Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 16



BAB 16
            “Keseronokan aku di kem telah dimusnahkan oleh Zafran.” Ujar Liya ketika Zeti masuk ke dalam bilik selepas habis aktiviti untuk petang itu. Sejak semalam sampailah hari ini, dia hanya duduk terperap dalam bilik sambil merenung siling. Sangat membosankan dan sangat menyakitkan hati.
            Zeti hanya ketawa kecil sebelum duduk di hujung katil Liya. Dia menyentuh kaki Liya yang berbalut.
            “Kaki kau dah okey?”
            “Okeylah sikit. Dah kurang dah bengkak dia.”         
            “Nanti aku pujuk Zaf ye. Boleh kau join aktiviti malam ni. Malam ni ada barbeque tau.”
            “Nak nak! Kau pujuk dia ye... Kesian aku duduk sorang-sorang dalam bilik ni.” Liya memandang Zeti dengan mata yang bercahaya. Bestnya ada barbeque!
            “Tunggu kejap ye. Aku mesej dia...”
            Liya mengangguk laju. Dia hanya mendiamkan diri semasa Zeti menghantar mesej kepada Zafran. Dalam hati, punyalah dia berdoa supaya Zafran memberikan jawapan “Boleh” kepada Zeti.
            Tit! Tit!
            Telefon bimbit Liya berbunyi. Segera dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal.
            Kaki kau dah okey ke? Sure ke nak pergi barbeque tu? – Zafran
            “Eh, Zafran mesej akulah!”
            “Dia tanya kau betul-betul sure ke nak pergi?” Tanya Zeti.
            Liya mengangguk sambil tangannya pantas menaip mesej balasan untuk Zafran.
            Dah! Pleaseeee... aku nak join barbeque jugak! L
            Fine! Pukul 8.30.
            “Yeay!!! Zaf bagi aku pergi!” Liya menjerit kegembiraan sambil memegang tangan Zeti. Zeti hanya tergelak kecil. Suka sangat! “Nanti bolehlah kita bersiap-siap. Pukul 8.30 kan?”
            “A’ah. Pukul 8.30. Kena pakai baju apa ye?”
            “Pakai baju t-shirt je dengan seluar track.”
            “Ohh... okey.” Liya mengangguk tanda faham. Zeti bangun lalu mencapai tualanya. “Aku nak mandi dulu. Kalau handphone aku berbunyi, tolong angkat ye. Cakap aku ada dekat bilik air.”
            “Okey.” Liya kembali membaringkan tubuh badannya di atas katil. Kemudian, dia berpaling ke arah katil Zeti. Ikutkan hati, dia memang teringin jugak nak tanya apa hubungan Zeti dan Asyraf tapi apabila dia sedar bahawa dia tak sepatutnya menyibuk pasal hal orang sama macam Zafran cakap, dipendamkan saja.
            Easy come, easy go,
            That is just how you live,
            Dia berpaling ke arah meja kecil yang berada di tengah-tengah katil mereka. Diambilnya telefon bimbit Zeti lalu dibacanya nama yang menelefon.
            ‘Kesayangan...’
            Liya  menelan liur. Asyraf ke yang telefon? Nak angkat ke tak? Tapi Zeti suruh angkat.
            Dengan hati yang gementar, dia menekan butang hijau sebelum dilekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.
            “Hello Zeti.”
            Liya tergamam. Ni bukan suara Asyraf! “Maaf, saya bukan Zeti tapi kawan dia. Dia dalam bilik air.” Balas Liya sambil menahan debarannya sebaik saja mendengar suara yang bukan milik Asyraf.
            “Ohh... Liya ke?”
            Sekali lagi Liya tergamam. Macam mana dia tahu nama aku ni?
            “A’ah. Awak ni siapa?”
            “Saya Ikhwan. Awak mungkin tak kenal saya sebab saya tak berapa nak menonjol macam Zeti dan Zafran. But I’m one of the prefects.”
            Liya mengangguk kecil. Tiba-tiba cakap pasal menonjol atau tak. Ada ke aku tanya?
 “Ohh... Nanti bila Zeti dah keluar dari bilik air, saya bagitahu dia awak telefon ye.”
            “Okey, thanks. Assalamualaikum...”
            “Waalaikumussalam...”
            Terus dia menekan butang merah sebelum menarik nafas dalam. Ikhwan... okey, memang langsung tak pernah dengar nama dia jadi betullah dia tu tak menonjol. Kalau Ikhwan ni ‘Kesayangan’ Zeti, maknanya Asyraf bukan ‘Kesayangan’ dia la? Macam tu ke? Liya mengurut pelipisnya. Dia memang suka memeningkan kepala sendiri!
            “Ada orang call aku?” Zeti yang baru keluar dari bilik air bertanya sambil mengelap rambutnya. Liya mengangguk sambil menghulurkan telefon bimbit di tangannya kepada Zeti.
