Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Dia, Mr Right! 7


 
Bab 7
            “Adam kan?”
            Adam angkat muka. “Ya?”
            Huda sengih lebar. So this is Adam! Hmm...first impression, he’s a very handsome man cuma kurang handsome sikit je kalau nak dibandingkan dengan suami dia, Firdaus tu. Ala, biasalah... kalau hati dah sayang tu, dia jelah yang paling handsome walaupun hakikatnya Adam lagi handsome.
            “Huda. Hana’s sister.” Kalau Hazwan ada sekali, confirm dia bawak Hazwan datang berkenalan dengan Adam tapi nak buat macam mana bila tiba-tiba Hazwan ada hal pulak pagi ni!
            Adam angguk sambil senyum kecil. “Nice meeting you.”
            Hana yang tengok dari jauh mula tak sedap hati. Kenapa akak sibuk nak cakap dengan Adam tu? Please, jangan la sebut pasal hal yang memalukan semalam!
            Sedar-sedar kaki Hana dah melangkah dekat tempat Huda dengan Adam tengah duk rancak bersembang. “Korang sembang apa ni?” Hana sengih sebelum duduk dekat sebelah Huda.
            “Akak tanya Adam, macam mana Adam boleh kenal Hana?”
            “Ohh...”
            Tiba-tiba Adam nampak tangan Azrul yang tengah melambai dekat dia. Adam balas balik sambil mengangguk faham. Mesti dah tiba masa nak balik rumah.
            “Azrul dah nak balik. Mintak diri dulu ye.” Adam dah tolak kerusi ke belakang. Hana dengan Huda pun bangkit sekali dan menghampiri Farah dengan Azrul. Tiba-tiba Hana rasa bahu dia kena cuit dengan Huda.
            “Awat?”
            “Akak kasi green light kalau Hana suka dia.” Terus Huda berjalan dan meninggalkan Hana yang dah terkedu dekat belakang.
            **
            Hana dah gelak besar bila tengok Hazwan kena buli dengan anak saudara Farah. Baru sampai dah kena buli! Habis Alongnya dipaksa mengendong sorang-sorang masuk dalam rumah. Ada yang nak panjat belakang badan, ada yang nak didukung. Haih, nasib baik abang dia tu memang suka budak-budak. Kalau tak, mau ditibainya sorang-sorang.
            “Jangan asyik nak gelakkan orang. Potong bawang tu cepat sikit,” tegur Huda. Ni dia duk gelakkan orang je. Tangan tu tak bergerak pun.
            “Yelah… tapi kelakarlah abang tu,” Hana gelak lagi sambil tangannya laju memotong bawang untuk kenduri esok.
            “Nak praktis la tu. Nanti dah ada anak, senang…” ucap Puan Atikah sambil tersenyum.
            Hana dengan Huda mengangguk serentak.
            “Auh!”
            “Astaghfirullahalazim Haa…” Huda pegang jari Hawa yang dah terkena pisau. Tulah, orang dah cakap jangan duk gelak je. Kan tangan dah luka!
            “Sakitlah akak. Jangan tekan kuat sangat.”
            “Assalamualaikum mak cik…” Tengah kalut-kalut tu, tiba-tiba ada orang bagi salam. Hawa memang dah tak layan dah orang tu. Jari tengah sakit ni!
            “Waalaikumussalam Adam…”
            Dengar je nama Adam, terus Hana angkat muka. Adam buat apa kat sini? Adam pandang dia jugak sebelum pandangan Adam jatuh dekat jari dia yang luka tu.
            “Jari kau luka…”
            “Terkena pisau…” Ucap Hana perlahan sambil meniup jarinya yang luka tu.
            “Mak cik, ada first-aid tak?” Tanya Adam dekat mak Farah.
            “Ada. Cuba mintak kat Farah. Dia ada kat ruang tamu tu.”
            Adam angguk kepala. “Jom ikut aku,” arah dia dekat Hana. Hana pulak dah terpinga-pinga. Yang Adam ni nampak risau sangat kenapa? Kena pisau je kot. Dia dah memang selalu kena dengan pisau ni.
            “Cepatlah…” Adam naik geram bila Haa duduk je lagi kat situ. Dia tak nampak ke darah dia mengalir bak air hujan tu?! Aku yang tengok dah naik ngeri!
            “Haa…okey-okey!” Hana terus bangkit dan mengekori Adam masuk dalam rumah. Laju je Adam pergi dekat Farah. Hana pulak cuma duduk dekat luar pintu sebab takut darah menitik terkena permaidani.
            “Pergi basuh luka tu dulu.”
            “Hisap je tak boleh?”
            “Pergi jelah basuh. Bukan susah pun.” Adam dah jegil bijik mata. Nak jadi raja bersiung ke apa budak ni?
            Hana mencebik. “Baiklah doctor.” Terus dia pergi dekat sinki. Terpejam-pejam mata dia masa nak hala jari yang luka tu dekat sinki. Pedih jugaklah sikit-sikit. Lepas dah siap, dia pergi dekat Adam yang dah duduk bersila dekat ruang lapang bersebelahan dengan ruang tamu.
            “Duduk sini.”
            “Luka sikit je ni.”
            “Duduk sini. Biar aku balut.”
            Akhirnya Hana duduk bila tengok muka Adam macam nak telan orang je. Langsung hilang muka cool dia tu! Dia hulur jari dia yang luka tu dekat Adam. Penuh cermat je Adam balut. Langsung tak nak bagi dia rasa sakit. Hati Hana mula kembang setaman tapi cepat-cepat dia kawal perasaan dia. Hati ni tak boleh nak dimanjakan sangat!
            “Kau buat apa kat sini?”
            “Saja nak datang melawat. Nak tolong apa yang patut,” jawab Adam perlahan.
