Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Sedutan Bertemu Cintaku!



“Kata nak terus balik.” Liya mencebik sambil memandang ke arah Zafran dan Maya. Maya hanya tersengih manakala Zafran hanya diam. Dia memang tak bersalah dalam hal ini. Maya yang memaksa dia.
            “Ala kak Liya, sekejap je.”
            Liya menggeleng sambil berpeluk tubuh. Tak naklah buat macam  ni malam-malam buta macam ni!
            “Ala kak... sekejap je.” Pujuk Hannah sambil memegang lengan kakaknya. Liya menggigit bibir. Zafran dipandang sekali lagi dan eksperesi muka Zafran masih lagi sama macam tadi. Tak ada perasaan langsung.
            “Please kak...”
            Akhirnya Liya mengangguk. Susah betul bila hati lembut macam ais krim ni kan? Adakah ini berlaku kerana dia amat sukakan ais krim?
            “Nak suruh makan pun susah.” Ucap Zafran perlahan sambil berjalan dahulu di hadapan. Liya mencebik. Lidahnya dijelirkan ke arah Zafran. “Menyakitkan hati betul!” Gerutunya geram.
            “Aku dengar...”
            “Memang sengaja nak bagi kau dengar pun, MP!”
            Zafran akhirnya hanya mampu tergelak kecil. Rasa kelakar apabila Liya menyebut nama gelarannya. Tiba-tiba dia merasakan mereka masih lagi pelajar sekolah.
            “Tak waras gelak tiba-tiba.”
            “Don’t worry, MK. Aku masih waras.” Balas Zafran selamba. “I don’t think so.” Liya membalas balik. Maya dan Hannah menggeleng kepala. Malas nak melayan. Gaduh-gaduh sayang tu. Mulut kata benci tapi hati kata suka. Ingat kami ni tak tahu ke?
            “Nak makan apa?” Maya bertanya sambil melihat menu ditangannya. Satu persatu ditilik sebelum akhirnya dia memilih chicken chop. Hannah pula memilih fish and chips. Manakala Liya dan Zafran secara kebetulannya telah memilih nasi goreng paprika.
            “Sehati sejiwa kan?”
            Liya mencubit peha Hannah dari bawah meja. Mulut tu memang nak kena gam betullah. Tak ada maknanya nak sehati sejiwa.
            “Kalau sehati sejiwa pun kenapa? Tak boleh ke?” Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran. Sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu.
            “Siapa cakap tak boleh? Lagi suka adalah...”
            “Eloklah macam tu.” Sekali lagi mata Liya terbuntang luas. Oh tidak! Apa kena dengan Zafran ni?
            “Betul tak, sayang?” Zafran memandang Liya sambil tersenyum manis. Liya menelan air liur. Sayang? Boleh pengsan aku dibuatnya.
            “Shut up!”
            Zafran terus ketawa. “Main-main pun tak boleh.” Balasnya tenang sambil menghirup air jus oren yang baru sampai.
            Hannah dan Maya dah tersengih-sengih. “Comellah... Both of you patut kahwin.” Ucap Maya dan disokong oleh Hannah.
            “Shut up!” Kali ni Liya dan Zafran bersuara. “Konon suruh orang shut up tapi dalam hati dah suka kan? Admit it!” Balas Hannah bengang. Nak jugak menidakkan benda yang betul!
            “Can’t hear you.” Liya mengangkat tangan sambil menghirup airnya dan memandang ke arah lain. Langsung tak memandang ke arah Zafran yang turut menghirup airnya. Masing-masing mendiamkan diri.
            “Kenapa senyap je ni?”
            “Malas nak bercakap.” Ujar Zafran sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia mengerling ke arah Liya sekilas sebelum tersenyum sinis. Tiba-tiba rasa macam nak mengusik je lagi.
            Tit! Tit!
            Liya mengeluarkan telefon bimbitnya. Apabila melihat nama Zafran yang keluar, terus dia memandang Zafran. Bibirnya dicebikkan. Sibuk aje nak mesej orang!
            - Sayang... you marah I ke?
            Ya Allah! Rasa macam nak lempang Zafran laju-laju. Dia mengetap gigi. Kau memang nak kena dengan aku, Zafran Adha!
            + Marahlah sayang. You buat I sedih. L
            Liya tersenyum jahat dalam hati. Ingat kau sorang je boleh main-main? Ni Liyana Damia la. Tak gentar dengan usikan sayang tu. Please la!
            Zafran terkedu ketika membaca balasan mesej daripada Liya. Ingatkan tak berani nak balas.
            - Bila masa I buat you sedih, sayang? Jangan la macam ni. Dah tak comel sayang I ni. J
            Liya tersenyum sedikit. Dia mengalihkan pandangan ke arah Zafran yang menunduk memandang telefon bimbitnya. Kalau Hannah dan Maya nampak kami bergurau macam ni, confirm kena usiknya!
            + Kau jangan nak menggedik! Tak suka! I’m not your sayang.
            Butang send ditekan.
            Tiba-tiba Zafran terus ketawa. Dia memandang Liya yang turut menahan ketawa. “Kau yang menggedik!”
            “Tak ada maknanya. Kau tu...”
            “Apa korang ni?” Hannah menyampuk. Pelik sebab tiba-tiba kakak dengan abang ni boleh ketawa. Macam orang tak betul.
            “Nothing.” Jawab Zafran masih lagi tersenyum.
            “Biarlah rahsia...” Liya menjawab pulak dalam senyuman.
            “Kan dah kata yang korang ni sesuai. Patut kahwin je.” Ucap Maya sambil menggeleng kepala. Perangai pun dah sama! 

6 comments:

cik Q said...

Hahahahha ! Boleh pulak main balas mesej . Hehehhe . dua-dua sengal kawin je patut !

Anonymous said...

comela dyowg ni!!gado ta abis2..

fyda said...

sweetnye,,,

just KD said...

buat kite tersenyum jer..alahai,comei lar diorng tuh..

putriadhwanajmi said...

haha , sweetnyee <3

putriadhwanajmi said...

haha , sweetnyee