            “Ikhwan call.”
            Terus Zeti mengukir senyuman. Dari senyuman itu, Liya sudah dapat mengagak sesuatu. Senyuman tu bukan senyuman yang biasa. Senyuman itu adalah senyuman yang sering dia ukirkan setiap kali bertemu dengan Asyraf.
            “Kau suka dia?” Tanya Liya tanpa berselindung. Lama dia menunggu jawapan Zeti yang seperti terkejut dengan pertanyaannya.
            Zeti menarik nafas panjang. “Aku suka dia tapi dia tak tahu. Aku saja letak ‘Sayang’ untuk save nama dia.” Kemudian, Zeti duduk di atas katil sambil memandang Liya. “Aku ni pathetic kan? Aku tak rasa dia suka aku sama macam aku suka dia.”
            “Dia kata dia pengawas jugak.”
            “A’ah... Dia salah seorang daripada Biro. Jadi, dia selalu jugak contact aku pasal hal pengawas ni.”
            “Dia ada datang kem ni?”
            Zeti menggeleng. “Dia kelas lain. Dia tak ambik Sains Tulen.”
            “Ohh...” Lagi satu faktor kenapa dia tak kenal Ikhwan. Memang agak jarang dia berjumpa dengan pelajar dari kelas lain. Liya menarik nafas. Mungkin sekarang ni, masa yang sesuai dia bertanya soal Asyraf.
            “Masa hari tu, aku ada nampak kau keluar dengan Asyraf.”
            “Hari Sabtu tu ke?”
            Liya mengangguk.
            “Kami pergi beli barang kelas dengan pergi makan sekali. Yang lain pun ada jugak cuma masa tu diorang ada dekat dalam lagi. Kami berdua je yang dah keluar dulu...” Balas Zeti sambil tersenyum. “Aku pun nampak kau dengan Zaf tengah makan kat KFC. Ada apa-apa ke?”
            Uhuk! Uhuk!
            Liya terbatuk sambil mengurut dadanya. Cepat-cepat dia menggeleng. “Aku dengan Zaf kawan. Kawan biasa.” Zeti tayang muka kurang percaya. “Nampak macam kawan luar biasa.”
            Liya ketawa. “Luar biasa? Luar biasalah sangat...”
            “Dia berubah bila dia ada dekat dengan kau. Perangai dia berubah...”
            “Makin teruk kan?”
            Zeti menggeleng. “Makin baik. Dia risau pasal kau.”
            “Memang orang selalu risau dekat aku sebab aku memang selalu buat orang risau dengan perangai aku.” Balas Liya selamba.
            “It’s different, Liya...
            “Nothing is different, Zeti... “
            Zeti hanya mampu menarik nafas. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Apa saja yang dia cakap, mesti dibangkang oleh Liya. Langkah yang terbaik hanyalah diam.
            ***
            Sejak dari tadi Liya hanya memandang pinggan kertasnya yang berisi ayam, jagung dan jugak sosej yang sudah siap dibakar. Semua ini diberikan oleh Asyraf kepadanya yang asyik duduk sorang-sorang dekat sini. Liya mencari kelibat Asyraf di tempat memanggang sebelum mengukir senyuman apabila melihat Asyraf yang sedang sibuk membakar jagung.
            “Tengok hak milik orang?”
            Liya berpaling ke sebelah kanannya. Zafran sedang memandang ke arah yang sama sebelum memandang mukanya.
            “Dia bukan hak milik siapa-siapa.”
            “Zeti?”
            Liya tersenyum. “Zeti takde apa-apa dengan dia pun. Tadi Zeti cakap kat aku, dia suka kat orang lainlah. Dia dengan Asyraf kawan semata-mata.”
            “Kau masih menaruh harapan la kiranya sekarang ni?”
            “Tak.” Balas Liya tenang. Memang betul dia tak menaruh harapan lagi sekarang ini kerana dia tahu sesuatu mengenai Asyraf dan Zeti. Sesuatu yang Asyraf rahsiakan daripada pengetahuan sesiapa dan dia dapat mengetahuinya. Rahsia mengenai hati dan perasaan. Mungkin hanya dia yang tahu pasal benda ni.
            “Hmm...”
            Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran yang sedang menyuap sosej ke dalam mulutnya. “Kau pelik.”
            Spontan Zafran berpaling ke arah Liya sebaik saja mendengar perkataan pelik yang keluar dari bibir Liya. “Meaning?
            “Entah. Aku bosan...”
            “Kau yang pelik sebenarnya. Bukan aku...”
            Liya ketawa sambil mengangguk. Memang betul dia yang pelik sekarang ni.
            “Nah!” Haikal yang muncul secara tiba-tiba menghulurkan sebuah gitar kepada Zafran yang sedang meneguk air. Kemudian, Haikal melangkah ke arah Liya sebelum menyuruh Liya supaya bangkit.
            “Kenapa?”
