BAB 1
AKU pandang Amsyar sebelum tersenyum
sumbing. Kerusi di hadapannya, aku tarik perlahan sebelum aku labuhkan punggung
aku di situ. Aku kerling jam di tangan sebelum kembali memandang Amsyar dengan
muka mintak simpati.
“Sorry
lambat.”
Amsyar memandangku dengan pandangan
mata yang tajam sambil menghirup jus tembikainya. “Kenapa lambat?” Soalnya
perlahan tapi tegas.
“Ada customer mintak aku tolong gubah bunga on the spot,” balasku sambil mengangkat tangan pada seorang pelayan
wanita. Rasa laparlah pulak lepas penat berkejar nak datang sini.
“Ye kak, nak order apa?”
“Mee goreng dengan teh o ais satu!”
jawab aku tanpa melihat menu terlebih dahulu. Memang setiap kali aku datang
sini, itulah makanan dengan minuman yang aku selalu order. Pelayan wanita tu tadi mengangguk kecil sebelum menuju ke
dapur.
“So,
apa yang kau nak cerita dekat aku?” Soal aku tak sabar. Pagi tadi, bukan main excited Amsyar cakap nak jumpa aku.
Katanya, dia ada berita gembira nak bagitahu dekat aku.
Amsyar yang tadinya berwajah serius terus
tersenyum lebar. “Aku dah nak kahwin,” ucapnya riang. Aku yang mendengar
tersentak. Terkebil-kebil aku memandangnya yang tersenyum riang sebelum aku
menarik nafas dalam-dalam.
“Kahwin dengan siapa?” Tanyaku
selepas lama aku mendiamkan diri. Ketika itu, aku langsung tak tahu nak cakap
apa tapi satu perkara yang aku sangat pasti. Hati aku rasa pedih sangat
sekarang ni. Rasa macam Amsyar ambik hati aku dan dia koyakkan hati aku sampai jadi
kepingan kecil!
“Ainin...”
Jawapan dia buat aku tarik nafas
sekali lagi. Aku memang kenal Ainin dan sebenarnya aku yang memperkenalkan
Ainin dekat Amsyar tapi aku tak sangka pulak rupanya mereka menjalinkan hubungan
tanpa pengetahuan aku.
“Aku tak tahu pun selama ni kau
dengan dia...”
“Kami tak pernah bercinta pun, Nat!”
Kata-kataku terhenti. Maknanya
mereka memang tak pernah berhubungan tapi kenapa tiba-tiba Amsyar cakap dia nak
kahwin dengan Ainin?
“So,
macam mana kau boleh nak kahwin dengan Ainin ni?”
“Semalam... aku call dia. Aku cakap yang aku suka dia dan dia cakap pergilah jumpa
mak dengan ayah dia dulu. Itu dah kira macam dia setuju la kan?” Amsyar
memandang aku dengan muka yang berseri-seri. Aku hanya mengangguk kecil dan
tersenyum. Tersenyum untuk menutup rasa hati aku sendiri.
“Baguslah kalau macam tu, Am.” Hanya
itu yang mampu aku cakap ketika ini. Nak cakap aku gembira, tipulah sangat! Memang
aku sedih sangat sekarang ni! Sedih sebab aku sedar yang aku dah terlambat.
Terlambat untuk memberitahu Amsyar perasaan sebenar aku tapi nak menyesal pun,
dah tak ada guna lagi sekarang ni! Semuanya dah berlaku...
Wahai hati, tabahlah!
AKU MENGELAP
air mata yang mengalir sejak dari tadi. Kalau disukat guna baldi, dah
berbaldi-baldi dah kot air mata ku
ni. Bersusah payah aku tahan air mata aku ni daripada mengalir dekat depan
Amsyar tadi. Lepas Amsyar balik, terus air mata aku mengalir macam air hujan. Sapu
tangan yang berada di tangan aku ni pun dah basah dengan air mata bercampur
dengan air hujan yang tengah turun dengan lebatnya sekarang ni. Sejak balik
dari jumpa Amsyar, aku menerawang pergi jalan-jalan dekat shopping mall, kononnya nak menenangkan diri tapi aku masih jugak
ingat apa yang Amsyar cakap dengan aku masa dekat restoran tadi. Akhirnya aku
keluar dari situ dan bertapa dekat sini. Bertapa sambil memandang kosong ke
arah jalan raya di pondok bas yang takde orang ni.
“Cik
tak sihat ke?”
Aku
berpaling ke sebelah kanan sebelum tayang muka terkejut. Sejak bila ada orang
dekat sebelah aku ni? Dahlah serabai habis dengan jambang dekat muka dia tu.
Aku diamkan diri tapi masih memandang dia.
“Cik
jangan risau. Saya ni tak makan orang. Makan nasi je. Kebetulan saya baru beli
nasi ni.” Dia mengangkat beg plastik di tangannya sambil tersenyum. Terserlah
lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
“Awak
ni siapa?”
“Manusia
biasa.” Dia sengih. Aku pulak cebik bibir. Boleh pulak dia loyar buruk masa aku
tengah sedih ni? Dia tak nampak ke air mata yang mengalir laju dekat pipi aku
ni?!
“Kenapa
cik duduk sorang-sorang kat sini? Bahaya tau!” Ucapnya lagi bila aku hanya
mendiamkan diri. Aku tarik nafas panjang sebelum memandang dia. Serabut betul
aku tengok jambang dekat muka dia tu! Kenapalah dia tak buang jambang dekat
muka dia tu? Muka dah handsome tapi
jambang tu memang spoil sungguhlah!
