Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 14


“Beratnya beg ni!” Liya merungut sedikit sambil mengerahkan semua tenaga untuk mengangkat beg pakaiannya. Barangnya tak adalah banyak sangat tapi bila badan kecik, memang jadi macam ni la.
Zafran yang kebetulan di belakang Liya mula merengus geram apabila hampir sepanjang jalan Liya berhenti untuk melepaskan lelah sebelum kembali berjalan. Dahlah resort yang mereka nak menginap ni, dekat atas bukit sikit. Nak memotong, jalan kecil. Akhirnya dia terus mengambil beg pakaian dari tangan Liya.
“Biar aku bawak. Lain kali makan banyak sikit. Ke tepi sikit...” Dia mengarahkan Liya supaya ke tepi sebelum dia berjalan dulu ke hadapan. Liya mencebik tapi tetap mengekori Zafran. Sebenarnya dari tadi, dia belum bercakap apa-apa pun dengan Zafran. Rasa macam janggal lepas apa yang dah berlaku semalam.
“Zaf...”
“Hmm...”
“Terima kasih...” Ucap Liya perlahan.
“Sama-sama...” Balas Zafran balik sambil mempercepatkan langkahnya. Sebaik saja sampai di hadapan kaunter pendaftaran, dia meletakkan beg Liya di sebelah begnya.
“Pergi daftar...”
Liya hanya mengangguk. Dia mendapatkan kunci bilik dari Puan Suhaily sebelum berjalan ke arah Zafran untuk mengambil begnya. Baru aje dia nak menunduk, tiba-tiba Zafran dah angkat beg dia dulu.
“Biar aku bawak. Mana bilik kau?”
“Bilik 201. Kau dah daftar ke?”
            Zafran mengangguk kecil sebelum mula berjalan. Liya sekali lagi hanya mengekori. Dia memandang Zafran yang berjalan di hadapannya sekarang.         
“Sebilik dengan siapa?”
            “Dengan Zeti.”
            Zafran berhenti melangkah dan memalingkan mukanya ke arah Liya. “Dengan Zeti?”
            “A’ah.”
            Zafran menarik nafas sedikit sebelum kembali berjalan. “Kau okey ke sebilik dengan dia?”
            Liya mengangguk. “Aku tak kisah pun.”
            Zafran memandang lama muka Liya sebelum menghela nafas. Dia tahu Liya ada berbohong sikit pasal dia tak kisah tu. Dia tahu Liya kisah tapi sengaja buat-buat tak kisah. “Dah sampai bilik kau! Ingat jangan nak korek rahsia pasal Asyraf dengan Zeti.” Sempat lagi Zafran berpesan sebelum melangkah ke bilik hadapan yang secara ironinya merupakan bilik dia yang dikongsi dengan Asyraf.
Liya tersenyum sambil mengangkat beg masuk ke dalam bilik.  Macam-macam la Zafran ni. Tak ada masa pun nak sibuk-sibuk pasal hal orang.
***
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Liya membuka matanya sebelum bangkit dari pembaringan. Dia memandang ke arah pintu yang terbuka sedikit sebelum Zeti melangkah masuk ke dalam sambil tersenyum.
“Liya kan?”
Liya mengangguk kecil, turut membalas senyuman Zeti. Dia memerhati Zeti yang sedang berjalan ke arah tepi katil untuk meletak beg rodanya. Dalam hati, dia mengakui kecantikan Zeti. Kulit cerah, hidung mancung, warna mata coklat cair, tinggi pulak tu. Memang lengkap pakej dia! Sesuai sangatlah dengan Asyraf.
“Aku nak jalan-jalan sekejap. Kau nak ikut? Boleh kita pergi tengok pantai.” Zeti mengajak sambil mengeluarkan sandal dari dalam begnya.
Liya melompat turun dari katil. “Boleh jugak!” Dia turut mengeluarkan sandalnya keluar dari dalam beg plastik lalu dibawa ke luar bilik. Kebetulan Zafran turut keluar dari biliknya sebelum memandang Liya. Liya hanya mengalihkan pandangannya sekejap sahaja ke arah Zafran sebelum menyarung sandal ke kakinya.
“Hi Zaf... nak pergi jalan-jalan ke?” Zeti menegur Zafran yang sedang menyarung sneakersnya. Zafran hanya mengangguk kecil. Di belakangnya, Asyraf sedang menutup pintu bilik sebelum mengukir senyuman untuk Liya dan Zeti.
“Korang pun nak pergi jalan-jalan ke?”
Zeti mengangguk. “A’ah. Jom pergi sekali, nak?”
“Boleh aje. Macam mana Zaf? Kau okey je kan?” Tanya Asyraf  sambil memandang ke arah Zafran.
“Aku okey je.”
“Liya, kau okey kan?” Zeti pulak bertanya. Liya hanya mengangguk sambil tersenyum. “Tak kisah...”
“Jomlah!” Asyraf dan Zeti berjalan dulu di hadapan meninggalkan Liya dan Zafran di belakang. Zafran mengerling ke arah Liya sekilas sebelum mula berjalan.
“Kami nak pergi tengok sana kejap. Korang nak ikut?” Asyraf bertanya sambil menunjuk ke satu arah.
“Saya tak nak. Nak duduk sini je...” Liya sengih.
“Aku pun.”
“Kami pergi dulu ye...”