            “Bangun jelah dulu.”
            “Yelah...” Liya bangkit dari duduknya. Dia hanya mendiamkan diri apabila Haikal menarik kerusinya dekat dengan kerusi Zafran yang sedang memegang gitar menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya pula memegang pinggan kertas.
            “Kami semua setuju nak suruh kau nyanyi dengan Zaf.” Ucap Taufiq sambil tersengih. Haikal mengangguk dan diikuti oleh yang lain.
            “Mana boleh!” Jerit Liya dan Zafran serentak.
            “Boleh! Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!”
            Liya menggaru kepalanya sebelum mengerling ke arah Zafran. Nak buat apa ni? Nak lari masuk bilik la.
            “Kau nak nyanyi lagu apa?” Liya tersentak apabila mendengar pertanyaan Zafran. “Kau biar betul?” Soal Liya terkejut. Zafran memandang Liya sebelum mengangguk dengan muka yang serius.
            “Err... aku tak tahu nak pilih lagu apa.”
            “Liya, bukan ke kau suka lagu Lucky?” Sampuk Nahi tiba-tiba sambil tersengih. “Nyanyi lagu tulah. Boleh duet dengan Zaf.” Ujar Tinah pulak sambil mengenyit mata.
            “Nyanyi lagu tu. Aku tahu lagu tu.”
            “Tapi...” Liya berhenti bercakap apabila melihat pandangan mata Zafran yang seolah-olah meminta dia memberi kerjasama. Liya menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk. Dia menyerahkan pinggan kertasnya kepada Tinah lalu mula duduk di sebelah Zafran. Pelajar-pelajar yang lain mula duduk mengelilingi mereka semua.
            “Do you hear me? I'm talking to you. Across the water across the deep blue ocean. Under the open sky, oh my, baby I'm trying.” Zafran memulakan nyanyiannya diiringi dengan bunyi petikan gitar.
            “Boy I hear you in my dreams. I feel your whisper across the sea. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard...” Liya mengerling ke arah Zafran yang asyik memetik gitar. Tak sangka Zafran pandai main gitar rupanya.
            “I'm lucky I'm in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Ooh ooh ooh...”
            Kali ni Zafran mengangkat mukanya untuk memandang Liya. Dia tersenyum sedikit sebelum kembali tunduk.
            “They don't know how long it takes. Waiting for a love like this. Every time we say goodbye. I wish we had one more kiss. I'll wait for you I promise you, I will”
            “I'm lucky I'm in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. I'm lucky we're in love in every way. Lucky to have stayed where we have stayed. Lucky to be coming home someday. Ooh ooh ooh…Ooh ooh ooh, ooh...” Liya dan Zafran menamatkan nyanyian seiring dengan bunyi gitar Zafran. Haikal mula menepuk tangannya kuat diikuti oleh yang lain-lain.
            “Bravo!”
            Zafran memberikan balik gitar tadi kepada Haikal sebelum melurut rambutnya ke belakang. Liya pulak dah tak tahu nak buat apa setakat senyum aje dari tadi. Dia mengerling ke arah Zafran sebelum menghembus nafasnya kuat.
            “Suara kau sumbang...” Ucap Zafran tiba-tiba sebelum bangkit dari duduknya dan menuju ke arah tempat memanggang. Liya tercengang sebelum menggigit bibirnya. “Suka sangat nak menyakitkan hati aku!”
            “Sedap suara awak dengan Zaf tadi.” Ujar Asyraf di belakang Liya. Liya memalingkan kepalanya ke belakang sebelum tersenyum. “Thanks.”
            “You’re welcome. Sesuai betul tengok awak dengan Zaf tadi.”
            Liya tersenyum sumbing. Sesuai apa kebendanya? “Tak kot.” Dia berdehem sedikit. “Saya tahu awak suka Zeti...” Liya memandang ke arah Asyraf yang kelihatan kaget.
            “Awak tahu?”
            Liya mengangguk. “Baru tadi saya tahu.”
            “Macam mana?”
            “The way you look at her. Agak berbeza daripada cara awak pandang orang lain. Saya tak reti nak terangkan tapi saya tahu.” Ucap Liya sambil meneguk air. Dia mengerling ke arah Asyraf yang terdiam. Mungkin terkejut dengan kata-katanya ataupun mungkin kerana semuanya tak benar.
            “You’re right. Yang sadisnya, dia tak suka saya. Dia suka Ikhwan.” Balas Asyraf sambil menunduk kepalanya. “Saya faham apa yang awak rasa...” Liya berkata perlahan.
