Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Sedutan Bertemu Cintaku!


Assalamualaikum semua! :) Ni salah satu sedutan dalam Bertemu Cintaku. Enjoy! Jangan lupa komen ye. Thankss ♥

“Dari tadi aku tengok kawan aku asyik sengih. Kenapa?” Tanya Nazhirah sambil menghampiri Liya yang sedang menyusun kek cawan di dalam kotak berwarna hitam yang dihias dengan reben besar.
            Liya tersengih. “Saja je...”
            “Yelah tu. Cakaplah...” Nazhirah mencuit-cuit bahu Liya.
            “Aku jumpa kawan lama aku. Dia...” Liya berhenti bercakap apabila pintu loceng kedainya berbunyi. Dia berpaling ke arah pintu sebelum matanya membulat. Zafran sedang melangkah ke arahnya sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
            “Kau datang?”
            “Kan aku cakap nak datang...” Balas Zafran sambil memandang keadaan kedai Liya yang memang comel. Pandai jugak dia menghias.
            “Nak makan apa?”
            “Apa yang best?” Tanya Zafran sambil duduk di atas sebuah kerusi panjang yang memang disediakan di sepanjang kaunter yang menempatkan pelbagai jenis pastry dan juga kek.
            “Apple pie dia best.” Sampuk Nazhirah tiba-tiba sebelum mengenyit mata ke arah Liya dan cepat-cepat berlalu pergi dari situ apabila melihat Liya memandangnya bagai nak telan.
            “Aku nak apple pie.”
            “Air?”
            “Cappuccino dia pun sedap!” Jerit Nazhirah dari bilik belakang. Liya mengetap gigi. Sibuklah Nazhirah ni!
            “Kau bising lagi, aku report kat abang Rafeeq!” Jerit Liya balik sebelum dia dapat mendengar Nazhirah ketawa.
            “Cappuccino satu.”
            Liya mengangguk sebelum mengambil satu pinggan kecil lalu diletakkan sepotong pai epal. Kemudian dia menyediakan cappuccino dan mengukir senyuman jahat setelah mendapat satu idea yang sangat bagus.
            “Nah...”
            Zafran memandang cappuccinonya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Liya yang tersenyum.
            “Smiley?”
            “Biar kau selalu senyum. Cuba rasa. Sedap tak?”
            Zafran menghela nafas sambil menghirup cappuccinonya. “Boleh tahan...” Dia berkata dengan perlahan.
            “Boleh tahan je?”
            “What do you expect?
            Liya mencebik. “Rasalah apple pie tu pulak.”
            “Sedap...” Liya tersenyum mendengar kata-kata Zafran. “Sejak bila kau bukak kedai ni?” Zafran bertanya sambil menghirup cappuccino.
            “Hmm...dah dekat 3 tahun. Eh Zaf... kenapa kau hilang macam tu je? Semua kawan-kawan kita cari kau tau tak? Haikal, Taufiq, Tinah, Nahi... semualah! Hannah pun lost contact dengan Maya tau.” Ucap Liya panjang lebar. Zafran hanya memandangnya seketika sebelum menarik nafas.
            “Sorry.”
            Liya terdiam. Serta merta dia rasa macam tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin sebab lapan tahun dia langsung tak menatap muka Zafran dan tak mendengar kata-kata sarkastik dari mulut Zafran membuatkan dia rasa lain macam. Ataupun mungkin kerana perkataan maaf yang baru saja keluar dari mulut Zafran.
            “Tak apa. At least, kau dah ada kat sini sekarang...”
            “Assalamualaikum Liya...” Liya mengangkat muka memandang lelaki yang berdiri di sebelah Zafran. Zafran turut memandang ke arah yang sama.
            “Waalaikumussalam Abang Ameer. Minum macam biasa?” Sapa Liya dengan mesra sambil tersenyum.
            Zafran masih lagi mengerling lelaki di sebelahnya.
            “Yup. Kali ni love pulak, boleh?”
            Liya ketawa. “Boleh-boleh. Tunggu kejap ye.”
            Ameer mengangguk sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Zafran yang sedang memasukkan pai epal ke dalam mulutnya.
            “Apple pie Liya memang sedap.”
            Zafran mengangguk. “Yup. Memang sedap.”
            “Nah, abang. Okey tak?” Liya menghulurkan cawan yang berisi cappuccino kepada Ameer.
            “Cantik!”
            Zafran mengerling ke arah cawan Ameer sebelum mengetap giginya.
 ‘Dekat Ameer tu boleh pulak buat love, dekat aku ni? Gambar smiley?’
Enjoy your cappuccino, Abang Ameer...”
Ameer hanya mengangguk sebelum tersenyum ke arah Zafran. Zafran hanya membalas seadanya. Sekali lagi pai epal dimasukkan ke dalam mulut.
“Siapa tu?” Tanya Zafran setelah Ameer berlalu ke sebuah meja kecil di tepi tingkap.
Regular customer.”
“Nampak macam special je...” Kata Zafran lagi sambil memandang Liya yang sejak Ameer datang, asyik tersenyum aje.
“Memang special pun...”
Special boyfriend?
Liya menggeleng. “Tak mainlah boyfriend ni. Kalau suka, kahwin teruslah.” Balas Liya selamba sambil mengambil sebiji kek cawan lalu diletakkan di hadapan Zafran.
“Dah tu kenapa tak kahwin dengan dia?” Tanya Zafran lagi sambil memandang ke arah kek cawan yang diberikan oleh Liya tadi.
“Kenapa kau nak tahu?”
“Saja... Ni untuk aku ke?” Zafran menunjuk ke arah kek cawan yang sudah dipegangnya.
“Yelah...”
So, kenapa tak kahwin dengan dia?”
“Sebab dia tak ajak aku kahwin dengan dia...”
“Kalau dia ajak, kau nak kahwinlah dengan dia?” Zafran menyoal lagi.
“InsyaAllah... Kalau ditetapkan dia jodoh aku...” Ujar Liya sambil mengemas pinggan dan cawan Zafran yang sudah licin.
“Hmm...” Zafran memandang jam di pergelangan tangannya. Dia memandang ke arah Ameer sebelum kembali memandang Liya.
“Aku balik dulu.”
“Nak balik dah?”
Zafran mengangguk. “Aku nak beri kau peluang sembang-sembang dengan Abang Ameer kau tu. Assalamualaikum...” Ucapnya sebelum mengangkat tangan. Liya hanya melambai kecil. “Waalaikumussalam...”
Lama dia memandang pintu yang sudah lama tertutup. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Pertemuan kali pertama selepas lapan tahun yang agak pelik, kan?

6 comments:

Anonymous said...

cite nie sebenarnya nak ke versi cetak ke?

zura asyfar said...

yiehaa...diaorg dh besar la......tak sbar rasenye nak bace full...moon : wish u best of luck yer...hehe..i'm waiting for this novel :D

nurafiqah airil said...

wah..ni mesti da diapprove tuk publish ni, kan? kan? kan?

Anonymous said...

so sweet!

nea_124 said...

kak moon !!! sweet sgt~~ rindu lorr kat liya n zaf >.<

Anonymous said...

xsabar nak baca full version bertemu cinta...bila nak publish ni...confirm beli punya....