Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cinta 13


BAB 13
            “Minggu depan kamu semua ada kem dekat Resort Chempaka.” Kata Puan Ziana yang sedang mengemas alat tulisnya sambil memandang setiap seorang pelajar kelasnya. Kemudian, dia menghulurkan borang kebenaran kepada Muslim dan meminta Muslim supaya menyerahkannya kepada semua pelajar selepas ini.
            “Berapa hari cikgu?” Soal Haikal.
            “4 hari 3 malam...”
            “Kem untuk semua subjek ke cikgu?” Tanya Zafran pula.
            Puan Ziana mengangguk. “Nanti jangan lupa bawak buku nota. Jangan bawak badan je masuk dalam dewan.” Puan Ziana memandang ke arah Haikal. “Terutama sekali kamu, Haikal.”
            Haikal tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya. “Baik cikgu.”
            “Bawak handphone boleh tak, cikgu?” Taufiq menyoal pula. Puan Ziana mengangguk lagi. “Kalau tak bagi pun, mesti kamu bawak jugak.”
            “Kelas lain join tak cikgu?”
            “Kelas kamu dengan 5 Al-Razi je kalau tak silap cikgu. Yang lain belum lagi.”
            Zafran berpaling ke arah Liya sebelum mengetuk mejanya untuk memanggil Liya. “Jangan nak tersengih macam orang tak betul.”
            “Aku mana ada tersengih pun! Sibuk!” Liya menjelir lidah.
            “Orang perempuan memang macam ni ke?” Zafran menyoal dengan dahi yang berkerut.
            “Maksud kau?”
            “Kalau sukakan seseorang tu, dia akan jadi macam kau sekarang ni.” Zafran berkata sambil memandang ke arah Liya dengan pandangan pelik. Dia memang pelik dengan kaum yang bergelar hawa ini.
            “Aku mana ada suka sesiapa pun. Asyraf kan dah ada makwe. Lagipun, orang lelaki takkan faham perasaan orang perempuan..”
            “Dan orang perempuan takkan faham perasaan orang lelaki.” Zafran membalas perlahan.
Indeed...” Sokong Liya. Kenapa dia sokong? Sebab dia memang tak faham perasaan Zafran. Jadi kenyataan memang betul bagi dirinya yang langsung tak boleh nak memahami hati lelaki bernama Zafran Adha ini!
“Aku nak mintak maaf sebab aku tak sangka yang Asyraf dah ada makwe...”
Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran sebelum tersenyum kecil. “Tak apalah. Bukan salah kau... Kau mesti sedih kan sebab Zeti yang jadi makwe dia.”
“Zeti dan aku hanya kawan semata-mata la.” Zafran berhenti seketika. “...lelaki banyak lagi kat luar sana.”
Liya angguk kepala. Dia tahu Zafran tengah cuba menenangkan hati dia sekarang ni. Sama macam hari tu.
Thanks Zaf...
“Hmm...”
***
“Penatnya nak kemas beg nak pergi kem esok!!!” Liya merungut seorang diri sambil berjalan ke arah kelas. Dekat sekolah lama dia, jarang ada kem tau. Kalau ada pun, kem yang tak payah nak tidur kat sana dan dibuat untuk separuh hari saja.
“Mama buat apa kat sini?!”
Liya berhenti melangkah. Rasanya tadi dia dengar suara Zafran menjerit. Terus dia melangkah ke arah belakang bangunan sebelum bersembunyi sedikit. Dia dapat melihat Zafran sedang berbual-bual dengan seorang wanita.
“Mama datang nak jumpa Zaf. Dekat rumah, Zaf tak nak jumpa mama. Sebab tu mama datang sini. Papa yang cakap elok kalau mama datang waktu rehat.”
“Tapi Zaf tak nak jumpa mama!”
