BAB 13
“Minggu depan kamu semua ada kem
dekat Resort Chempaka.” Kata Puan Ziana yang sedang mengemas alat tulisnya
sambil memandang setiap seorang pelajar kelasnya. Kemudian, dia menghulurkan
borang kebenaran kepada Muslim dan meminta Muslim supaya menyerahkannya kepada
semua pelajar selepas ini.
“Berapa hari cikgu?” Soal Haikal.
“4 hari 3 malam...”
“Kem untuk semua subjek ke cikgu?”
Tanya Zafran pula.
Puan Ziana mengangguk. “Nanti jangan
lupa bawak buku nota. Jangan bawak badan je masuk dalam dewan.” Puan Ziana
memandang ke arah Haikal. “Terutama sekali kamu, Haikal.”
Haikal tersenyum sumbing sambil
menggaru kepalanya. “Baik cikgu.”
“Bawak handphone boleh tak, cikgu?” Taufiq menyoal pula. Puan Ziana mengangguk
lagi. “Kalau tak bagi pun, mesti kamu bawak jugak.”
“Kelas lain join tak cikgu?”
“Kelas kamu dengan 5 Al-Razi je
kalau tak silap cikgu. Yang lain belum lagi.”
Zafran berpaling ke arah Liya sebelum
mengetuk mejanya untuk memanggil Liya. “Jangan nak tersengih macam orang tak
betul.”
“Aku mana ada tersengih pun! Sibuk!”
Liya menjelir lidah.
“Orang perempuan memang macam ni
ke?” Zafran menyoal dengan dahi yang berkerut.
“Maksud kau?”
“Kalau sukakan seseorang tu, dia
akan jadi macam kau sekarang ni.” Zafran berkata sambil memandang ke arah Liya
dengan pandangan pelik. Dia memang pelik dengan kaum yang bergelar hawa ini.
“Aku mana ada suka sesiapa pun.
Asyraf kan dah ada makwe. Lagipun, orang lelaki takkan faham perasaan orang
perempuan..”
“Dan orang perempuan takkan faham
perasaan orang lelaki.” Zafran membalas perlahan.
“Indeed...” Sokong Liya. Kenapa dia
sokong? Sebab dia memang tak faham perasaan Zafran. Jadi kenyataan memang betul
bagi dirinya yang langsung tak boleh nak memahami hati lelaki bernama Zafran
Adha ini!
“Aku
nak mintak maaf sebab aku tak sangka yang Asyraf dah ada makwe...”
Liya
mengalihkan pandangannya ke arah Zafran sebelum tersenyum kecil. “Tak apalah.
Bukan salah kau... Kau mesti sedih kan sebab Zeti yang jadi makwe dia.”
“Zeti
dan aku hanya kawan semata-mata la.” Zafran berhenti seketika. “...lelaki
banyak lagi kat luar sana.”
Liya
angguk kepala. Dia tahu Zafran tengah cuba menenangkan hati dia sekarang ni.
Sama macam hari tu.
“Thanks Zaf...”
“Hmm...”
***
“Penatnya
nak kemas beg nak pergi kem esok!!!” Liya merungut seorang diri sambil berjalan
ke arah kelas. Dekat sekolah lama dia, jarang ada kem tau. Kalau ada pun, kem
yang tak payah nak tidur kat sana dan dibuat untuk separuh hari saja.
“Mama
buat apa kat sini?!”
Liya
berhenti melangkah. Rasanya tadi dia dengar suara Zafran menjerit. Terus dia
melangkah ke arah belakang bangunan sebelum bersembunyi sedikit. Dia dapat
melihat Zafran sedang berbual-bual dengan seorang wanita.
“Mama
datang nak jumpa Zaf. Dekat rumah, Zaf tak nak jumpa mama. Sebab tu mama datang
sini. Papa yang cakap elok kalau mama datang waktu rehat.”
“Tapi
Zaf tak nak jumpa mama!”
