BAB 19
“APA
BENDA yang kau tengah fikir tu?” Soal Zafran sambil mengetuk buku Liya.
Tengah-tengah sibuk berbincang, boleh pulak Minah Kecoh ni mengelamun! Memang
dia dah agak ada sesuatu yang menganggu fikiran Liya sejak dari pagi tadi. Asyi
diam je hari ni. Nak dengar suara pun susah!
“Takde
apa,” balas Liya perlahan sambil menarik buku Campbell dekat dengan dirinya.
Langsung tak pandang Zafran yang dah berkerut dahi dekat depan dia. Zafran
pulak dah naik bingung. Kenapa dengan Liya ni?
Zafran
memandang Zeti dan Asyaf sambil menjungkit kening tanda bertanya. Mana tahu
kut-kut diorang tahu apa yang mengganggu fikiran Liya. Serius, dia tak suka
bila Liya diam. It’s just not her!
“Kau ada problem?”
Liya
menggeleng sambil tangannya laju mencoret isi-isi penting di dalam buku nota
tetapi perbuatannya terhenti apabila Zafran meletakkan tapak tangannya di atas
buku nota. Liya mengangkat muka untuk memandang Zafran sebelum menarik nafas
panjang.
“Aku letih. Boleh aku balik?”
“Kenapa
tak cakap je yang kau letih?”
Liya mengeluh. “Sekarang aku dah
cakap. Boleh aku balik dan korang teruskan je perbincangan ni? Apa-apa,
bagitahu aku esok. Aku penat sangat!” Liya bangkit dari duduk dan kemudiannya
mengemas barang-barangnya. Selepas siap berkemas, dia terus meninggalkan
Zafran, Asyraf dan Zeti yang masih lagi terpinga-pinga. Zafran memandang lama Liya yang semakin menjauh sebelum memandang ke
arah kerusi yang berada di hadapannya sekarang.
“Kenapa agaknya dengan kau, Liya?”
gumam Zafran perlahan. Dia tahu memang ada yang tak kena dengan Liya hari ni!
LIYA MENEKUP DADANYA
yang terasa macam nak meletup. Nafas dia pun dah tak teratur. Semuanya
disebabkan Zafran! Sebab Zafran! Dia yang buat hati aku jadi serba tak kena!
“Tapi
aku sayang kau...”
“Argh!”
Liya menekup telinga. Tak habis-habis ayat tu yang selalu terngiang-ngiang
dekat telinga dia. Rasa macam nak korek telinga dia, biar semua suara Zafran
hilang! Serabut mendengar suara Zafran terus berkumandang kuat di telinga dia.
“Duhai hati, kenapa dengan kau ni?
Kenapa kau berdebar-debar bila nampak muka Mamat Perasan tu?!” Liya bercakap
sendirian sambil menanti Abang Rafeeq untuk menjemputnya. Nasib baik tak ada
pelajar lain dah dekat situ, sekurang-kurangnya dia dapat bercakap seorang diri
dengan tenangnya tanpa dilabel sebagai gila!
“Serabutnya!”
Liya meletakkan buku yang dikendongnya ke tepi. Dia berjalan ke hulur ke hilir
sambil mengepal penumbuk. Sungguh, dia kurang senang dengan hatinya sekarang
ni!
“Nasib baik saya yang dengar awak
cakap apa tadi...”
Liya
berpaling ke belakang sebelum mulutnya terlopong luas. Dahinya ditepuk sebelum
dia menggeleng kepala laju-laju. This
must be a dream. Tu bukan Asyraf. Asyraf tengah bincang dengan Zafran dan
jugak Zeti. This can’t be him!
“Tak payah nak geleng-geleng.”
“Oh
tidak!”
“See,
saya dah cakap sebelum ni!”
Liya menggeleng lagi. Terasa macam
nak hempuk kepala dia dekat dinding sekarang ni. Dalam ramai-ramai orang,
kenapa Asyraf? Kenapa tak orang lain? Seseorang yang dia langsung tak kenal!
Sekurang-kurangnya dia boleh berdalih sikit tapi ni Asyraf! Dia tak mungkin
boleh menipu Asyraf!
“Apa
awak merepek ni?”
Asyraf hanya tersenyum sebelum
mendekati Liya yang dah menunduk. “Duhai hati, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau
berdebar-debar bila nampak muka Mamat Perasan tu?!” Asyraf mengulang kembali
apa yang dicakapkan oleh Liya sambil tersenyum. Liya terus memandang Asyraf
dengan muka yang dah merah padam. Ya Allah, malunya dia!
