Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 18



BAB 18
            “KAWAN-KAWANKU yang comel dan kacak sekalian, korang semua dijemput menghadiri majlis doa selamat dekat rumah pak cik aku malam esok.” Liya membuat pengumuman sambil berdiri di depan kelas. “Ni ada kad jemputan untuk korang semua. Takut karang tak jumpa rumah pak cik aku.” Dia kemudiannya mengedar kad jemputan yang dibuat sendiri olehnya. Pak cik dia tak buat kad jemputan sebab buat banner besar ajak orang datang ramai-ramai.
            “Datang tau.”
            Liya tersenyum sebelum duduk di tempatnya. Dia mengerling ke arah Zafran yang masih membelek kad jemputannya. “Kenapa kau asyik belek kad tu?”
            “Cantik... Siapa buat?” Soal Zafran sambil memandang ke arah Liya. Liya terus mengukir senyuman kecil. “Aku yang buat!”
            “Ohh... aku tarik balik pujian aku tadi.”
            Liya mencebik. Buruk siku betullah mamat ni!
            “Doa selamat ni untuk siapa?” Tanya Zafran lagi.
            “Untuk sepupu aku. Dia baru sampai Malaysia.”
            Zafran mengangguk faham sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Liya yang sedang menulis sesuatu di atas kertas.
            “Aku ada benda nak tanya kau...”
            “Apa?”
            “Masa kau suka Asyraf dulu, apa yang kau rasa?”
            Liya terus berpaling ke arah Zafran dengan muka yang terkejut habis. Rasa macam nak terduduk dengar soalan luar alam Zafran!
            “Oh tidak...”
            “Apa?”
            “Kenapa kau tanya soalan macam tu kat aku? Jangan cakap yang kau dah...” Sengaja Liya tak menghabiskan kata-katanya. Hanya renungan tajam diberikan kepada Zafran.
            “Jangan cakap yang aku dah sukakan someone?”
            Liya mengangguk dan masih lagi dengan renungan tajamnya. “Siapa?” Tanyanya dengan nada suara seorang penyiasat.
            Zafran terus ketawa besar sambil menekan perutnya. “Kau....” Dia ketawa lagi. “...jangan nak buat muka serius macam tu boleh tak?”
            “Siapa?”
            Zafran tersenyum sebelum menongkat dagu memandang Liya. “Kenapa nak tahu? Kau jealous ke?”
            Mata Liya terus membulat. Dia menghalakan jari telunjuk ke dirinya sendiri. Aku nak cemburu? Tak ada kerja ke apa nak jealous? “Tak ada maknanya aku nak jealous dengan kau. Banyak benda lagi aku boleh buat.”
            Lagi sekali Zafran tersenyum. “Apa perasaan kau?”
            “Hmm... benda tu complicated sebenarnya. Bagi akulah, bila kau suka seseorang tu kan... kalau dia tak ada depan mata kau, kau rasa kosong dan sunyi. Bila dia senyap je, kau rasa rindu nak dengar suara dia. Lepas tu, bila kau tengok dia sedih... kau pun rasa sedih sekali dan berusaha nak buat dia happy balik. Ada lagi tapi nantilah aku cakap. Sekarang ni aku dah lupa. Dan kau nak tahu sesuatu tak, Zaf?”
            “Apa?”
            “Aku tak rasa semua tu masa aku suka Asyraf. Aku tak rasa aku suka dia tapi aku rasa aku admire sikap dia yang gentleman dan tak menyakitkan hati seperti sesetengah orang!” Liya tersengih sambil memandang Zafran. Kata-kata terakhir itu memang ditujukan khas buat Zafran.
            Zafran mengangguk kecil tanda faham. “Kalau kau rasa berdebar-debar setiap kali jumpa dia?”
            “Hmm... yup. Kenapa kau tanya ni? Kau ada rasa macam tu ke sekarang ni?”
            Zafran menggeleng. “Taklah. Sorry ganggu kau. Sambunglah buat kerja tu...”
            Liya diam. Peliklah pulak mamat perasan hari ni! Siapa agaknya yang dah buat jantung dia berdebar-debar tu?
            **
