Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 19


BAB 19
            “APA BENDA yang kau tengah fikir tu?” Soal Zafran sambil mengetuk buku Liya. Tengah-tengah sibuk berbincang, boleh pulak Minah Kecoh ni mengelamun! Memang dia dah agak ada sesuatu yang menganggu fikiran Liya sejak dari pagi tadi. Asyi diam je hari ni. Nak dengar suara pun susah!
            “Takde apa,” balas Liya perlahan sambil menarik buku Campbell dekat dengan dirinya. Langsung tak pandang Zafran yang dah berkerut dahi dekat depan dia. Zafran pulak dah naik bingung. Kenapa dengan Liya ni?
            Zafran memandang Zeti dan Asyaf sambil menjungkit kening tanda bertanya. Mana tahu kut-kut diorang tahu apa yang mengganggu fikiran Liya. Serius, dia tak suka bila Liya diam. It’s just not her!
            “Kau ada problem?”
            Liya menggeleng sambil tangannya laju mencoret isi-isi penting di dalam buku nota tetapi perbuatannya terhenti apabila Zafran meletakkan tapak tangannya di atas buku nota. Liya mengangkat muka untuk memandang Zafran sebelum menarik nafas panjang.
            “Aku letih. Boleh aku balik?”
            “Kenapa tak cakap je yang kau letih?”
            Liya mengeluh. “Sekarang aku dah cakap. Boleh aku balik dan korang teruskan je perbincangan ni? Apa-apa, bagitahu aku esok. Aku penat sangat!” Liya bangkit dari duduk dan kemudiannya mengemas barang-barangnya. Selepas siap berkemas, dia terus meninggalkan Zafran, Asyraf dan Zeti yang masih lagi terpinga-pinga. Zafran memandang lama Liya yang semakin menjauh sebelum memandang ke arah kerusi yang berada di hadapannya sekarang.
            “Kenapa agaknya dengan kau, Liya?” gumam Zafran perlahan. Dia tahu memang ada yang tak kena dengan Liya hari ni!


LIYA MENEKUP DADANYA yang terasa macam nak meletup. Nafas dia pun dah tak teratur. Semuanya disebabkan Zafran! Sebab Zafran! Dia yang buat hati aku jadi serba tak kena!
            “Tapi aku sayang kau...”
            “Argh!” Liya menekup telinga. Tak habis-habis ayat tu yang selalu terngiang-ngiang dekat telinga dia. Rasa macam nak korek telinga dia, biar semua suara Zafran hilang! Serabut mendengar suara Zafran terus berkumandang kuat di telinga dia.
            “Duhai hati, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau berdebar-debar bila nampak muka Mamat Perasan tu?!” Liya bercakap sendirian sambil menanti Abang Rafeeq untuk menjemputnya. Nasib baik tak ada pelajar lain dah dekat situ, sekurang-kurangnya dia dapat bercakap seorang diri dengan tenangnya tanpa dilabel sebagai gila!
            “Serabutnya!” Liya meletakkan buku yang dikendongnya ke tepi. Dia berjalan ke hulur ke hilir sambil mengepal penumbuk. Sungguh, dia kurang senang dengan hatinya sekarang ni!
            “Nasib baik saya yang dengar awak cakap apa tadi...”
            Liya berpaling ke belakang sebelum mulutnya terlopong luas. Dahinya ditepuk sebelum dia menggeleng kepala laju-laju. This must be a dream. Tu bukan Asyraf. Asyraf tengah bincang dengan Zafran dan jugak Zeti. This can’t be him!
            “Tak payah nak geleng-geleng.”
            “Oh tidak!”
            “See, saya dah cakap sebelum ni!”
            Liya menggeleng lagi. Terasa macam nak hempuk kepala dia dekat dinding sekarang ni. Dalam ramai-ramai orang, kenapa Asyraf? Kenapa tak orang lain? Seseorang yang dia langsung tak kenal! Sekurang-kurangnya dia boleh berdalih sikit tapi ni Asyraf! Dia tak mungkin boleh menipu Asyraf!
            “Apa awak merepek ni?”
            Asyraf hanya tersenyum sebelum mendekati Liya yang dah menunduk. “Duhai hati, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau berdebar-debar bila nampak muka Mamat Perasan tu?!” Asyraf mengulang kembali apa yang dicakapkan oleh Liya sambil tersenyum. Liya terus memandang Asyraf dengan muka yang dah merah padam. Ya Allah, malunya dia!
            “Tolong jangan bagitahu siapa-siapa pun pasal tu.”
            “Awak dah start sukakan dia ke?”
            “Saya tak tahu,” balas Liya perlahan. Memang dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Semua ni berlaku secara tiba-tiba. Ataupun mungkin tak, cuma dia je yang asyik-asyik menidakkan.
            “Zaf pelik dengan awak hari ni. Dia risau. Dia cakap ada something wrong dengan awak hari ni.”
            “Memang ada something wrong pun dengan saya punya hati!” Liya menggigit bibir. Nafas ditarik perlahan-lahan. “...dan saya tak suka dengan apa yang saya rasa.”
            “Kadang-kadang tu, meluahkan apa yang tersimpan dalam hati tu lagi baik daripada menyimpan biar sampai busuk!”
            “Masalahnya, saya tak tahu nak luah apa.”
            “Luahlah yang awak suka Zaf.”
            Liya terdiam. Dia sukakan Zaf? Memang otak dia menidakkan tapi kenapa hati dia seolah-olah mengiyakan? Hati dia sekarang ni duk cakap, “Ya, memang saya suka dia!” dan otak dia pulak cakap, “Itu cuma mainan perasaan.” Mana satu yang betul?
            “Saya tak tahu...”
            “Hmm...”
            “Awak bukan ada discussion ke?”
            Asyraf mengangguk. “Yup tapi saya tipu cakap nak pergi tandas. Hahaha!”
            Liya turut ketawa kecil. “Pergilah. Saya okey. Cuma kena betulkan balik neuron-neuron dalam otak ni.” Liya tersengih lebar.
            “Awak sure?”
            Sure. Jangan risaulah...”
            Asyraf mengangguk sebelum bangkit dari duduknya. Dia melambai kecil sebelum berlari anak berlalu dari situ. Liya pulak tarik nafas panjang.
            Zafran yang memerhati dari jauh sejak tadi lagi menggigit bibir. Apa agaknya yang Asyraf dengan Liya cakap tu, haa? Dan entah kenapa, dekat sudut paling dalam hati dia terasa sakit melihat Liya baik dengan Asyraf.


