Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Bertemu Cintaku 6

BAB 6

Liya terjatuh dari atas katil apabila dikejutkan dengan alarm clock dia yang berbunyi nyaring. Pinggang yang sengal diurut lembut dan punggung yang kebas digosok perlahan Rasa macam nak campak je alarm clock ni dalam tong sampah! Pagi-pagi mesti buat aku jatuh katil! Sakit!

Matanya digosok perlahan sebelum dia menggeliat. Senyuman terukir di bibir. Hari ni hari Sabtu! Yeay! Boleh rehat puas-puas! Terus dia mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

Lagu Who Says nyanyian Selena Gomez dinyanyi di dalam bilik air. Suka sangat dia nyanyi lagu ni. Bagi Liya, liriknya menarik dan memberitahu kepada semua wanita yang kita ni dah memang cantik dan tak perlu nak jadi orang lain. Just be yourself. Dan abaikan je apa yang orang cakap tapi setiap kali dia nak abaikan apa yang mamat perasan, entah kenapa selalu tak menjadi. Haihlah!

“Akak, cepatlah mandi!” Jerit Hannah dari luar bilik.

“Kejap lah!”

“Lepas solat, bagitahu Hannah.” Jerit Hannah lagi sebelum Liya mendengar pintu biliknya ditutup.

Selepas mandi sepuas hatinya, dia terus menunaikan solat. Doanya terganggu bila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Liya merengus geram. Pagi-pagi buta telefon orang. Apa kes?

Tanpa tengok nombor siapa yang menelefon, terus dia tekan butang hijau.

“Assalamualaikum kecoh! Aku nak ingatkan kau yang aku dengan Zeti takde apa-apa, okey! Jangan nak buat cerita nanti!”

Liya mengurut dada sebaik saja mendengar suara Zafran. Dahlah cakap langsung tak berhenti. Nasib baik ada mukadimah dulu tadi. Kalau takde, memang awal-awal dah tekan butang merah.

“Aku tak hinginlah nak buat cerita pasal kau dengan Zeti. Tak payah risaulah!”

“Manalah tahu kan....kau kan berdendam dengan aku.”

‘Tau takpe!’ Ucap Liya kuat dalam hati.

“Tu je aku nak cakap. Assalamualaikum...”

Liya baru nak jawab apabila Zafran dah matikan panggilan telefon. Dia mendengus geram. Tak menyempat betul!

“Waalaikumussalam...”

“Siapa call?” Tanya Hannah.

“Mamat perasan!” Balas Liya sebelum melempar telefon bimbitnya di atas katil.

“Kenapa dia call?”

“Dia suruh akak jangan sebar cerita pasal dia dengan Zeti.” Jawab Liya malas. Tak bestlah asyik cakap pasal mamat perasan tu.

Mata Hannah membulat. “Dia ada apa-apa ke dengan Kak Zeti?”

“Entah! Malas nak ambik tahu. Okey, jangan tanya pasal dia dah. Sakit telinga dengar nama dia. Jom turun bawah.” Liya menarik tangan Hannah untuk keluar dari bilik dan menuju ke ruang makan.

***

Zafran menarik nafas dalam-dalam sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil. Tuala yang melilit lehernya diletakkan di atas dahi. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poke seluar track suitnya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Liya... Liya...

“Ingat siapa tu?” Tegur Maya sambil menghampiri abangnya yang sedap je rehat dekat atas katil.

“No one. Kenapa masuk bilik abang ni?” Tanya Zafran sambil memejam matanya. Penat lepas jogging tadi belum habis lagi.

“Abang kenal tak Liyana Damia?”

Zafran membuka matanya sebelum memandang Maya. Macam mana Maya boleh kenal Liya?

“Kenal. Dia classmate abang. Kenapa?”

“Adik dia classmate Maya. Her name is Hannah.”

Dahi Zafran berkerut. “Dia ada adik?”

“Macam mana abang nak tahu dia ada adik ke tak kalau hampir setiap hari abang asyik gaduh dengan dia?” Ucap Maya perlahan sambil merebahkan tubuh badannya di atas katil Zafran. Zafran yang mendiamkan diri di sebelahnya dikerling sekilas.

“Macam mana Maya tahu abang selalu gaduh dengan dia?”

Maya ketawa kecil. Macam-macam dia tahu sebenarnya. Dia tahu pasal peraturan yang abang dia bagi dekat Liya. Dia tahu yang abang dia ni selalu bergaduh dengan Liya. Dia jugak tahu yang abang dia panggil Liya dengan panggilan Minah Kecoh. Everything is in her hand.

“Adalah...”

“Adik... cakap dengan abang.”

Maya menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Dia bingkas bangkit dari atas katil bila nampak Zafran nak lempar tuala yang digunakan untuk mengelap peluh dekat muka dia.

“Maya, cakaplah! Liya ada cakap dengan Maya ke?”

Haha...penting sangat ke?”

“Minah Kecoh tulah yang cakap kan?”

Maya ketawa besar sambil menekan-nekan perutnya. Akhirnya keluar jugak Minah Kecoh dari mulut abang dia ni.

“Jarang abang buat perangai macam ni dekat perempuan. Mesti dia istimewa kan?” Soal Maya sambil mengenyit matanya.

Zafran mengetap gigi. Dia mula mengukir senyuman jahat sebelum mengejar Maya yang baru nak pulas tombol pintu. Sepantas kilat dia menggeletek Maya sampai adiknya tu dah keluar air mata sebab geli.

“Okey, okey... Maya bagitahu siapa yang cakap. Adik dia, Hannah yang bagitahu...”

“Esok bawak abang jumpa adik dia.” Zafran menyebak rambutnya ke belakang sambil tersenyum. Maya yang melihat senyuman abangnya mula tertanya-tanya. Tu senyuman baik ke senyuman jahat? Kenapa aku rasa macam jahat?

***

“Kau nak bawak aku pergi mana ni, Maya?” Tanya Hannah sambil membetulkan kedudukan beg sekolahnya yang asyik nak terjatuh dari tadi.

“Jom je ikut aku. Ada orang nak jumpa kau.” Maya membalas dan masih lagi menarik tangan Hannah untuk mengikutnya ke bilik pengawas.

“Siapa?”

“Abang aku.”

Hannah berhenti mendadak sambil menarik tangan Maya supaya berhenti. Rasanya dia tak salah dengar tadi kan? Maya nak bawak dia jumpa Zafran? Mamat perasan yang kakak tak suka tu?

“Mamat Perasan?”

Maya mengangguk. Sekali lagi tangan Hannah ditarik tapi Hannah masih lagi membatu.

“Buat apa abang kau nak jumpa aku?”

“Entahlah tapi dia kata ada benda dia nak cakap dengan kau...”

“Tapi aku tak nak jumpa abang kau sebab nanti kakak aku...”

“Kenapa dengan kakak Hannah?” Hannah tersentak dan berhenti bercakap. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang dan matanya terus membulat apabila melihat Zafran yang berdiri di belakang dia sekarang. Opss!

“Kenalkan abang aku, Zafran Adha...” Ucap Maya sambil tersengih. Hannah menelan air liur. Kesat dan perit tekak dia sekarang ni! Zafran hanya tersenyum sambil memandang Hannah. Manakala Liya yang bersembunyi di sebalik dinding dah terlopong. Ohh tidak!


p/s : Enjoy! :) Comments are loved ~ ♥


3 comments:

Hana Norisa said...

dush3x..apakah yg akan berlaku seterusnya? saspen..

diana said...

best2 cpt smbg

nea_124 said...

kak moon !! please sambung cepat2 !! onegaishimasu !! >.<