BAB 16
“Keseronokan aku di kem telah
dimusnahkan oleh Zafran.” Ujar Liya ketika Zeti masuk ke dalam bilik selepas
habis aktiviti untuk petang itu. Sejak semalam sampailah hari ini, dia hanya
duduk terperap dalam bilik sambil merenung siling. Sangat membosankan dan
sangat menyakitkan hati.
Zeti hanya ketawa kecil sebelum
duduk di hujung katil Liya. Dia menyentuh kaki Liya yang berbalut.
“Kaki kau dah okey?”
“Okeylah sikit. Dah kurang dah
bengkak dia.”
“Nanti aku pujuk Zaf ye. Boleh kau
join aktiviti malam ni. Malam ni ada barbeque tau.”
“Nak nak! Kau pujuk dia ye... Kesian
aku duduk sorang-sorang dalam bilik ni.” Liya memandang Zeti dengan mata yang
bercahaya. Bestnya ada barbeque!
“Tunggu kejap ye. Aku mesej dia...”
Liya mengangguk laju. Dia hanya
mendiamkan diri semasa Zeti menghantar mesej kepada Zafran. Dalam hati,
punyalah dia berdoa supaya Zafran memberikan jawapan “Boleh” kepada Zeti.
Tit! Tit!
Telefon bimbit Liya berbunyi. Segera
dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal.
Kaki kau dah okey ke? Sure ke nak pergi
barbeque tu? – Zafran
“Eh,
Zafran mesej akulah!”
“Dia tanya kau betul-betul sure ke nak pergi?” Tanya Zeti.
Liya mengangguk sambil tangannya
pantas menaip mesej balasan untuk Zafran.
Dah! Pleaseeee... aku nak join
barbeque jugak! L
Fine! Pukul 8.30.
“Yeay!!!
Zaf bagi aku pergi!” Liya menjerit kegembiraan sambil memegang tangan Zeti.
Zeti hanya tergelak kecil. Suka sangat! “Nanti bolehlah kita bersiap-siap.
Pukul 8.30 kan?”
“A’ah. Pukul 8.30. Kena pakai baju
apa ye?”
“Pakai baju t-shirt je dengan seluar
track.”
“Ohh... okey.” Liya mengangguk tanda
faham. Zeti bangun lalu mencapai tualanya. “Aku nak mandi dulu. Kalau handphone aku berbunyi, tolong angkat
ye. Cakap aku ada dekat bilik air.”
“Okey.” Liya kembali membaringkan
tubuh badannya di atas katil. Kemudian, dia berpaling ke arah katil Zeti.
Ikutkan hati, dia memang teringin jugak nak tanya apa hubungan Zeti dan Asyraf
tapi apabila dia sedar bahawa dia tak sepatutnya menyibuk pasal hal orang sama
macam Zafran cakap, dipendamkan saja.
Easy
come, easy go,
That is just how you live,
Dia berpaling ke arah meja kecil
yang berada di tengah-tengah katil mereka. Diambilnya telefon bimbit Zeti lalu
dibacanya nama yang menelefon.
‘Kesayangan...’
Liya
menelan liur. Asyraf ke yang telefon? Nak angkat ke tak? Tapi Zeti suruh
angkat.
Dengan hati yang gementar, dia
menekan butang hijau sebelum dilekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.
“Hello Zeti.”
Liya tergamam. Ni bukan suara
Asyraf! “Maaf, saya bukan Zeti tapi kawan dia. Dia dalam bilik air.” Balas Liya
sambil menahan debarannya sebaik saja mendengar suara yang bukan milik Asyraf.
“Ohh... Liya ke?”
Sekali lagi Liya tergamam. Macam
mana dia tahu nama aku ni?
“A’ah. Awak ni siapa?”
“Saya Ikhwan. Awak mungkin tak kenal
saya sebab saya tak berapa nak menonjol macam Zeti dan Zafran. But I’m one of the prefects.”
Liya mengangguk kecil. Tiba-tiba
cakap pasal menonjol atau tak. Ada ke aku tanya?
“Ohh... Nanti
bila Zeti dah keluar dari bilik air, saya bagitahu dia awak telefon ye.”
“Okey, thanks. Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Terus dia menekan butang merah
sebelum menarik nafas dalam. Ikhwan... okey, memang langsung tak pernah dengar
nama dia jadi betullah dia tu tak menonjol. Kalau Ikhwan ni ‘Kesayangan’ Zeti,
maknanya Asyraf bukan ‘Kesayangan’ dia la? Macam tu ke? Liya mengurut
pelipisnya. Dia memang suka memeningkan kepala sendiri!