p/s : New entry untuk Bertemu Cintaku :) Hope korang enjoy dan jangan lupa komen! :) Komen anda buat saya happy! :)



13 comments:

nurul arina said...

best...
almak adkah zaf cemburu,,,
hehe:D

~Miss Liya~ said...

ohsem! x ckup lg nie nk ubati krnduan thdap mrka berdua.. hopefully BC cepat2 d bku kan.. ^^"

aisy said...

zaf ngn liya ni mmg sesuai la..bace time dorang dh dewasa lg best..dh matang skit time tu.. ^_^

mai said...

oh tidak!saya dah nak histeria baca. alaarrr, suka sangat!!!

k.jiba said...

rs mcm bc true story kali ni.sngt2 nmpk real.sngt sukr nak tntukn bila hati n akl xselari.tq tuk en3 ni.sngt2 wat akk senyum sbb rndu sudah ngn zaf.karya liya sngt osem! ^^

NiNa ZizaN said...

besttt..... :D
cukup x 1w0rd tu?
Xerk?
Tapi, mmg dah best dh tuu... Waiting 4 next3 en3...

Anonymous said...

bila nak sambung yg baru ye..tk sabar rasanya nak tahu sambungannya :)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Liya - Hehehehe! Amin ;D

Aisy - hehehe! masa tu dh 26. kalau tak matang, kena lepuk la nnti :P hehehe!

mai - sabar mai. hehehe! :D

kak jiba - hehehe! sama-sama :D

nina - hahaha! cukup2 :)thanks.

anon - dah takde sambungan sebab dah nak terbit. insya-Allah dalam thn ni :)

nur ezzah maisarah said...

first time bc..
tp suke sngat liya....
be waiting untuk novel BC.. =)

aina razall said...

ni da 2nd time baca..
x rasa bosan pun..
suke sgt novel ni...
mintak2 cpt dpt dibukukan..
....amin.....
gambatte liya..

Anonymous said...

suke sgt novel ni...
da 2x baca..hehe
da x nk post n3 pasal BC???
novel ni best gilerrr!!
mantop x comment ni??haha
mintak2 cpt dpt dibukukan
...amin...
gambatte liya

salina (Ina) said...

MEMANG bestt.. bila nak keluarkan novel ye... x sabar nak tahu ending seterusnya...

salina (Ina) said...

memang besstt sangat.. bila nak keluarkan novel.. x sabar nak baca ending seterusnya..