“Saya
kecewa…” Luah aku tiba-tiba. Entah kenapa aku rasa macam aku perlu meluahkan
apa yang aku rasa sekarang ni dekat seseorang walaupun aku tak kenal pun orang
tu. Kalau mak tahu aku buat macam ni, confirm
mak marah!
“Kecewa? Sebab cinta ke?”
“Macam
mana awak tahu?”
“Saya
teka je. Kenapa dengan lelaki tu?” Soal lelaki itu lagi sambil menongkat
mukanya dengan menggunakan tangannya yang diletakkan di atas lutut.
“Dia
nak kahwin dah,” balasku lemah sambil mengelap air mata yang kembali mengalir. Sejak
bila Natassha jadi cengeng sangat ni?!
“Cinta
tak kesampaianlah ni?”
Aku
mengangguk.
“Saya
tak pernah confess perasaan sebenar
saya dekat dia dan bila dia cakap dia dah nak kahwin, saya rasa macam hati saya
ni disiat-siat guna pisau tajam!”
“Ohh…”
Hanya itu yang terluah dari bibir lelaki itu. Mungkin dia pun tak tahu nak
cakap apa lagi.
“Lain
kali, saya nak orang yang suka saya berterus terang dekat saya tanpa
mempedulikan apa je jawapan saya. Asalkan dia bagitahu apa yang dia rasa sebab
saya tahu macam mana rasanya memendam perasaan.” Aku pandang lelaki tu yang
hanya tersenyum.
“Nak
tahu sesuatu tak?”
“Nak.
Apa dia?”
“One of the simplest ways to stay happy is to
let go of all the things that make you sad.”
Dahi
aku berkerut. “Maksud awak?”
“Let him go. Allah dah tetapkan jodoh
awak. Mungkin jodoh awak bukan dengan dia. Lagipun bukan dia seorang je lelaki
kat dunia ni. Ramai lagi kan?” Dia tersenyum lagi dan entah kenapa kata-katanya
buat hati aku jadi tenang.
Aku
balas senyuman dia sambil mengangguk kecil. “Thanks awak.” Aku betul-betul menghargai apa yang dia buat untuk
menceriakan aku. Kadang-kadang, aku terfikir yang bercakap dengan orang asing
ni, bukanlah sesuatu yang tak bagus sangat asalkan kita tahu niat dia macam
mana. Memandangkan lelaki ni takdelah pulak ambik kesempatan dekat aku lelaki
ni boleh dianggap sebagai seorang stranger
yang baik dan hanya bercakap dengan aku bila tengok aku sedih. Bukan
seseorang yang datang dan lepas tu mula nak mengacau!
“Everything happens for a reason. Mungkin
kita tak tahu lagi apa sebabnya sekarang ni but
insya-Allah, one fine day Allah
akan tunjuk sebab kenapa benda tu berlaku. We
just have to put our trust in Allah,” ucap lelaki itu lagi dan aku
mengangguk bersetuju. Aku pandang dia sebelum mengelap sisa-sisa air mata aku
dan terus tersenyum lebar.
“Life must goes on kan?”
Dia
mengangguk. “Ada seseorang di luar sana. Seseorang yang akan lap air mata awak
bila awak menangis and that person is
your husband. Buat masa sekarang, jangan bazirkan air mata untuk someone yang tak berbaloi.”
“Thanks awak... Lega betul hati saya
sekarang ni,” ucap aku sambil menyimpan sapu tangan masuk ke dalam beg tangan.
Aku dah tak nak menangis. Buat apa menangis sebab benda macam ni kan? Betul
cakap Encik Manusia Biasa ni!
“Nahh...
benda kecik je. Saya memang tak suka tengok orang nangis-nangis ni dan saya
rasa saya patut jadi kaunselor.” Lelaki tu tergelak kecil dan aku pun ikut
gelak sama. “Saya nak balik dah ni. Awak okey ke duduk sorang-sorang kat sini?
Ke nak saya tunggu sini?” Soalnya sambil bangkit dari duduknya. Aku pandang dia
sebelum geleng kepala.
“Takpe.
Abang saya dah nak sampai nanti.” Aku senyum.
“Okey.
Take care tau... jangan nangis-nangis
dah. By the way, awak nampak comel
sangat pakai baju ni. Tak sesuai langsung bila dah comel tapi nangis,” ujarnya
selamba. Aku hanya tergelak kecil. Mesti buruk kan muka aku bila nangis?
“Dan...
kalau boleh, andailah kata awak pergi KLIA... pakai baju ni tau. Awak mungkin
tak nampak saya tapi saya akan selalu nampak awak,” katanya sambil tersenyum
sebelum berlari meredah hujan. Aku pandang langkah dia dengan kerutan di dahi.
Apa maksud dia tu?
7 comments:
waitin for the next chapter <3 <3
woooo..bestnya..
mr pilot ke?heheh
hahaa.... Inche Manusia Biasa.....
<3 Zafran xmrah ann klaw rsa syg 0rg dkt dia dbelah dua sma bnyk antara dy dgn irfan? :D hahaa...
Mcm pena bca cite nie....
kak rin : hehehe! :D
amira : bukan. dia ni mr. pramugara :p hahaha!
nina : hahaha! dia tak marah :D
eija : erk? dulu pnah post kat p2u tapi lain ckit.
thanks sebab sudi komen :)
Mcm penah baca.. Ke yg dllu tu cerpen.. ;) like!
yeahhh.. Cintaku di KLIA versi novel. akak tggu next chap.. ^^
Post a Comment