Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Sedutan Bertemu Cintaku!

HUJAN! Liya memandang ke luar tingkap sambil menarik nafas panjang. Sejak dari tadi dia menunggu hujan berhenti tetapi masih belum nampak tanda-tanda pun yang hujan akan berhenti dalam masa terdekat. Nazhirah kena balik awal hari ni sebab dia ada makan malam dengan keluarga dia. Wahida pun kena balik awal hari ni sebab hari ni keluarga tunang dia ajak dia makan sama-sama. Dan tinggallah dia keseorangan di dalam kesejukan di sini.

Knock! Knock!

Liya berpaling ke arah pintu yang berbunyi. Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Dia mencapai kayu besbol yang memang disediakan oleh Abang Harith berdekatan dengan pintu sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelah tangan mencapai tombol pintu manakala sebelah tangan lagi bersedia untuk menghayun kayu besbol.

“Arghhh!” Kayu besbol dihayun laju.

“Kau nak bunuh aku ke apa?” Zafran menahan kayu besbol yang dihayun oleh Liya menggunakan tapak tangannya. Dia merenung tajam ke arah Liya yang terlopong yang kemudiannya menurunkan kayu besbol yang dipegangnya sambil tersengih.

“Kau buat apa datang sini?” Tanya Liya.

“Kakak!” Hannah tiba-tiba muncul dari belakang Zafran diikuti oleh Maya selepas itu. “Kitaorang datang nak ambik kakak.”

Dahi Liya berkerut. Abang Rafeeq dengan Abang Harith takde kat rumah ke? Ohh! Terlupa yang Abang Rafeeq pergi outstation dekat Terengganu. Abang Harith pulak balik rumah mertua dia.

“Nak tinggal Pooh sorang-sorang? Tak naklah...”

“Skuter kau tu takkan hilanglah.” Ucap Zafran dengan sinis. Liya mengetap gigi. Nama dia Pooh bukan Skuter.

“Yelah... aku balik sekarang. Tunggu kejap. Nak pergi ambik beg.” Liya pantas ke bilik belakang lalu mencapai beg sandangnya. Lampu bilik dan lampu hiasan di dalam kedai ditutup sebelum dia mengunci pintu kedai. Zafran yang masih menantinya di luar kedai menghulurkan payung di tangannya.

“Kau tak nak payung?”

“Takpe. Kau gunalah... Jalan dulu.” Liya mengangguk sebelum berjalan di hadapan Zafran. Sesekali dia berpaling ke arah Zafran yang sudah basah dengan air hujan. Dia berhenti melangkah sebelum mendapatkan Zafran lalu berkongsi payung yang dipegangnya.

“Kita kongsi.”

“Tak muatlah kalau dua orang nak kongsi payung kecil macam ni.” Balas Zafran.

“Muat! Kau jangan banyak cakap sangat. Duduk je diam-diam bawah payung ni.” Marah Liya apabila Zafran cuba menjauhkan dirinya dan merelakan dirinya dibasahi hujan.

Zafran mendengus kecil sebelum mendiamkan dirinya. Dibiarkan saja Liya memegang payung tapi apabila beberapa kali dia terhantuk kepala dengan bucu payung, dia mula mengambil alih untuk memegang payung.

“Badan kau kecik sangat. Sakit kepala aku asyik terhantuk je.” Ucap Zafran pantas apabila melihat kerutan di dahi Liya.

Liya hanya mendiamkan diri. Biarlah Zafran yang pegang payung sebab tangan dia memang dah mula lenguh. Maya dan Hannah yang berjalan di hadapan sesekali mengalihkan pandangan mereka berdua ke belakang sebelum mengekek ketawa. “Sweetnya!” Kata Maya sambil tersenyum dan disokong oleh Hannah.

“Maya, kalau tak nak kena baling dengan payung ni...”

Okay, fine. Maya dengan Hannah akan senyap je.” Sampuk Maya terlebih dahulu sebelum Zafran sempat menghabiskan ugutannya. Dia kemudiannya mengenyit mata ke arah Hannah yang turut membalasnya sambil tersengih.

“Hannah, berhenti kejap.” Liya menyuruh Hannah berhenti melangkah sebelum berlari mendapatkan adiknya. Zafran yang memerhati, memandang mereka bertiga dengan pelik. Dahinya bertambah kerut apabila Maya berlari mendapatkannya.

“Jom...” Ujar Maya sambil memaut lengannya. Zafran memandang ke arah Liya dan Hannah yang sudah berjalan di hadapannya. Baru dia faham apa yang Liya buat tadi. Mesti dia suruh Maya tukar tempat dengan dia.

***

“Kata nak terus balik.” Liya mencebik sambil memandang ke arah Zafran dan Maya. Maya hanya tersengih manakala Zafran hanya diam. Dia memang tak bersalah dalam hal ini. Maya yang memaksa dia.

“Ala kak Liya, sekejap je.”

Liya menggeleng sambil berpeluk tubuh. Tak naklah buat macam ni malam-malam buta macam ni!

“Ala kak... sekejap je.” Pujuk Hannah sambil memegang lengan kakaknya. Liya menggigit bibir. Zafran dipandang sekali lagi dan eksperesi muka Zafran masih lagi sama macam tadi. Tak ada perasaan langsung.

“Please kak...”

Akhirnya Liya mengangguk. Susah betul bila hati lembut macam ais krim ni kan? Adakah ini berlaku kerana dia amat sukakan ais krim?