“Ada orang call aku?” Zeti yang baru keluar dari bilik air bertanya sambil
mengelap rambutnya. Liya mengangguk sambil menghulurkan telefon bimbit di
tangannya kepada Zeti.
“Ikhwan call.”
Terus Zeti mengukir senyuman. Dari
senyuman itu, Liya sudah dapat mengagak sesuatu. Senyuman tu bukan senyuman
yang biasa. Senyuman itu adalah senyuman yang sering dia ukirkan setiap kali
bertemu dengan Asyraf.
“Kau suka dia?” Tanya Liya tanpa
berselindung. Lama dia menunggu jawapan Zeti yang seperti terkejut dengan
pertanyaannya.
Zeti menarik nafas panjang. “Aku
suka dia tapi dia tak tahu. Aku saja letak ‘Sayang’ untuk save nama dia.” Kemudian, Zeti duduk di atas katil sambil memandang
Liya. “Aku ni pathetic kan? Aku tak
rasa dia suka aku sama macam aku suka dia.”
“Dia kata dia pengawas jugak.”
“A’ah... Dia salah seorang daripada
Biro. Jadi, dia selalu jugak contact
aku pasal hal pengawas ni.”
“Dia ada datang kem ni?”
Zeti menggeleng. “Dia kelas lain.
Dia tak ambik Sains Tulen.”
“Ohh...” Lagi satu faktor kenapa dia
tak kenal Ikhwan. Memang agak jarang dia berjumpa dengan pelajar dari kelas
lain. Liya menarik nafas. Mungkin sekarang ni, masa yang sesuai dia bertanya
soal Asyraf.
“Masa hari tu, aku ada nampak kau
keluar dengan Asyraf.”
“Hari Sabtu tu ke?”
Liya mengangguk.
“Kami pergi beli barang kelas dengan
pergi makan sekali. Yang lain pun ada jugak cuma masa tu diorang ada dekat
dalam lagi. Kami berdua je yang dah keluar dulu...” Balas Zeti sambil
tersenyum. “Aku pun nampak kau dengan Zaf tengah makan kat KFC. Ada apa-apa
ke?”
Uhuk! Uhuk!
Liya terbatuk sambil mengurut
dadanya. Cepat-cepat dia menggeleng. “Aku dengan Zaf kawan. Kawan biasa.” Zeti
tayang muka kurang percaya. “Nampak macam kawan luar biasa.”
Liya ketawa. “Luar biasa? Luar
biasalah sangat...”
“Dia berubah bila dia ada dekat
dengan kau. Perangai dia berubah...”
“Makin teruk kan?”
Zeti menggeleng. “Makin baik. Dia
risau pasal kau.”
“Memang orang selalu risau dekat aku
sebab aku memang selalu buat orang risau dengan perangai aku.” Balas Liya
selamba.
“It’s
different, Liya...”
“Nothing
is different, Zeti... “
Zeti hanya mampu menarik nafas. Dia
dah tak tahu nak cakap apa lagi. Apa saja yang dia cakap, mesti dibangkang oleh
Liya. Langkah yang terbaik hanyalah diam.
***
Sejak dari tadi Liya hanya memandang
pinggan kertasnya yang berisi ayam, jagung dan jugak sosej yang sudah siap
dibakar. Semua ini diberikan oleh Asyraf kepadanya yang asyik duduk
sorang-sorang dekat sini. Liya mencari kelibat Asyraf di tempat memanggang
sebelum mengukir senyuman apabila melihat Asyraf yang sedang sibuk membakar
jagung.
“Tengok hak milik orang?”
Liya berpaling ke sebelah kanannya.
Zafran sedang memandang ke arah yang sama sebelum memandang mukanya.
“Dia bukan hak milik siapa-siapa.”
“Zeti?”
Liya tersenyum. “Zeti takde apa-apa
dengan dia pun. Tadi Zeti cakap kat aku, dia suka kat orang lainlah. Dia dengan
Asyraf kawan semata-mata.”
“Kau masih menaruh harapan la
kiranya sekarang ni?”
