“Kata
nak terus balik.” Liya mencebik sambil memandang ke arah Zafran dan Maya. Maya
hanya tersengih manakala Zafran hanya diam. Dia memang tak bersalah dalam hal
ini. Maya yang memaksa dia.
“Ala kak Liya, sekejap je.”
Liya menggeleng sambil berpeluk
tubuh. Tak naklah buat macam ni
malam-malam buta macam ni!
“Ala kak... sekejap je.” Pujuk
Hannah sambil memegang lengan kakaknya. Liya menggigit bibir. Zafran dipandang
sekali lagi dan eksperesi muka Zafran masih lagi sama macam tadi. Tak ada
perasaan langsung.
“Please kak...”
Akhirnya Liya mengangguk. Susah
betul bila hati lembut macam ais krim ni kan? Adakah ini berlaku kerana dia
amat sukakan ais krim?
“Nak suruh makan pun susah.” Ucap
Zafran perlahan sambil berjalan dahulu di hadapan. Liya mencebik. Lidahnya
dijelirkan ke arah Zafran. “Menyakitkan hati betul!” Gerutunya geram.
“Aku dengar...”
“Memang sengaja nak bagi kau dengar
pun, MP!”
Zafran akhirnya hanya mampu tergelak
kecil. Rasa kelakar apabila Liya menyebut nama gelarannya. Tiba-tiba dia
merasakan mereka masih lagi pelajar sekolah.
“Tak waras gelak tiba-tiba.”
“Don’t worry, MK. Aku masih waras.”
Balas Zafran selamba. “I don’t think so.” Liya membalas balik. Maya dan Hannah
menggeleng kepala. Malas nak melayan. Gaduh-gaduh sayang tu. Mulut kata benci
tapi hati kata suka. Ingat kami ni tak tahu ke?
“Nak makan apa?” Maya bertanya
sambil melihat menu ditangannya. Satu persatu ditilik sebelum akhirnya dia
memilih chicken chop. Hannah pula memilih fish and chips. Manakala Liya dan
Zafran secara kebetulannya telah memilih nasi goreng paprika.
“Sehati sejiwa kan?”
Liya mencubit peha Hannah dari bawah
meja. Mulut tu memang nak kena gam betullah. Tak ada maknanya nak sehati
sejiwa.
“Kalau sehati sejiwa pun kenapa? Tak
boleh ke?” Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran. Sedikit terkejut
dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu.
“Siapa cakap tak boleh? Lagi suka
adalah...”
“Eloklah macam tu.” Sekali lagi mata
Liya terbuntang luas. Oh tidak! Apa kena dengan Zafran ni?
“Betul tak, sayang?” Zafran
memandang Liya sambil tersenyum manis. Liya menelan air liur. Sayang? Boleh
pengsan aku dibuatnya.
“Shut up!”
Zafran terus ketawa. “Main-main pun
tak boleh.” Balasnya tenang sambil menghirup air jus oren yang baru sampai.
Hannah dan Maya dah
tersengih-sengih. “Comellah... Both of you patut kahwin.” Ucap Maya dan disokong
oleh Hannah.
“Shut up!” Kali ni Liya dan Zafran
bersuara. “Konon suruh orang shut up tapi dalam hati dah suka kan? Admit it!”
Balas Hannah bengang. Nak jugak menidakkan benda yang betul!
“Can’t hear you.” Liya mengangkat
tangan sambil menghirup airnya dan memandang ke arah lain. Langsung tak
memandang ke arah Zafran yang turut menghirup airnya. Masing-masing mendiamkan
diri.
“Kenapa senyap je ni?”
“Malas nak bercakap.” Ujar Zafran
sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia mengerling
ke arah Liya sekilas sebelum tersenyum sinis. Tiba-tiba rasa macam nak mengusik
je lagi.
Tit! Tit!
Liya mengeluarkan telefon bimbitnya.
Apabila melihat nama Zafran yang keluar, terus dia memandang Zafran. Bibirnya
dicebikkan. Sibuk aje nak mesej orang!
- Sayang... you marah I ke?
Ya Allah! Rasa macam nak lempang
Zafran laju-laju. Dia mengetap gigi. Kau memang nak kena dengan aku, Zafran
Adha!
+ Marahlah sayang. You buat I sedih.
L
Liya tersenyum jahat dalam hati.
Ingat kau sorang je boleh main-main? Ni Liyana Damia la. Tak gentar dengan
usikan sayang tu. Please la!
Zafran terkedu ketika membaca
balasan mesej daripada Liya. Ingatkan tak berani nak balas.
- Bila masa I buat you sedih,
sayang? Jangan la macam ni. Dah tak comel sayang I ni. J
Liya tersenyum sedikit. Dia
mengalihkan pandangan ke arah Zafran yang menunduk memandang telefon bimbitnya.
Kalau Hannah dan Maya nampak kami bergurau macam ni, confirm kena usiknya!
+ Kau jangan nak menggedik! Tak
suka! I’m not your sayang.
Butang send ditekan.
Tiba-tiba Zafran terus ketawa. Dia
memandang Liya yang turut menahan ketawa. “Kau yang menggedik!”
“Tak ada maknanya. Kau tu...”
“Apa korang ni?” Hannah menyampuk.
Pelik sebab tiba-tiba kakak dengan abang ni boleh ketawa. Macam orang tak betul.
“Nothing.” Jawab Zafran masih lagi
tersenyum.
“Biarlah rahsia...” Liya menjawab
pulak dalam senyuman.
“Kan dah kata yang korang ni sesuai.
Patut kahwin je.” Ucap Maya sambil menggeleng kepala. Perangai pun dah sama!
6 comments:
Hahahahha ! Boleh pulak main balas mesej . Hehehhe . dua-dua sengal kawin je patut !
comela dyowg ni!!gado ta abis2..
sweetnye,,,
buat kite tersenyum jer..alahai,comei lar diorng tuh..
haha , sweetnyee <3
haha , sweetnyee
Post a Comment