Bab 7
“Adam kan?”
Adam angkat muka. “Ya?”
Huda sengih lebar. So this is Adam! Hmm...first impression, he’s a very handsome man cuma kurang handsome sikit je kalau nak dibandingkan
dengan suami dia, Firdaus tu. Ala, biasalah... kalau hati dah sayang tu, dia
jelah yang paling handsome walaupun
hakikatnya Adam lagi handsome.
“Huda.
Hana’s sister.” Kalau Hazwan ada sekali, confirm dia bawak Hazwan datang berkenalan dengan Adam tapi nak
buat macam mana bila tiba-tiba Hazwan ada hal pulak pagi ni!
Adam angguk sambil senyum kecil. “Nice meeting you.”
Hana yang tengok dari jauh mula tak
sedap hati. Kenapa akak sibuk nak cakap dengan Adam tu? Please, jangan la sebut pasal hal yang memalukan semalam!
Sedar-sedar kaki Hana dah melangkah
dekat tempat Huda dengan Adam tengah duk
rancak bersembang. “Korang sembang apa ni?” Hana sengih sebelum duduk dekat
sebelah Huda.
“Akak tanya Adam, macam mana Adam
boleh kenal Hana?”
“Ohh...”
Tiba-tiba Adam nampak tangan Azrul
yang tengah melambai dekat dia. Adam balas balik sambil mengangguk faham. Mesti
dah tiba masa nak balik rumah.
“Azrul dah nak balik. Mintak diri
dulu ye.” Adam dah tolak kerusi ke belakang. Hana dengan Huda pun bangkit
sekali dan menghampiri Farah dengan Azrul. Tiba-tiba Hana rasa bahu dia kena
cuit dengan Huda.
“Awat?”
“Akak kasi green light kalau Hana
suka dia.” Terus Huda berjalan dan meninggalkan Hana yang dah terkedu dekat
belakang.
**
Hana dah gelak besar bila tengok Hazwan
kena buli dengan anak saudara Farah. Baru sampai dah kena buli! Habis Alongnya
dipaksa mengendong sorang-sorang masuk dalam rumah. Ada yang nak panjat
belakang badan, ada yang nak didukung. Haih, nasib baik abang dia tu memang
suka budak-budak. Kalau tak, mau ditibainya sorang-sorang.
“Jangan asyik nak gelakkan orang.
Potong bawang tu cepat sikit,” tegur Huda. Ni dia duk gelakkan orang je. Tangan
tu tak bergerak pun.
“Yelah… tapi kelakarlah abang tu,”
Hana gelak lagi sambil tangannya laju memotong bawang untuk kenduri esok.
“Nak praktis la tu. Nanti dah ada anak,
senang…” ucap Puan Atikah sambil tersenyum.
Hana dengan Huda mengangguk
serentak.
“Auh!”
“Astaghfirullahalazim Haa…” Huda
pegang jari Hawa yang dah terkena pisau. Tulah, orang dah cakap jangan duk gelak je. Kan tangan dah luka!
“Sakitlah akak. Jangan tekan kuat
sangat.”
“Assalamualaikum mak cik…” Tengah
kalut-kalut tu, tiba-tiba ada orang bagi salam. Hawa memang dah tak layan dah
orang tu. Jari tengah sakit ni!
“Waalaikumussalam Adam…”
Dengar je nama Adam, terus Hana
angkat muka. Adam buat apa kat sini? Adam pandang dia jugak sebelum pandangan
Adam jatuh dekat jari dia yang luka tu.
“Jari kau luka…”
“Terkena pisau…” Ucap Hana perlahan
sambil meniup jarinya yang luka tu.
“Mak cik, ada first-aid tak?” Tanya Adam dekat mak Farah.
“Ada. Cuba mintak kat Farah. Dia ada
kat ruang tamu tu.”
Adam angguk kepala. “Jom ikut aku,”
arah dia dekat Hana. Hana pulak dah terpinga-pinga. Yang Adam ni nampak risau
sangat kenapa? Kena pisau je kot. Dia dah memang selalu kena dengan pisau ni.
“Cepatlah…” Adam naik geram bila Haa
duduk je lagi kat situ. Dia tak nampak ke darah dia mengalir bak air hujan tu?!
Aku yang tengok dah naik ngeri!
“Haa…okey-okey!” Hana terus bangkit
dan mengekori Adam masuk dalam rumah. Laju je Adam pergi dekat Farah. Hana
pulak cuma duduk dekat luar pintu sebab takut darah menitik terkena permaidani.
