Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Posmen Ke Syurga.


Kami Hantar Surat Anda Sampai Ke Syurga
Apa khabar semua? :) Harap korang semua sihat walafiat. Hari ni aku nak bercerita pasal satu blog ni yang di mana aku merupakan salah seorang posmen di situ. Kalau korang nak baca surat aku, kalau boleh cari post yang di mana nama posmen dia adalah BULAN @ MOON ataupun klik je dekat link ni (Bulan :) Senang je nak jumpa, insya-Allah.

Blog ni diwujudkan oleh Amira Atiya yang diinspirasikan daripada cerita korea Postman To Heaven. Yang Jaejoong berlakon tu ♥ Hahaha! Mula-mula aku bukan posmen kat sini tapi memandangkan masa tu Mia tengah nak cari posmen, so aku apply. Memang dah lama teringin nak jadi posmen ala-ala Jaejoong dan kiranya peluang ni macam peluang yang sangat best buat aku! :)

Kami takdelah hantar betul-betul surat korang pergi syurga. Oh, tak. Jauh sama sekali. Kitaorang cuma post apa yang ingin korang sampaikan tapi tak terluah. Sesuatu yang korang pendam tapi tak tahu nak lontarkan melalui apa. Mungkin dengan cara tulis surat macam ni, korang boleh cakap apa yang korang nak cakap. Ayat tak puitis pun takpe. Kita ni bukan penulis sajak, penulis syair kan? Tulis biasa-biasa pun boleh. Aku rasa surat aku takdelah berpuitis sangat tapi tak tahulah kalau ada. Aku pun kadang-kadang tu tak perasan!


Dan kami terdiri daripada 10 orang posmen. Meh aku list sorang-sorang ye :D

1. Amira Atiya, posmen yang emosi
2. Api, posmen yang misteri
3. GR, posmen yang pelik
4. Naqib, posmen yang minat nombor
5. Kaizen, posmen pantai timur
6. Bulan, posmen yang coolio ( Ni aku, HAHAHA! Tak tahulah aku ni cool ke tak?
7. Cangkul Emas, posmen yang sarkastik
8. SNJ, posmen yang jiwa-jiwa
9. Akim Iqbal, posmen yang mencintai langit
10. PemuzikJalanan, posmen jalanan

5 lelaki dan 5 perempuan.

Sebarang kemusyikilan boleh diajukan kepada aku sendiri ataupun korang boleh terus pergi blog Posmen Ke Syurga sendiri! Enjoy yourself!

2 comments:

~Miss Liya~ said...

kak,nice header .. hehe..
:)

Iffah Afeefah said...

suke bace blog tu

tahniah