Liya tersentak. Walaupun Zafran selalu marah dia tapi dia tak pernah tengok Zafran marah sampai macam tu. Muka dia nampak tegang. Tapi tu kan mama dia? Kenapa nak marah sampai macam tu sekali?
“Zaf... maafkan mama.”
Zafran menggeleng. “Mama tinggalkan Zaf, Maya, Kak Shakirah dengan papa. Sanggup mama nak bercerai dengan papa! Mama tahu tak papa menderita! Mama tahu tak betapa papa sedih! Mama tak tahu sebab mama tak tengok papa macam mana! Kami yang tengok dia menderita! Mama... mama...” Dia mengetap giginya sebelum berlalu pergi dari situ meninggalkan mamanya di situ seorang diri.  Tak mampu lagi untuk bercakap apa-apa. Terasa seperti hatinya disiat-siat.
Liya bagaikan patung apabila dia langsung tidak bersembunyi walaupun Zafran semakin menghampiri tempat persembunyiannya. Adakah selama ini Zafran jarang senyum sebab dia sedih dengan mama dia?
Zafran berhenti melangkah apabila melihat Liya yang berdiri tegak di hadapannya. Mukanya yang tegang berubah riak dan apabila dia melihat Liya ingin membuka mulut, terus dia berlalu pergi. Dia yakin dan pasti yang Liya dah dengar semua benda yang dia cakap tadi.
“Zaf...”
Dia berhenti melangkah.
“Aku janji tak bagitahu siapa-siapa pasal ni.” Liya berkata dengan perlahan sebelum berlari kembali ke kelas. Zafran yang mendengar menarik nafas dalam-dalam sebelum memalingkan kepalanya memandang Liya yang semakin menjauh.
***
Liya memandang lama kipas siling yang sedang berpusing ligat sekarang ni. Sejak dari tadi jugak, dia asyik memikirkan pasal Zafran. Dia dapat melihat kesedihan yang terpancar dekat mata Zafran apabila dia meluahkan perasaan geram pada mamanya tadi. Dan yang paling buat dia serba tak kena apabila dia dapat melihat air mata yang bergenang di tubir mata Zafran. Terasa seolah-olah dia pun nak menangis sekali.
Patutlah Zafran macam termenung je masa dia cakap pasal keluarga dia hari tu. Rupanya Zafran memendam perasaan. Liya menghela nafas. Dia mencapai telefon bimbitnya. Teringin nak hantar mesej dekat Zafran tapi dia takut. Takut dengan apa yang bakal Zafran cakap. Zafran berhak memaki hamun dia sebab mencuri dengar tadi. Dia tahu itu salah dia dan dia tak patut buat macam tu.
Tit! Tit!
Thanks... – Zafran.
Dahi Liya berkerut membaca mesej daripada Zafran. Kenapa nak cakap terima kasih?
Untuk apa?
Merahsiakan pasal mama aku dengan aku tadi.
Ohh... aku mintak  maaf.
Hmm... aku nak tidur dulu. Assalamualaikum...
Waalaikumussalam...
Liya menarik nafas. Dia kembali menghadap siling dan secara tiba-tiba muka Zafran muncul di tengah-tengah siling. Tangannya diangkat tinggi untuk menyentuh muka Zafran sebelum kembali dijatuhkan ke bawah.
“Aku mintak maaf...” Ucapnya perlahan sebelum memejam matanya rapat-rapat.

8 comments:

ieda ismail said...

sambung lg

Anonymous said...

terbaik lah!!!!
hehe..^^

so, this means asyraf n zeti couple??? ;)
best3... erm.. boleh la liya n zaf bersama erk, writer? huhu~~

-arisa-

Nina Zizan said...

chaiyok2! smbung g.. =]

Anonymous said...

Bessstt, sambung lg... Tp jgn lama lmbt sgt, tgh syok !!!

Unknown said...

sian kat zafran...

Deleted said...

zaf ada mak tiri eh?
http://liyazafrina.blogspot.com/2011/05/bertemu-cintaku-2.html

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

A'ah :)

Makanan Kesihatan said...

ksiannyer zafran, ptutla die x byk ktawa..semua punca drpd rumah..