“Tolong jangan bagitahu siapa-siapa
pun pasal tu.”
“Awak
dah start sukakan dia ke?”
“Saya tak tahu,” balas Liya
perlahan. Memang dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Semua ni berlaku
secara tiba-tiba. Ataupun mungkin tak, cuma dia je yang asyik-asyik menidakkan.
“Zaf
pelik dengan awak hari ni. Dia risau. Dia cakap ada something wrong dengan awak hari ni.”
“Memang
ada something wrong pun dengan saya
punya hati!” Liya menggigit bibir. Nafas ditarik perlahan-lahan. “...dan saya
tak suka dengan apa yang saya rasa.”
“Kadang-kadang tu, meluahkan apa
yang tersimpan dalam hati tu lagi baik daripada menyimpan biar sampai busuk!”
“Masalahnya,
saya tak tahu nak luah apa.”
“Luahlah yang awak suka Zaf.”
Liya terdiam. Dia sukakan Zaf?
Memang otak dia menidakkan tapi kenapa hati dia seolah-olah mengiyakan? Hati
dia sekarang ni duk cakap, “Ya, memang saya suka dia!” dan otak dia pulak
cakap, “Itu cuma mainan perasaan.” Mana satu yang betul?
“Saya
tak tahu...”
“Hmm...”
“Awak
bukan ada discussion ke?”
Asyraf mengangguk. “Yup tapi saya
tipu cakap nak pergi tandas. Hahaha!”
Liya turut ketawa kecil. “Pergilah.
Saya okey. Cuma kena betulkan balik neuron-neuron dalam otak ni.” Liya
tersengih lebar.
“Awak sure?”
“Sure. Jangan risaulah...”
Asyraf mengangguk sebelum bangkit
dari duduknya. Dia melambai kecil sebelum berlari anak berlalu dari situ. Liya
pulak tarik nafas panjang.
Zafran
yang memerhati dari jauh sejak tadi lagi menggigit bibir. Apa agaknya yang
Asyraf dengan Liya cakap tu, haa? Dan entah kenapa, dekat sudut paling dalam
hati dia terasa sakit melihat Liya baik dengan Asyraf.
p/s : New entry untuk Bertemu Cintaku :) Hope korang enjoy dan jangan lupa komen! :) Komen anda buat saya happy! :)
13 comments:
best...
almak adkah zaf cemburu,,,
hehe:D
ohsem! x ckup lg nie nk ubati krnduan thdap mrka berdua.. hopefully BC cepat2 d bku kan.. ^^"
zaf ngn liya ni mmg sesuai la..bace time dorang dh dewasa lg best..dh matang skit time tu.. ^_^
oh tidak!saya dah nak histeria baca. alaarrr, suka sangat!!!
rs mcm bc true story kali ni.sngt2 nmpk real.sngt sukr nak tntukn bila hati n akl xselari.tq tuk en3 ni.sngt2 wat akk senyum sbb rndu sudah ngn zaf.karya liya sngt osem! ^^
besttt..... :D
cukup x 1w0rd tu?
Xerk?
Tapi, mmg dah best dh tuu... Waiting 4 next3 en3...
bila nak sambung yg baru ye..tk sabar rasanya nak tahu sambungannya :)
Liya - Hehehehe! Amin ;D
Aisy - hehehe! masa tu dh 26. kalau tak matang, kena lepuk la nnti :P hehehe!
mai - sabar mai. hehehe! :D
kak jiba - hehehe! sama-sama :D
nina - hahaha! cukup2 :)thanks.
anon - dah takde sambungan sebab dah nak terbit. insya-Allah dalam thn ni :)
first time bc..
tp suke sngat liya....
be waiting untuk novel BC.. =)
ni da 2nd time baca..
x rasa bosan pun..
suke sgt novel ni...
mintak2 cpt dpt dibukukan..
....amin.....
gambatte liya..
suke sgt novel ni...
da 2x baca..hehe
da x nk post n3 pasal BC???
novel ni best gilerrr!!
mantop x comment ni??haha
mintak2 cpt dpt dibukukan
...amin...
gambatte liya
MEMANG bestt.. bila nak keluarkan novel ye... x sabar nak tahu ending seterusnya...
memang besstt sangat.. bila nak keluarkan novel.. x sabar nak baca ending seterusnya..
Post a Comment