            “Ohh, rajinnya kau.”
            “Manalah tahu kalau dapat jumpa calon isteri kat sini…”
            Hana terus terdiam. Kenapa tiba-tiba rasa panas ni?! Aircond tak pasang ke? Nak je dia memanggil anak-anak saudara Farah ni, suruh turunkan suhu aircond. Biar jadi 16 darjah Celcius. Panas ni! Panas!
            “Ohh…memang ramai anak dara kat sini. Comel-comel je,” ucap Hana dengan tenang. Tenang di muka, tapi hati bagaikan lava dah ni! Haa... kenapa dia jadi macam ni? Tak suka betul!
            “A’ah. Aku boleh nampak,” balas Adam sambil senyum kecil.
            Hana tarik nafas. Siapalah kau di hati dia, Hana? Dahlah tak comel, tak ayu pulak tu. Mana dia nak pandang kan?
            “Aku kenal sepupu Farah. Cantik orangnya. Nama dia Melisa.” Dalam panas tu, sempat lagi Hana promote sepupu Farah. Biarlah Adam nak pilih siapa pun dia suka. Lagipun, Hana dah biasa kena reject! Hah, sekali lagi hati dia buat hal! Kenapa nak kena reject segala ni?
            “Ye? Umur dia berapa?” Tanya Adam teruja. Saja je buat nada teruja. Padahal dia tak kisah pun.
            “Hmm… sebaya dengan aku kot. 25.”
            “Kau dah 25?!”
            Hana angguk. “Kenapa macam terkejut je?”
            “Sebab kau tak nampak macam 25 tahun? You look younger.”
            Hana dah tersengih-sengih.
            “Aku cuma cakap kau nampak muda je. Tak payahlah nak senyum sampai macam tu sekali.”
            “Biarlah. Kau pulak? Berapa umur kau?”
            “Aku dah 29.”
            Hana terkejut. Laaa, Adam dah 29 rupanya. Dia ingat baru 26, 27 macam tu. Patutlah Azrul cakap hari tu yang kakak Adam bising-bising bila Adam takde calon isteri lagi.
            “Ohh…”
            “Nampak muda tak?”
            “Sikit. Ingat baru 26.” Hana sengih.
            “And that is why, my sister asyik bising bila aku takde calon isteri lagi. Dia ingat senang ke nak calon isteri? Siapa yang nakkan aku? Cuma Amirah je yang baik dengan aku. Yang terima aku for who I am…”
            Apa lagi yang Adam cakap lepas tu, langsung Hana tak dengar. Cuma sepatah nama yang disebut oleh Adam tu melekat dekat otak dia sekarang ni. Amirah… who is Amirah?
**
            Selepas Adam balik tadi, kepala Hana masih tak habis-habis fikir pasal nama yang disebut oleh Adam. Amirah... siapa sebenarnya Amirah ni? Dari gaya Adam bercakap, Amirah ni macam seseorang yang sangat special. Seseorang yang Adam sayang dan itu yang menambahkan lagi keinginan dia nak tahu siapa sebenarnya Adam ni.
            “Tengah berangan pasal apa tu?” Farah yang baru masuk ke dalam bilik menegur. Hana pandang Farah sebelum menyuruh Farah duduk di sebelahnya.
            “Siapa Amirah?”
            Dahi Farah berkerut. “Macam mana kau tahu pasal Amirah?”
            “Adam cerita tadi tapi aku tak berapa dengar sangat. Siapa dia?”
            Hana lihat Farah menarik nafas. Kenapa macam susah sangat nak bercerita pasal Amirah ni? Jantung Hana mula berdegup kencang. Risau pulak rasanya.
            “Dia tu someone yang Adam sayang dulu. Amirah tu cinta Adam. Kitaorang ingat Amirah tu pun suka Adam tapi rupanya tak. Kitaorang dikejutkan dengan berita yang Amirah akan berkahwin dan pengantin lelakinya bukan Adam. Start dari situ, Adam mula dingin dengan perempuan. Dia kecewa.” Hana hanya diam sepanjang Farah bercerita.
            “Sekarang ni Amirah dah kahwin?”
            “Dah. Dekat tiga tahun dah.”
            Mata Hana terbeliak. Tiga tahun dah berlalu tapi Adam masih sayang dekat Amirah? Wow, memang setia tapi tak patut! Amirah dah jadi isteri orang dan sepatutnya Adam lupakan Amirah dan move on!
            “Dia kena lupakan Amirah! Amirah dah kahwin dekat tiga tahun dah! Kenapa dia nak bersedih bagai?! He should move on!”
            “Kami dah cakap macam-macam dekat dia. Dia diam je.”
            “Dia nak kena ceramah dengan aku la tu!”
            “Apa kata kalau kau buat dia jatuh cinta dekat kau?!” Farah dah tersengih. Sekali lagi mata Hana terbeliak. Gila punya idea! Takde maknanya aku nak buat macam tu!
            “Tak kuasa!”
            “Aku tahu kau dah tersuka dekat dia kan?”
            Hana diam. Tak nak cakap apa-apa.
            “Hana...”
            “Hati aku ni memang suka buat perangai la, Farah! Benci aku!”
            Farah dah ketawa. “Betullah apa yang aku cakap!”
            Hana mencebik. “Aku tak suka dengan apa yang aku rasa. Siapa sebenarnya Adam tu pun aku tak tahu. Aku tak tahu dia kerja apa. Aku tak tahu dia suka apa...”
            “He’s a pilot!”
            Terus Hana pandang Farah. “A what?”
            “Pilot...”
            Dan tiba-tiba Hana teringat sesuatu. Bila sebut pasal pilot, dia teringat pasal pertemuan dia dengan kawan Abang Hazwan dulu. Bila dia cuba ingat balik muka kawan Abang Hazwan tu, terus dia gigit bibir. Oh my, Adam rupanya! Patutlah dia macam kenal je!

