Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Cintaku di KLIA 1




BAB 1
            AKU pandang Amsyar sebelum tersenyum sumbing. Kerusi di hadapannya, aku tarik perlahan sebelum aku labuhkan punggung aku di situ. Aku kerling jam di tangan sebelum kembali memandang Amsyar dengan muka mintak simpati.
            “Sorry lambat.”
            Amsyar memandangku dengan pandangan mata yang tajam sambil menghirup jus tembikainya. “Kenapa lambat?” Soalnya perlahan tapi tegas.
            “Ada customer mintak aku tolong gubah bunga on the spot,” balasku sambil mengangkat tangan pada seorang pelayan wanita. Rasa laparlah pulak lepas penat berkejar nak datang sini.
            “Ye kak, nak order apa?”
            “Mee goreng dengan teh o ais satu!” jawab aku tanpa melihat menu terlebih dahulu. Memang setiap kali aku datang sini, itulah makanan dengan minuman yang aku selalu order. Pelayan wanita tu tadi mengangguk kecil sebelum menuju ke dapur.
            “So, apa yang kau nak cerita dekat aku?” Soal aku tak sabar. Pagi tadi, bukan main excited Amsyar cakap nak jumpa aku. Katanya, dia ada berita gembira nak bagitahu dekat aku.
            Amsyar yang tadinya berwajah serius terus tersenyum lebar. “Aku dah nak kahwin,” ucapnya riang. Aku yang mendengar tersentak. Terkebil-kebil aku memandangnya yang tersenyum riang sebelum aku menarik nafas dalam-dalam.
            “Kahwin dengan siapa?” Tanyaku selepas lama aku mendiamkan diri. Ketika itu, aku langsung tak tahu nak cakap apa tapi satu perkara yang aku sangat pasti. Hati aku rasa pedih sangat sekarang ni. Rasa macam Amsyar ambik hati aku dan dia koyakkan hati aku sampai jadi kepingan kecil!
            “Ainin...”
            Jawapan dia buat aku tarik nafas sekali lagi. Aku memang kenal Ainin dan sebenarnya aku yang memperkenalkan Ainin dekat Amsyar tapi aku tak sangka pulak rupanya mereka menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan aku.
            “Aku tak tahu pun selama ni kau dengan dia...”
            “Kami tak pernah bercinta pun, Nat!”
            Kata-kataku terhenti. Maknanya mereka memang tak pernah berhubungan tapi kenapa tiba-tiba Amsyar cakap dia nak kahwin dengan Ainin?
            “So, macam mana kau boleh nak kahwin dengan Ainin ni?”
            “Semalam... aku call dia. Aku cakap yang aku suka dia dan dia cakap pergilah jumpa mak dengan ayah dia dulu. Itu dah kira macam dia setuju la kan?” Amsyar memandang aku dengan muka yang berseri-seri. Aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum. Tersenyum untuk menutup rasa hati aku sendiri.
            “Baguslah kalau macam tu, Am.” Hanya itu yang mampu aku cakap ketika ini. Nak cakap aku gembira, tipulah sangat! Memang aku sedih sangat sekarang ni! Sedih sebab aku sedar yang aku dah terlambat. Terlambat untuk memberitahu Amsyar perasaan sebenar aku tapi nak menyesal pun, dah tak ada guna lagi sekarang ni! Semuanya dah berlaku...
            Wahai hati, tabahlah!