Liya
tersentak. Walaupun Zafran selalu marah dia tapi dia tak pernah tengok Zafran
marah sampai macam tu. Muka dia nampak tegang. Tapi tu kan mama dia? Kenapa nak
marah sampai macam tu sekali?
“Zaf...
maafkan mama.”
Zafran
menggeleng. “Mama tinggalkan Zaf, Maya, Kak Shakirah dengan papa. Sanggup mama
nak bercerai dengan papa! Mama tahu tak papa menderita! Mama tahu tak betapa
papa sedih! Mama tak tahu sebab mama tak tengok papa macam mana! Kami yang
tengok dia menderita! Mama... mama...” Dia mengetap giginya sebelum berlalu
pergi dari situ meninggalkan mamanya di situ seorang diri. Tak mampu lagi untuk bercakap apa-apa. Terasa
seperti hatinya disiat-siat.
Liya
bagaikan patung apabila dia langsung tidak bersembunyi walaupun Zafran semakin
menghampiri tempat persembunyiannya. Adakah selama ini Zafran jarang senyum
sebab dia sedih dengan mama dia?
Zafran
berhenti melangkah apabila melihat Liya yang berdiri tegak di hadapannya.
Mukanya yang tegang berubah riak dan apabila dia melihat Liya ingin membuka
mulut, terus dia berlalu pergi. Dia yakin dan pasti yang Liya dah dengar semua
benda yang dia cakap tadi.
“Zaf...”
Dia
berhenti melangkah.
“Aku
janji tak bagitahu siapa-siapa pasal ni.” Liya berkata dengan perlahan sebelum
berlari kembali ke kelas. Zafran yang mendengar menarik nafas dalam-dalam
sebelum memalingkan kepalanya memandang Liya yang semakin menjauh.
***
Liya
memandang lama kipas siling yang sedang berpusing ligat sekarang ni. Sejak dari
tadi jugak, dia asyik memikirkan pasal Zafran. Dia dapat melihat kesedihan yang
terpancar dekat mata Zafran apabila dia meluahkan perasaan geram pada mamanya
tadi. Dan yang paling buat dia serba tak kena apabila dia dapat melihat air
mata yang bergenang di tubir mata Zafran. Terasa seolah-olah dia pun nak
menangis sekali.
Patutlah
Zafran macam termenung je masa dia cakap pasal keluarga dia hari tu. Rupanya
Zafran memendam perasaan. Liya menghela nafas. Dia mencapai telefon bimbitnya.
Teringin nak hantar mesej dekat Zafran tapi dia takut. Takut dengan apa yang
bakal Zafran cakap. Zafran berhak memaki hamun dia sebab mencuri dengar tadi.
Dia tahu itu salah dia dan dia tak patut buat macam tu.
Tit!
Tit!
Thanks...
– Zafran.
Dahi
Liya berkerut membaca mesej daripada Zafran. Kenapa nak cakap terima kasih?
Untuk
apa?
Merahsiakan
pasal mama aku dengan aku tadi.
Ohh...
aku mintak maaf.
Hmm...
aku nak tidur dulu. Assalamualaikum...
Waalaikumussalam...
Liya
menarik nafas. Dia kembali menghadap siling dan secara tiba-tiba muka Zafran
muncul di tengah-tengah siling. Tangannya diangkat tinggi untuk menyentuh muka
Zafran sebelum kembali dijatuhkan ke bawah.
“Aku
mintak maaf...” Ucapnya perlahan sebelum memejam matanya rapat-rapat.
8 comments:
sambung lg
terbaik lah!!!!
hehe..^^
so, this means asyraf n zeti couple??? ;)
best3... erm.. boleh la liya n zaf bersama erk, writer? huhu~~
-arisa-
chaiyok2! smbung g.. =]
Bessstt, sambung lg... Tp jgn lama lmbt sgt, tgh syok !!!
sian kat zafran...
zaf ada mak tiri eh?
http://liyazafrina.blogspot.com/2011/05/bertemu-cintaku-2.html
A'ah :)
ksiannyer zafran, ptutla die x byk ktawa..semua punca drpd rumah..
Post a Comment