Liya dan Zafran mengangguk serentak sebelum masing-masing melabuhkan punggung di atas batang pokok yang dah nak reput. Liya memandang ke arah Zafran dan mulutnya terbuka sedikit untuk bercakap tetapi dia kembali menutup mulutnya. Macam takut je nak cakap apa-apa sekarang ni.
“Mama dengan papa aku bercerai masa aku kecik lagi.” Kata Zafran tiba-tiba setelah mereka berdua senyap sejak dari tadi.
“Err...”
“Kalau aku suruh kau senyap untuk 10 minit dan dengar aku nak luahkan benda ni kat kau, boleh?” Tanya Zafran sambil memandang ke arah Liya yang terkejut. Liya hanya mengangguk. Kalau itu boleh buat Zafran rasa lebih okey, dia tak kisah.
“Masa tu aku 9 tahun, kakak aku 13 tahun, Maya pulak 4 tahun... Diorang cerai sebab mama aku cakap dia tak bahagia dengan kehidupan kami sekarang. Aku tak tahu apa yang mama nak. Bahagia apa yang dia cuba nak capai? Papa sayang mama sangat-sangat. Lepas diorang bercerai, papa aku memang sedih. Dia tak nak makan sampai kami adik-beradik boikot tak nak makan jugak kalau papa aku tak nak makan. Maya yang kecik tu pun pandai jugak nak boikot.” Zafran diam seketika. Dia memandang Liya yang hanya mendiamkan diri, menanti cerita yang seterusnya.
“Masa aku dah 14 tahun, papa aku bawak seorang perempuan balik rumah aku. First time aku jumpa perempuan tu, memang aku tak suka langsung! Aku benci dia! Memang aku marah mama aku tapi aku tak nak papa aku kahwin dengan orang lain. Lama aku tak cakap dengan papa aku. Aku memberontak sampailah satu masa, umi sembang-sembang dengan aku. Dia suruh aku luahkan perasaan aku dekat dia.
Aku tak tahu kenapa, masa tu senang je aku luahkan semua benda. Semua benda aku cakap. Sakit hati aku, geram aku, sedih aku... Sama macam aku buat dekat kau sekarang ni... Tak lama lepas tu, aku mula terima umi dalam hidup kami sekeluarga. Aku sayang umi sebab dia selalu ada kat sisi aku dengan adik-beradik aku yang lain. Dia pun tak buat papa sedih macam yang mama buat. Walaupun papa, Kak Shakirah dengan Maya dah maafkan mama aku tapi aku masih tak mampu nak maafkan mama aku tu.”
Liya menarik nafas dalam-dalam. Dia dah faham kenapa Zafran marah sangat dekat mama dia semalam.
“Aku bukan nak salahkan kau, Zaf tapi setiap manusia buat kesilapan. Semalam mama kau datang mintak maaf. Aku tahu kau susah nak terima maaf dia lepas apa yang dia dah buat tapi macam yang aku cakap tadi. Nobody is perfect. Kau kena terima hakikat yang mama kau pun manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. Mama kau beria-ia datang jumpa kau nak mintak maaf. Even papa kau, kakak aku dan Maya pun dah maafkan mama kau, kan? Kenapa kau tak nak maafkan mama kau? Diorang pun rasa benda yang sama yang kau rasa, Zaf tapi diorang masih nak maafkan mama kau.
Aku tahu kau mesti nak cakap yang aku tak rasa apa yang kau rasa, kan? Ya, memang betul aku tak rasa apa yang kau rasa tapi aku faham apa yang kau tengah alami. Jangan jadi anak yang derhaka, Zaf. Aku sayang kau sebagai kawan... Aku tak nak kau buat macam tu pada mama kau yang dah melahirkan kau. Kalau mama kau takde, kau takkan ada sekarang ni, Zaf. Syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu. Maafkanlah mama kau.” Liya terus bangkit selepas selesai berkata-kata. Dia ingin memberi masa kepada Zafran untuk berfikir sedalam-dalamnya.
Zafran mengalihkan pandangannya ke arah Liya sebelum menghela nafas panjang. Rambutnya dilurut ke belakang. Matanya dipejam rapat-rapat dan dia membiarkan kata-kata Liya terus terngiang-ngiang kuat di dalam fikirannya. Dan satu ayat yang paling kuat bergema di kepalanya sekarang adalah “Aku sayang kau sebagai kawan...Aku tak nak kau jadi anak derhaka.”
            Dia kemudiannya menarik nafas dalam sambil memandang langit. Pergilah semua masalah...

9 comments:

dyna said...

aku sayang kau sebagai kawan.. aku tak nak kau jadi anak derhaka.

sweet gilax!

nea_124 said...

alahai...sweet sgt lar diorg nie~~~ :D

Anonymous said...

Besssttt, tp nape pendek je.... Next n3 please

Unknown said...

hope zafran terkesanla ngan nasihat liya..

ieda ismail said...

betol ckp Liya tu....Zaf kene la maafkan mama die...nobody's perfect

me said...

OMG!!!t dah complete cter ni btaw!!nak!!!:D..thumbs up to you!!

Anonymous said...

i like~~ :)

Anonymous said...

nak lagi...nak lagi...nak lagi...
hehe...:)

rindu kat zaf dan liya sangat2..
nak lagi boleh x?;)

Makanan Kesihatan said...

tgh bestt ni..x de entri lg k??klu dh jdik buku nnt gtau k..hehehhe