“Pergi basuh luka tu dulu.”
“Hisap je tak boleh?”
“Pergi jelah basuh. Bukan susah
pun.” Adam dah jegil bijik mata. Nak jadi raja bersiung ke apa budak ni?
Hana mencebik. “Baiklah doctor.”
Terus dia pergi dekat sinki. Terpejam-pejam mata dia masa nak hala jari yang
luka tu dekat sinki. Pedih jugaklah sikit-sikit. Lepas dah siap, dia pergi
dekat Adam yang dah duduk bersila dekat ruang lapang bersebelahan dengan ruang
tamu.
“Duduk sini.”
“Luka sikit je ni.”
“Duduk sini. Biar aku balut.”
Akhirnya Hana duduk bila tengok muka
Adam macam nak telan orang je. Langsung hilang muka cool dia tu! Dia hulur jari dia yang luka tu dekat Adam. Penuh
cermat je Adam balut. Langsung tak nak bagi dia rasa sakit. Hati Hana mula
kembang setaman tapi cepat-cepat dia kawal perasaan dia. Hati ni tak boleh nak
dimanjakan sangat!
“Kau buat apa kat sini?”
“Saja nak datang melawat. Nak tolong
apa yang patut,” jawab Adam perlahan.
“Ohh, rajinnya kau.”
“Manalah tahu kalau dapat jumpa
calon isteri kat sini…”
Hana terus terdiam. Kenapa tiba-tiba
rasa panas ni?! Aircond tak pasang ke? Nak je dia memanggil anak-anak saudara
Farah ni, suruh turunkan suhu aircond. Biar jadi 16 darjah Celcius. Panas ni!
Panas!
“Ohh…memang ramai anak dara kat
sini. Comel-comel je,” ucap Hana dengan tenang. Tenang di muka, tapi hati
bagaikan lava dah ni! Haa... kenapa dia jadi macam ni? Tak suka betul!
“A’ah. Aku boleh nampak,” balas Adam
sambil senyum kecil.
Hana tarik nafas. Siapalah kau di
hati dia, Hana? Dahlah tak comel, tak ayu pulak tu. Mana dia nak pandang kan?
“Aku kenal sepupu Farah. Cantik
orangnya. Nama dia Melisa.” Dalam panas tu, sempat lagi Hana promote sepupu Farah. Biarlah Adam nak
pilih siapa pun dia suka. Lagipun, Hana dah biasa kena reject! Hah, sekali lagi hati dia buat hal! Kenapa nak kena reject segala ni?
“Ye? Umur dia berapa?” Tanya Adam
teruja. Saja je buat nada teruja. Padahal dia tak kisah pun.
“Hmm… sebaya dengan aku kot. 25.”
“Kau dah 25?!”
Hana angguk. “Kenapa macam terkejut
je?”
“Sebab kau tak nampak macam 25
tahun? You look younger.”
Hana dah tersengih-sengih.
“Aku cuma cakap kau nampak muda je.
Tak payahlah nak senyum sampai macam tu sekali.”
“Biarlah. Kau pulak? Berapa umur
kau?”
“Aku dah 29.”
Hana terkejut. Laaa, Adam dah 29
rupanya. Dia ingat baru 26, 27 macam tu. Patutlah Azrul cakap hari tu yang
kakak Adam bising-bising bila Adam takde calon isteri lagi.
“Ohh…”
“Nampak muda tak?”
“Sikit. Ingat baru 26.” Hana sengih.
“And
that is why, my sister asyik bising bila aku takde calon isteri lagi. Dia
ingat senang ke nak calon isteri? Siapa yang nakkan aku? Cuma Amirah je yang
baik dengan aku. Yang terima aku for who
I am…”
Apa lagi yang Adam cakap lepas tu,
langsung Hana tak dengar. Cuma sepatah nama yang disebut oleh Adam tu melekat
dekat otak dia sekarang ni. Amirah… who
is Amirah?
**
Selepas Adam balik tadi, kepala Hana
masih tak habis-habis fikir pasal nama yang disebut oleh Adam. Amirah... siapa
sebenarnya Amirah ni? Dari gaya Adam bercakap, Amirah ni macam seseorang yang
sangat special. Seseorang yang Adam sayang dan itu yang menambahkan lagi
keinginan dia nak tahu siapa sebenarnya Adam ni.