            “Jemput masuk kawan-kawan!!” Liya tersenyum sambil menyuruh kawan-kawannya supaya masuk ke dalam rumah pak ciknya. Sempat dia mengangkat tabik hormat kepada Zafran yang segak memakai baju melayu berwarna ungu.
            “Bukan main kau melaram hari ni ye. Dahlah sama warna dengan aku!”
            Zafran membetulkan songkok di kepalanya. “Kau yang ikut aku. Aku pakai purple, kau pun nak pakai purple.”
            “Aku memang nak sedondon dengan kau pun.” Liya ketawa sambil mencuit hujung hidungnya. “Takdelah. Aku main-ma...”
            “Nilah pakwe Liya eh...” Tiba-tiba muncul Abang Yusri dari belakang sambil tersengih. Dia menghulurkan tangan unuk berjabat dengan Zafran manakala Liya pulak dah menggeleng laju.
            “Classmate Liya, Abang Yus. Bukan pakwe...”
            “Zafran...” Zafran memperkenalkan dirinya disertakan dengan senyuman di bibir. Sempat dia mengerling ke arah Abang Yusri yang nampak segak dengan baju melayu berwarna biru gelap.
            “Abang ni abang sepupu Liya, si budak kecik ni.”
            Liya mencebik sambil menjegilkan mata ke arah Abang Yusri. “Liya bukan budak keciklah bang!” Ada ke panggil aku budak kecik dekat Zaf! Memang habislah dia kenakan aku lepas ni.
            “Ohh... Liya memang budak kecik.” Balas Zafran sambil mengerling ke arah Liya yang kebetulannya turut mengerling ke arah dia. “Dan kau pulak budak gergasi sebab tinggi sangat!”
            “Elok gergasi dari kecik.” Abang Yusri menyokong Zafran yang sudah tersenyum kemenangan. Suka sangat bila ada yang menyokong!
            “Malaslah kawan dengan abang! Nak pergi merajuk dengan pak cik.” Liya terus bergegas naik ke tingkat atas sambil melaung memanggil pak ciknya. Sempat lagi dia menjelir lidah ke arah Zafran dan Abang Yusri tanda geram.
            “Comel betul bila dia marah-marah macam tu kan, Zaf?” Tanya Abang Yusri sebelum memandang ke arah Zafran yang mengangguk tanpa dia sedari. Abang Yusri terus ketawa besar sambil menepuk-nepuk bahu Zafran yang dah terkedu. Oh tidak! Apa yang dia dah buat tadi?! Memalukannnn!
            “Suka Liya eh?”
            “Kami suka bergaduh dalam kelas, bang.”
            “Gaduh-gaduh boleh jadi cinta tau.”
            Zafran hanya tersenyum sumbing. Bukannya dia tak pernah dengar orang cakap macam tu sebelum ni tapi sengaja dia buat bodoh aje.
            **
            “Pak cik, ni kawan-kawan Liya!”
            Encik Razak mengukir senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kawan-kawan lelaki Liya. “Dah makan ke belum ni?”
            “Belum lagi.” Jawab Taufiq mewakili rakan-rakan yang lain. Zafran yang baru naik ke tingkat atas segera bersalaman dengan Encik Razak.
            “Saya Zafran, pak cik.”
            “Zafran....” Encik Razak mengerling anak saudaranya di sebelah. Macam selalu dengar je nama Zafran ni?
            “Zafran yang Liya...”
            Liya segera mencuit lengan pak ciknya sambil tersenyum sumbing. Dia menggeleng sedikit sambil memberi isyarat kepada Encik Razak supaya tidak memecahkan rahsianya.
            “Yang Liya apa, pak cik?” Soal Haikal apabila Encik Razak hanya mendiamkan diri.
            “Err... yang Liya cakap ketua pengawas tu...”
            Liya tersenyum sumbing. Nasib baik pak cik pandai nak tukar fakta. Kalau tak, habislah dia kena soal jawab dengan Zafran nanti.
            “Ohh...”
            Zafran mengerling Liya sebelum dia tersenyum sinis. Dia tahu bukan itu yang Encik Razak nak cakap. Ada benda lain tapi tak apa. Dia akan tanya sendiri dengan minah kecoh tu nanti.