This is Adam. Cinta saya :P

p/s : Comments are loved~~ maaf sekali lagi kalau ada typo. :P

10 comments:

RinsyaRyc said...

Pilot :heart:
*melting habis.... cair2... Adam tu memang sesuai nak berbini umo pun meningkat dewasa... hehehe

Unknown said...

haha~~ suka la XD cuma ada typo sket part nama Hana.. ada nama Hawa

nama Hana la~ weee~ *perasan*

Shershue Sitiey said...

melting +_+

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

kak rin : hahahaha! kan? dia kena kahwin dah ni. kahwin dgn moon :p hahahaha!

hana : hahaha! selalu salah taip. ♥

kak eimma :hehehehe! melting jugee! :D

Sue Anieki said...

adam...hensem la moon..hati ni dah cair sgt2...nak kawen dgn adam la!..hahahahaha...kat bab 6 x sempat nak comment la moon..nice job..ok nk smbg stdy khamis nk exam..bkk blog jap nk jmpa adam..hahhahhaa..:)

Mardihah said...

pun seronok baca Dia, mr right ni!
teruskan menulis..fighting fighting!

najiehah said...

betul ckp hana tu..
adam, you should go on...
lupekan lah si amira tu...
bahagia dah kot dax amira tu...

k.jiba said...

ntah nape tp hati akk ckp Adam sdg menguji Hana.cter ni b'beza dgn BC sbb bila akk bc akk rasa plot ke plot sngt cept...feeling tu agk kurg ckit mgkin sbb trlalu cpt tp so far cter liya mmg best n sllu wat akk senyum. ^^

Farah Hana said...

handsomnyer adam!!!!

Aqilah Mohamad said...

Sweetnya Adam balutkan jari Hana >_<"

Adam mmang handsome . patutlah Hana suka . wakakka