“Tak.” Balas Liya tenang. Memang
betul dia tak menaruh harapan lagi sekarang ini kerana dia tahu sesuatu
mengenai Asyraf dan Zeti. Sesuatu yang Asyraf rahsiakan daripada pengetahuan
sesiapa dan dia dapat mengetahuinya. Rahsia mengenai hati dan perasaan. Mungkin
hanya dia yang tahu pasal benda ni.
“Hmm...”
Liya mengalihkan pandangannya ke
arah Zafran yang sedang menyuap sosej ke dalam mulutnya. “Kau pelik.”
Spontan Zafran berpaling ke arah
Liya sebaik saja mendengar perkataan pelik yang keluar dari bibir Liya. “Meaning?”
“Entah. Aku bosan...”
“Kau yang pelik sebenarnya. Bukan
aku...”
Liya ketawa sambil mengangguk.
Memang betul dia yang pelik sekarang ni.
“Nah!” Haikal yang muncul secara
tiba-tiba menghulurkan sebuah gitar kepada Zafran yang sedang meneguk air.
Kemudian, Haikal melangkah ke arah Liya sebelum menyuruh Liya supaya bangkit.
“Kenapa?”
“Bangun jelah dulu.”
“Yelah...” Liya bangkit dari
duduknya. Dia hanya mendiamkan diri apabila Haikal menarik kerusinya dekat
dengan kerusi Zafran yang sedang memegang gitar menggunakan tangan kirinya
manakala tangan kanannya pula memegang pinggan kertas.
“Kami semua setuju nak suruh kau
nyanyi dengan Zaf.” Ucap Taufiq sambil tersengih. Haikal mengangguk dan diikuti
oleh yang lain.
“Mana boleh!” Jerit Liya dan Zafran
serentak.
“Boleh! Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!”
Liya menggaru kepalanya sebelum
mengerling ke arah Zafran. Nak buat apa ni? Nak lari masuk bilik la.
“Kau nak nyanyi lagu apa?” Liya
tersentak apabila mendengar pertanyaan Zafran. “Kau biar betul?” Soal Liya
terkejut. Zafran memandang Liya sebelum mengangguk dengan muka yang serius.
“Err... aku tak tahu nak pilih lagu
apa.”
“Liya, bukan ke kau suka lagu Lucky?”
Sampuk Nahi tiba-tiba sambil tersengih. “Nyanyi lagu tulah. Boleh duet dengan
Zaf.” Ujar Tinah pulak sambil mengenyit mata.
“Nyanyi lagu tu. Aku tahu lagu tu.”
“Tapi...” Liya berhenti bercakap
apabila melihat pandangan mata Zafran yang seolah-olah meminta dia memberi
kerjasama. Liya menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk. Dia menyerahkan
pinggan kertasnya kepada Tinah lalu mula duduk di sebelah Zafran.
Pelajar-pelajar yang lain mula duduk mengelilingi mereka semua.
“Do you hear me? I'm talking to you.
Across the water across the deep blue ocean. Under the open sky, oh my, baby
I'm trying.” Zafran memulakan nyanyiannya diiringi dengan bunyi petikan gitar.
“Boy I
hear you in my dreams. I feel your whisper across the sea. I keep you with me
in my heart. You make it easier when life gets hard...” Liya mengerling ke arah
Zafran yang asyik memetik gitar. Tak sangka Zafran pandai main gitar rupanya.
“I'm
lucky I'm in love with my best friend. Lucky to have been where I have been.
Lucky to be coming home again. Ooh ooh ooh...”
Kali
ni Zafran mengangkat mukanya untuk memandang Liya. Dia tersenyum sedikit
sebelum kembali tunduk.
“They
don't know how long it takes. Waiting for a love like this. Every time we say
goodbye. I wish we had one more kiss. I'll wait for you I promise you, I will”
“I'm
lucky I'm in love with my best friend. Lucky to have been where I have been.
Lucky to be coming home again. I'm lucky we're in love in every way. Lucky to have
stayed where we have stayed. Lucky to be coming home someday. Ooh ooh ooh…Ooh
ooh ooh, ooh...” Liya dan Zafran menamatkan nyanyian seiring dengan bunyi gitar
Zafran. Haikal mula menepuk tangannya kuat diikuti oleh yang lain-lain.
“Bravo!”
Zafran
memberikan balik gitar tadi kepada Haikal sebelum melurut rambutnya ke
belakang. Liya pulak dah tak tahu nak buat apa setakat senyum aje dari tadi.
Dia mengerling ke arah Zafran sebelum menghembus nafasnya kuat.