            **
            Liya melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Zafran yang makan sorang diri sebab yang lain dah selesai makan. Dia mengukir senyuman kecil untuk Zafran sebelum meletakkan dua gelas air sirap di atas meja.
            “Rajin betullah kau tolong basuh pinggan tadi. Terharu aku...”
            “Buat baik, apa salahnya.”
            “Takde salah pun. Aku puji kau apa...”
            Zafran angkat muka. “Apa sebenarnya yang kau cerita dekat pak cik kau pasal aku?”
            Liya tergelak sambil mengenyit mata. “Rahsia.”
            “Rahsia la sangat? Pak cik kau dah cerita dekat aku tadi masa cuci pinggan. Tak sangka, kau boleh puji aku.” Zafran tersenyum sinis apabila melihat muka Liya yang dah berubah. Dari ceria dah jadi muka tergamam.
            “Kau tipu.”
            “Tanyalah pak cik kau.” Balas Zafran dengan kening yang terangkat.
            “Hish, kau sengaja je kan?”
            Zafran ketawa. “Aku rasa macam terharu gila dapat pujian dari kau.”
            “Aku pun manusia biasa la!”
            “Aku ingat kau manusia yang berhati batu?”
            Liya mencebik. “Malas nak cakap dah.”
            “Marah?”
            Liya menggeleng. Malas nak layan aje. Dah penat. Asyik-asyik dia yang kalah dan Zafran selalu menang. Tak adil! Tak adil!
            “Apa pak cik aku cakap?” Soal Liya sambil meneguk air untuk mengurangkan rasa takutnya. Bimbang pak cik terlepas cakap benda-benda yang betul-betul rahsia nanti.
            “Kau cakap kat pak cik kau yang aku ni walaupun nampak macam jahat tapi hati aku baik. Walaupun aku perasan tapi kau tahu yang aku saja je nak kacau kau. Walaupun aku ni suka kutuk kau tapi kau tahu itu tanda aku normal sebab kalau aku senyap, aku tak normal. Dan...” Sengaja Zafran berhenti bercakap sebelum tersenyum.
            “Dan apa?”
            “Dan kau sayang aku sebagai kawan sebab aku special?”
            Mata Liya terus terbeliak. Rasa macam nak menjerit kuat-kuat aje sekarang ni. Kenapa pak cik cakap pasal tu dekat Zafran?! Habis aku! Habisss!!!
            “Yang akhir tu, aku saja tipu pak cik aku. Untuk apa aku sayang kau?”
            Zafran ketawa kecil sebelum mengangkat pinggannya. Dia sempat mengerling ke arah Liya. “Jangan nak tipulah.”
            “Aku tipu la! Aku tak sayang kau pun.” Balas Liya bengang. Sukalah tu kan? Suka nak buat aku serba tak kena.
            “Tapi aku sayang kau....”
            “Erk?” Liya tergamam. Muka Zafran dipandang dengan dahi yang berkerut.
            “Aku tipu! Hahahahaa!” Zafran gelak sepuas hati sambil berjalan meninggalkan Liya yang dah menggigit bibir. Nanti ada jugak kerusi yang melayang dekat kepala Zafran!


p/s : Enjoy! :) Comments are loved~

8 comments:

k.jiba said...

hahaaaa.gelak kat opis sorg2.terbaek arr zaf.tmbah mcho dgn perangai mereng cool.liya pun lu dah suka xyah nak control la.zaf lg 1...xsayang konon.kui3.luv both of u n k.jiba lg luv liya sbb cter ni makin best.thanks sbb wat akak senyum ptg2 ni. :-)

inaznafisya said...

erk... nk komen ape eh?
ermmmm.... nk bgtau ni je lah~
BESTTTTTTTTT :D
smbg lah lagi....

Nur Aqilah said...

Nk lagi blehh x??? Hehe :)
Besttt.. Tp kn Bab 17 mmng xda or sy yg xperasan..

Anonymous said...

besttt,,,nak lagi

Nur Anisah said...

next!! xDDD

eelya said...

bestttttt!!!

mai said...

rindu ngan diorang ni.:).keep on going!

~Miss Liya~ said...

ok..bab nie buat liya senyum+sengih sampai lah ke penghujung cerita...keh3.. two rhumbs up for kak Moon.. ^^,