“Nak suruh makan pun susah.” Ucap Zafran perlahan sambil berjalan dahulu di hadapan. Liya mencebik. Lidahnya dijelirkan ke arah Zafran. “Menyakitkan hati betul!” Gerutunya geram.

“Aku dengar...”

“Memang sengaja nak bagi kau dengar pun, MP!”

Zafran akhirnya hanya mampu tergelak kecil. Rasa kelakar apabila Liya menyebut nama gelarannya. Tiba-tiba dia merasakan mereka masih lagi pelajar sekolah.

“Tak waras gelak tiba-tiba.”

“Don’t worry, MK. Aku masih waras.” Balas Zafran selamba. “I don’t think so.” Liya membalas balik. Maya dan Hannah menggeleng kepala. Malas nak melayan. Gaduh-gaduh sayang tu. Mulut kata benci tapi hati kata suka. Ingat kami ni tak tahu ke?

“Nak makan apa?” Maya bertanya sambil melihat menu ditangannya. Satu persatu ditilik sebelum akhirnya dia memilih chicken chop. Hannah pula memilih fish and chips. Manakala Liya dan Zafran secara kebetulannya telah memilih nasi goreng paprika.

“Sehati sejiwa kan?”

Liya mencubit peha Hannah dari bawah meja. Mulut tu memang nak kena gam betullah. Tak ada maknanya nak sehati sejiwa.

“Kalau sehati sejiwa pun kenapa? Tak boleh ke?” Liya mengalihkan pandangannya ke arah Zafran. Sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu.

“Siapa cakap tak boleh? Lagi suka adalah...”

“Eloklah macam tu.” Sekali lagi mata Liya terbuntang luas. Oh tidak! Apa kena dengan Zafran ni?

“Betul tak, sayang?” Zafran memandang Liya sambil tersenyum manis. Liya menelan air liur. Sayang? Boleh pengsan aku dibuatnya.

“Shut up!”

Zafran terus ketawa. “Main-main pun tak boleh.” Balasnya tenang sambil menghirup air jus oren yang baru sampai.

Hannah dan Maya dah tersengih-sengih. “Comellah... Both of you patut kahwin.” Ucap Maya dan disokong oleh Hannah.

“Shut up!” Kali ni Liya dan Zafran bersuara. “Konon suruh orang shut up tapi dalam hati dah suka kan? Admit it!” Balas Hannah bengang. Nak jugak menidakkan benda yang betul!

“Can’t hear you.” Liya mengangkat tangan sambil menghirup airnya dan memandang ke arah lain. Langsung tak memandang ke arah Zafran yang turut menghirup airnya. Masing-masing mendiamkan diri.

“Kenapa senyap je ni?”

“Malas nak bercakap.” Ujar Zafran sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia mengerling ke arah Liya sekilas sebelum tersenyum sinis. Tiba-tiba rasa macam nak mengusik je lagi.

Tit! Tit!

Liya mengeluarkan telefon bimbitnya. Apabila melihat nama Zafran yang keluar, terus dia memandang Zafran. Bibirnya dicebikkan. Sibuk aje nak mesej orang!

- Sayang... you marah I ke?

Ya Allah! Rasa macam nak lempang Zafran laju-laju. Dia mengetap gigi. Kau memang nak kena dengan aku, Zafran Adha!

+ Marahlah sayang. You buat I sedih. L

Liya tersenyum jahat dalam hati. Ingat kau sorang je boleh main-main? Ni Liyana Damia la. Tak gentar dengan usikan sayang tu. Please la!

Zafran terkedu ketika membaca balasan mesej daripada Liya. Ingatkan tak berani nak balas.

- Bila masa I buat you sedih, sayang? Jangan la macam ni. Dah tak comel sayang I ni. J

Liya tersenyum sedikit. Dia mengalihkan pandangan ke arah Zafran yang menunduk memandang telefon bimbitnya. Kalau Hannah dan Maya nampak kami bergurau macam ni, confirm kena usiknya!

+ Kau jangan nak menggedik! Tak suka! I’m not your sayang.

Butang send ditekan.

Tiba-tiba Zafran terus ketawa. Dia memandang Liya yang turut menahan ketawa. “Kau yang menggedik!”

“Tak ada maknanya. Kau tu...”

“Apa korang ni?” Hannah menyampuk. Pelik sebab tiba-tiba kakak dengan abang ni boleh ketawa. Macam orang tak betul.

“Nothing.” Jawab Zafran masih lagi tersenyum.

“Biarlah rahsia...” Liya menjawab pulak dalam senyuman.

“Kan dah kata yang korang ni sesuai. Patut kahwin je.” Ucap Maya sambil menggeleng kepala. Perangai pun dah sama!


p/s : Still going :) Harap2 sempat siap secepat mungkin!

8 comments:

cactaceous opuntia said...

tula...org dah kate...gaduh2...kawen...heee

liyana said...

chayok!!!!!
so sweet..
(rse mcm da prnh bce teaser ni dulu la)
da prnh post kan?

Afiqahai said...

amboi berbalas mesej naa..
so sweet. ^_^
chaiyok moon. miss both of them.

Anonymous said...

best dan mnarik.sambung lg ye

Sue Anieki said...

comel nya zaf..hahahha..liya pun cute je..moon cpt sambung..:)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

liyana : a'ah. dah pernah post tapi tak full :))

semua : thanks! :DD

Anonymous said...

terubat rindu kat zaf n liya~~
comey la diorang..hehe..^^
thanks, moon..

-arisa-

me said...

cute eh..:D..<3