BAB 8
“STOP!”
Adam berpaling ke belakang. Masuk
kali ni dah hampir tiga kali mereka berhenti sebab Hana tak tahan nak muntah.
Dia ni pun dah naik pening sebab jalan ke Terengganu ni memang bengkak-bengkok.
Ingatkan Farah dengan Azrul pergi sana naik kapal terbang tapi rupanya diaorang
berpakat nak naik kereta. Alasannya, senang nak pergi mana-mana
“Aku
dah kata tak nak ikut tapi korang paksa jugak!” Hana dah terduduk dekat luar
kereta. Tekak yang perit diusap berulang kali.
Farah dengan Azrul hanya ketawa
kecil tapi Adam pulak naik risau tengok Hana asyik muntah-muntah. Tak sangka
pulak yang tauke kedai buku yang comel ni tak tahan duduk lama-lama dalam
kereta. Kesian pulak bila dia tengok muka pucat Hana. Kalau Hana isteri dia,
dah lama dia urut belakang Hana. Biar lega sikit.
“Nah, air!” Adam menghulurkan air
dekat Hana.
Perlahan-lahan Hana ambik lalu
diteguk. Lega sikit tekak dia sekarang ni. “Jauh lagi ke?”
“Dekat dah ni,” jawab Azrul. Hana
angguk kepala sebelum bangkit. Perut, sila jangan buat hal ye.
“Aku dah okey.”
Tiba-tiba Adam hulur sesuatu dekat
Farah. “Ni ada minyak cap kapak. Kalau Hana pening nak muntah, kau letak kat
bawah hidung dia. Biar dia rasa lega sikit.”
Hana hanya pandang je Adam. Terharu
la pulak bila Adam buat macam ni tapi entah kenapa hati dia menolak bila Adam
cakap nak kahwin dengan dia. Mungkin belum tiba masanya lagi ataupun dia yang
nak jual mahal walaupun hati dia dah memang suka dekat Adam tu.
“Akan aku jaga Hana kau ni sebaik
mungkin!” Farah angkat tabik hormat sebelum ketawa bersama-sama dengan Azrul.
Hampeh betul suami isteri ni! Hana dah menggerutu geram.
**
Hotel Grand Continental.
Hana pandang lobi yang dihias cantik
dekat depan dia sekarang ni. Kemudian, dia pandang Adam yang sibuk nak bawak
beg roda dia. Tadi pun dah nak bergaduh bila mereka berdua berebut nak bawak
beg roda tapi akhirnya Hana mengalah. Malas nak bergaduh. Biar Adam bawak beg
tu! Nak sangat bawak kan?
“Nah, kunci bilik korang. Satu untuk
Adam, satu untuk kau...” Azrul hulur kunci bilik.
“Patutnya
ada dua je tapi orang tu tak nak kahwin lagi kan?”
Hana
terus bagi pandangan maut dekat Adam.
“Betul
apa?” Adam sengih.
“Aku
nak naik atas. Bye!” Terus dia ambik
beg roda dari tangan Adam sebelum bergegas tekan pintu lif. Duduk lama-lama
dengan Adam, mau gila dibuatnya!
“Marah
ke?” Adam dah berdiri dekat sebelah Hana.
“Tak.”
“Janganlah
marah. Karang tak comel.” Adam dah pandang Hana sambil buat muka tak senang
hati. Risau pulak kalau Hana merajuk dengan dia. Tak best la kalau macam tu.
Habis la misi nak memikat hati Hana kalau awal-awal datang sini, Hana dah
merajuk bagai.
“Aku
tak marah pun...”
“Naik
bilik nanti tidur tau. Rehat banyak-banyak. Esok, aku bawak kau pergi
jalan-jalan nak?”
Hana
hanya mengangguk sambil menahan senyum. Dia tahu Adam nak pujuk dia dan
sejujurnya dia terharu. Bahagia je sekarang ni tapi mulut masih tak nak cakap
setuju dengan lamaran Adam. Adam seorang pilot! Pilot okay! Takkanlah takde
pramugari yang cantik dekat lapangan kapal terbang tu?
“Okey.”
Hanya itu je yang dibalas.
**
“Mana Farah dengan Azrul?”
Adam angkat bahu sambil menghirup
air teh o panasnya. Sebelah tangan lagi sibuk menekan papan kekunci telefon.
Dia
dah turun dan dia marah. Siaplah korang lepas ni.
Send!
Adam pandang Hana yang tengah membebel sorang diri. Hari pertama kat
Terengganu, Farah dengan Azrul dah buat hal! Kalaulah Hana tahu yang Farah
dengan Azrul tinggalkan mereka berdua dekat sini, mau mengamuk Hana ni!
“Haih, bengang betullah!” Hana duduk dekat depan Adam. Dia
pandang ke luar tingkap. Baru dia sedar yang pemandangan dekat hotel ni cantik!
Semalam, tiba-tiba je kat sini terus dia landing atas katil sebab pening
sangat. Nasib baik tak boleh solat.
“Nak pergi mana-mana tak?” Soal
Adam.
“Entah.”
“Jom pergi tengok Masjid Kristal
nak?”
“Nak naik apa?”
“Teksi la kot! Kau tahu jalan ke?”
Hana geleng. Baru kali pertama
datang sini, nak tahu jalan apa ke bendanya?
