Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 15

BAB 15

“Batu tu memang macam bentuk penyu kan?” Liya bertanya kepada Tinah ketika mereka semua dalam perjalanan untuk menuruni Bukit Penyu. Kebetulan, mereka merupakan kumpulan di belakang sekali dan Zafran telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar yang lain di belakang.

“A’ah. Aku excited gila masa first time tengok batu tu.” Tinah berpaling ke arah Zafran. “Dulu kita pergi sini masa kem pengawas Form 3 kan?”

“A’ah...” Zafran menjawab perlahan.

“Aku pun excited bila tengok batu tu!”

Liya tersenyum gembira. Dia memandang ke arah Zafran yang berjalan tidak jauh dari dia, Nahi dan Tinah.

“Korang jalan dulu ye. Aku jalan dengan Zaf.”

Tinah dan Nahi mengangguk serentak dan Liya mula memperlahankan langkahnya. Dia tersenyum ke arah Zafran yang memandang pelik ke arahnya sebelum mereka mula berjalan bersebelahan.

“Kau dah okey?”

“Okey je.”

Sebaik saja mendengar jawapan “okey” dari mulut Zafran, Liya terus mendiamkan diri. Dia sibuk memerhati keadaan sekelilingnya yang dipenuhi tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang tinggi. Tinah dan Nahi dah jauh ke hadapan. Sekarang ni tinggal dia dan Zafran di belakang.

“Cantiknya burung tu!!!”

Liya teruja apabila melihat seekor burung terbang di atas kepala mereka sebelum melompat-lompat kecil. Zafran hanya memandang tingkah laku Liya yang sebijik macam budak kecil sambil menggeleng kepala. Matanya bergerak merenung ke arah bawah.

“Aku nak sentuh bu.... Arghhh!!!”

“Liyaaa!” Jerit Zafran lantang.

***

“Kau boleh jalan ke tak ni?” Soal Zafran sambil membantu Liya duduk di atas batu besar. Liya hanya menggeleng sambil menahan rasa sakit di kakinya. Nasib baik Zafran ada tadi, kalau tak... tak sanggup dia membayangkan apa yang akan terjadi.

Zafran mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Terus dia mendail nombor telefon bimbit Haikal dan ketika Haikal baru ingin menjawab, tiba-tiba telefon bimbitnya terus malap.

“Haih!” Zafran merengus geram sambil mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya. Masa kritikal pulalah, bateri nak habis!

“Bak handphone kau.”

Liya menghulur telefon bimbitnya kepada Zafran dengan muka yang berkerut-kerut menahan sakit.

“Hello Haikal, ni Zaf! Bagitahu cikgu, aku dengan Liya tersesat dekat atas ni. Tadi Liya terjatuh.” Ucap Zafran sebaik saja Haikal mengangkat telefon. Liya hanya memerhati Zafran yang mengangguk kecil sebelum telefon bimbit dihulurkan kembali kepadanya.

“Nanti diorang naik.”

Zafran mula bersila di hadapan Liya. Dikerlingnya ke arah kaki Liya yang sudah membengkak.

“Sakit sangat ke?”

“Sakit...”

“Kau bawak sapu tangan tak?” Tanya Zafran. Liya mengangguk sebelum mengeluarkan sapu tangannya dari dalam poket seluar dan diberikan kepada Zafran.

“Biar aku urut sikit.” Teragak-agak untuk Zafran mengurut kaki Liya walaupun menggunakan sapu tangan sebagai alas. Sesekali Liya mengaduh kecil apabila secara tidak sengaja, Zafran terpicit kuat di bahagian kakinya yang bengkak.

“Lain kali jangan leka. Tahulah burung tadi comel tapi janganlah sampai kau tak nampak gaung. Nasib baik aku ada dekat dengan kau tadi.” Zafran berkata sebelum bangkit dari duduknya. Jam tangan dilihat sekali lagi. Lambatnya Haikal ni!

“Zaf, thanks...” Ucap Liya lembut dan hampir mengejutkan Zafran yang masih lagi berdiri sambil bercekak pinggang menanti Haikal.

“Kalau kau takde tadi, aku tak tahu apa jadi. Lagi satu, aku nak mintak maaf.”