AKU MENGELAP air mata yang mengalir sejak dari tadi. Kalau disukat guna baldi, dah berbaldi-baldi dah kot air mata ku ni. Bersusah payah aku tahan air mata aku ni daripada mengalir dekat depan Amsyar tadi. Lepas Amsyar balik, terus air mata aku mengalir macam air hujan. Sapu tangan yang berada di tangan aku ni pun dah basah dengan air mata bercampur dengan air hujan yang tengah turun dengan lebatnya sekarang ni. Sejak balik dari jumpa Amsyar, aku menerawang pergi jalan-jalan dekat shopping mall, kononnya nak menenangkan diri tapi aku masih jugak ingat apa yang Amsyar cakap dengan aku masa dekat restoran tadi. Akhirnya aku keluar dari situ dan bertapa dekat sini. Bertapa sambil memandang kosong ke arah jalan raya di pondok bas yang takde orang ni.
“Cik tak sihat ke?”
Aku berpaling ke sebelah kanan sebelum tayang muka terkejut. Sejak bila ada orang dekat sebelah aku ni? Dahlah serabai habis dengan jambang dekat muka dia tu. Aku diamkan diri tapi masih memandang dia.
“Cik jangan risau. Saya ni tak makan orang. Makan nasi je. Kebetulan saya baru beli nasi ni.” Dia mengangkat beg plastik di tangannya sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
“Awak ni siapa?”
“Manusia biasa.” Dia sengih. Aku pulak cebik bibir. Boleh pulak dia loyar buruk masa aku tengah sedih ni? Dia tak nampak ke air mata yang mengalir laju dekat pipi aku ni?!
“Kenapa cik duduk sorang-sorang kat sini? Bahaya tau!” Ucapnya lagi bila aku hanya mendiamkan diri. Aku tarik nafas panjang sebelum memandang dia. Serabut betul aku tengok jambang dekat muka dia tu! Kenapalah dia tak buang jambang dekat muka dia tu? Muka dah handsome tapi jambang tu memang spoil sungguhlah!
“Saya kecewa…” Luah aku tiba-tiba. Entah kenapa aku rasa macam aku perlu meluahkan apa yang aku rasa sekarang ni dekat seseorang walaupun aku tak kenal pun orang tu. Kalau mak tahu aku buat macam ni, confirm mak marah!
“Kecewa?  Sebab cinta ke?”
“Macam mana awak tahu?”
“Saya teka je. Kenapa dengan lelaki tu?” Soal lelaki itu lagi sambil menongkat mukanya dengan menggunakan tangannya yang diletakkan di atas lutut.
“Dia nak kahwin dah,” balasku lemah sambil mengelap air mata yang kembali mengalir. Sejak bila Natassha jadi cengeng sangat ni?!
“Cinta tak kesampaianlah ni?”
Aku mengangguk.
“Saya tak pernah confess perasaan sebenar saya dekat dia dan bila dia cakap dia dah nak kahwin, saya rasa macam hati saya ni disiat-siat guna pisau tajam!”
“Ohh…” Hanya itu yang terluah dari bibir lelaki itu. Mungkin dia pun tak tahu nak cakap apa lagi.
“Lain kali, saya nak orang yang suka saya berterus terang dekat saya tanpa mempedulikan apa je jawapan saya. Asalkan dia bagitahu apa yang dia rasa sebab saya tahu macam mana rasanya memendam perasaan.” Aku pandang lelaki tu yang hanya tersenyum.
“Nak tahu sesuatu tak?”
“Nak. Apa dia?”
One of the simplest ways to stay happy is to let go of all the things that make you sad.
Dahi aku berkerut. “Maksud awak?”
Let him go. Allah dah tetapkan jodoh awak. Mungkin jodoh awak bukan dengan dia. Lagipun bukan dia seorang je lelaki kat dunia ni. Ramai lagi kan?” Dia tersenyum lagi dan entah kenapa kata-katanya buat hati  aku jadi tenang.
Aku balas senyuman dia sambil mengangguk kecil. “Thanks awak.” Aku betul-betul menghargai apa yang dia buat untuk menceriakan aku. Kadang-kadang, aku terfikir yang bercakap dengan orang asing ni, bukanlah sesuatu yang tak bagus sangat asalkan kita tahu niat dia macam mana. Memandangkan lelaki ni takdelah pulak ambik kesempatan dekat aku lelaki ni boleh dianggap sebagai seorang stranger yang baik dan hanya bercakap dengan aku bila tengok aku sedih. Bukan seseorang yang datang dan lepas tu mula nak mengacau!
Everything happens for a reason. Mungkin kita tak tahu lagi apa sebabnya sekarang ni but insya-Allah, one fine day Allah akan tunjuk sebab kenapa benda tu berlaku. We just have to put our trust in Allah,” ucap lelaki itu lagi dan aku mengangguk bersetuju. Aku pandang dia sebelum mengelap sisa-sisa air mata aku dan terus tersenyum lebar.
Life must goes on kan?”
Dia mengangguk. “Ada seseorang di luar sana. Seseorang yang akan lap air mata awak bila awak menangis and that person is your husband. Buat masa sekarang, jangan bazirkan air mata untuk someone yang tak berbaloi.”
Thanks awak... Lega betul hati saya sekarang ni,” ucap aku sambil menyimpan sapu tangan masuk ke dalam beg tangan. Aku dah tak nak menangis. Buat apa menangis sebab benda macam ni kan? Betul cakap Encik Manusia Biasa ni!
“Nahh... benda kecik je. Saya memang tak suka tengok orang nangis-nangis ni dan saya rasa saya patut jadi kaunselor.” Lelaki tu tergelak kecil dan aku pun ikut gelak sama. “Saya nak balik dah ni. Awak okey ke duduk sorang-sorang kat sini? Ke nak saya tunggu sini?” Soalnya sambil bangkit dari duduknya. Aku pandang dia sebelum geleng kepala.
“Takpe. Abang saya dah nak sampai nanti.” Aku senyum.
“Okey. Take care tau... jangan nangis-nangis dah. By the way, awak nampak comel sangat pakai baju ni. Tak sesuai langsung bila dah comel tapi nangis,” ujarnya selamba. Aku hanya tergelak kecil. Mesti buruk kan muka aku bila nangis?
“Dan... kalau boleh, andailah kata awak pergi KLIA... pakai baju ni tau. Awak mungkin tak nampak saya tapi saya akan selalu nampak awak,” katanya sambil tersenyum sebelum berlari meredah hujan. Aku pandang langkah dia dengan kerutan di dahi. Apa maksud dia tu?

7 comments:

RinsyaRyc said...

waitin for the next chapter <3 <3

amira aihara said...

woooo..bestnya..
mr pilot ke?heheh

Nina Zizan said...

hahaa.... Inche Manusia Biasa.....
<3 Zafran xmrah ann klaw rsa syg 0rg dkt dia dbelah dua sma bnyk antara dy dgn irfan? :D hahaa...

eija said...

Mcm pena bca cite nie....

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

kak rin : hehehe! :D

amira : bukan. dia ni mr. pramugara :p hahaha!

nina : hahaha! dia tak marah :D

eija : erk? dulu pnah post kat p2u tapi lain ckit.

thanks sebab sudi komen :)

mizz acu said...

Mcm penah baca.. Ke yg dllu tu cerpen.. ;) like!

Nur Aqilah said...

yeahhh.. Cintaku di KLIA versi novel. akak tggu next chap.. ^^