“Suara
kau sumbang...” Ucap Zafran tiba-tiba sebelum bangkit dari duduknya dan menuju
ke arah tempat memanggang. Liya tercengang sebelum menggigit bibirnya. “Suka
sangat nak menyakitkan hati aku!”
“Sedap
suara awak dengan Zaf tadi.” Ujar Asyraf di belakang Liya. Liya memalingkan
kepalanya ke belakang sebelum tersenyum. “Thanks.”
“You’re welcome. Sesuai betul tengok awak
dengan Zaf tadi.”
Liya
tersenyum sumbing. Sesuai apa kebendanya? “Tak kot.” Dia berdehem sedikit.
“Saya tahu awak suka Zeti...” Liya memandang ke arah Asyraf yang kelihatan
kaget.
“Awak
tahu?”
Liya
mengangguk. “Baru tadi saya tahu.”
“Macam
mana?”
“The way you look at her. Agak berbeza
daripada cara awak pandang orang lain. Saya tak reti nak terangkan tapi saya
tahu.” Ucap Liya sambil meneguk air. Dia mengerling ke arah Asyraf yang
terdiam. Mungkin terkejut dengan kata-katanya ataupun mungkin kerana semuanya
tak benar.
“You’re right. Yang sadisnya, dia tak
suka saya. Dia suka Ikhwan.” Balas Asyraf sambil menunduk kepalanya. “Saya
faham apa yang awak rasa...” Liya berkata perlahan.
“Benda
tu normal, saya rasalah... Menyukai seseorang yang tak menyukai kita. Betul
tak?”
Asyraf
mengangguk. “I guess so. Tapi sedih
kan? Menyakitkan mungkin...”
“Yup.
Memang menyakitkan...” Liya mengalihkan pandangannya ke arah Asyraf. “Jangan
putus asa, Asyraf.”
“Kalaulah
benda tu mudah macam ABC...”
“Kalau
awak give up sekarang, awak buat
benda tu lebih susah macam berenang dalam air.”
“Tapi
saya reti berenang.”
Liya
menepuk dahinya. “Itu cuma perumpamaan la. Lagipun, saya tak reti berenang.”
Asyraf
ketawa. “Sorry.” Liya menggelengkan
kepalanya. “Nevermind...”
“Patutlah
Zaf suka cakap dengan awak.” Ucap Asyraf sambil merenung ke arah langit yang
dipenuhi bintang. Liya terus ketawa. “Dia suka bergaduh dengan saya, itu maksud
sebenar awak kan?”
“Tak.
Dia memang suka cakap dengan awak.”
“Awak
sama macam Zeti. Dia cakap perangai Zaf berubah sejak saya datang.” Balas Liya
acuh tak acuh.
“Saya
suka awak cakap saya sama macam Zeti. I’m
honoured...”
Liya
tersenyum. “Perasan.”
“Awak
dengan dia bergaduh macam anjing dan kucing tapi sebenarnya awak dengan dia
bagai isi dengan kuku.” Asyraf menuturkannya sambil menghirup airnya.
“Hmm...”
Gumam Liya perlahan. Selepas itu, mereka berdua diam sambil merenung ke arah
langit.
***
Hari
ni mereka semua dah balik. Liya mengeluh lemah. Disebabkan Zafran, dia tak dapat
nak ikut apa-apa aktiviti. Kejam betul mamat perasan tu! Dia memandang ke arah
resort tempat mereka semua menginap.
Peristiwa yang berlaku
semalam membuatkan bibirnya mula mengorak senyuman. Dia lega sangat-sangat
sekarang ni. Hati dia rasa tenang selepas dah mendengar Asyraf meluahkan
perasaannya mengenai Zeti dan sekarang ni perasaan dia terhadap Asyraf jugak
sudah berubah. Mungkin sebab dia cuma CRUSH. Orang cakap “Liking someone doesn’t mean that you have to be lovers, sometimes you
just have to be friends.” Ataupun sebenarnya, orang itu lebih spesifik
kepada Zafran. Zafran yang cakap benda ni masa Abang Rafeeq dah datang dekat
Jusco hari tu.
“Thanks for yesterday.” Ucap Asyraf ketika mereka sama-sama menunggu
bas untuk datang menjemput mereka di sini. “My
pleasure.” Balas Liya tersenyum.
“Saya akan cuba.”
Liya mengangguk.
“Baguslah.”
“Awak pun kena berusaha
jugak.”