Zafran melurut rambutnya ke belakang. Dia menghalakan pandangannya ke arah Liya yang masih mengurut kakinya yang semakin membengkak. “Jangan fikir dah pasal benda ni.”

“Zaf, Liya!!!” Zafran menoleh ke belakang sebelum tersenyum lega sebaik saja melihat Haikal, Taufiq, Nahi dan Fatinah berlari mendapatkan mereka. Encik Azhar dan Cik Marina segera mendapatkan Liya sebelum memeriksa kakinya.

Fatinah dan Nahi memeluk bahu Liya untuk membantu dia berdiri. Perlahan-lahan mereka berjalan menuruni Bukit Penyu dan Zafran hanya memerhati Liya. Tanpa dia sedar, perlahan-lahan dia menarik nafas lega.

***

Zeti mengurut sedikit kaki Liya menggunakan minyak urut yang dibawanya dari rumah. Zafran dan Asyraf bersama-sama Nahi, Tinah, Haikal serta Taufiq turut berada di dalam bilik mereka berdua. Cikgu Marina dan Cikgu Azhar baru aje keluar tadi.

“Sakit lagi?” Tanya Zeti lembut. Liya tersenyum sambil menggeleng. Sekarang ni, dia tahulah kenapa Asyraf sukakan Zeti. Dahlah cantik, baik pulak tu...

Zafran duduk di hujung katil sambil memandang ke arah Liya dengan pandangan mata yang tajam. “Esok, kau tak payah join kami semua. Duduk je rehat dalam bilik.”

“Mana boleh! Esok ada banyak game best!”

“Kaki sakit pun nak main game lagi ke?!” Marah Zafran. Susah kalau cakap dengan orang degil ni. Nak ikut kepala dia aje.

“Ala...”

“Tak payah nak ngada-ngada. Kalau kaki kau makin bengkak, lagi susah nanti. Rehat jelah dalam bilik. Okey?”

Liya menarik nafas sebelum mengangguk kecil.

“Bagus!”

“Ehem ehem...” Tiba-tiba mereka berdua mendengar ada yang berdehem kuat. Zafran mengalihkan pandangannya ke arah Haikal dan Taufiq yang tersengih. Nahi dan Tinah pulak ketawa kecil. Asyraf dan Zeti hanya tersenyum.

“Abang Zafran risau pasal Adik Liya ye... Ololo, comelnya!” Usik Haikal.

“Kesian Adik Liya kan, Abang Zaf...” Usik Taufiq pulak sambil ketawa.

Liya mengetap gigi. “Aku karate karang sorang-sorang!” Dia mengangkat sedikit kakinya yang bengkak tadi ke arah Haikal dan Taufiq yang tak habis-habis ketawa.

“Kaki kau tu sakit. Tak payahlah nak angkat kaki tu.” Zafran menegur Liya. Kemudian dia memandang ke arah Haikal dan Taufiq. Dia mengukir senyuman jahat sebelum bangkit dari duduknya. Haikal dan Taufiq yang tahu apa yang Zafran bakal lakukan, segera berlari keluar dari bilik Liya.

“Woi, tunggu!!! Siaplah korang!!!”

p/s; Sorry sangat2 sebab biarkan blog tak berupdate. Enjoy! :D

7 comments:

Nur Alia said...

lepas sudah rindu dekat zafran and liya :) :) keep it up sis

afiqah airil said...

alololo..baiknya zaf. ;)
so sweet. suka suka.

cik Q said...

atototoot,sweetnya Zaf . Nampak sangat suka LIyaaa <3

canim said...

so sweet.... sbagus zaf ni...nak urut siap berlapik lg....
.bila ye dia org ni couple?....dah dibukukn ke?

canim said...

so sweet ...bagus ye zaf ,,,berlapik tu masa nk urut kaki liya...so caring....lama lg ke dia org bercouple ni? cite ni dah dibukukn ke?

Anonymous said...

sweetnye....nampak sgt zaf caring psl liya...bila ye dia org nk bercouple ni....nak tnye cite ni dah dibukukn ke?klu dah terbitan mne ye?

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Sy tgh siapkan manuskrip. InsyaAllah kalau diterima, dptlah jd buku. Doakan tau :D