“Tengah berangan pasal apa tu?”
Farah yang baru masuk ke dalam bilik menegur. Hana pandang Farah sebelum
menyuruh Farah duduk di sebelahnya.
“Siapa Amirah?”
Dahi Farah berkerut. “Macam mana kau
tahu pasal Amirah?”
“Adam cerita tadi tapi aku tak
berapa dengar sangat. Siapa dia?”
Hana lihat Farah menarik nafas.
Kenapa macam susah sangat nak bercerita pasal Amirah ni? Jantung Hana mula
berdegup kencang. Risau pulak rasanya.
“Dia tu someone yang Adam sayang
dulu. Amirah tu cinta Adam. Kitaorang ingat Amirah tu pun suka Adam tapi
rupanya tak. Kitaorang dikejutkan dengan berita yang Amirah akan berkahwin dan
pengantin lelakinya bukan Adam. Start dari situ, Adam mula dingin dengan
perempuan. Dia kecewa.” Hana hanya diam sepanjang Farah bercerita.
“Sekarang ni Amirah dah kahwin?”
“Dah. Dekat tiga tahun dah.”
Mata Hana terbeliak. Tiga tahun dah
berlalu tapi Adam masih sayang dekat Amirah? Wow, memang setia tapi tak patut!
Amirah dah jadi isteri orang dan sepatutnya Adam lupakan Amirah dan move on!
“Dia kena lupakan Amirah! Amirah dah
kahwin dekat tiga tahun dah! Kenapa dia nak bersedih bagai?! He should move on!”
“Kami dah cakap macam-macam dekat
dia. Dia diam je.”
“Dia nak kena ceramah dengan aku la
tu!”
“Apa kata kalau kau buat dia jatuh
cinta dekat kau?!” Farah dah tersengih. Sekali lagi mata Hana terbeliak. Gila
punya idea! Takde maknanya aku nak buat macam tu!
“Tak kuasa!”
“Aku tahu kau dah tersuka dekat dia
kan?”
Hana diam. Tak nak cakap apa-apa.
“Hana...”
“Hati aku ni memang suka buat
perangai la, Farah! Benci aku!”
Farah dah ketawa. “Betullah apa yang
aku cakap!”
Hana mencebik. “Aku tak suka dengan
apa yang aku rasa. Siapa sebenarnya Adam tu pun aku tak tahu. Aku tak tahu dia
kerja apa. Aku tak tahu dia suka apa...”
“He’s a pilot!”
Terus Hana pandang Farah. “A what?”
“Pilot...”
Dan tiba-tiba Hana teringat sesuatu.
Bila sebut pasal pilot, dia teringat
pasal pertemuan dia dengan kawan Abang Hazwan dulu. Bila dia cuba ingat balik
muka kawan Abang Hazwan tu, terus dia gigit bibir. Oh my, Adam rupanya! Patutlah dia macam kenal je!
p/s : Comments are loved~~ maaf sekali lagi kalau ada typo. :P
10 comments:
Pilot :heart:
*melting habis.... cair2... Adam tu memang sesuai nak berbini umo pun meningkat dewasa... hehehe
haha~~ suka la XD cuma ada typo sket part nama Hana.. ada nama Hawa
nama Hana la~ weee~ *perasan*
melting +_+
kak rin : hahahaha! kan? dia kena kahwin dah ni. kahwin dgn moon :p hahahaha!
hana : hahaha! selalu salah taip. ♥
kak eimma :hehehehe! melting jugee! :D
adam...hensem la moon..hati ni dah cair sgt2...nak kawen dgn adam la!..hahahahaha...kat bab 6 x sempat nak comment la moon..nice job..ok nk smbg stdy khamis nk exam..bkk blog jap nk jmpa adam..hahhahhaa..:)
pun seronok baca Dia, mr right ni!
teruskan menulis..fighting fighting!
betul ckp hana tu..
adam, you should go on...
lupekan lah si amira tu...
bahagia dah kot dax amira tu...
ntah nape tp hati akk ckp Adam sdg menguji Hana.cter ni b'beza dgn BC sbb bila akk bc akk rasa plot ke plot sngt cept...feeling tu agk kurg ckit mgkin sbb trlalu cpt tp so far cter liya mmg best n sllu wat akk senyum. ^^
handsomnyer adam!!!!
Sweetnya Adam balutkan jari Hana >_<"
Adam mmang handsome . patutlah Hana suka . wakakka
Post a Comment