“Huh?” Dahi Liya
berkerut. Dia nak berusaha untuk apa? Asyraf tak menjawab sebaliknya
mengalihkan pandangannya ke arah Zafran yang sedang berbual-bual dengan Taufiq.
“Zafran...”
“Awak sama macam Zeti
la. Tak habis-habis dengan teori yang langsung tak masuk akal.” Liya mencebik.
Tak sukalah dikaitkan dengan Zafran. Rasa pelik dan memang pelik pun!
Asyraf ketawa melihat
cebikan Liya. “Teori yang tak masuk akal ni kadang-kadang tu boleh jadi masuk
akal tau.”
“Tak dengar.” Liya
berpura-pura menutup telinganya sebelum menjelir lidah ke arah Asyraf yang
masih tak berhenti-henti ketawa. “Susahlah bila ada orang tengah angau ni...”
Kata Liya lagi.
“Sangat susah.” Balas
Asyraf tenang sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. “Nak tahu sesuatu?”
Liya mengangguk.
“Awak ni unik. Awak dah
berjaya buat Zaf ketawa dan awak telah dengan mudahnya, mengetahui rahsia hati
saya.”
Liya tersenyum kecil. “Buat
Zaf ketawa bukan benda yang senang dan mengetahui rahsia hati awak tu menuntut
saya supaya sentiasa memerhati. Penat!”
“Kesian...” Asyraf
tersenyum mengejek. Liya hanya mencebik. Kesianlah sangat kan?
“Saya masih merasakan
awak dan Zafran akan...”
Liya pantas mengangkat
tangannya sebelum berlari anak menjauhi Asyraf. “Jangan sebut dah. Nanti jadi
doa!” Jerit Liya lantang sambil ketawa.
“Happynya kita...” Liya berhenti berlari sebelum memandang Zafran
yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh badannya dekat sebatang
pokok. Liya memusingkan matanya ke atas. Menyindir akulah tu.
“Kaki dah okey?” Soal
Zafran sambil memandang ke arah kaki Liya.
Liya mengangguk. “Dah
okey.”
“Patutlah dah boleh
berlari.” Zafran tersenyum sinis. Liya malas melayan. Macam tak kenal Zafran
kan? Dia memang sarkastik dan menyakitkan hati!
p/s : Saya mengharapkan komen anda semua :) Jangan lupa komen ye. Terima kasih..
13 comments:
alahai Zaf~ suka betul cr pasal ngan Liya :D hehe~ cepat2 smbung tau :D sian gak ngan Asyraf, biar Hana amik dialah~ ngee~
homaaaiii!!!comel2!jom kita doakan diorang kawin cecepat..:D
love~~~
love~~~
love~~~
hahaha...nak lagi..^^
-arisa-
comeyla dorang ni..
ble nak jd couple?
assalamualaikum...hrni akak singgah melawat blog adik n smbg bacer this sweet story. 1st nak puji blog Moon sngt2 menarik.dah lm xmejenguk n bila bukak hrni impressive sngt2.akak suka gaya blog ni yg xb'serabut.clean n clear.btw,akak suka gila2 zaf.en3 kali ni pun best.zaf ngn gaya cari gaduh...sajer nak tarik perhatian pergh...hu3.tahniah ats en3 n blog yg nice sesangat.
liya dgn zafran mmg sesuai la..
tq moon 4 this entry
<3 u la
(da bg ksih syg 2..bley la post lg)
haha
;)
setelah lama menanti...dapat gak lepas rindu kat zaf *erkkk....heheh
sweet nya liya dgn zaf..hope nnti diorg fall in love :D
salam..
Alahai moon x sabar btul rasenyer nk tau next n3 biler bace BC nih. Sabar je la. Bkn pe tiap2 lps n3 mesti de debaran utk next n3 lak canne? huhuhu. Tp lps ni akak kne rest la kejap..nk tggu 3rd bby yg bakal lahir dlm 2 ke 3 ari lgik nih. last but not least jgn luper antakan n3 yg best n mndebarkan k. n akak doakan moon success slalu.
salam..
lynnlucy..
kak moon ! suka nov nie . wahaha . ed bace dri awal hingga bab nie . smbung lah ! sambung! bila da sambung post dekat grup kami cinta novel or bloge-novel tau . hehehehe
>ed<
best, best, best !!
sambung lagi ..
:syaz:
nk n3 bru..huhuhu
Post a Comment