            “Benda tu normal, saya rasalah... Menyukai seseorang yang tak menyukai kita. Betul tak?”
            Asyraf mengangguk. “I guess so. Tapi sedih kan? Menyakitkan mungkin...”
            “Yup. Memang menyakitkan...” Liya mengalihkan pandangannya ke arah Asyraf. “Jangan putus asa, Asyraf.”
            “Kalaulah benda tu mudah macam ABC...”
            “Kalau awak give up sekarang, awak buat benda tu lebih susah macam berenang dalam air.”
            “Tapi saya reti berenang.”
            Liya menepuk dahinya. “Itu cuma perumpamaan la. Lagipun, saya tak reti berenang.”
            Asyraf ketawa. “Sorry.” Liya menggelengkan kepalanya. “Nevermind...”
            “Patutlah Zaf suka cakap dengan awak.” Ucap Asyraf sambil merenung ke arah langit yang dipenuhi bintang. Liya terus ketawa. “Dia suka bergaduh dengan saya, itu maksud sebenar awak kan?”
            “Tak. Dia memang suka cakap dengan awak.”
            “Awak sama macam Zeti. Dia cakap perangai Zaf berubah sejak saya datang.” Balas Liya acuh tak acuh.
            “Saya suka awak cakap saya sama macam Zeti. I’m honoured...
            Liya tersenyum. “Perasan.”
            “Awak dengan dia bergaduh macam anjing dan kucing tapi sebenarnya awak dengan dia bagai isi dengan kuku.” Asyraf menuturkannya sambil menghirup airnya.
            “Hmm...” Gumam Liya perlahan. Selepas itu, mereka berdua diam sambil merenung ke arah langit.
            ***
            Hari ni mereka semua dah balik. Liya mengeluh lemah. Disebabkan Zafran, dia tak dapat nak ikut apa-apa aktiviti. Kejam betul mamat perasan tu! Dia memandang ke arah resort tempat mereka semua menginap.
Peristiwa yang berlaku semalam membuatkan bibirnya mula mengorak senyuman. Dia lega sangat-sangat sekarang ni. Hati dia rasa tenang selepas dah mendengar Asyraf meluahkan perasaannya mengenai Zeti dan sekarang ni perasaan dia terhadap Asyraf jugak sudah berubah. Mungkin sebab dia cuma CRUSH. Orang cakap “Liking someone doesn’t mean that you have to be lovers, sometimes you just have to be friends.” Ataupun sebenarnya, orang itu lebih spesifik kepada Zafran. Zafran yang cakap benda ni masa Abang Rafeeq dah datang dekat Jusco hari tu.
Thanks for yesterday.” Ucap Asyraf ketika mereka sama-sama menunggu bas untuk datang menjemput mereka di sini. “My pleasure.” Balas Liya tersenyum.
“Saya akan cuba.”
Liya mengangguk. “Baguslah.”
“Awak pun kena berusaha jugak.”
“Huh?” Dahi Liya berkerut. Dia nak berusaha untuk apa? Asyraf tak menjawab sebaliknya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran yang sedang berbual-bual dengan Taufiq. “Zafran...”
“Awak sama macam Zeti la. Tak habis-habis dengan teori yang langsung tak masuk akal.” Liya mencebik. Tak sukalah dikaitkan dengan Zafran. Rasa pelik dan memang pelik pun!
Asyraf ketawa melihat cebikan Liya. “Teori yang tak masuk akal ni kadang-kadang tu boleh jadi masuk akal tau.”
“Tak dengar.” Liya berpura-pura menutup telinganya sebelum menjelir lidah ke arah Asyraf yang masih tak berhenti-henti ketawa. “Susahlah bila ada orang tengah angau ni...” Kata Liya lagi.
“Sangat susah.” Balas Asyraf tenang sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. “Nak tahu sesuatu?” Liya mengangguk.
“Awak ni unik. Awak dah berjaya buat Zaf ketawa dan awak telah dengan mudahnya, mengetahui rahsia hati saya.”
Liya tersenyum kecil. “Buat Zaf ketawa bukan benda yang senang dan mengetahui rahsia hati awak tu menuntut saya supaya sentiasa memerhati. Penat!”
“Kesian...” Asyraf tersenyum mengejek. Liya hanya mencebik. Kesianlah sangat kan?
“Saya masih merasakan awak dan Zafran akan...”
Liya pantas mengangkat tangannya sebelum berlari anak menjauhi Asyraf. “Jangan sebut dah. Nanti jadi doa!” Jerit Liya lantang sambil ketawa.
Happynya kita...” Liya berhenti berlari sebelum memandang Zafran yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh badannya dekat sebatang pokok. Liya memusingkan matanya ke atas. Menyindir akulah tu.
“Kaki dah okey?” Soal Zafran sambil memandang ke arah kaki Liya.
Liya mengangguk. “Dah okey.”
“Patutlah dah boleh berlari.” Zafran tersenyum sinis. Liya malas melayan. Macam tak kenal Zafran kan? Dia memang sarkastik dan menyakitkan hati!

