nak banyak lagi scene Liya dgn Zaf eh? :D InsyaAllah nanti saya buat lagi banyak ye. :)

All : Thanks for the comments. Love you all! :)

fyda said...

ha..
macam nila best..
win2 situation..
uhuk2!!

ieda ismail said...

dorg dating la...suke3..sambung lg pls =)

syazdamdam said...

saya ada baca versi lama dengan baru ni...pendapat saya la kan...versi lama tu dah menarik tapi kalau digabung and edit ckit dengan new version ni lg menarik kot..tapi kan kenapa awak tukar nama untuk watak adik diorang?ini pada pendapat saya la...saya rasa kalau versi lama dengan baru digabung dan edit ckit mungkin akan lebih menarik kot.. =)saya memang suka novel macam ni...

fallenmoon said...

sy tukar nama adik diorang sbb kalau BC versi lama, lebih kurang je bunyi dia kan? saya takut orang keliru. :) btw, thanks for the comments.

Terima kasih semua! :)