“Dulu pernah pergi tapi sekali
jelah,” Adam baca surat khabar pulak tapi matanya dia tetap jugak sesekali
mengerling ke arah Hana.
“Jomlah kita pergi sekarang.”
“Masjid Kristal?”
Hana mengangguk. “Mana-mana jelah.
Bosan nak duduk bertapa dekat sini. Kalau kau nak duduk sini je, takpelah...
Biar aku pergi sorang-sorang.” Hana dah bangkit dari duduknya. Baru je dia nak
melangkah, tiba-tiba dia dapat rasa beg sandangnya ditarik oleh Adam.
“Jangan nak pergi sorang-sorang
sangatlah.” Adam gigit bibir bawah. Memang taklah dia nak biarkan Hana jalan
sorang-sorang dekat sini. Dahlah Hana comel sangat hari ni. Pakai baju kemeja
warna ungu dengan tudung warna hitam. Pakai skirt labuh dengan beg sandang
pulak tu. Sekali tengok, nampak macam budak sekolah je.
“Laa...”
“Dahlah kau comel hari ni. Tak nak
aku biar kau jalan sorang-sorang. Karang ada pulak yang tackle. Tak pun,
tiba-tiba ada mak cik yang nak kau jadi menantu diorang nanti.”
Hana nak tergelak tapi dia tahan.
Risau jugak Adam dengan dia rupanya. Cemburu pun ada jugak. Hana kerling baju
dia. Comel ke?
“Comel apa kebendanya?”
“Comellah!”
“Fine
Adam! Fine!”
Tiba-tiba Adam ketawa. Dia suka bila
dengar Hana senyum ‘Fine’. Walaupun muka macam nak makan orang tapi bila Hana
sebut ‘Fine’, dia rasa macam Hana tengah merajuk je. Haih, kalau dah suka tu...
Hana buat muka apa pun dia suka.
“Kenapa gelak?”
“Takde apa. Jomlah kita pergi
sekarang.”
“Adam Rahman!”
“Ye, Hana Taufiq?”
“Tell
me!” Hana dah ketap gigi. Gelak tiba-tiba ni mesti ada sebab kan?
“Nothing,
Hana Taufiq. Come, let’s go now.
Nanti lambat balik.” Adam dah senyum sambil memasukkan tangan ke dalam poket
seluar.
“I
hate you, Adam Rahman!”
“But
I love you, Hana Taufiq!” Balas Adam.
Hana terkedu. Memang dia terkedu.
Selama ni, Adam duk ajak dia kahwin tapi perkataan keramat tu langsung tak
pernah keluar dari mulut Adam.
“Dan aku tak tipu pasal tu. I wish I could say ‘Aku terima nikahnya’
tapi kau tak nak.”
Hana masih lagi terkedu. Oh my!
p/s : :) Enjoy and jangan lupa komenn! Love you!
13 comments:
Adam nkal sngt . hehehe ... tpi suka3 ... Cite dia mr right ni x kahwin awal ye ?
*akak pun nak lari dripada cerita kawen awal2 n paksa2 . sob3 ... bnyak sngt pembaca yg dah kata cliche . tpi bila wat cite x kaweng , bnyak plak yg mintak kaweng .. hek3 . last2 kawen jugaklah akhirnya ..
oh my!
ckit je :(
xpe la..sal kan lpas rndu..
thanx moon :)
(cpt2 post lg..hehe)
OMG! sweet sgt part yg last tu :D Hana, cepatlah kahwin ngan Adam <3 <3 <3
wahh..comel la adam..
sweet part yg last 2...cepat la kawen adam n hana ni...sweet couple...hana yg comel..adam yg hensem..:)
best sgt2 cita ni. sweet la adam.. suka2.. :) smbung la lg ya..
bestnyeee...mmg Adam ni sempoi ar..tp macho abess...make suru adam tackle hana ni btol2..pas kawen pun tackle lg dasyat..akak suke citer bercinta selepas kawen gak..mcm best je..sbb perbuatan x terbatas..baru romantik..huhuhu
alamak adam...
comelnyer u...
cepat lah sambung...
x sbar nak bce..
i like the last part :)
alaaaa.... awat pendek sangt?? uhukuhuk tp xpe la...
adam ini sangt sweetttt.... cepatlah kawen!!!
kak rin : hehehe! tak kahwin awal kot :) sbb ada readers cakap jgn buat something yg cliche sgt. tp tak sure lagi la :)
yana : hehehe! sorry sbb pendek. mmg sesuai takat tu je. :D suspens idak? hehehhe!
hana : moon pun dh cair dgn ayat terakhir adam tu <3
sue : adam hensem kan? ce bayang kalau dia pakai uniform pilot! oh my, pengsan!
nurul najwa : hehehe! terima kasih <3 :D
lieda : hahahaha! hana tu dh goyah hati dh. adam kena usaha lagi! :D
insyirah : hehehehe! comel kan? :3
syahirah : i love it too. high 20! <3
joenyz : sorry dik. hehehe! :D adam sweet kan? :P
Adam....kamu sngt mmpu buat Hana terharu.cara cakap,cara layan..sume nye bikin hati cair.ayt last plg xthn...Hana jgn leleh yer... ^^
kak jiba : hana nak leleh dh tu tapi dia control. ehehehehehe! :D
best...best..and best.....sweet sgt2..
Post a Comment