p/s : Saya mengharapkan komen anda semua :) Jangan lupa komen ye. Terima kasih..

13 comments:

Unknown said...

alahai Zaf~ suka betul cr pasal ngan Liya :D hehe~ cepat2 smbung tau :D sian gak ngan Asyraf, biar Hana amik dialah~ ngee~

me said...

homaaaiii!!!comel2!jom kita doakan diorang kawin cecepat..:D

Anonymous said...

love~~~
love~~~
love~~~

hahaha...nak lagi..^^

-arisa-

Unknown said...

comeyla dorang ni..
ble nak jd couple?

k.jiba said...

assalamualaikum...hrni akak singgah melawat blog adik n smbg bacer this sweet story. 1st nak puji blog Moon sngt2 menarik.dah lm xmejenguk n bila bukak hrni impressive sngt2.akak suka gaya blog ni yg xb'serabut.clean n clear.btw,akak suka gila2 zaf.en3 kali ni pun best.zaf ngn gaya cari gaduh...sajer nak tarik perhatian pergh...hu3.tahniah ats en3 n blog yg nice sesangat.

Makanan Kesihatan said...

liya dgn zafran mmg sesuai la..

liyana said...

tq moon 4 this entry
<3 u la
(da bg ksih syg 2..bley la post lg)
haha
;)

nea_124 said...

setelah lama menanti...dapat gak lepas rindu kat zaf *erkkk....heheh

Nur Alia said...

sweet nya liya dgn zaf..hope nnti diorg fall in love :D

Anonymous said...

salam..
Alahai moon x sabar btul rasenyer nk tau next n3 biler bace BC nih. Sabar je la. Bkn pe tiap2 lps n3 mesti de debaran utk next n3 lak canne? huhuhu. Tp lps ni akak kne rest la kejap..nk tggu 3rd bby yg bakal lahir dlm 2 ke 3 ari lgik nih. last but not least jgn luper antakan n3 yg best n mndebarkan k. n akak doakan moon success slalu.
salam..

lynnlucy..

Anonymous said...

kak moon ! suka nov nie . wahaha . ed bace dri awal hingga bab nie . smbung lah ! sambung! bila da sambung post dekat grup kami cinta novel or bloge-novel tau . hehehehe

>ed<

Anonymous said...

best, best, best !!
sambung lagi ..

:syaz:

Anonymous said...

nk n3 bru..huhuhu